IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Tuesday, November 3, 2015

Tupperware online Malaysia : Tips atasi rasa down


Dalam pengalaman lebih 15 tahun saya berniaga, pastinya melalui waktu up dan down. Waktu perniagaan up pastinya seronok dan berasa puas hati. Waktu perniagaan down, bak kata lakukan apa sahaja pun tak menjadi.

Adakalanya keadaan sekeliling yang tidak terkawal membuatkan perniagaan down, seperti ekonomi atau penukaran polisi kerajaan, mungkin juga pesaingan baru yang lebih hebat memasuki industri atau lokasi/pelanggan yang berubah. Tidak kira apa pun, usahawan pastinya akan melalui keadaan perniagan down tidak kira berapa tahun pun pengalaman berniaga.

3 nasihat kepada usahawan yang sedang down dalam perniagaan…

1. Fikirkan semula semangat dan tenaga yang anda ada ketika memulakan perniagaan itu…

Kumpul semula motivasi dalam diri seperti mana anda kumpulkan satu waktu dulu ketika sedang bersemangat memulakan perniagaan. Apakah sebabnya anda mulakan perniagaan satu waktu dulu? Apakah makna perniagaan bagi anda ketika anda mulakannya dulu? Apa yang memotivasikan anda ketika itu?

Ingatkan semula waktu itu dan emosi yang anda telah laburkan dalam memulakan perniagaan. Pastinya memulakan perniagaan ketika itu bukan perkara yang mudah bagi anda dan telah melalui juga beberapa halangan. Ingatkan semula dan catitkan diatas kertas senarai matlamat asal anda ketika memulakan perniagaan. Mungkin anda telah tersasar daripadanya kini atau mungkin juga anda telah lupakannya.


2. Tidak perlu bandingkan perniagaan anda dengan pesaing lain…

Lain orang, lain rezekinya. Kejayaan orang lain mungkin kerana usahanya yang lebih pada perniagaan. Mungkin orang lain mempunyai masa yang lebih untuk menumpukan pada perniagaan, tetapi tidak seperti kita. Membandingkan diri kita dengan pesaing yang berjaya sekiranya ia hanya akan menjatuhkan lagi semangat kita hanya akan merugikan tenaga dan masa. Melainkan, perbandingan anda memberi inspirasi untuk lebih berjaya, maka, itu tidak mengapa.

Apabila melihat kejayaan pesaing lain dan kita pula mula berfikir negatif dan mendapat perasaan ragu-ragu atas kebolehan diri sendiri sebagai usahawan hanya akan menjadikan kita lebih tertekan. Pada hakikatnya, kita juga tidak tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh pesaing. Mungkin mereka telah habis melaburkan banyak wang pada pengiklanan untuk mendapatkan pelanggan, namun masih belum dapat kembali pulangan pelaburan tersebut – kita tidak tahu kerana pada zahir ramai pelanggan!

Daripada melakukan perbandingan yang hanya menjatuhkan lagi semangat, gunakan emosi anda kearah yang lebih baik iaitu mencari inspirasi daripada perniagaan-perniagaan lain yang berjaya dengan cara yang anda suka dan setuju. Setiap orang mempunyai rezeki yang berbeza. Tugas anda adalah berusaha sekeras mungkin untuk mendapat rezeki milik anda.

3. Lakukan sesuatu yang baru dan berbeza…

Mungkin semangat dan perasaan down tiba kerana anda telah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali selama ini. Teknik dan strategi pemasaran anda adalah sama. Sekiranya sama, maka keputusan juga akan sama. Jangan mengharapkan perubahan sekiranya diri kita dan strategi perniagaan kita tidak berubah.

Melakukan sesuatu yang baru, mungkin kempen pemasaran baru, teknik promosi baru atau strategi penjenamaan yang baru akan memberi semangat yang baru dan ‘fresh’ kepada anda untuk belajar dan aplikasikan kepada perniagaan. Sekiranya sebelum ini anda tidak pernah menggunakan Facebook marketing, maka mulapelajarinya. Sekiranya anda belum pernah menggunakan blog, youtube, atau instagram, maka, mula pelajari selok belok menggunakan teknik dan strategi ini.

Perniagaan akan tetap pada tahap lama sekiranya tidak mempelajari dan menggunakan kaedah-kaedah yang berbeza dan baru. Bukan sahaja di tahap lama, tetapi pesaing yang menggunakan teknik dan strategi baru pasti akan tinggalkan anda di belakang lagi. Dan sekali lagi, usahawan akan terus down!

Ini  petikan dari irfan khairi.. Hebat kan..







No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH