10 Kebaikan Air Alkali untuk tubuh manusia


Water_Glass

Air ALKALI yang diminum berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan racun. Namun, tahukah anda, ternyata banyak manfaat yang boleh diperolehi dari amalan meminum Air ALKALI, selain menghilangkan dahaga.

Ramai orang tidak sedar kepentingan Air Alkali. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. berikut 10 manfaat air alkali :

1. Memperlancar Sistem Pencernaan
Amalan minum air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memlancarkan sistem pencernaan sehingga kita akan terhindar dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lebih cekap.

2. Air Alkali Membantu Mencegah Kanser
Mengurangkan risiko kanser dan mencegah penyakit batu ginjal dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan Kecantikan
Air alkali yang dihasilkan oleh Hexagon 2 mempunyai kelompok molekul yang kecil memudahkan tubuh menyerap kandungan air dan ini akan menyegarkan badan dan kulit lebih cantik. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit.

4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan penghasilan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil kajian, jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.
Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta keghairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak.

5. Menyehatkan Jantung
Air alkali juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung, kerosakan kulit, penyakit saluran usus, dan penyakit wanita.

6. Sebagai Ubat Stroke
Air alkali tak hanya digunakan untuk mengobati berbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengobati lumpuh, seperti karena stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernapasan, meningkatkan sirkulasi darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan pikiran. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan sirkulasi darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Kesan Relaksasi
Air alkali mengandungi ion negatif boleh meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepatkan penghantaran oksigen ke dalam sel dan rangkaian.
Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot boleh dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah C. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Konon, pancuran juga menghasilkan ion negatif.


8. Menguruskan Badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam badan yang akan lebih cepat keluar lewat urine. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air alkali suam sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yang masuk. Selain itu air alkali ini tidak mengandungi kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk. Mau kurus?, Minum air alkali saja.

9. Tubuh Lebih Segar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari berbanding kurang air. Sebab, air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

10. Pengimbang tubuh.
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan asupan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) satu hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirap. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh daripada hasil metabolisme makanan yang diambil dan metabolisme rangkaian di dalam tubuh.

Nah, air juga dikeluarkan tubuh melalui air seni dan keringat. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air seni sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah najis yang dikeluarkan pada orang sihat sekitar 50 – 400 g / hari, kandungan aimya sekitar 60 – sekitar 50 – 60 ml air sehari.

Sedangkan, air yang terbuang melalui peluh dan saluran nafas dalam sehari maksimum 1 liter, bergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam napasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurangan akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.

Tubuh akan menurun keadaannya bila kadar air menurun dan kita tidak akan memenuhi keperluan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe memberi cadangan untuk minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan rasa haus kita. Pasalnya, kehilangan 4% cecair sahaja akan mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22%! Boleh difahami bila kehilangan 7%, kita akan mula merasa lemah dan lesu.

Aktiviti makin banyak maka makin banyak pula air yang berkurangan dari tubuh. Untuk itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum apabila terasa haus, amalkan minum tidak kisah haus atau tidak.

Jika berada di ruang berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak kerana udara yang sejuk dan badan cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum walaupun tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.