IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Monday, February 1, 2016

Jumaat : rutin seharian & majlis persaraan kak shima

Assalam..
Meh lah kita baca dan dapat sentuhan jiwa dari pakar pakar bisness yang beri tips. Mereka dah lalui dan mereka dah berjaya..

Semalam gigih nak menunaikan permintaan customer beli satu barang sahaja tapi saya nak rasa macam dulu dulu. Gigih niaga. Cuma 1 barang sahaja tapi saya hantarkan jugak..

Customer plak mintak wrapping dan saya pun wrappingkan la.. Cantik tak?

Pastu, jam 7 nak start acara dan saya hantarkan jugak walaupun jauh. Semua adalah sebab reseki.. 
Dan hari ini, pepagi kena jadi juru acara majlis persaraan kak shima. Dia memang seorang yang baik. Bukan senang nak jumpa sebaik itu.. 


Dia pun jenis pemurah dan rasa plak yang dok tempah ngan saya utk bagi kat kak shima.. 


Akak akak tu tengah memilih dan saya terus buat hamper. Senang kan..


Ini geng geng tempat saya keje. Semua chomel chomel..

Sempat jugak belikan kak shima kek yang sungguh sedap ini. Hehheheh

Semoga kak shima berjaya menjadi suri rumah yang berjaya .. 

------------------------

MACAM MANA NAK DAPAT DUIT? 

#G: Get Up Early

Bangun awal sebelum matahari terbit. Macam mana nak berduit kalau asik bangun tengahari?

#E: Earn More Than You Spend

Buat duit lebih banyak daripada perbelanjaan. Nak belanja berpuluh ribu sebulan pun boleh, asalkan income setiap bulan lebih banyak daripada itu.

#T: Train Yourself 1 Financial Valuable Skill

Belajar 1 skil yang betul-betul boleh buat duit. Tambahkan ilmu dalam media sosial atau saham atau property atau bercakap atau mengajar orang, sampai betul-betul boleh tambah duit. 

#R: Resource network

Kenal orang, siapa kawan-kawan sekeliling kita. Bisnes perlukan networking. Tetapi kalau berkawan dengan mangkuk, jadi mangkuk ayun la jadinya. 

#I: Invest

Mula belajar untuk melabur. Duit kalau hanya simpan di bawah bantal, tidak akan bertambah. Duit perlu mengalir supaya sampai ke lautan duit

#C: Charity

Jangan lupa untuk bersedekah. Tanyalah rahsia siapa pun yang sudah kaya raya, pasti antara jawapan mereka ialah bersedekah. 

#H: Habit

Jadikan 6 perkara di atas sebagai rutin harian. Jangan setakat buat 1 hari je lepas tu bising-bising kata ini mengarut. Hari ni start bisnes, esok pagi terus jadi jutawan ke?

Pesanan dan tips ini .. Mana yg baik kita sama sama amek iktibar ya..

-----------------------------------

Ini pula ala ala tazkirah agama. Semiga kita jadikan pedoman..

Assalamualaikum... semua bersyukur kita kepada Allah kerana kita dikurniakan oleh Allah Rahmat bernafas lagi di bumi Allah ini Aamiin. 

BAYAN SYURGA

1. Sebanyak 17,999 makhluk, Allah perintah untuk tunduk kepada manusia.

2. Kenikmatan2 syurga tak pernah didengar oleh mana2 telinga. Setiap tepian sungai Allah letakkan mutiara.

3. Tiada syurga selain untuk manusia dan jin. Malaikat pun tiada syurga.

4. Allah uji manusia dalam masa 2 jam setengah daripada tempoh sehari di akhirat untuk tentukan ahli syurga atau neraka.

5. "Aku tak akan kumpulkan dalam diri seorang hamba dua kali aman dan dua kali takut." (Hadis Qudsi)

~ Orang yang bertakwa di dunia, di akhirat dia selamat dan tenang.
~ Orang yang leka di dunia, di akhirat dia ketakutan.

6. Keindahan dunia hanyalah sampel. Yang original ada di syurga. Tengok kecantikan dunia, ingat syurga yang lebih cantik. Syurga warna putih, pasirnya daripada mutiara. Syurga paling kecil, 2 ribu tahun explore takleh ukur keluasan syurga.

7. Dataran syurga, bunga serta rumput daripada zafaran. Buah sebesar seekor unta. Lazatnya ada 70 rasa setiap kali gigit.

8. Setiap ahli syurga kahwin 72 orang bidadari. Ada majlis walimah dengan pelamin yang besar. Cantiknya, bajunya transparent daripada 70 lapis sutera. Jika seorang menjenguk ke dunia, nescaya semua laki pengsan. Air liur setitis tumpah ke lautan, laut jadi manis.

9. Perbandingan dunia dan akhirat umpama setitik air dibandingkan dengan lautan. Dunia umpama penjara orang beriman tapi syurga bagi orang kafir. Jadi, takyah dok ligan dan jeles sangat dengan orang kafir.

10. Tanah tempat pijak kaki di syurga lebih mahal daripada dunia dan isi-isinya. 

11. Kenderaan ialah kuda yang diperbuat daripada permata delima, sayap daripada emas di syurga.

12. Setiap pulau ada khemah daripada mutiara, tak perlu sewa hotel. Setiap khemah ada bidadari menunggu bersilang kaki untuk layan suaminya.

13. "Wahai umatku, jadilah anak akhirat. Jangan jadi anak dunia." (Hadis)

14. Semua ahli syurga tak pernah menyesal kecuali masa yang berlalu tanpa zikir kepada Allah.

15. Sifat ahli syurga: Kacak macam Nabi Yusuf, saiz Nabi Adam, umur Nabi Isa, suara Nabi Daud.

16. Ahli syurga beratur dalam 120 saf, 80 untuk umat Nabi Muhammad.

17. Pintu neraka terbuka siap-siap tapi pintu syurga dibuka depan mata ahlinya. Nabi akan ketuk pintu syurga dan malaikat pun buka 8 pintu syurga. Gerbangnya luas 2 bulan perjalanan, tapi pada hari akhirat, gerbang itu akan jadi 'jammed.'

18. Lalu ahli syurga dihidangkan makanan yang lazat. Menu spesial; Lembu syurga golek, hati ikan paus. Pinggan daripada emas dan perak, itu pun boleh dimakan.

Malaikat akan bawa ahli syurga ke kampung halaman, masuk istana.

19. Bidadari menanti, kemudian bawa ahli syurga bersiar-siar ke taman. Di taman itu, ada mahligai daripada mutiara, ini untuk ahli syurga paling rendah.

20. Malaikat akan umumkan, "Kamu akan muda dan tak tua. Umur kamu 33 tahun, isteri kamu 17 tahun"

Tiada apa-apa lagi larangan. Hidup tiada mati.

Isteri akan menyanyi untuk suaminya. Merekalah yang tak pernah memarahi suami.bSetiap inci tubuh mereka akan menjadi nikmat bagi suami.

21. Antara nikmat dalam syurga  dengar Nabi Daud baca kitab Zabur, Rasulullah baca Surah Toha, Allah baca surah ar Rahman.

22. Ahli syurga bertambah-tambah kacak semakin lama. Wajah berubah ikut kemahuan. 

23. Burung yang terbang, niat di hati nak buat lauk, terus burung tu jatuh jadi siap masak.

24. Suatu hari, malaikat jemput ahli syurga jumpa Allah. Lalu Allah bertanya:

"Ada apa-apa lagi yang kamu nak minta?"

"Tiada apa-apa ya Allah."

"Tidakkah kamu tahu banyak lagi nikmat yang belum Aku beri. Mulai saat ini Aku redha kepada kamu."

Kemudian, Allah tambah lagi nikmat paling besar iaitu mempertontonkan wajahNya. Allah angkat 70 hijab daripada cahaya. Lalu terlihatlah wajah Allah dengan sangat jelas. Berpuluh-puluh tahun terpesona dan teruja sehingga isteri mengadu kepada Allah supaya kembalikan suami mereka ke pangkuan isteri.

Jika bukan kerana pimpinan malaikat, tentulah ahli syurga lupa jalan balik kerana lazatnya melihat wajah Allah.


-----------------------------

Buat perniagaan bukan senang.

Bukanlah maksudnya tak boleh buat, boleh tu boleh. Tapi kena belajar/kaji banyak benda dan kena test jadi atau tidak. Itu yang tak senang tu kalau tak pernah buat.

Sebab bila belajar, kita sekadar faham secara intelektual. Tapi ada buat tak? Kalau takda, jangan sombong cakap 'aku dah tahu'.. bahaya tu.

Sekarang ni ada dua jenis berniaga:

1) Buat duit.
2) Buat bisnes.

Ada beza tau dua ni. Buat duit tu senang gila:

1) Cari produk yang trending/senang jual/untung lebih.
2) Jual dekat channel yang ramai target market (kena tahu target market dulu) contohnya FB, Insta, SEO, marketplace dan lain2.
3) Pusing main ayat/target market je. Lepas tu layan PM.
4) Lepas dapat sales, ulang step.

Tapi buat bisnes is a whole different thing. Bisnes ni bersistem. Buat sorang2 boleh atau ada pasukan. Untuk tahan lama dalam perniagaan, eloklah belajar bisnes betul-betul.

Sebab dalam bisnes ada diajar:

1) Innovation
2) Marketing 
3) Sales 
4) Follow-Ups
5) Appointment
6) Presentation
7) Branding
8) Training
9) Staff recruitment
10) HR/Finance/Admin
11) PR
12) Dream customer.

...dan banyak lagilah.

Tapi yang penting sebenarnya #1 dan #2 dalam senarai di atas. Yang lain sekadar menyokong dua benda tu.

Tapi, kalau tahu skill di atas sekalipun, yang menggerakkan bisnes ialah pemilik bisnes tu sendiri (sebelum pass ke orang lain). Dan bisnes ni sebenarnya melambangkan cara pemilik bisnes tu mentadbir.

Kalau megah, maka megahlah pentadbirannya. Kalau sendu? Sendulah pentadbirannya..

Oleh itu pemilik bisnes, motivasinya kena kuat. Oleh itu jangan terkejut kalau pemilik bisnes ni terlebih konfiden dan selalu nak menang. Mereka terpaksa. Kerana buat bisnes ni is a whole new level.

Pendek kata, kalau sesiapa yang nak jadikan perniagaan buat duit mereka tu long-term, you need to learn to do business.

--------------------------

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH