IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali TP Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2023; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2023

Wednesday, February 14, 2018

Katalog Tupperware Feb - Mac 2018 - Sungguh awesome !!

Assalam..
Jom cuci mata tengok katalog baru yang dasyat ini !





sebelum itu..
Saya nak pelawa sesiapa yang berminat nak buat duit dengan menjalan perniagaan ini..



http://tupperwareteampower.blogspot.my/2017/12/pencarian-agen-jualan-tupperware-jom.html



Dah lama nak berniaga?
Tak Tahu nak berniaga apa?
Modal tak ada?
Tak pandai dan tak ada pengalaman berniaga?
Boleh ker berjaya?

tapi dalam hati anda ..

NAK BERJAYA !!
Orang lain boleh.. aku pun boleh juga !!
Kenapa orang lain buat .. aku tak boleh.. orang lain pun suri rumah jugak..




setalah 8 tahun saya di perniagaan ini.. secara SERIUSN saya cakap.. saya hanya buat business ini secara ONLINE sahaja. Tupperware yang ubah hidup saya berubah 360 darjah..

semua orang macam tak cakap.. saya cuma seorang lelaki gemok yang punya pendapatan kais pagi makan pagi dan kini,... saya berjuang dan menikmati kehidupan yang berbeza seperti 8 tahun lalu..

1.Ikat perut nak beli makanan dan hanya memendam rasa sahaja
2. sentiasa poket kosong dan jimat cermat sebab duit habis kepada HUTANG bank yang membelengu diri..
3. sentiasa elak dan jauh jauh bile keluar makan dengan mak ayah atau keluarga.. takut kena bayar atau kena paw suruh belanja.. walhal duit tak ada langsung.
4. pergi kerja naiki moto sebab naik kete MYVI minyak mahal dan umah sewa plak tu sedangkan  umur dah 30 tahun.. aset langsung tak ada. duit tak cukup.
5. rasa malu sebab seluar dalam pun nak beli berkira dan kekadang baju pun lusuh.. sebab nak jimat .. hujung minggu cukup bulan.. lunch pun makan maggie..

Ramai yang tak caya bile saya dedahkan isu ini.. dan paling saya tak mampu nak cerita.. kisah saya makan SISA di McD atau KFC.. saya tak sanggup nak tulis kat sini.. bimbang ada air mata yang mengalir deras..

itu sebab saya nak sangat berjaya.. dan saya tak nak main main kalau buat bisness lagi.. saya dah gagal banyak benda.. takkan saya nak gagal lagi.. saya kena berjuang.. mak ayah perlukan duit untuk mereka ke haji atau umrah... itu cita cita mereka.. saya perlu kejar matlamat ini.. saya nak hidup senang bukan untuk bermewah.. tapi nak rasa nikmat hidup ini,, !!

KEHIDUPAN SAYA BERUBAH 360 darjah
************************************
-> Boleh ke KAYA syam ngan jual plastik??
-> Skrg kau dah geng Makcik Party Tupperware Hahaahaha (ketawa sindir)
-> Berapa banyak sangat pun untung jual plastik nie ??
.........
Semua DIALOG ini abam dah puas dengar dan masih terniang niang sejak awal awal masuk dengan cuma RM44.00 sahaja komisen pertama dan diketawakan orang bila mengangkut tupperware kesana kesini.. asal ada event apa apa.. abam edarkan katalog dan ada yang buang pun katalog tu.. orang kata muka tebal jer nak niaga..
.
Biarlah apa orang nak kata.. Abam fikirkan “Mak dan ayah kat rumah nun.. nak makan apa??.. mereka mesti nak jugak rasa hidup senang”.
.
Setiap kali rasa DOWN.. Abam pasti kembali kepada matlamat nak dapat EXTRA INCOME untuk “Hidup Senang dengan MAK AYAH..” . Abam teringin nak shopping g pasar atau mana mana dengan amek je barang tu tanpa tengok harga.. asal mak dan ayah suka barang tu.. “BAYAR sahaja..”
.
Itu matlamat abam walau banyak benda berlaku dan ramai yang tak percaya bisness ini boleh buat duit !!
.
Tujuan kali ini post abam bukan nak menunjuk nunjuk.. tapi abg nak SHARE.. kehidupan abam dah bertukar 360 darjah dan kini.. nikmat itu dah sedikit sedikit dapat dirasai..
.
Syukur alhamdulillah..
.
Abam nak anda juga yang patah semangat untuk teruskan perjuangan menjual benda plastik ini.. kembali kepada matlamat asal dan gunakan STRATEGI yang betul.
.
Abam sedia membantu untuk tunjukkan TEKNIK ONLINE yang abam buat dan lakukan sehingga apa yang abam dapat hari ini !!!
.
Semoga apa yang abam tunjuk pagi ini.. bukan berniat utk riak atau menunjuk nunjuk.. jujur kata hati abam nak share keseronokkan dari RM44 bertukar RM29,000.00 dalam sebulan.. (Gambar last sekali)
.
Ini Number abam yang perlu dihubungi untuk anda yang nak tahu caranya...


012-399 3947  - Ini whats app saya

.
boleh juga click nak tengok pages saya —> bit.ly/syamputra
—> bit.ly/syamputra
—> bit.ly/syamputra
.
blog pun ada
www.tupperwareteampower.blogspot.com
.
www.tupperwareteampower.blogspot.com
.
Salam

Syamputra Razali TP
0123993947








setelah 3 tahun.. inilah yang saya dapat.. syukur dapat juga mencapai target saya 5 angka setiap bulan...

Anda pernah tahu tak.. yang anda sebenarnya punya KUASA yang luar biasa ?
.
Setiap Orang tidak pernah tahu selagi dia tidak MENCUBA..
.
Gunakan potensi anda yang TERPENDAM itu dengan memulakan perniagaan yang mempunya segalanya. Hanya FOLLOW dan ACTION..
.
Saya PERCAYA, anda akan akan buntu menggunakan KUASA ANDA disaat sudah terdesak..
.
Kerana rasa
¥¥ Susah nak start sebab tak ada MODAL
¥¥ Payah nak niaga sebab tak pandai BERCAKAP
¥¥ Sukar nak jual sebab tak ada PENGALAMAN
.
Tapi, Anda perlulan EXTRA INCOME.. Anda perlukan duit :
¥¥ Nak guna untuk belanja anak Masuk Tahun Baru pergi sekolah - sebab tak tergamak tengok anak anda pakai baju lama yang dah lusuh dan sendat
.
¥¥ Anda nak duit buat bayar roadtax, bil bil tertunggak, insurance kete dan moto, bayar itu ini.. tambah lagi hutang kad kredit berlambak tak surut surut.
.
¥¥ Anda perlukan duit nak bawak anak anak dan keluarga jalan jalan cuti sekolah.. tapi macam pokai pulak sebab tol, minyak kete, sewa hotel dan makan minum memang buat anda telan air liur aja.
.
ITU SEMUA TERJADI KEPADA SAYA DULU DULU..
.
Kini tidak lagi..
Dengan FORMULA TEAM POWER, saya dapat apa yang saya tak terfikir selama ini. JUAL PLASTIK pun boleh BUAT DUIT.
.
Kehidupan saya bertukar dan saya henti untuk berusaha sehingga bila bila dengan KUASA POTENSI yang saya serlahkan ini.
.
Ayuh !! Masa tak menunggu sampai kita TERDUDUK memikirkan nak cari Modal EXTRA INCOME untuk Family..
.
Mulakan sekarang !!
Abam Cham (Syamputra Razali TP) sedia membantu.
click disini sahaja
www.wasap.my/60132…/saya+Nak+Daftar+Ahli+TUPPERWARE+Hari+Ini
.
www.wasap.my/60132…/saya+Nak+Daftar+Ahli+TUPPERWARE+Hari+Ini
.
Saya mempunyai FORMULA untuk membantu Anda untuk mempunyai pendapatan minima RM10,000 sebulan. Siapakah SUPER HERO yang nak belajar Formula dan nak tahu RAHSIA ini. Boleh Comment kat bawah “SAYA NAK”
.








KARANGAN BM ini Berapa Markah Nak Bagi ?
—�—�—�—�—�—�—�—�—�—�—
Pagi Ini.. Sampai parit buntar.. abam terus keluarkan handset nak call Che Rasidah ala ala nak mintak tolong ambek dari bas stand. tapi tak pe lah. tak nak KACAU mak pengantin mesti penat punya nak jemput kita. “Kau ingat kau raja”- kata kata untuk diri sendiri.
Lalu. abam pun terus tekan grab car dan ada jugak 3 biji kete dah get ready jam 3.00 pagi dengan RM9.00 je tambang.
.
Masa tengah searching utk accept grab car tu.. mata abam terus pandang seorang pakcik yang tersadai duduk tepi kerusi abam nie.. lalu abam tegur la.. “balik mana bang?” - ala ala beramah tamah plak..
pakcik tu ala ala macam tak bermaya jawab dengan senyum tawar di bibir.. “saya korja.. teksi”- dengan lograt utara bak hang gituew.. mulutnyabdi muncungkan dengan tunjuk ke teksi yang macam kereta besi buruk dah. dalam hati abam “patutlah orang tak pergi kat dia dari tadi.. kereta dia usang sangat dah.. mesti orang pergi naik uber dan grab car..
.
abam pun terus lah cakap tanpa berfikir.. “boleh hantar saya ke Masjid Sungai Staq” ala ala cube berlograt utara tapi pelik plak bunyinyer.. pakchik tu terus jawab “boleh.. RM20.. hmmmm RM15 pun tak pa aikk”.. dia terus bangun dan macam semangat. abam tak tanya lagi harga dia dah letak harga dah siap dia diskaunkan sendiri tanpa abam mintak tawar menawar.. pakcik tu mungkin dia tengok abam berselipar jepun pastu rambut kusut masai sebab baru bangun tidoq dari dalam bas. mungkin ada air liur basi kat tepi mulot.. tu lah dia bagi murah setanding dengan harga grab car..
.
abam pun follow lah dia dengan laju macam nak berlari mengejar flight nak terbang .. walhal, dah 3 pagi.
.
pakchik tu berlari ke teksi dia tu siap bukakkan pintu ala ala abam nie raja gituew. beg diletakkan di belakang sit dan dia siap suruh duduk belakang. OMG.. layanan jam 3.00 pagi macam layan menteri. abam pun cakap “tak pe bang.. saya dok depan yer”.. abam rasa tak biasa plak dok belakang macam boss memerintah driver peribadi.
.
Lalu dia pun start enjin dan terus meluncur kearah sungai staq. abam punya cakap “dekat masjid sungai staq ..”.. sambil memandang muka dia dan abam sambung lagi sebba tengok dia pandang depan tak kelip kelip... “dekat ngan sg achech yer. saya tunjuk jalan..
.
pakcik tu pun jawab “ tepi jalan je kan”.. dan segara abam pintas.. “haah.. betul betul tepi jalan..”
.
Nampak macam pakcik nie mengantok je gayanya.. risau plak abam.. apa lagi.. abam pun terus merancakkan bercerita walaupun abam pun ngantok. “kerja malam ke hari ini bang”.. soalan ala ala hujung tu ada nada bertanya suruh dia bercakap.. “haah dari jam 12 tadi.. tak daq lagi orang.. sekarang tak ramai.. semua naik uber..” nada dia ala ala macam geram kat uber yang sapu customer dia..
.
aku pun masuk jarum lah.. terus cakap “ haah kan.. skrg orang semua dah pakai uber.. takut saya naik uber.. sebab kita tak tahu orang tu betul ke bawak kita.. diculik kita nanti nayer je” sambil gelak kecik yang macam krik krik.. “tu lah nasib teksi yang dah kurang la nie.. kerajaan pun dah benarkab..” sudahhhh masuk plak bab kerajaan bagai..
lalu abam pun terus cakap “ itulah dia bang.. nak cari reseki kan.. macam macam kan caranya”.. pakcik ini pun ngan nada sayu terus cakap “ kalau tak kerja macam mana nak makan.. la nie anak anak pun dah kawen.. depa pun dok hidup susah.. @&&)67:£?:().&&!!)&@$*~>>|%|^€|$” - pakcik tu menggoreng bercerita anak dia ramai tapi semua macam hidup susah je. dan dengar dari cerita dia.. memang macam anak anak dia tak bagi apa apa kat dia dah lepas kawen bawak hala tuju dia. anak ramai.. tapi biarkan ayah dia kerje sampai malam buta. dah 65 tahun macam tu.. patutnya rehat je kat umah.. anak tanggung..
.
abam pun terfikir.. susah sangat ke anak anak yang masih berkudrat tu nak bela mak ayah dia yang makan satu dua suap. sampai mak ayah terpaksa kerja sampai kesudah lagi.
.
Anak anak tolong lah buat kerja EXTRA utk tambah income sebab korang muda lagi. buat lah bisness apa sahaja yang tambah duit poket mak ayah. diorang bukan nak berjoli dah.. diorang nak beli beras sekilo untuk seminggu makan dengan ikan kering tahan sebulan. takkan tak leh hulur sikit. alasan “tak ada duit” memang tak logic.. USAHA lah.. apasal lah BODOH sangat nak ikut nasib je jadi miskin FOREVER.. kau pergi lah usaha niaga. ada je yang tak ada modal. soalnya.. KAU MALAS.. sanggup je kau biarkan mak ayah kau menjaja macam tu.. abam jadi panas malam tu sebab mengenangkan anak pakcik teksi tu yang tak guna.. kalau sengkek sangat pun. pakat pakat hukur RM10 ringgit sebulan dari tak der langsung.
.
hnmmm malas nak taip. abam jadi geram dan nak mencarut je.. banyak dah abam jumpa manusia yang malas macam nie.. niaga Tupperware sebulan dua pastu krik krik.. alasan.. tak ada orang nak beli.. yang abam ini.. boleh je.. kena lah USAHA.. kalau abam cakap bangang.. korang marah.. USAHA sampai putus tangan tu.. berjuang..
.
Ini tidak.. niaga niat kabur.. masuk niaga hari ini..pastu nak untung ribu riban. niaga kalau nak cepat kaya. baik pergi main casino je.
.
Berniagalah dari sekarang. Carilah perniagaan yang dijamin dan boleh terbukti memberi pulangan. rancanglah perniagaan dengan strategi yang betul. abam sedia bantu u olz yang ada niat nak bantu mak ayah . abam akan tolong hang pa semua (lograt utara)..
.
jenuh abam berleter..
.
.
Abam mempunyai FORMULA untuk membantu Suri Rumah mempunyai pendapatan minima RM10,000 sebulan. Siapakah suri rumah yang nak belajar Formula dan nak tahu RAHSIA ini. Boleh Comment kat bawah “SAYA NAK”
.
penat abam taip nie.. kasi LIKE & SHARE yer.. tq yer





Sunday, February 11, 2018

Jom saya share cara saya berniaga tupperware setelah 9 tahun dengan cara yang terbukti

Assalammualaikum


siapa yang nak tahu cara saya buat bisness ini.. boleh PM saya yer ..

click sahaja disini..


www.wasap.my/60132230082/saya+Nak+Belajar+Strategi+Niaga+TUPPERWARE+Syamputra+Razali


https://www.facebook.com/tupperwaresyamputrarazali/posts/1528079060575103


Statistik ini memang gila.


Tapi 95% usahawan dari rumah lebih banyak rugi duit dari buat duit!


 sebab apa ??

===sebab buat BISNESS memBaB*-Buta====


Di sini bermulanya kisah saya…


Lepas 9 tahun berkecimpung dalam bisnes online, saya faham sangat.


Bertahun-tahun saya asyik keluar masuk MLM. Saya juga asyik bertukar-tukar produk sebagai agen.

Saya juga pernah jadi agent insurans dan unit trust dan dan jual macam macam produk 

.

Kenapa saya bertahan lama dengan Tupperware ??? kenapa lelaki jual TUPPERWARE??


Semua saya dah try, dan lalui perit getir, naik turun seorang usahawan yang nak mencari kebebasan masa dan wang. bayar hutan dan boleh senang lenang beli makanan.. syukur 3 bijik rumah hasil dari duit tupperware.. macam tak caya kan..


 


…takda apa yang saya dapat melainkan penat lelah, air mata dan hutang yang makin menimbun. kalau saya terus jual barang tanpa ILMU dan strategi.. saya kena buat sikit kajian dan rancang formula TEAM POWER


(belum campur lagi stok produk yang gagal dijual – yang expired lagi.. semua tong sampah yang makan.. tengah kumpul habuk dalam almari) tapi kalau stok tupperware. rupanya semakin mahal harganyer.. memang awesome !! tak ada expired !!


 

oklah..

Saya ni jenis susah nak ‘give-up’. Saya bangun balik, dan bangkit.


Kini saya boleh rekrut lebih dari 7000 prospek agen atau downline setiap hari secara konsisten tanpa keluarkan modal satu sen pun. semua total downline dalam organisasi saya. bukan saya sorang yang recruit!! tapi saya recruit JERUNG JERUNG dan pakar recruit..


 


Hari ini, saya dimurahkan rezeki, diberikan penghormatan dengan kebolehan mengajar dan share pengalaman saya kepada usahawan seperti anda juga melalui class MDEC iaitu eusahawan..


Anda mungkin tertanya, ..


Apa yang berlaku pada saya? Apa perubahan yang saya buat yang  boleh tukar situasi saya hampir serta merta? Apakah formula ini?


 


Adakah Saya Terpaksa Belajar Jadi Super Star Salesman Dengan Ayat Manis, Buat Meeting Di Hotel Mewah Dan Laburkan RM1,000 Untuk Buat Iklan? 


Hish. Mana mungkin. Saya pendiam lagi pemalu. saya nie umur muda tapi dah macam muka orang tua. kalau hensome tak pe.. ini serba serbi sederhana gituew.. maniss je ada..


 


Adakah saya terpaksa gantung flyer dan paksa kawan-kawan dan saudara-mara join bisnes saya?


No way.


 


Adakah saya join satu peluang baru atau produk terkini yang membawa perubahan pada saya?


Sudah tentu tidak.


 


Jadi apa yang saya buat?


Ia sesuatu yang pelik dan tak masuk akal pada saya ketika tu. semua cakap “boleh ke lelaki jual Tupperwars??”


Tapi apa yang saya buat adalah…


 


Saya BERHENTI menjual secara 100% dan start buka peluang bisnes seperti kebanyakan seller lain. jual jual jugak.. strategi “RITA” perlu jugak kita buat.

.

hari hari RITA.. apa tu rita?


 


Di kala orang lain menjaja produk dan ‘company’ mereka, saya buat yang sebaliknya. saya pun jual produk jugak.. sebab nak skill menjual tapi tak lah menjual sampai jadi super sallers..


Semua orang kata produk mereka paling hebat.


Semua orang kata company mereka paling power.


 


Konon!


 


Abis tu, kenapa tetap ramai orang gagal?


Saya bukanlah totally pemalas. Usaha tu usaha juga.


Tapi walaupun berusaha, hakikatnya saya tak nampak hasil di sebalik usaha saya.


 


Bila saya tanya nasihat ‘leader’ atau HQ, diorang semua cakap benda yang sama:-


“Kau kena kerja lagi kuat.. pusshshhh jual tupperware tu”

“Kau kena buat iklan lagi banyak”

“Kau kena follow-up downine lagi kerap”

 


Puhhhh …adeh. lenguh pinggang pakcik


Jauh di lubuk hati, saya tahu, ada something wrong. Something yang missing.


 


“Kenapa aku jual vitamin, padahal orang tak nak pun?”


“Kenapa aku ajak orang buat bisnes, sedangkan aku pun ragu-ragu dengan bisnes ni”


 


Semua serba tak kena.


Lalu saya jumpa satu formula, apabila saya TIDAK menjual, semakin ramai orang mendekati saya.


 


Ini rahsianya: 


formula “POWER”


www.wasap.my/60132230082/saya+Nak+Belajar+Strategi+Niaga+TUPPERWARE+Syamputra+Razali


 


Kita mesti dicari. Bukan kita mencari.


Marketing kita mesti positioning diri kita sebagai pakar, dan bukan sebagai orang biasa.


 


Okay dengar sini…


Untuk bisnes anda berkembang, anda perlukan agen dan downline berkualiti yang datang kepada anda secara NON-STOP. Tak boleh berhenti.


 


Mereka akan join bawah anda, dan membeli produk , tapi…..


 


Problem pertama anda, diorang akan anggap anda ni nak ambil kesempatan dan just nak perabih duit diorang je. Diorang dengar kena “meeting larut malam” (MLM) pun dah meluat.


 


Problem kedua anda, diorang dengar company MLM (tupperware) pun dah lari jauh-jauh. Anda nak cari agen? Diorang pun dah berpuluh kali terpaksa tadah telinga dengar peluang jadi agen. Produk dah bersepah merata-rata sekarang ni. Diorang TAK HERAN LAAA…


 


Problem ketiga anda, diorang tak kenal anda. Diorang juga tak percaya anda. Diorang tak faham apa nilai tawaran anda pada mereka. Anda terpaksa mempengaruhi mereka, dan cuba ‘close’ mereka… sedangkan anda bukan seorang sales person.


 


Sebab itu saya sarankan gunakan formula POWER nie..


 


 


Step pertama, 

Join sebagai Ahli TEAM POWER

.

masuk ahli under team kami..

hubungi saya atau agent team power seluruh malaysia..

.

lagi senang.. click je kat bawah nie..


www.wasap.my/60132230082/saya+Nak+Belajar+Strategi+Niaga+TUPPERWARE+Syamputra+Razali

.

Jom Buat Duit Dengan Tupperware

Sertai Team Power

Organisasi Yang Melahirkan Strategi Yang Terbukti Berkesan Menjana Pendapatan

.

Hubungi : 013-2230082

Syamputra Razali

.

www.wasap.my/60132230082/saya+Nak+Belajar+Strategi+Niaga+TUPPERWARE+Syamputra+Razali


www.wasap.my/60132230082/saya+Nak+Belajar+Strategi+Niaga+TUPPERWARE+Syamputra+Razali


p/s - Thanks mdec sebab pilih saya jadi speaker untuk forum Mdec tempoh hari beri anugerah pensyarah  cemerlang eusahawan. thanks.

#tupperwareteampower

#tupperwaremalaysia

#mdec

#eusahawan

#youcanduit

#syamputrarazali



ini ada artikel yang bagus dari sifu saya


Dear Brothers & Sisters


Ada apa dengan bisnes?


Mungkin anda telah belajar pelbagai teknik penjualan melalui kaedah online yang power-power. Ada yang menekankan pengunaan media sosial, ada pula mengunakan pendekatan SEO dan pelbagai pendekatan lagi. Semua teknik-teknik yang dipelajari tidak kurang hebatnya.


Tetapi melalui pemerhatian saya, jarang pula saya mendengar perbualan atau komen-komen yang menfokuskan kepada elemen-elemen bisnes yang lain. Kalau ada pun bab SOP dan HR. Padahal dunia bisnes ni ada pelbagai topik-topik yang lain untuk dipelajari untuk melengkap disamping memperkukuhkan bisnes anda.


Lagi membimbangkan saya ialah mentaliti pemilik bisnes yang terlalu bergantung kepada dunia digital sedangkan dunia fizikal juga sangat penting untuk membina bisnes tidak berapa diendahkan.


Pada saya tiada beza dunia bisnes online ke offline. Yang mungkin membezakan bisnes tersebut adalah modal yang diperlukan disamping jenis bisnes itu  berbentuk produk atau perkhidmatan.


Kerana bagi mana-mana bisnes, hakikatnya ialah:


1)   Komponen kewangan perlu difahamkan dahulu kalau tidak macamana nak tentukan modal hingga ke harga retail (jualan) yang sesuai. Kerana dengan modal dan harga yang sesuai dan kompetitif di pasaran barulah bisnes tersebut dapat menampung kos operasi, kos pembangunan dan juga rizab perniagaan untuk masa depan.


Tak kira ilmu digital banyak manapun anda akan kuasai tapi kalau bab perancangan dan pengurusan wang tidak dipelajari dengan betul , lambat laun bisnes tersebut akan mempunyai kebarangkalain tinggi untuk berkubur juga.


2)   Tak kira berniaga nasi lemak di tepi jalan mahupun berniaga produk kosmetik dan kesihatan, pengunaan media sosial perlu digunakan. Kerana ini adalah cara paling mudah dan murah untuk berhubung dan memasarkan produk atau perkhidmatan anda dengan potensi pelanggan. Tetapi ini sebenarnya hanya komponen pemasaran dalam dunia bisnes dan bukan bisnes online sahaja.


Disamping itu di dunia fizikal kenapa billboard di tepi jalan masih bersepah-sepah, Tanya diri anda mana lebih bernilai, adakah iklan pada billboard atau FB Ads ? Faktor persepsi kepada dunia offline masih lagi kuat sebab itu pemikiran kenalah selari di antara dunia offline dan online.


3)   Aktiviti untuk mengembangkan perniagaan sangat perlu kalau tidak ianya akan menjadi kaku dan apabila minat pelanggan berubah kepada produk atau perkhidmatan yang lebih innovatif maka bisnes tersebut lama-kelamaan akan tidak mampu bertahan.


Jadi untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku, sebagai pemilik bisnes anda masih perlu ke sana ke mari untuk mendapatkan peluang dan idea di dunia nyata untuk memperkukuhkan bisnes tersebut dan bukan asyik duduk mengadap laptop ajer.


4)   Dunia sosial media pertamanya adalah untuk bersosial, jika setiap posting asyik nak menjual ajer (terutama pada profile Fb anda), rakan-rakan akan menjadi kurang senang  dan lama-kelamaan mereka akan mula mejauhkan diri dari anda.


Fahamkan bahawa media sosial hanyalah jambatan untuk menghubungkan anda dengan prospek itupun kalau kandungan posting anda menepati citarasa prospek tersebut. Sosial media sahaja tidak cukup untuk melengkapkan perniagaan anda.


Bayangkan anda perlu menjual sekurang-kurangnya 30 unit stok dalam masa sebulan untuk mengelakkan dari kerugian, masuk hari ke-15 stok tak sampai 20% terjual. Maka apa tindakan anda seterusnya, adakah anda akan terus adjust FB Ads dengan buat pelbagai split test dan asyik tukar setting target segmen pasal pada anda itu merupakan masalah kenapa produk anda tak terjual.


Atau anda melakukan pendekatan offline secara seiringan seperti:


1)   Kenalpasti semula segmen yang hendak dijual melalui validasi off-line.


2)   Reviu semula USP produk kerana pendekatan penyampaian kurang jelas.


3)   Mungkin packaging kurang menarik perhatian.


4)   Melakukan pendekatan jualan langsung dilokasi-lokasi yang strategik.


5)   Mengadakan kerjasama dengan jenama lain yang mampu compliment produk anda.


Oleh itu pastikanlah minda anda sentiasa ditambah dengan ilmu bisnes yang menyeluruh. Jangan asyik duk beratkan bab nak belajar menjual, menjual dan menjual di online ajer. Memanglah tak salah belajar ilmu menjual, tapi kalau ilmu bisnes yang lain-lain tidak difahami bagaimana bisnes anda hendak nak bertahan.


Ikhlas


WNM


Business adalah prosess.. hayatilah setiap step secara organik.. maka di situ adalah pengalaman yang berharga dan kita dapat terjemahkan dengan mudah bila kita sendiri belajar merangkak, bertatih.. berjalan dan berlari..

.

Mungkin ada business yang masuk hari ini dan kaya RM1 juta esok sekelip mata.. namun, keindahan pancaroba prosess utk itu dia miskin sebenarnya.. dan yakinilah.. jalan pintas kejayaan adalah usaha yang pantas sahaja.. andai kita pintas untuk melangkah step ini secara organik.. maka nya.. kita culas dan tumpas sertas kandas untuk mengetahui keindahan sebuah kejayaan.

.

wah.. hover plak abam bagi ulasan Wan Nong Muzafar punya post awesome ini.. abam share yer...

(tumpan lalu sambil tunduk sopan melintas)

.

#wnm

#syamputrarazali

#tupperwareteampower


Dear brothers & sisters


Bak pepatah orang putih. "Begin with baby steps". Maksudnya dari perspektif bisnes...kita berniaga kenalah bermula dengan merangkak dulu.


Biarlah lambat ke destinasi yang penting kita mampu belajar untuk merangkak, berjalan dan kemudian berlari dengan kemas.


Bisnes adalah proses maka kenalah kita faham setiap huraian kerja  yang terlibat dan bagaimana untuk  sampai ke setiap tahap yang lebih besar . Saya pun bermula dari bawah dan sedikit demi sedikit melalui ilmu yang saya belajar dan praktikan, saya mampu membangunkan bisnes secara organik.


Yang penting jangan memilih rezeki yg telah diberi. Buat jer yang terbaik...😊😊😊


Moga projek kami seterusnya diberkati dan diredhai oleh ilahi....doakan untuk kami.....amin.


Ikhlas 

WNM


Dear Brothers & Sisters


Agak lama saya tak berkarya berkongsi secara panjang lebar mengenai dunia bisnes, so hari ni saya nak bercerita sedikit melalui pengalaman saya mengenai apakah yang dimaksudkan dengan bisnes dari perspektif WNM


Saya merupakan seorang usahawan yang lahir disebabkan keadaan memaksa saya melakukannya untuk survive. Memang masa tu dah takde jalan lain kecuali melakukan apa sahaja (yg penting halal) untuk memastikan hutang dibayar dan membantu isteri untuk menangung kos menyara keluarga kami yang masih dikira  muda pada masa itu.


Pada ketika itu kelajuan internet pun masih lagi slow mengalahkan siput, Kelajuan pada masa itu  hanyalah 56kbps (kilo bit per second) berbanding sekarang yang mana kelajuannya bermega-mega bit, kira macam basikal dengan kereta porsche tengah berlumba.


So ketika itu perniagaan usahawan kecil dan sedahana masih lagi berasaskan pendekatan fizikal dan manual. Perkataan seperti usahawan internet pun belum dicipta lagi di Malaysia .


So kalau diperhatikan, kebanyakan usahawan pada masa tersebut datangnya dari bangsa selain dari orang melayu kita. Kalau ada pun usahawan melayu,, rata-ratanya terlibat dalam beberapa sektor yang tertentu iaitu:

1) Bisnes berasaskan makan; gerai, restoran, katering, jajan tradisional dll

2) Bisnes projek kerajaan; kontraktor kelas A hingga F, supplier bahan, dll

3) Bisnes berasakan Kilang OEM: Produk kecantikan dan kesihatan yang dijual melalui stokis & agen


Kalau setakat kedai-kedai selain dari apa yang saya sebut tadi tu boleh bilang dengan jari berapa sebenarnya milik orang melayu di setiap pekan atau kawasan perumahan.


Oleh itu apa bezanya senario bisnes dulu dan sekarang?


Kalau  nak kira sekarang …. setiap 10 orang yang saya jumpa boleh jadi 2-3 orang akan cakap mereka usahawan tapi usahawan online lah.


Memang baguslah kalau sekarang dah nampak perubahannya yang agak ketara tetapi pada saya hakikatnya senario perniagaan di Malaysia secara keseluruhan pada saya masih tetap sama.


Mungkin ada penambahan satu lagi bisnes yang dipelopori orang kita iaitu bisnes fesyen. Ini agak jelas jika kita tenguk kat Bangi yang mana ianya menjadi syurga untuk fesyen muslimah. Bagaimanapun jika dilihat sejak akhir-akhir ini kedai-kedai tersebut yang tumbuh macam cendawan tetiba dah jadi agak slow jugak. Yang bisnes tutup melebihi dari bisnes yang dibuka.


Tetapi realitinya, sektor lain masih dipegang oleh bangsa selain dari bangsa kita.


Oleh itu kenapa perkara ini berlaku?


Disini saya akan cuba huraikan mengikut fasa-fasa tertentu agar anda memahami realiti yang berlaku didunia keusahawanan kita….  


1) Fasa Kelahiran Abang Mark & Rakan-Rakan


Apabila dunia FB dan insta diperkenalkan, begitu ramai dari kita mula join kerana ingin berkongsi pengalaman atau info terkini kepada keluarga dan rakan-rakan kita. Dari dunia media sosial juga kita mula sedar bertapa mudahnya menambahkan rakan-rakan baru hanya dengan semudah satu klik…iaitu butang add friend atau follow ajer.


Secara tak langung kita sudah mula menambahkan komuniti baru yang berkongsi minat seperti kita.


2) Fasa Saya Pun Nak Jugak


Dari menambahkan rakan-rakan di alam media sosial, ada beberapa golongan yang sedar bahawa media sosial merupakan sebuah lubuk emas untuk melakukan perniagaan pada kos yang agak rendah. Apa taknya, dari berbelanja berpuluh  hingga beratus ribu untuk mengiklan, kini dengan hanya bermodal tak sampai RM50 pun kita dah boleh guna FB Ads untuk menjual. 


Pejam celik pejam celik tetiba ramai yang nak berniaga secara online kerana ianya terlalu mudah disebabkan modal permulaan yang agak rendah disamping pelbagai bisnes model (contohnya dropship & affiliate diperkenalkan untuk memudahkan untuk sesiapa berniaga .


3) Fasa Tiru Macam Saya


Apabila lahirnya jutawan-jutawan internet tidak lama kemudian, mereka dijulang bagaikan selebriti oleh para pengikut mereka. Tetiba ramai pekerja yang makan gaji dah mula nak cari income extra dengan berniaga online dan ada juga siap berhenti kerja semata-mata inging mengejar kekayaaan yang dijanjikan oleh dunia digital sedangkan pengalaman dalam dunia bisnes masih lagi pada tahap Zero.


Menyedari wujudnya permintaan terhadap ilmu perniagaan, maka mula lahirlah Abam-Abam pakar atau sifu yang  mula menjanjikan kekayaan yang berjuta-juta dalam sekelip mata dengan hanya perlu membayar suatu nilai yang tak masuk akal  demi mengejar impian yang belum pasti.


4) Fasa Tikam Selagi Boleh


Memandangkan bangsa kita meliputi majoriti penduduk yang berpendapatan sederhana dan sederhana rendah maka merekalah menjadi target paling mudah untuk dipengaruhi oleh abam sifu dan pakar tersebut. Dengan tiada perasan serba salah mereka mula menyebarkan ilmu perniagaan yang tidak lengkap kerana apa yang diajar hanyalah cara-cara untuk buat sales tanpa mengambil kira kemampuan usahawan dari segi kewangan mahupun  pengetahuan asas mengurus bisnes.

Ini dikeruhkan lagi dengan pakar-pakar jiwa atau motivasi yang juga mengenakan yuran tak masuk akal kerana mereka menjanjikan shortcut untuk kaya  dan berjaya.  Ada juga yang konon-konon mengajar bisnes tapi hakikatnya mereka hanya mengajar bab jiwa aje.


Lagi menyedihkan para usahawan newbie dibrainwash untuk bergantung kepada guru-guru mereka sedangkan seorang guru perlulah melatih anak murid untuk jadi lebih matang dan berdikari didalam dunia perniagaan. Ini kerana dengan menjadikan newbie tersebut tak independent maka mudahlah nak upsell kelas seterusnya. Inilah ilmu barat yang dipelajari oleh guru-guru disini untuk mengeskploitasikan anak murid mereka.


Memang ilmu tidaklah salah tetapi ramai usahawan masih tidak berapa memahami dunia realiti bisnes dan apakah ilmu asas yang diperlukan  untuk memulakan perjalanan sebagai usahawan. Apa yang diajar adalah buat jer produk dan apabila dah siap bagaimana nak jual, jual dan jual. 


Lagi sengal pulak ada yang mengunakan agama sebagai kaedah untuk menarik minat  untuk bakal usahawan belajar atau melabur dengan mereka tetapi apa yang dijanjikan hanyalah janji tinggal janji.


5) Fasa Saya Masih ‘Stuck’


Apabila makin ramai newbie bisnes yang inginkan pendapatan sampingan secara part-time & full-time, maka kepadatan pasaran dapat dirasakan. Nak-nak pulak untuk berjinak dalam dunia perniagaan digital tidaklah mahal mana berbanding zaman saya yang mana media sosial masih belum wujud masa tu.


Kalau nak diperhatikan memang hebat senario para usahawan kita sekarang kerana makin ramai yang berani untuk berniaga bagi mengecapi impian menjadi kaya raya. Tetapi berapa ramai yang betul-betul berjaya?


Rata-rata usahawan yang saya jumpa kebanyakannya masih lagi jenis usahawan ikut trend dan bukan usahawan yang ingin membina suatu perniagaan yang berkonsepkan berlegasi. Bulan ni berniaga produk A dan lagi beberapa bulan berniaga produk B.Tak sampai setahun, dah lebih 5 ke 6 produk yang dijual dengan setiap produk membawa jenama yang berlainan.


Bila perkara ini berlaku apa yang kita lihat adalah tahap pendapatan usahawan tersebut tetap sama dan setiap kali mereka menukar produk kena bermula kembali di garis permulaan.


Lebih menyedihkan para sifu-sifu bukannya membantu keadaan tetapi memberi nasihat bisnes yang memberatkan kepentingan mereka seperti menasihati newbie mengambil pula produk yang mereka jual atas alasan produk mereka sure meletop di pasaran. Tetapi bila newbie tak dapat buat sale maka newbie dipersalahkan kerana tak cukup ilmu dan perlu melabur wang lagi kepada sifu tersebut untuk mendapatkan ilmu jualan yang konon-kononnya akan mampu menghasikan jualan yang diimpikan. Apabila tiada perubahan positif berlaku maka sifu hilang dan usahawan newbie akan ‘stuck’ untuk menanggung kerugian yang tidak terhingga.


Kesimpulannya


Bagi yang berminat untuk berniaga, memang saya amat galakkan anda untuk menceburi dunia keusahawanan tetapi jangan terlalu terburu-buru untuk nak kaya. Kerana apa yang anda selalu saksikan pada posting-posting media sosial seperti gaya hidup yang penuh kemewahan bukan semestinya semua realiti. Kerana macam anda, usahawan-usahawan tersebut masih memerlukan anda untuk melariskan jualan mereka. 


Maka cara paling mudah untuk menarik anda menjadi juru jual mereka adalah dengan mencipta suatu dunia fantasi yang serba mewah untuk mengaburkan mata anda.


Saya berkongsi hari ini adalah kerana selain dari tugas saya sebagai peniaga, saya juga bertugas sebagai konsultan untuk menyelesaikan permasalahan usahawan yang rata-rata kalau jumpa ceritnya adalah mereka terpedaya dengan dongengan dunia perniagaan yang menjanjikan kemewahan secara express. Lagi menakutkan ialah apabila mendengar ilmu yang dipelajari oleh mereka yang tidak mengenal konsep ‘right & wrong’, yang penting  boleh kaut keuntungan.


Oleh itu untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada bisnes anda maka elemen yang paling utama yang perlu anda ingat adalah janganlah sekali-kali membiarkan wang menguasai anda. Kerana apabila perkara ini berlaku, anda tidak akan mampu menjadi rasional untuk melihat kebenaran yang sepatutnya. 


Biarlah perjalanan yang anda pilih agak jauh dan lambat untuk sampai ke destinasinya, tapi yang penting perjalanan tersebut adalah perjalanan yang tidak menyusahkan persekitaran anda dan paling penting ianya datang dari keikhlasan diri  anda untuk melakukan suatu yang mampu membantu persekitaran tersebut.


Ikhlas


WNM























IKLAN TENGAH