IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Wednesday, November 16, 2016

Tips Syamputra Razali - 5 perkara sebelum memulakan perniagaan



Assalammualaikum..
sempena hari lahir, saya kena lebih RAJIN dari biasa..
tak mahu lagi ala ala lemah dengan kemalasan..
seminit kita malas.. kita terlepas 1000 peluang keemasan..
jadi.. ayuh.. uodate blog kita yer..


untuk kali ini saya nak beritahu.. saya dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa dan nantikan ya... tak sabar untuk saya beritahu..

kini, saya kena rajin sebab dapat laptop baru dan saya berjanji untuk BERJAYA !!.. bile dah berjanji kena capai kejayaan itu..

syukur.. last week di anugerahkan Pensyarah Cemerlang Tvet Micro di persidangan eusahawan di KLCC.. syukur atas penerimaan anugerah ini..
inilah hadiah hari lahir yang sungguh bermakna..
 
baiklah.. hari ini, saya nak cerita tentang tips nak mulakan perniagaan.. ini semua hasil dari pengalaman saya sendiri..
semoga dimanfaatkan oleh semua..

sudi sudikan..
 
 Tahun 2016 dengan 2 kejayaan di Pentas yang berbeza :-
.
1. Chain of Confident Award (ED category) di Tupperware
2. Anugerah Pensyarah Tvet eUsahawan Micro Cemerlang 2016 di Mdec (eUsahawan)
.
Inilah inspirasi saya untuk terus berjuang dalam memberi manfaat kepada orang lain..





Tips memulakan perniagaan
1.    Kaji Pasaran Produk
Orang kata “Riki-Riki” pasaran produk dengan membuat servey kepada permintaan barang dan juga sistem urusniaga. Jika anda mahu menjual barang yang sedia ada, anda mungkin terdedah dengan risiko yang rendah sebab hanya promosi dan jual sahaja. Jadi, cuba..try..and test dulu kemampuan kuasa air liur kita untuk menjual. Jika ia serasa, maka.. teruskanlah.. Kecintaan membawa kejayaan. !!

2.    Bagi tempoh Untuk Nampak Hasil
Memberi tempoh untuk Nampak Hasil memang kena buat sekurang kurangnya dalam masa 6 bulan, “saya dah jual 10 set tong beras Tupperware” dan dalam tempoh itu, kita kena all out sepanjang masa sebab nak tengok berbaloi ke idok untuk bisness produk itu. Dalam tempoh itu, kita akan dapat menjiwai, produk inikah yang akan memberi kita pendapatan??.. Kalau rasa seronok niaga.. teruskan yer.. Cuma jangan niaga bermusim dan ikut tahap kerajinan. “tengoklah.. malas plak minggu ini” – ini contoh orang sampai bile bile tak maju. Maaf terleser.

3.    Bersedia untuk All Out
Melaburkan masa untuk cuba All out. Orang kata smart dari bagi dari Hard!!.. dan saya rasa pula.. Kerja Hard (kuat) ditambah dengan kebijakkan kita (smart) menggunakanpeluang yang ada. Sekarangkan orang semua ONLINE, kita all out jual macam direct selling ke setiap rumah.. itu ALL OUT.. tapi yang memenatkan.. kita kena all out macam buat video tips guna barang Tupperware.. buat poster keahlian, FBads dan juga buat blog untuk bercerita tentang manfaat keahlian Tupperware. Inilah all out yang betul. Saya dah ALL OUT meniaga dari pagi sampai malam berniaga depan rumah..  dan dah 10 hari taka da customer langsung. Bila ditanya, bukak meja kat mana dan dia menjawab “depan umah- umah kat dalam hutan”. Itulahh ALL out yang OMG.

4.    Stalker Strategi Pesaing
Kita bukan orang jahat kalau kita stalker pesaing kita.. mereka orang yang lebih makan garam. Apa yang kita buat adalah mendapat inspirasi dari pesaing kita yang dah berkecimpung awal dari kita. Kemungkinan masa kita tengok blog atau fb dia.. kita akan tercetus ilham dan idea ataupun kita boleh tiruvasi (tiru belajar + inovasi) yang boleh menjadi strategi baru. Strategi secara Online ini berubah pantas.. orang akan mengikut trend dan strategi yang baik kita follow.. yang Nampak memudaratkan contoh promosi harga murah.. harus dihindarkan.. sebab ia akan menyebabkan market produk rosak. Jadi, raihlah inspirasi dari mereka yang bersaing secara sihat dengan kita.

5.    Tahu Kekuatan Diri
Untuk memulakan perniagaan samaada produk sendiri atau jual produk orang.. anda kena tahu kepakaran anda dan kekuatan produk anda.. contohnya, anda mempunya kemahiran buat grafik dan sangat sangat rajin untuk menulis di blog.. anda kena gunakan kepakaran itu untuk focus kepada 2 benda yang anda hebat itu.. bile kita tahu kekuatan diri.. makanya, kita tahu nak menonjolkan diri melalui kepakaran kita. Yang penting, anda kerana meneroka potensi ini melalui brainstorming dengan rakan niaga.. ataupun pejam mata dan tanya diri “aku PANDAI buat….” . benda ini kena buat walaupun ia syok sendiri, sebab kita mengaku kita pandai.. biar kita berlagak pandai.. dari kita berasa bodoh dan terus hidup dalam kebodohan (maaf saya tak bermaksud nak cakap bodoh)





Oklah.. ini ada 1 artikel dari saiful nang.. panjang dan bererti jugak. Jom lah baca..

SURVIVAL PERNIAGAAN SEMASA EKONOMI SEJUK NAK MENINGGAL. 

Saya menulis ini kerana terpanggil apabila satu-satu kawan-kawan saya yang berniaga mula tumbang dek kerana kelembapan ekonomi yang dapat dirasai bermula pertengahan tahun ini. 

Sebahagian rakan saya dalam industri Oil & Gas tersungkur. Ada yang yang nasib baik sempat ada saving banyak semasa gaji semua pakai USD dan projek tak putus-putus lalu mereka melabur dalam perniagaan lain. Ada pula yang terduduk terus sampaikan Toyota Vellfire dibuat jadi Uber kerana nak menampung bayaran bulanan. Ketika ekonomi rancak, bank semua ketuk pintu beri mereka pre-approved loan. Semasa zaman lembab, pergi bank pun mereka dah tak pandang. Buat loan kalau datang dari O&G memang kena letak KIV. 

Semasa ini, yang buat mereka tersontot dalam kewangan keluaga dan diri ialah bebanan hutang. 

Yang buat berniaga, buka butik Muslimah kemudian meletup-letup viral. Sebelum raya siap engage artis bayar sampai setengah juta jadi duta kemudian Bangla tak siapkan tempahan jahitan, kain dari pengimport lambat sampai sehingga tempahan dari agent dan stokis jadi delay dan banyak pula terpaksa refund beratus-ratus ribu sehingga menanggung rugi berjuta. Semasa mereka lihat berniaga itu ada potensi, mereka lupa melihat ke atas langit dah mula mendung awan dah mula berkumpul. Payung perlu disediakan dan kena mula kurangkan bermain di luar. 

Dengan pinjaman juga mereka bayar artis, dengan pinjaman mereka buka cawangan. Tidak best lah jika cawangan hanya ada HQ sahaja macam Saiful Nang, mesti nak kena ada bercawangan-cawangan supaya orang lihat itu sebagai kejayaan. 

Akhirnya, bila ekonomi merudum dan hutang pula perlu dilangsai, masa itu baru tahu cawangan yang dibuka pula perlu ditutup satu persatu. 

Ada sebahagian pergi ke seminar gegak gempita tentang pemasaran cerdas yang mengajarkan untuk berbelanja untuk penjenamaan dan pemasaran (Ya sangat setuju) dan kemudian ambil kemudahan bank supaya perniagaan yang ada boleh dikembangkan dengan cepat. 

Maaf semua, saya mungkin tidak sehaluan dengan anda yang befikir seperti itu atau seperti mentornya. Saya berniaga melangkah dari 1 kepada 2 kemudian 3 dan seterusnya. Tidak skip anak tangga sampai risikonya jatuh ke tanah sendiri. Saya tidak percaya steroid untuk buat kita kuat dengan cepat tetapi merisikokan diri tetapi saya percaya kepada usaha yang berterusan tetapi selamat. 

Pada tahun 2000 saya memohon kad kredit pertama saya dengan Citibank dan Maybank. Maybank yang menjawab paling pantas tetapi jawapannya ialah "Maaf incik, permohonan incik gagal" dan seterusnya Citibank juga memberikan respond yang sama. Selepas bisnes dah besar, saya tak applu pun mereka telefon memujuk kemudahan itu dengan had kredit yang kita suka, mereka akan cuba dapatkan. Apeni? 

Dulu apply kad kredit kononnya, nak beli sebuah PC untuk mulakan berniaga. 

Gagal. 

Masuk pula program-program oleh Bank Pembangunan ketika itu dan MARA untuk pelbagai skim untuk mendapatkan pinjaman. Juga tidak masuk ke jiwa bila melihat pembimbing usahawan yang konon nak membantu usahawan dan dia yang paling banyak cakap macam tahu semua tapi semuanya nonsense. Bila bercakap, nampakkan kebodohan kerana mereka bukan orang berniaga. Proposal kita semua mereka akan buat macam mereka pakar sedangkan mereka hanya nak tunjuk kepada superior mereka yang mereka ada buat homework sikit. 

Bagus juga ketika itu hilang percaya kepada pinjaman lalu saya tutup terus pintu kepada sebarang pinjaman. Saya percaya, apapun kita lakukan biar kita melangkah dari bawah. 

Sehingga hari ini dengan modal hanya RM90 ketika awal dahulu di tahun 2004 dengan 2 kali kejatuhan perniagaan pada tahun 2002 dan 2004. Lalu saya bangunkan apa yang ada secara berdikit-dikit tanpa pinjaman bank atau pinjaman dari orang. Cuma pinjam kamera kawan selama sebulan sehingga kamera pinjam itu dapat saya gunakan untuk memulakan perniagaan dan selepas sebulan saya mampu beli kamera sendiri. 

Ketika itu saya belajar, nak beli apapun...kemampuan ialah apa yang ada dalam tangan bukan apa yang boleh dipinjam. Kegawatan tahun 2009 ketika itu saya masih seorang fotografer dan ketika itu juga saya lihat kawan-kawan saya gulung tikar. Kebanyakan kerana bebanan hutang yang tak tertampung. Semasa senang, beli kereta mewah guna maksimum term 9 tahun. Baru bayar tak sampai setahun, job semakin kurang. Hutang bank rakyat untuk mula berniaga pun nak kena dibayar. Akhirnya balik semula kerja tetap dan bayar hutang sikit-sikit sampai sekarang masih ada yang belum habis kerana kena strukturkan pembayaran guna AKPK. Surat Jabatan Insolvensi pula datang bertandang. 

Saya survive kerana tidak ada hutang banyak (ada juga sikit cuma bearable)...maknanya, saya juga tidak kebal dengan godaan salesman kereta. Nasib baik ambil kereta loan 5 tahun. Lepas tu dah menyesal. Tapi ketika 2009, semua boleh handle dan kemudian selepas 2009, syarikat mula berkembang kepada beberapa perniagaan lain yang bukan dalam industri kreatifpun. 

Dan tahun ini, saya lihat pattern perniagaan tumbang berlaku lagi. Kebanyakan kerana hutang. Bila bertemu dan berbual dengan rakan-rakan pemilik perniagaan, yang berdiri teguh lagi ialah mereka yang tidak berhutang. Jika jualan tidak sampai RM100k sebulan untuk butik pakaian mereka pun, mereka tetap gembira kerana tiada tanggungan besar untuk membayar hutang orang. 

Dalam keadaan gawat, ada pekerja boleh juga diberhentikan. Ada tanah, boleh juga dijual tetapi ada hutang...pergi manapun dia akan kejar. Hidup siang tak senang, hidup malam tidak tenteram. 

Jangan layankan tamak. Jika ikutkan tamak saya...banyak perniagaan yg ada di tangan sekarang ini jika ada suntikan barang 10-20 juta akan terus mencanak naik. Tapi jangan lupa...dia juga boleh mencanak turun menjunam dan terbenam. 

Panjang dah saya tulis, bukan orang nak baca pun. Nasihat saya yang bukan seorang motivator keusahawanan ini, jauhi HUTANG samaada hutang yang Islamik ataupun tidak kedua-duanya sebenarnya sama macam pokemon. Datang bila senang, terajang bila susah. 

Dalam perniagaan, yang penting hati tenang dan senang. Jika hutang keliling pinggang nak tenang macammana bila hasil belum masuk sudah jadi milik orang. 

Tahniah jika anda berjaya baca sampai sini. 

Sekian


1 comment:

  1. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    ReplyDelete

IKLAN TENGAH