IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Monday, August 20, 2018

KETAHUI DASAR MARKETING PAKCIK : Tupperware Malaysia Buat Duit Dengan Mudah

Assalammualaikum..
kali ini pakcik nak cerita tentang SPECIFIKASI VS EMOSI
Kebanyakkan kita tak perasan apa yang anda buat untuk iklan sana sini.. rupanya.. pakcik pun buat dan adakala nya.. krik krik..
sebab pakcik kena bezakan dan gabungkan 2 elemen nie.. antara spek dan emosi
iklan yang pakcik.. ada yang speck dan perlu emosi yang menyuntik.. hati orang..



hari ini poster orang mengandung aku buat untuk menggalakkan downline recruite dan menggalakkan kita semua mencari orang.. dan ajak dia join.

sekarang.. semakin ramai orang yang nak mencari pendapatan dan ramai yang nak jalan mudah untuk kaya dan berjaya.. mereka langsung tak nak berniaga dan nak duit tu jatuh tanpa buat apa apa.. pendapatan pasif lah kata mereka.. 

kalau tak berusaha.. bisness apa pun sama je.. kita kena berusaha pada permulaam dan dan berjuang selagi ada nadi dijasad kita..

memang ada yang kaya raya dengan duduk sahaja.. tetapi kita mampu ke jadi macam tu.//. baik mereka suruh family members mereka.. mereka pun bertarung dan sungguh sungguh bertempur dengan masa dan tenaga nak berjaya.

saya yakin dengan bisness tupperware ini yang saya fikir ia sangat kena dengan minat dan semangat saya sebagai seorang yang memiliki dunia merketing..


syukur.. poster saya yang menarik orang utk masuk dalam whats app mendapat sambutan luar jangkaan.. insyallah minggu ini start untuk mula toturial...
jom join..


saya bersyukur kerana ramainya orang masuk berduyun ke blog saya ini dan dari merata rata datangnya.. inilah dikatakan usaha tangga kejayaan..


saya pernah guna poster ini.. cantek juga..
semoga semua warga TEAM POWER success.. insyallah..



ini antara motivasi yang saya boleh kongsikan..

5 cara atasi MASALAH ME RECRUIT new Consultant

1. Nak jelaskan kehebatan menjadi ahli
 inilah masalah yang saya rasa sangat leceh.. bile orang yang nak jadi ahli banyak bertanya.. tentang apa kelebihan nak jadi ahli. apa yang kita dapat bile jadi ahli Tupperware.. dan macam macam lagi.. tapi saya melayan mereka dengan cukup bagus dan menggunakan ayat ayat yang  mengeluarkan aura yang positif.. memang akhirnya kini.. tak perlu saya  nak bagi tahu apa kehebatan.. mereka terus kata nak jadi ahli.. nak nak bayar macam mana.. paling best,.. ada yang terus bayar dalam account dan terus bagi tahu.. memang mengujakan.. apakah mereka sudah explore sebelum ini dan memilih TEAM POWER sebagai team mereka.. dan saya cukup bersemangat sebab kini.. setiap hari ada sahaja orang msg nak menjadi ahli.. dan bulan lepas sahaja saya menerima lebih 45 orang jadi ahli baru under saya dan total organization lebih 120 orang.. bulan lepas dimenangi oleh Hyqal yang sangat rajin menyergah orang di kenduri kendara..
hyqal nie juru gambar kahwen,.. dan sangat expert bab me recruit..
untuk ke tips seterusnya.. click dibawah ini... untuk ke TIPS 2 - 5..


2. Nak explain apa dapat kalau jadi ahli
 recruit.. dahulu semua kata susah.. kini saya merasakan.. RECRUIT ahli lebih mudah dari membuat sales.. sebab membuat sales secara online dah terlalu ramai.. dan merecruit orang tak nak fokus.. padahal.. dengan recruit yang ramai.. kita akan banyak sales..  contohnya.. HAYATI tupperware.. telah merucruit lebih 25 orang bulan lepas dan melahirkan 1 orang director dan ada 4 orang DIQ.. beliau fokus untuk buat recruit dan akhirnya beliau berjaya mendapat sales paling tinggi iaitu 23 ribu bulan lepas.. terus mendapat TOP 5 dalam senarai top sales TEAM POWER.. dan untuk bulan mei.. ada 12 orang director yang berjaya melepasi sales 10 ribu dan 10 recruit !!!.. memang mereka hebat..
berbalik persoalan nak explain apa bile orang tanya nak jadi ahli.. jawapannyer adalah Dapat KIT BEG.. dahulu .. zaman saya ala ala susah baru nak buat bisness Tupperware ini.. saya bagi hadiah Tshirt dan apa sahaja yang saya ada dirumah.. bahan bahan yang saya dapat FREE.. contohnya majalah.. hadiah orang kahwen.. dan macam macam.. dan mereka yang jadi ahli sebenarnyer  tak kisah sebab mereka bukan nak hadiah pun tapi mereka nak penghargaan dan rasa dihargai.. bagi je lah sudu ala ala 50 sen.. mereka tetap suka dan bersyukur.. jadi..  bagi extra gift mana yang termampu.. jangan bagi rice dispenser plak.. itu memang menjunamkan diri sendiri ke gaung kegilaan..


3. Nak melayan mereka yang demand nak extra hadiah ala ala besarrr
 recruit.. dan  bakal new member yang demand hadiah.. nak hadiah itu lah. ini lah.. dulu saya layan jugak orang macam nie.. nak hadiah level.. dan hadiah FREE dari paris.. nak hadiah Pink.. semua dia demand.. bile kita daftar dan bagi hadiah siap POST kit beg free.. RM150 pun langsung dia tak buat.. lepas tu macam macam lah alasan dia keluarkan.. tak pandai la.. tak tahu la.. .. memang frust jugak.. tapi lama lama.. bile kita tak tahu.. sebenarnyer.. orang yang nak berjaya.. bukan orang yang meminta minta.. lebih baik saya amek orang yang nak buat tapi tak ada modal.. dari orang yang anggap RM70 tu terlalu besar sampai nak hadiah extra itu ini.. so sad.. sepanjang pengalaman saya.. orang yang suke meminta minta ini memang tak lama.. sebab buat sikit sales.. dah dia mintak.. kalau dia baru buat RM1000.. entah entah dia nak mintak hadiah kereta.. so.. kepada anda yang suke minta minta.. ingat lah. RM70 tu untuk pendaftaran dan post kit beg kena bayar.. dan macam macam lagi.. syukur lah dapat hadiah walaupun kecik..

4. Nak mintak RM70 di bank
 kekadang bile nak cari orang masuk ahli Tupperware, kita berdepan dengan orang yang liat membayar.. saya pernah kena.. seorang nie. memang nak suruh saya dahulukan duit RM70 dan janji nak bayar.. lepas saya daftar.. dia kata dia tak sedia lagi.. dan padahal.. saya dah daftar dah.. dan ini yang buat kita angin.. so.. bile berdepan dengan orang yang liat nak bayar RM70.. bermakna .. nanti kalau ada apa apa event dan nak beli barang pun.. COMFIRM mesti liat nak kuar duit.. orang macam nie perlu dijauhkan dan diawasi.. jangan kita dahulukan duit kita kalau kita tak benar benar kenal dia.. dan satu lagi.. JANGAN TAKUT dan malu nak TUNTUT hutang.. kekadang mereka nie lupa dan memang nak halal jer.. so.. awas.. daftar orang.. biar duit masuk dahulu.. biar kita hilang recruit dari dapat orang yang ala ala sebegini.. tapi kena ada budi bicara juga.. kalau adek beradik atau kawan yang bersingguh sungguh nak buat.. saya sanggup TAJA sahaja dia.. tak payah bayar pun saya sanggup sebab dia komited.. so.. tepuk dada kenal dia..

5. Nak mintak salinan IC
Satu perkara yang saya anggap dulu paling sukar ... ialah nak mintak IC.. dulu susahnyer nak mintak ic.. sebab orang TAKUT nak bagi .. takut kita salah guna..
banyak jugak reject saya bile saya mintak IC terus senyap dan tahu tahu je.. dah daftar.. so.. apa yang saya belajar.. saya gunakan 1 cara yang cukup berkesan untuk mintak IC agar dia tak rasa takut.. nak tahu  caranya>? .. jom ke party dan seminar saya.. macam mana cara nak recruit ?..



SHARE TIPS RECRUITS RAMAI : SAYA SEDIA BERKONGSI RAHSIA KEJAYAAN DENGAN ANDA. AYUH !!! taip <SAYA MAHU> <NAMA><Upline> hantar ke 012-3993947
_________________________________________________________________________________

itu lah promo yang saya buat di facebook yang menampakkan ramai yang berminat untuk join dan saya sedia nak bongkarkan  rahsia ini untuk kemajuan TEAM POWER dan teman teman yang lain..
kali ini saya ingin kongsikan di whats app dan anda boleh bertanya dan mengutarakan cadangan dan juga pendapat anda. saya sedia menerima dan penambahbaikan yer..

saya yakin.. dengan rahsia ini.. anda bukan sahaja mampu untuk terus gemilang tetapi mencipta legasi baru dalam Tupperware ini..

ini adalah artikel saya tahun lepas dan saya ingin perjelaskan dengan lebih bagus didalam whats app








inilah kalau boleh saya berikan sedikit sebagai tips untuk anda sebagai panduan mengRECRUIT agar mudah dapat dengan jayanyer


Tips mengRECRUIT dengan jayanya dalam SeHARI ahli Tupperware
1.                       BIJAK MEREBUT PELUANG
Perkara pertama dalam meRECRUIT orang dalam Tupperware ini adalah kebijakkan kita mengambil peluang.. jangan salahkan pesaing yang bijak merampas downline kita sebab sikap kita yang tak berapa nak menjaga dia.. dan kita pun jangan lah merampas hak orang tanpa tuan puanya badan merestui.. dan kebijakkan kita merebut peluang itu bila dimana sahaja kita berada.. kita harus jadi sikit muka tembok.. manalah tahu yang kita recruit tu jadi mutiara yang bersinar.. dan TEAM POWER kini telah mencapai angka 27 orng Director dan mencecah 1200 orang dalam 2 tahun dan purata dalam sebulan.. kita Berjaya merecruit 100 orang downline.. dan ini adalah petunjuk tentang perkembangan rangkaian dan  network dalam TEAM POWER..  Alhamdulillah.. melalui TEAM POWER.. strategi dan tips yang kita kongsi membuahkan hasil
2.                       BERPADA – PADA MEMBERI TAWARAN GIFT
Adakalanye.. sebab nak bersaing dan terdesak.. kita menawarkan keahlian percuma dan kekadang saya lihat banyak betul gift yang diberikan.. abagi saya.. gift boleh disediakan.. tetapi harus tidak melampau.. saya ada pengalaman.. taja orarang masuk dan bagi hadiah lagi.. last last.. ntah kemana dia.. kenyang dan tak kembali.. siap berhutang lagi tu.. OMG.. memang mintak jauh lah.. lebih baik kita recruit dan bagi tanda hati yang berpatutan agar dia tak berapa sangat disogokkan dengan hadiah.. nak dapat sesuatu harus capai target.. dan sikap bersiang utk menjadi yang terbaik ini adalah dari sikap kita tak terlalu terhegeh hegeh sangat nak daftar downline.. jadi downline yang berkuality adalah downline yang mampu berdikari
3.                       TELUS DALAM BERKATA
Bila mengatakan sesuatu.. ayat tu memang la manis.. jangan terlalu manis.. contohnya.. beri harapan.. “saya lihat awak nie mampu buka stokes”.. padahal dia nak jadi ahli sebab nak dapat 25 %s ahaja.. jadi kena tahu dia mendaftar atas tujuan nak bisness atau nak guna sendiri.. jadi kena telus dan cakap sahaja.. kalau beli sendiri.. jangan la nak komisen plak.. sebab siapa yang berbisness je boleh dapat komisen dan kena ada 2 orng minima dan atas nama sendiri ada 500. Memang agak berat.. tapi dari situ kita tahu dia nie jenis berkira atau banyak songeh.. nak free itu.. nak free ini.. macam macam karang dia mintak nyer. Bahaya orang macam nie.. mintak jauh..
4.                       FULL OF KNOWLEDGE
Semestinya ilmu dan lengkap dengan info semua kita haru peka.. bile ditanya je.. kita terus jawab dengan confident nyer.. dan kita dah jadi kamus bergerak.. tapi kalau kita ragu ragu.. harus rujuk dengan yang pandai.. dan kita harus belajar dan senantiasa mahukan kebaikkan diri.. jangan plak bodoh sombong tak nak bertanya.. terus sesat jalan jawabnyer.. makanyer kena lah study sikit dan senantiasa practise utk explain marketing plan dengan new prospek kita. Bile dah lama lama.. harus kita dah master dengan katalog dan segala macam pertanyaan. Jangan takut.. semua orang yang baru, harus bermula dari bawah..
5.                       YAKIN DAN MEYAKINKAN
Tak dapat disangkal.. siapa yang paling yakin.. dia akan mendapat perhatian.. yakin ditunjukkan melalui nada bercakap.. dan ayat melalui perkataan.. gambar juga memainkan peranan dan testimony orang juga salah satu cara. Harus kena meyakinkan mereka yang nak masuk agar mereka rasa selamat duduk dibawah naungan kita.. jangan hanya beri janji palsu.. dan langsung tak peduli.. tapi kalau dia buat sales setahun sekali. Jangan la caring dia lebih lebih.. orang dah tak minat.. kita cube bagi dia berehat je.. bile dah terbuka pintu hadiah dia.. terus kita beri tips.. jangan paksa orang.. dan jangan sesekali menipu dia.. cakap je jujur.. sebab kejujuran itu pahit tapi ia adalah penawar kepada segala galanyer..


mendaftar ahli ibarat mendaftar surat beranak ahli keluarga

inilah dia kalau kita tak ada downline.. hah.. buat sales sorang sorang

 berdua kan lebih baik.. banyak faedahnyer

menunggu tu satu aktiviti yang menguji kesabaran

lepas berjaya sesuatu cabaran.. makan makan satu cara memberikan penghargaan diri sendiri

katalog jangan lupa bagi pada new dowline

tepi jalan pun boleh recruit kalau kena gayanyer

antara contoh hadiah utk new recruit

pulun lah menulis form bile dah ada ic

fokus untuk susun downline ada salah satu rahsia

kalau ada stiker lagi senang cerita

napkin presentation harus ada bile bertemu dengan downline
jadi jika anda nak jadi ahli..
segera call saya yer
012-399 39 47
Syamputra Razali



KENAPA susah sangat nak niaga Tupperware ? Ini pakcik bagi Tips Mudahnya berniaga Buat Duit Dengan Online

Assalammualaikum

Apa yang menentukan pendapatan saya..
saya buat banyak.. saya dapat banyak pendapatan..
banyak syukur.. banyak pendapatan

untuk nak ada banyak.. kena beri banyak..



Kenapa hidup dan bisness tak berjaya
salah siapa?
saya tak berjaya sebab salah UPLINE
saya tak berjaya sebab stok stokis tak dapat
saya tak berjaya sebab  ramai orang jual murah..

semua kita menyalah orang lain..
1 jari menunjukkan orang lain.. 4 jari kat diri sendiri

SALAHKAN diri sendiri !!

Bangun lewat sebab apa??
salah jam sebab tak dengar
sebab semalam tidur lewat.. sebab itu.. sebab ini..
sebenarnya bangun lambat sebab DIRI LEWAT dan malas nak bangun..

jadi.. anda yang menentukan diri anda.. pakcik dah buat KEPUTUSAN nak buat bisness ini dan pakcik yakin dengan business ini..




KEPUTUSAN lebih awal untuk berjaya..

KEPUTUSAN 1
- Keputusan Nak baiki hidup kita ,
buat perubahan dan sentiasa cari ilmu..
keputusan pakcik join bisness TUPPERWARE nie sangat sangat tak sengaja,,
macam mana seorang lelaki nak cabar diri jual tupperware dan sangat sangat orang tak layan pakcik.. sebab orang tak percaya betul ke ada JANTAN jual tupperware
keputusan yang anda buat perlu step by step.. kena start dengan hidup dari bawah dan kena rajin dan meroket terus menguasai produk..


KEPUTUSAN 2
- Keputusan Nak berlajar.. inilah orang yang serius nak belajar dan mengambil pengajaran orang lain sebagai inspirasi untuk berjaya. Orang yang bersedia untuk berdepan dengan cabaran adalah orang yang berani dan sentiasa prepare untuk berdepan dengan kejayaan. faktor yang paling penting adalah buat "SUNGGUH SUNGGUH".. how you do anything is how you get averything.. kena sentiasa fokus.. SAMBIL LEWA.. sebab kekadang keputusan orang yang tak sungguh sungguh pasti akan separuh jalan.. pakcik serius dalam buat bisness ini dan pakcik memang ada 100% komitmen dalam diri pakcik.. bile pakcik mulakan sesuatu.. dan pakcik buat TERBAIK !!.. sehingga BERJAYA


KEPUTUSAN 3
- Keputusan Nak all out. pakcik memang tak ada paksaan nak ajak orang nak berjaya.. kalau pakcik tahu dia nak berjaya.. pakcik akan all out dengan dia.. pakcik dah aim sejak mula masuk dulu dan pakcik nak dapat income 5 angka dan kini pakcik aim 6 angka.. sebab pakcik dah aim lepas 10 tahun.. lepas bisness dapat income 5 angka.




Kerja .. kerja.. kerja..
Sebab nak gaji bulan RM1500. Berbaloi ker kerja dengan makan gaji..
pagi pagi berkejar ke opis..
berkejar untuk takut punch card merah.. gaji.. memang naik..
macam pakcik keje.. rm1300.. gaji pokok.. dan kini alhamdulillah.. pakcik masih kerja dan dapat rm3000 setelah 17 tahun pakcik keje..
KEPUTUSAN PAKCIK buat part time dan all out sehingga gaji pakcik 5 kali ganda hanya 3 tahun sahaja masuk..

betul orang cina sanggup berniaga.. start dengan jadi KULI dulu dan belajar dari apa yang orang lagi pandai.. dan start berdikari..

matlamat pakcik adalah nak pencen awal dan start full time.. doa doakan yer..


PALING SENANG MULAKAN BISNESS

1. JADI AGENT JUAL PRODUK ORANG LAIN
- jual kacang dan makan depan orang lain.. "sedappppnyer". orang akan tanya.. ko makan apa?..
jawab.. ko nak.. aku ada bawak lebih... terus jual..

2. SHARE
- kita guna dan kita jual.. makan dan share dan jadi testimoni untuk produk tu.. kita share apa sahaja yang kita jual dan dimana sahaja. biar lah orang kata kemaruk.. tapi akhirnya orang kenal.. dan orang percaya..



KONSEP AIDA
- buat poster dan iklan anda !!

Attention - perhatian orang


Interest - minat orang akan tinggi bila dia suka


Desire - keinginan untuk dekat dengan kita (apa umpan yang kita pakai)
- nak ikan apa.. umpan apa perlu digunakan.. difference umpan.. sasaran berbeza


Action - Tindakan kita


kerja kita hari hari.. adalah
ORANG NAK TARIK orang dengan bagi VALUE..
bagi inspirasi kepada orang lain..
bagi TIPS.. kepada orang.. bagi VALUE kepada orang lain.. akan menyebabkan orang akan follow kita


DATA BASE is KING !!
cari data base orang kepada kita !!
senang nak menjual atau sebarkan apa sahaja info..
bagi VALUE kepada orang !!









Pakcik Menang Civic !! Tupperware Honda Civic FREE - Untuk anda yang mengindam HONDA CIVIC !!

assalam



hari ini.. saya dok berkejar ke Pizza hut, shah alam .. dekat ngan UITM.. nak COD barang mando chef.. memang sangat sangat teruja.. sebab orang yang terima nie.. ceria bile dapat mando chef..
thanks nanie.. belikan untuk kakaknyer dan memang sangat sangat baik.. nanie beli dari dubai.. dan baik hati bagi kat kakaknyer..

Oklah.. u olz.. berbalik kepada cerita kita..
memang tengah tak tido malam orang semua sebab honda nak kuar design baru yang lebih ummpphh..
dan ramai orang persoalkan tentang kemampuan siapa yang boleh pakai honda Civic ini yang harganyer lebih kurang RM136k..

sebelum itu.. saya nak bagi tahu.. saya pun salah seorang peminat kereta HONDA..
dulu memang angan angan nak honda city.. tapi alhamdulillah.. dengan gaji RM3000 pun saya dapat HONDA Civic.. syukur alhamdulillah..



inilah.. kata kata yang bukan menghina tapi inilah realitinya..

Nampaknya dua tiga hari ini satu persatu kereta baru muncul di pasaran Malaysia, dari kereta Honda Civic 2016 yang menjadi bualan dan kegilaan anak muda, hari ini pihak proton pula melancarkan kereta Proton Perdana Baru.

Ramai dilihat tertawan dengan kedua-dua kereta ini, ada yang bergaji RM3,000 sebulan mula bercita-cita handak beli kereta idaman mereka ini.

abg itu hak anda, hak setiap individu, tetapi apa yang hendak disentuh di sini adalah mengenai masa depan kita, nak dengar atau tidak terpulang, ketahui kereta adalah keperluan tetapi kereta mahal dan hebat adalah kehendak.

Kereta merupakan aset, tetapi aset yang sentiasa susut nilai, jadi anda perlu merancang kehidupan untuk senang di kemudian hari, contoh yang terbaik sudah pastinya hartanah yang akan sentiasa naik dan tidak susut nilai.

Jika Gaji RM3,500 sebenarnya anda layak untuk beli kereta Produa Myvi sahaja, jadi berapa sebenarnya anda layak untuk beli kereta Honda Civic baru yang berharga RM130k++ ini.

cerita nie memang sana sini kat fb dah viral dan Sekarang tengah hangat cerita pasal Honda Civic 2016 yang berharga sekitar RM132,000. Saya pun tergugat dengan design dia yang sangat mengancam gila woi.

Honda Civic adalah kereta idaman saya masa zaman sekolah. Kalau ikut gaji saya dan isteri, boleh saja kami angkat satu kereta tu. Memang layak. Tapi disebabkan kami ada asas ilmu kewangan, tak jadi belilah.

Siapa sebenarnya yang mampu dan layak untuk memiliki kereta Honda Civic yang gojes sangat tu? Kita berbalik kepada kiraan asas kereta mampu milik.

 Harga Honda Civic: RM132,000

Harga kereta mampu milik yang patut kita miliki mestilah kurang daripada gaji tahunan kita. Jika kita bergaji RM3,500 kita layak untuk beli Honda Civic tu. Bank boleh luluskan pembiayaan, tapi adakah kita mampu? Jom kira.

 RM3,500 x 12 = RM42,000.

Jadi, kalau gaji anda RM3,500 pakai kereta Perodua Myvi RM42,000 sudahlah. Tak payah nak berangan pakai Honda Civic baru tu. Orang gaji berapa yang mampu beli kereta tu?

 RM132,000 / 12 = RM11,000

Kalau gaji anda RM11,000 silakan angkat Honda Civic tu. Inilah matematik. Memang tak menipu. Yang selalu menipu adalah diri kita sendiri. Tak mampu, tapi acah-acah macam mampu. Rumah pun tak pernah beli lagi tu.

Pepatah kewangan ada mengatakan bahawa, "Jangan kagum sangat dengan Honda (Civic), kalau masih duduk menyewa". Itupun ramai yang tak puas hati sebab fikir lurus sangat. Puncanya, tak faham maksud yang tersirat.

Jangan risau, jualan Honda Civic terbaru takkan terjejas pun dengan posting macam ni. Mungkin beratus-ratus anak muda akan setuju, tapi beribu-ribu lagi anak muda lain masih membeli kereta di luar kemampuan diri.

Wei, raya nak dekat dah ni! Sekarang ni masa yang sangat sesuai untuk beli kereta baru. Banyak promosi raya. Nanti raya pertama boleh melaram, boleh upload gambar raya sambil posing baring atas kereta.

Nak beli, silakan. Tapi buat kira-kira dulu ya. Untuk kemaslahatan kewangan anda sendiri juga. Tak nak ikut nasihat ni? Sekati koranglah. Haha. - HF

Ok lepas baca apa apa yang abg  tulis nie, silalah ambil kalkulator dan ukur baju di badan sendiri. Mampu? Hah pergilah nak beli Lamborghini pun tak siapa nak marah. Tapi kalau tak mampu, duduk diam-diam sudah. Pakailah kereta yang lebih murah di dalam kemampuan diri.

Murah pun tak apa kerana tujuan kereta tu dicipta untuk bawa kita dari point A ke point B. Bukannya untuk tunjuk kita mampu walau hakikatnya, kita dan Allah sahaja yang tahu


Abg faham.. u olz nak berkereta mewah sebab nak rasa kagum dan bangga kepada diri sendiri bile drive dan orang pandang kereta kita.. abg sendiri pun rasa macam tu.. sebab ia bagi kita kepuasan.. tapi kalau ia menyusahkan hidup kita nak  bayar bulan bulan.. lebih baik pakai myvi.. abg sendiri dulu pakai myvi apa..



nampak tak abg hanya pakai myvi dan myvi inilah yang sangat berjasa... kotak inilah punya banyak.. boleh masuk dalam sebijik myvi.. tuhan je tahu abg sana sini berniaga..

inilah antara promosi abg masa dulu dulu..









tadi abg ada cakap tentang macam mana orang lain.. penat penat beli.. tapi abg dapat FREE.. memang dapat FREE.. itulah hadiah yang abg dapat 2 tahun lepas.. dan masuk nie.. tahun kedua raya dengan HONDA civic abg..
syukur sangat dapat capat target yang Tupperware bagi dan dapat jadi honda achievers 2015.




abg betul betul sayang dengan civic ini.. macam myvi jugak.. abg sayang sebab dia memberikan abg banyak reseki.. dan syukur.. atas sumbangan seluruh warga team power yang memberikan abg hadiah ini..

jadi.. abg nak bagitahu.. ada banyak cara kalau nak capai impian kita.. memanng kalau kita duduk sahaja.. tak akan bergolek honda civic ini.. tapi kalau kita bekerja keras nak capai.. kita boleg dapat dengan percuma sahaja..

meh lah.. kita dengar motivasi sikit yer..
bahan inspirasi kita








-----------------------------------------------------------------------
artikel ini amek dari google...
jom baca tambah ilmu

MLM (Multi-Level Marketing) atau Pemasaran Pelbagai Aras atau lebih dikenali sebagai Perniagaan Jualan Langsung merupakan suatu industri yang bernilai berbilion-bilion Ringgit walaupun industri ini sebenarnya masih baru di Malaysia. Banyak usahawan jualan langsung yang telah menjadi kaya-raya dalam industri ini.Sesetengahnya menjadi jutawan setelah berkecimpung dengan perniagaan ini untuk beberapa tahun.Sesetengahnya pula hidup senang setelah menukar kerja sepenuh masa mereka dengan perniagaan jualan langsung.
Namun demikian, terdapat banyak pula yang menyertai perniagaan jualan langsung ini yang GAGAL biarpun telah mencubanya sedaya upaya. Mengapa ada yang gagal dalam perniagaan ini sedangkan ada yang berjaya pula?Ada yang mengatakan bahawa mereka GAGAL kerana mereka tidak ada nasib, tidak ada pengalaman dalam perniagaan ini, malu berjumpa dengan pelanggan, dan seribu satu macam alasan/sebab.
Sebenarnya, punca kegagalan dalam perniagaan Jualan Langsung BUKANLAH berpunca daripada nasib atau tidak ada pengalaman berniaga, tetapi disebabkan oleh KETIADAAN TEKNIK, iaitu teknik menaja, teknik menjual,teknik memberikan khidmat kepada downline, teknik membuat home party, dan beberapa teknik lain.Rata-rata mereka yang berjaya dalam perniagaan ini bukanlah mereka yang memiliki pengalaman berniaga yang menakjubkan. Mereka yang berjaya memiliki teknik yang tidak diketahui oleh orang lain.

Tiada pengalaman berniaga, tetapi mereka memiliki teknik untuk berjaya. Bukan sedikit halangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Halangan dan cabaran itu sentiasa berlegar di sekeliling mereka. Tetapi mereka berjaya juga.
Tanpa teknik, tiada sesiapa pun yang akan berjaya dalam Industri Jualan Langsung. Teknik boleh dicipta tetapi sama ada berjaya atau tidak, belum tentu lagi.Jangan gadaikan perniagaan anda dengan teknik yang anda cipta sendiri selagi belum teruji berjaya.Bacalah Panduan Lengkap Bagaimana Menjadi Usahawan MLM Yang Berjaya.Rencana panduan ini merupakan hasil kajian menyeluruh penulis tentang kegagalan dan kejayaan usahawan jualan langsung dalam MLM ini.Teknik dan kaedah yang dicatat di dalam rencana ini telah terbukti berjaya dan menjadi amalan Juara-Juara Jualan Langsung. Bacalah dengan tenang dan setelah anda menghayati kandungan rencana ini jangan lupa mengunjungi laman penaja kami yang terpapar pada banner atau link-link tertentu.Rencana panduan ini ditulis dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh sesiapa juga yang berkecimpung dalam industri jualan langsung ini. Jadikan panduan di dalam rencana ini sebagai pemangkin kejayaan anda dalam perniagaan ini.

MULTI-LEVEL MARKETING, JUALAN LANGSUNG, DIRECT SELLING, atau apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya merupakan suatu perniagaan yang paling mudah dilakukan tetapi telah disukarkan oleh mereka yang sengaja mencipta teknik dan kaedah untuk berjaya dalam sekelip mata. Ramai orang yang menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian sepenuh masa atau sambilan kerana beberapa sebab:

* Modal asas yang paling minimum/kecil Memiliki”pasaraya” sendiri Memiliki “pekerja” sendiri. * Berupaya menentukan berapakah pendapatan (bonus) yang diingini setiap bulan.
* Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
* Berpeluang bertemu dengan pelanggan dan pengedarbaru.
* Berpeluang menjadi leader dan orang yang dihormatioleh pengedar-pengedar lain.
* Peluang untuk menjadi senang dan kaya-raya.

Jika anda ingin serius dalam perniagaan ini, anda jangan sekali-kali menoleh ke belakang lagi. Anda mesti meneruskannya. Jangan dengar komen-komen negatif yang sentiasa mahu melihat anda tidak melakukan perniagaan ini dan seterusnya menjadi gagal. Kata-kata nakal seperti “Mana boleh kaya jual sabun”,”Masuk jualan langsung, kasi kaya upline saja”,”Jualan Langsung di Barat boleh kayalah,di Malaysia? pirah…”, dan bermacam-macam lagi sering kita dengar.Kata-kata ini bukan sahaja daripada orang lain, bahkan daripada ahli keluarga sendiri termasuk isteri. Terdapat kes yang isteri menyediakan tikar, bantal,dan selimut di luar pintu kerana suaminya balik lewat daripada membuat tajaan. Ada kes yang isteri seorang pengedar yang membuat panggilan memaki hamun upline kerana membawa suaminya keluar membuat jualan dan tajaan. Semua ini merupakan asam garam dalam jualan langsung. Semuanya dilakukan oleh mereka yang mengenali MLM hanya daripada kulit atau luarannya sahaja. Mereka tidak mengenali isinya. Hanya setelah anda berjaya, barulah mereka buka mata.

Anda juga mesti sedar bahawa perniagaan jualan langsung ini bukannya magic – hari ini menjadi pengedar, esok anda boleh kaya. Perniagaan ini memerlukan masa, tenaga, komitmen, dan wawasan. Mereka yang menjadi JUARA MLM telah pun terlibat dalam perniagaan ini bertahun-tahun lamanya. Setelah mereka menemukan “resipi kejayaan”, barulah mereka berjaya. Tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Anda tidak boleh”dam” atau membeli barangan edaran anda dalam kuantiti yang banyak semata-mata untuk meraih bonus bulanan yang tinggi. Ini membunuh diri namanya.
Anda juga tidak sepatutnya menaja prospek sebarangan kerana menaja prospek tanpa mengetahui kesungguhan mereka sama seperti anda memiliki anak yang ramai tetapi semuanya tidak mahu bekerja. Anda sendiri yang akan rugi – membuang masa untuk memujuk dan menunjuk ajar mereka tetapi mereka enggan melakukannya – hanya mengumpul starter kit dan menyimpannya di dalam stor.Fahamilah kandungan rencana ini, praktikkan, dan sentiasa konsisten dalam kerja anda. Anda akan berjaya, Insya Allah. Setiap Kejayaan Bermula Dengan Satu Kegagalan !

Gagal atau Berjaya Dalam MLM ialah dua ayat pendek yang anda sendiri perlu memilihnya, iaitu adakah saya akan gagal atau adakah saya akan berjaya? Jika anda meyakini bahawa anda akan gagal sebelum berusaha bermakna anda memang telah pun gagal sebelum mencuba. Kepercayaan awal ini akan kemudiannya mempengaruhi tindakan anda seterusnya. Jika anda percaya bahawa anda akan berjaya, anda sudah pun membina asas untuk kejayaan dalam perniagaan ini. Jika pun anda gagal setelah mempercayai bahawa anda akan berjaya, anda akan berjaya juga akhirnya.

Kegagalan merupakan batu loncatan untuk berjaya.Mengapa dikatakan begitu? Setelah anda gagal, anda akan lebih berhati-hati, menukar strategi, dan menjadikan punca kegagalan itu sebagai pengajaran yang perlu dielakkan. Setelah anda bangkit semula daripada kegagalan itu, anda akan lebih bersedia untuk tidak gagal lagi. Nampaknya, berjaya atau gagal, anda sendirilah yang menentukannya, bukan orang lain, meskipun orang lain adalah antara punca kegagalan anda. Semuanya bermula daripada kepercayaan anda. Janganlah anda membina tembok batu yang akhirnya menjadikan anda terpenjara di dalamnya. Janganlah perasaan negatif seperti “tidak boleh” menjadi penyebab anda gagal.

Mengapa tidak anda sepatutnya lebih mempercayai bahawa anda boleh berjaya daripada akan gagal dalam perniagaan ini? Kepercayaan bahawa hanya orang Barat sahaja yang boleh berjaya dalam perniagaan ini adalah sudah lapuk. Sama dengan kepercayaan tradisi, apabila malam ada hantu.
Orang Malaysia – anda sendiri – sebenarnya boleh berjaya dalam perniagaan MLM ini. Dahulu, hanya orang Barat dan Jepun sahaja boleh membuat kereta. Kini, selain dua bangsa itu, orang Malaysia juga boleh membuat kereta bahkan lebih hebat daripada kereta buatan bangsa lain. Inilah kepercayaan yang sepatutnya menjadi pegangan anda – Saya Boleh Berjaya!

Hari ini, syarikat MLM yang bertapak di Amerika yang telah bertahun-tahun berada di Malaysia sudah mendapat saingan daripada syarikat MLM yang diasaskan diMalaysia dan oleh orang Malaysia sendiri. Inilah bukti bahawa orang Malaysia – ANDA – boleh berjaya melakukannya.”Percaya Boleh Berjaya” merupakan rukun pertama kejayaan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan setelah anda mendaftarkan diri sebagai pengedar ialah menanam kepercayaan boleh berjaya ini. Ini merupakan senjata paling ampuh yang dapat memecahkan apa-apa sahaja tembok diri biarpun yang dibina daripada besi keluli. Anda mesti percaya bahawa anda seperti orang lain boleh berjaya dalam perniagaanMLM ini.

9 bahagian daripada 10 bahagian rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Jenis perniagaan yang paling mudah dilakukan ialah perniagaan jualan langsung. Kaum Cina di Malaysia menjadi senang kerana mereka percaya bahawa mereka boleh berjaya dalam perniagaan. Anggapan”Lihat dulu baru percaya” sepatutnya dihapuskan dan digantikan oleh “Percaya dan buat dulu, akan ada hasilnya”. Jangan bazirkan masa, wang, dan tenaga anda hanya semata-mata anda percaya bahawa anda tidak akan ke mana dalam perniagaan ini. Sepatutnya anda TIDAK menurunkan tandatangan dalam borang keahlian syarikat MLM jika anda sudah pun menyimpan kepercayaan “Tidak Boleh Berjaya”. Mulakan langkah pertama ini dengan”Saya Akan Berjaya!” Bertindaklah Sekarang Sebelum Hayat Melayang!

Ramai orang yang menyertai jualan langsung tidak”mencipta semula diri mereka”. Apakah maksudnya? Manusia mempunyai pelbagai ragam dan salah satu ragam itu ialah ego di dalam diri. Mereka percaya bahawa hanya mereka sahaja yang baik atau betul. Mereka tidakmahu menerima teguran atau tunjuk ajar. Dalam MLM, anda mesti membuang ego anda. Anda mesti bersedia menerima teguran dan tunjuk ajar biar pun yang memberikan teguran atau tunjuk ajar itu adalah orang yang lebih muda daripada anda. Inilah yang dikatakan”cipta semula (recreate)”.

Jangan tutup hati dan telinga anda daripada menerima sesuatu yang baik demi memajukan perniagaan anda.Anggapan bahawa anda lebih pandai atau sudah pandai perlu anda kikis. Anda mesti bersedia diberi tunjukajar dan bersedia untuk belajar. Ilmu perniagaan ini tidak terbatas. Anda mungkin tidak mengetahui semua perkara mengenai MLM tetapi orang yang memberi anda tunjuk ajar itu mempunyai pengetahuan tentang perkara yang tidak anda ketahui. Anda mesti bersedia untuk terus belajar. Ilmu perniagaan jualan langsung yang anda pelajari hari ini tidak akan relevan lagi pada4-5 tahun akan datang. Jadi, anda mesti memperuntukkan masa pada setiap hari untuk belajar ilmu perniagaan MLM yang baru sama ada melalui pergaulan dengan orang lain, seminar, rally, konvensyen, atau membacanya daripada buku-buku dan majalah yang berkaitan.

Anda juga jangan kedekut mengajar orang lain,khususnya pengedar baru yang menjadi downline anda.Anda mesti mencurahkan segala pengetahuan yang adapada anda untuk mereka. Jika mereka berjaya menyerap segala pengetahuan anda dan mempraktikkannya, anda akan lebih segera berjaya. Downline anda bukan ditaja untuk ditinggalkan tetapi sangat dahaga akan tunjukajar anda. Ajarlah mereka agar mereka berjaya juga.Mereka berjaya, anda akan berjaya juga.
Anda jangan sekali-kali percaya bahawa hanya syarikat MLM tertentu sahaja yang akan menjanjikan kejayaan mutlak. Semua syarikat MLM adalah sama. Walaupun pelan pemasarannya berbeza tetapi matlamatnya adalah sama.Kejayaan bukan terletak pada apa nama syarikat MLM itu tetapi kejayaan terletak pada apa yang anda lakukan.Satu perkara yang mesti anda ingat sentiasa dan mesti anda hebahkan kepada downline anda ialah Perniagaan MLM menjanjikan kekayaan tetapi bukan menjadi asas untuk cepat kaya.

Menjadi kaya dan menjadi cepat kaya adalah berbeza.Menjadi kaya adalah benar tetapi menjadi cepat kayaa dalah hampir mustahil. Tidak ada sesiapa pun yang telah menjadi cepat kaya dalam industri ini. Yang ada hanyalah yang menjadi kaya setelah bertahun-tahun menjadi pengedar.
Sebagai perbandingan dan contoh, Puan Saadah Badrus yang menjadi pengedar REVELL dan kini dianggap sebagai salah seorang jutawan dalam industri ini di Malaysia hanya menjadi kaya setelah 4 tahun bersama syarikat ini setelah gagal mencapai impian beliau bersama 13 buah syarikat MLM lain sebelumnya.

Jangan percaya juga jika ada orang yang berkata: Jika ingin berjaya, tajalah prospek sebanyak mungkin.Anggapan ini adalah songsang. Tidak ada gunanya, anda menaja sehingga beratus-ratus orang ahli baru, tetapi mereka tidak aktif atau anda sendiri tidak mempunyai masa yang banyak untuk menunjuk ajar mereka.

Yang penting dan yang menjanjikan kejayaan dalam perniagaan ini ialah organisasi yang kuat dan aktif biar pun dianggotai hanya oleh puluhan orang sahaja.Mungkin anda masih ingat akan kata-kata hikmat Soekarno : Berikan aku tujuh orang pemuda, nescaya gunung akan aku ratakan. Ini bererti kuantiti ahli bukan prasyarat untuk berjaya. Kejayaan dalam perniagaan ini bergantung sepenuhnya pada kualiti yang ada pada ahli. Seperti Soekarno, beliau meminta 7orang pemuda, bukannya 700 orang tua!

Jika selama ini anda tergolong di kalangan orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain, maka anda haruslah mengubah sikap ini. Dalam MLM,anda mesti bergaul dengan orang lain. Dengan bergaul, anda boleh membuat jualan, membuat penajaan, dan yang terpenting, anda akan memperoleh pengetahuan baru untuk memajukan perniagaan anda.

Masalah adalah asam garam dalam MLM. Semua pengedar MLM ada masalah. Tetapi, anda MESTI menganggap masalahitu sebagai cabaran. Seperti masalah yang mesti diatasi, cabaran juga mesti anda harungi. Setelah cabaran itu dapat anda atasi, maka di hadapan akan terbentang jalan lurus menuju kejayaan. Orang yang takut menghadapi cabaran tidak akan berjaya. Jangan berumah di tepi pantai jika anda takut akan ombak yang melanda. Jangan berniaga, jika anda takut rugi atau gagal.
Jika anda takut, anda mesti menghapuskan perasaantakut itu dengan menemui paling kurang 10 orangpelanggan setiap hari. Saya jamin bahawasetelah andamenemui seorang pelanggan yang mahu membeli barangananda, perasaan takut itu akan bertukar menjadiseronok. Kadang-kadang,ada orang yang takutmenghampiri rumah kosong kerana sudah ada perasaantakut sebelum memasuki rumah itu. Orang begini perlumasuk sekali saja ke dalam rumah kosong itu, nescayaakan hilanglah perasaan takutnya terhadap rumah itu.Anda hanya perlu menemui seorang pelanggan atauseorang prospek baru sahaja untuk menghapuskanperasaan takut yang tidak berasas itu.

Terdapatbeberapa andaian awal yang negatif yang sentiasabermain-main dalam fikiran pengedar baru, iaitu:
* Menjual barangan MLM adalah sukar
* Belum tentu prospek ingin menjadi ahli
* Leceh membuat susulan selepas jualan pertama (servispelanggan)
* Tidak ada masa lapang untuk berniaga
* Sudah ramai pengedar dalam syarikat MLM ini
* Mampukah saya memimpin downline saya?
* Jualan Minima Bulanan (maintain) amat tinggi
* Masuk jualan langsung untuk memperkaya upline

Adalah silap jika anda beranggapan bahawa menjual barangan edaran anda, anda mesti pergi dari sebuahrumah ke sebuah rumah sambil mengetuk pintu rumahpelanggan. Anda tidak perlu berbuat demikian. Andaperlu membuat jualan kepada diri anda dahulu. Andamesti mencuba barangan itu untuk menikmatikeberkesanannya. Jika anda tidak menggunakannya(menjual kepada diri anda), bagaimana anda hendakmenerangkan kebaikan produk anda kepada pelanggananda? Setelah anda telah mengetahui kebaikan produkitu sendiri, perkenalkanlah (to intoduce) (BUKANMENJUAL!) atau berkongsilah (to sharing) kepada orangyang paling rapat dengan anda seperti adik-beradik anda dan kawan rapat anda.

Percayalah, jika bilangan mereka 10 orang, anda akansecara automatik akan mendapat 10 orang pelanggan barukelak kerana sudah menjadi resam manusia, seorangmanusia akan mempunyai kenalan yang lain. Dengan ini,pelanggan anda akan bercambah tanpa anda sedari sedangkan anda hanya memperkenalkan barangan anda hanya kepada orang yang paling rapat dengan anda.
Jangan memulakan penajaan terhadap orang yang belumanda kenali melainkan prospek itu ialah orang yangdikenali betul oleh downline anda. Anda harus menelitikesungguhan prospek itu sebelum anda menawarkanstarter kit kepada mereka. Prospek yang berbakat danberkualiti dapat anda kenali melalui masa anda membuatpembentangan tentang peluang perniagaan ini. Lazimnya,mereka yang berbakat dan berkualiti ialah yangsentiasa menumpukan perhatian padapembentangan/demonstrasi yang anda lakukan dansentiasa pula mengemukakan soalan-soalan yang baik.

Satu jalan mudah untuk membuat penajaan adalah kepadaorang yang rapat dengan anda yang telah pun merasaikebaikan produk yang anda perkenalkan itu. Katakansecara lembut (slow-talk) kepada mereka bahawa jikamereka menjadi pengedar produk itu, mereka akanmendapat sekurang-kurangnya 2 faedah, iaitu merekadapat membeli produk itu mengikut harga pengedar(biasanya terdapat diskaun 25% bagi setiap produk)yang lebih menjimatkan dan mereka akan mendapatperniagaan sendiri untuk meraih pendapatan sampingansetiap bulan. Jika syarikat MLM memperuntukkan pengumpulan kopun,mereka akan mendapat peluang untuk memiliki baranganlain yang tidak terdapat dalam senarai produk syarikatsecara percuma apabila jumlah kopun yang dikumpul olehmereka mencukupi untuk melayakkan mereka menerima hadiah.

Seperti menjual (memperkenalkan) di atas tadi, merekajuga akan membuat penajaan kepada orang yang dikenalioleh mereka setelah mereka menjadi pengedar. Sayapercaya, daripada 10 orang yang menjadi pelanggan andaakan ada 4-5 orang yang benar-benar berminat untukmenjadi pengedar.
Ramai pengedar beranggapan bahawa servis tidak perlubahkan suatu perbuatan leceh. Pada anggapan mereka,pelanggan tidak memerlukan servis. Servis amat perludalam MLM kerana servis umpama iklan produk biasa yangbiasa ke udara di televisyen atau disiarkan di akhbar.Anda tidak boleh membuat iklan produk dalam televisyenatau akhbar kerana salah dari segi Akta JualanLangsung.Jadi,  servislah pengganti iklan.

Denganservis, anda telah menunjukkan kesungguhan andaterhadap perniagaan ini dan komitmen anda untukmembantu pelanggan anda. Jika anda tidak membuatservis, anda tidak akan mengetahui masalah yangdihadapi oleh pelanggan anda setelah menggunakanproduk itu. Jika produk itu mendatangkan masalahkepada pelanggan anda dan anda tidak membuat servis,anda akan dituduh tidak bertanggungjawabmenjual/memperkenalkan produk yang tidak berkualiti.Jika pula produk itu memberikan kebaikan kepadapelanggan anda dan anda tidak membuat servis, andatelah kehilangan peluang keemasan untuk memperkenalkanbarangan lain dalam senarai produk syarikat MLM anda.
Jika anda memberikan servis (susulan selepas membuatjualan), pelanggan anda akan berasa dihargai dan akanmencari anda untuk membeli produk yang sama pada masahadapan setelah produk itu habis digunakan. Jadi,servis bukan perbuatan yang leceh tetapi suatu kaedahuntuk menyemai perasaan saling mempercayai antara andadengan pelanggan anda.

Semua orang mempunyai masa yang sama – 24 jam, 4minggu sebulan, 12 bulan setahun, atau 365 harisetahun. Pengedar yang telah berjaya juga mempunyaimasa yang sama. Pengedar yang mengatakan bahawa merekatidak ada masa lapang sebenarnya membuat andaiansalah. Jika anda bekerja dengan kerajaan, anda adamasa lapang pada hujung minggu. Jika anda bekerja mengikut shif, akan ada masa lapang sebelum tiba masa bekerja.

Peliknya, pengedar yang berkata bahawa mereka tidakada masa lapang, masih ada masa menonton televisyenatau berjalan-jalan di bandar pada hujung minggu.Sebenarnya, mereka hanya memberikan alasan tidaklogik. Anda mesti keluar daripada zon keselesaansekarang ini agar anda dapat masuk ke dalam zonkeselesaan itu sampai bila-bila. Maksudnya, anda mestimengorbankan masa rehat/masa lapang anda untukbeberapa tempoh dengan membuat perniagaan MLM inisungguh-sungguh kerana apabila anda sudah berjayakelak, anda akan masuk semula ke dalam zon keselesaan ini.

Sebagai pengedar sambilan, anda hanya perlumemperuntukkan lebih kurang 1-2 jam yang berkualitiuntuk perniagaan ini, bukannya 12 jam! Yang palingbaik mencipta masa lapang adalah dengan membuat jadualkhusus perniagaan MLM ini. Binalah jadual secarasistematik. Jika anda memperuntukkan masa antara 1hingga 2 jam sehari untuk perniagaan ini, maka janganbazirkan masa itu dengan aktiviti yang tidakberfaedah.Bekerjalah dengan bijak, bukan bekerjadengan kuat.
Ramai Pengedar Dalam Syarikat MLM Ini Ramai pengedar merungut. Macam mana hendak menjual danmenaja kerana sudah ramai pengedar dalam syarikat MLMini? Memang benar terlalu banyak pengedar dalamsesebuah syarikat MLM tetapi bukan semua pengedarberdaftar yang benar-benar serius melakukan perniagaanini. Hanya 5% sahaja yang bergiat aktif sementaraselebihnya telah “tidur”. Jika anda pengedar yangmasih aktif, ini peluang anda untuk mendapatkan jualandan tajaan yang sepatutnya menjadi jualan dan tajaanpengedar yang “tidur” itu.

Penduduk negara ini bertambah setiap hari dengankelahiran bayi. Ini bermakna pada setiap hari, andamempunyai pelanggan yang belum anda dekati. Inibermakna pada setiap hari, beribu-ribu orang pendudukMalaysia yang merayakan hari jadinya yang ke-18 yanglazimnya had umur layak menjadi pengedar. Inilah bakalprospek anda. Jika anda masih aktif, saya percaya,anda akan dapat membuat jualan produk baru syarikatMLM anda kerana kebanyakan syarikat MLM di negara initelah mengeluarkan barangan baru untuk memenuhikeperluan pelanggan.

Pelanggan pengedar yang “tidur” kini menantikedatangan anda. Jadi, anda tidak harus melepaskanpeluang itu. Ada pengedar yang nombor kehliannya (IDNumber) sekitar 6XXXXX telah pun mencapai hirarkitertinggi mengatasi pengedar lama yang nombor Idnyasekitar 4 hingga 5 angka. Saya berani memberikanjaminan bahawa jika anda tidak mendapat seorang punpelanggan setelah anda berusaha memperkenalkan produk anda kepada mereka, saya sendiri akan membeli produk anda.

Adalah amat mustahil tidak ada seorang pun yang mahumembeli produk anda setelah anda berusahamemperkenalkannya. Jangan jadikan suatu alasan “Sudahbanyak orang buat” sehingga anda tidak mahu menjalankan perniagaan ini.
Mampukah Saya Memimpin Downline Saya? Perkataan “memimpin” perlu anda tukar kepada”membantu”. Ada boleh membantu orang lain seperti andamembantu isteri di dapur, membantu anak-anakmenyelesaikan masalah kerja sekolah, membantu orangtua melintas jalan, dan sebagainya. Ingatlah, sebelumanda mampu membantu (memimpin), anda telah punterlebih dahulu dibantu (dipimpin) oleh upline anda.Tiru bagaimana upline anda membantu anda dahulu.Itulah cara mudah untuk membantu downline anda.

Dalam MLM ini, tiru-meniru kaedah adalah tidak salah.Dengan pengetahuan yang anda pelajari daripada uplineanda, anda gunakanlah untuk membantu downline anda.Seringlah menghubungi mereka dengan bertanyakan soalan: “Apa yang boleh saya bantu?”, “Di mana kita hendakpergi hari ini/esok?”, “Ada apa-apa masalahkah semasamembuat jualan/tajaan?”, dan pelbagai pertanyaan yangmenjurus kepada usaha untuk menghulurkan bantuan. Jikaanda masih kekurangan ilmu memimpin/membantu,hadirilah seminar, mesyuarat mingguan/bulanan, rally,konvensyen yang dianjurkan oleh syarikat, atau bacabuku-buku kepimpinan dalam perniagaan. Denganpenambahan ilmu itu, anda pasti akan menjadi pemimpinMLM yang berwibawa.

Maintain Bulanan Sangat Tinggi Terdapat syarikat MLM yang menetapkan jualan minimumbulanan yang agak tinggi untuk melayakkan pengedarmenerima bonus. Seperti yang dinyatakan di atas,maintain bulanan itu bukanlah suatu masalah jika andaberusaha untuk menjual produk anda kepada pelanggananda. 250 Point Value untuk anda layak menerima bonusbukanlah besar jika anda membuat jualan. Jika andamalas atau enggan membuat jualan, dengan syarikat MLMyang menawarkan maintain bulanan terendah pun, andamasih tidak akan layak untuk menerima bonus.
Saya sendiri telah menyaksikan beberapa orang pengedardalam sebuah syarikat MLM tempatan yang maintainnyahanya RM30 (sekarang RM50) bukan berasaskan pointvalue (PV), masih gagal memperoleh bonus kerana merekatidak melakukan jualan hatta untuk membeli baranganbagi kegunaan peribadi mereka.

Jadi, sama ada maintain bulanan syarikat itu tinggiatau rendah, ini bukanlah penghalang kepada anda untukterus menjalankan perniagaan ini.Mengapa pengedardalam sebuah syarikat MLM beribu pejabat di Amerikayang maintainnya sekitar 250PV (bersamaan lebih kurangRM400-500)masih dapat memperoleh bonus mereka padasetiap bulan? Jawapannya ialah mereka tetap melakukanjualan biar pun terdapat saingan.

Perniagaan MLM adalah perniagaan peribadi. Andaberniaga bukan untuk upline anda. Jika anda bekerjadengan bersungguh-sungguh, anda yang akan merasaihasilnya, bukannya upline anda. Mana-mana upline yangmenganggap bahawa setelah mereka menaja ramai pengedarbaru lalu mereka duduk goyang kaki, maka mereka akantersingkir. Terdapat syarikat jualan langsung diMalaysia yang pelan pemasarannya membenarkan downline”memotong” upline yang tidak berusaha sungguh-sungguh.
Jika upline anda menerima bonus yang lumayan danmereka masih berusaha sungguh-sungguh, maka itu adalahadil kerana mereka mendapat hasil daripada kesungguhanmereka. Saya telah menyaksikan beberapa orang usahawanMLM yang menerima bonus dalam lingkungan RM3,000hingga RM5,000 sebulan telah kehilangan nikmat itusetelah mereka sambil lewa melakukan perniagaan ini.Sebaliknya, downline mereka pula yang menerima bonusdalam jumlah sebegitu. Inilah keistimewaan MLM. Andabukan bekerja untuk memperkaya upline anda. MLM yangasli bukan Skim Cepat Kaya atau Skim Piramid/BinaryScheme yang bertopengkan MLM. Dalam MLM Skim Binariatau Piramid, upline boleh duduk goyang kaki sedangkandownlinenya bertungkus-lumus bekerja. Hanya Piramid DiMesir Kukuh Berdiri Piramid Di Malaysia Semuanya Roboh!

Dalam sesi seminar, konvensyen, rally, dan mesyuaratmingguan atau bulanan, penceramah syarikat seringberkata bahawa usahawan boleh menjadi kaya dalamperniagaan ini – menjadi jutawan! Ramai pengedar yangsangsi dengan kata-kata penceramah ini. Benarkah bolehmenjadi jutawan dalam perniagaan ini? Kedengarannyaagak mustahil. Ya, kata-kata ini memang agak mustahiltetapi ini tidak bererti ia tidak boleh menjadikenyataan. Dalam agama pun, dikatakan bahawa 9bahagian daripada 10 bahagian rezeki terdapat dalambidang perniagaan. Ini bermakna bahawa 90% kekayaandapat digali dalam perniagaan. Jika anda pengedar yangmahu bergelar usahawan jutawan, anda perlu percayabahawa anda boleh menjadi jutawan dalam perniagaan initetapi bukanlah dalam sekelip mata.
Menjadi jutawan dalam jualan langsung samalah denganmembina bangunan. Asas/tapak perlu dibina sebelum andamembangunkan dinding konkrit.Setelah tingkat demitingkat dapat dibina, barulah anda bolehmemasang/membina mercunya. Membina sebuah bangunantidak dapat dilakukan dalam sehari dua, tetapiberbulan-bulan. Jika bangunan itu bangunan mercutanda, masa yang lama amat diperlukan.
Boleh atau tidak menjadi jutawan MLM adalah soalkedua. Persoalan asasnya ialah mahu buat atau tidakmahu buat. Anda sabar atau tidak dalam perniagaan ini.Bukanlah menjadi rahsia bahawa: Jika mahu menjadikaya, berniagalah!” Peniaga-peniaga yang menjadikaya-raya seperti Pengerusi Microsoft, Bill Gates”mencipta keperluan orang ramai”, bukannya “memenuhikeperluan orang ramai”. Orang ramai/pelanggan tidakmenyangka produk keluarannya akan dikeluarkan tetapibeliau mengeluarkannya kerana sedar bahawa produk itu kelak akan menjadi keperluan orang ramai pada masaakan datang.

Dalam MLM, senarai produk telah tersedia. Kegunaannyajuga telah diketahui. Misalnya, sabun cuci digunakanuntuk mencuci. Anda menjual sabun cuci. Ini berertianda hanya memenuhi keperluan pelanggan yang mahumenggunakan sabun cuci untuk membasuh pakaian. Untuklebihberjaya dan berlainan daripada pengedar yanglain, anda perlu “mencipta keperluan pelanggan”melalui sabun cuci. Misalnya, terdapat sabun cuci yang dirumus sedemikianrupa sehingga menjadi serba guna (multi-purpose).Selain dapat dijadikan sabun cuci, dapat puladijadikan baja tanaman atau membersihkan barangankemas daripada kekotoran daki. Pendek kata, anda mestikreatif. Anda mesti menjadikan sesuatu produk yanganda edarkan bukan sahaja dapat digunakan untukkegunaan biasa tetapi juga dapat digunakan untukkegunaan yang lain.

Jika anda berjaya, anda akan mendapati bahawa produktersebut menjadi best-sellers. TETAPI, janganmereka-reka faedah/kegunaan lain yang belum anda ujisepenuhnya kerana jika tidak benar, anda sendiri yangakan rugi. Anda boleh menjadi jutawan dengan memastikan produksyarikat anda dapat dijual secara banyak. Katakan,sekotak sabun cuci dijual pada harga pengedar RM13.00.Jika anda dapat menjual sebanyak 100,000 kotaksebulan, maka jualan anda berjumlah RM1,300,000.Untung runcit yang bakal anda terima ialah RM325,000bagi setiap jualan. Jumlah isi rumah di negara inibukan setakat 100,000 buah tetapi berjuta-juta. Jikahanya 10% daripada 22,000,000 orang di Malaysiamembeli sabun cuci anda, maka jualan anda ialah(RM13.00 X 2, 200, 000) = RM28,600,000. Tetapi, andatidak mungkin dapat menjual sebanyak 2, 200, 000 kotaksabun sebulan. Anda mesti mendapatkan bantuan. Caraterbaik adalah dengan menaja prospek yang berbakat danberkualiti, bukan sahaja di dalam daerah anda tetapijuga di luar daerah dan negeri anda.
Dengan bantuan downline anda, barulah anda akan dapatmelakukan jualan berjuta-juta kotak sabun sebulan keseluruh negara agar anda memperoleh bonus bulananratusan ribu ringgit sebulan. Anda perlu juga membuatjualan ulangan bagi produk yang sama dan membuatjualan susulan bagi produk yang lain. Inilah rahsiajutawan MLM.

Untuk mendapatkan belian ulangan daripada pelangga nanda, anda wajib membuat servis dan harus bijakmenghidu peluang untuk memperkenalkan produk lain/barukepada pelanggan anda itu. Jika sebelum ini, pelangganA hanya membeli sabun cuci anda, kini anda berpeluangmenambah senarai produk dalam menu belian pelanggananda itu. Perkara yang sama perlu anda hebahkan danajarkan kepada downline anda supaya mereka jugamencontoh cara anda berniaga. Jika semua downline andamempraktikkan khidmat servis anda itu, anda akanmendapati jualan bulanan kumpulan anda akan “boom”pada bulan itu dan bulan-bulan berikutnya. Ringkasnya,untuk menjadi usahawan berjaya dalam MLM sehinggamencapai taraf jutawan, anda perlu menjadi sepertiayah yang mempunyai sikap dan sifat yang baik danmengajarkan serta menyerapkan sikap dan sifat itukepada anak-anak anda. Jangan menjadi seperti ketam yangmenyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan ia sendirimasih berjalan bengkang-bengkok. Jika anda mahu downline anda melakukan 3 perkara tersebut, anda mestimelakukannya juga.

Jangan cakap tidak serupa bikin kerana kelak tembelanganda akan pecah juga. Jika ini terjadi, anda akankehilangan kredibiliti. Downline tidak akanmempercayai anda dan tindakan anda sendiri. Selain itu, anda mesti telah benar-benar memahamisemua produk dalam senarai produk syarikat MLM anda -harganya, faedahnya, masalah-masalah yang pernahdihadapi oleh pelanggan anda dan cara mengatasinya,cara menggunakan produk supaya lebih berkesan.Tujuannya adalah supaya anda tidak tergagap-gagap semasa cuba menerangkan kelebihan produk anda dansemasa anda disoal tentang produk itu. Banyak kes yang menunjukkan pengedar tidak dapat menjawab soalanpelanggan berkaitan dengan produk itu kerana kekurangan maklumat. Terdapat kes pengedar tersilapmemberikan maklumat tentang sesuatu produk. Jadi, andamesti “mencintai” produk anda. Sekiranya anda telahbenar-benar “mencintainya”, mudahlah anda menyelami”isi hatinya”. Mudah jugalah anda memperkenalkan produk itu kepada pelanggan anda tanpa sebarang kesilapan.
Anda perlu arif tentang pelan pemasaran syarikat.Dengan kefahaman yang menyeluruh, anda akan dapatmembina wawasan untuk diri anda -berapa lama jangkamasa yang anda perlukan untuk mencapai sesuatuhirarki, berapa banyak bonus bulanan yang ingin andahajati, berapa banyak prospek yang perlu anda taja.Ramai yang berkecimpung dalam jualan langsung tidakmemahami pelan pemasaran secara menyeluruh. Bagaimanamereka hendak membuat tajaan sedangkan untuk mengirabonus bulanan yang bakal diperoleh pun mereka tidakmampu? Inikan pula untuk menerangkan pelan pemasaranitu kepada prospek mereka. Pelan pemasaran ini umpamaseorang gadis yang ingin anda perkenalkan kepada ibubapa (pelanggan) anda. Jika anda tidak mengenali gadis(pelan pemasaran) itu secara menyeluruh – namanya,alamat kediamannya, ibu bapanya, dan sebagainya,jangan salahkan ibu bapa (pelanggan) anda jika merekaenggan menerimanya sebagai menantu (menjadi downline)anda. Ringkasnya, dengan pelan pemasaran, anda akandapat menetapkan matlamat perniagaan anda.

Dalam perniagaan yang prospek keuntungannya adalahbesar seperti perniagaan jualan langsung, seseorangpengedar mesti memiliki beberapa kualiti sebagaiseorang usahawan. Perniagaan MLM ialah perniagaan yangmelibatkan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam,tingkat sosial, kerenah, dan ego yang tersendiri. Jikaanda ingin berjaya, anda perlu menyukai orang ramai.Semua orang ingin dirinya dihargai. Dengan memandangorang ramai yang mungkin bakal pelanggan atau tajaananda sebagai orang tidak penting (nobody), anda telahpun kehilangan. Ini bererti anda tidak perlumeneruskan perniagaan MLM ini kerana tidak ada hasilnya.
Anda wajib sekali menyetujui kata-kata orang ramaimeskipun mereka hanyalah pekerja pemungut sampah.Customers always right! Jika pun anda perlumempertikaikan pendapat atau kata-kata mereka, biarlahdengan jalan yang paling lembut, bukan dengan caradestruktif – mematikan terus pendapat itu. Anda bolehmemilih kata-kata berdiplomasi seperti : “Betul kataEncik Zul, tetapi …”, “Saya bersetuju dengan EncikZul, tetapi …”.Ini bermakna anda perlu mengeyakanpendapat bakal pelanggan atau tajaan anda sebelum andamembetulkan fakta yang salah.

Dengan ini, bakal pelanggan/tajaan anda akan berasabahawa ia benar dalam perkara itu dan merasakandirinya dihargai. Ingatlah semua orang ingin menjadimanusia. Tidak ada orang yang ingin melihatkemanusiaannya ditidakkan oleh orang lain. Orang ramaiakan membeli produk anda atau bersetuju menjadidownline anda dengan melihat siapa anda. Dalam MLM, ungkapan “Jangan menilai kandungan bukudaripada kulitnya” adalah tidak benar. Orang ramaiakan menilai kandungan buku daripada kulitnya.Bagaimana pelanggan hendak membeli produk minyak wangianda sedangkan anda datang kepadanya dalam keadaanberbau peluh? Bagaimana pelanggan hendak membeli sabuncuci anda sedangkan semasa berhadapan dengan merekabaju anda comot/kotor? Anda hendak menjual shampuanti-kelemumur sedangkan pada bahu baju andabertaburan sisa kelemumur. Mahukah pelangganmempercayai produk edaran anda?

Dalam MLM, anda perlu “menjual” diri anda terlebihdahulu. Penampilan anda adalah “jualan pertama” andasebelum anda menjual produk anda.Katakan anda pergibertemu dengan bakal pelanggan anda dengan berbaju T,berseluar jeans, dan berselipar. Ada 2 gambaran yangakan terlintas pada fikiran mereka – “Mungkin dia inipenagih yang terdesak menjual barang untuk membelidadah” atau “Bagaimana dia hendak menjual barang(katakan: sabun cuci) sedangkan dia sendiri tidakterurus” Jika ini penampilan pertama anda, anda TIDAKakan dapat menjual apa-apa!
Lihatlah karakter seorang penjual profesional. Adaantara mereka, berbaju kemeja lengan panjang(kadang-kadang memakai kot), bertali leher,berseluarslack, memakai stokin, berkasut, berambut pendek yangdiminyak dan disikat rapi. Penampilan sebegini akanmemberikan sentuhan pertama pada produk yang inginanda tawarkan kepada pelanggan anda. Anda kenamenyesuaikan cara anda berpakaian. Jika andamenawarkan produk atau peluang perniagaan ini kepadagolongan profesional, anda berpakaianlah seperti yangdinyatakan itu. Jika anda ingin menemui golongan kelasrendah, tanggalkanlah tali leher anda. Jika tidak,mereka akan berasa rendah diri. Mereka akanberanggapan bahawa bidang ini hanya untuk orang kelasmenengah sahaja.

Penampilan kedua yang perlu ada pada diri anda ialahwajah yang segar sentiasa. Jika anda misalnya, menjualproduk vitamin atau makanan tambahan, tetapi wajahanda lesu, pelanggan tidak akan mempercayai anda.Demikian juga jika anda ingin membuat penajaan.Bagaimana prospek anda hendak percaya bahawaperniagaan ini adalah perniagaan sampingan yangdilakukan 1-2 jam sehari sedangkan anda dilihat olehmereka sebagai orang yang penat bekerja seperti baruselesai bekerja dari pukul 8 pagi hingga 4.30 petang.Semuanya kerana wajah anda yang lesu tidak bermaya.Jadi, pastikan anda cukup tidur sebelum anda menemuipelanggan/prospek anda.

Berkunjung ke rumah pelanggan/prospek yang baru andakenali memerlukan anda memperkenalkan diri setelahanda membuat temu janji dengan mereka. Sekarang ini,terlalu banyak “penyamun tarbus”. Anda wajibmengembalikan ingatan pelanggan/prospek anda bahawaanda pernah membuat temu janji atau pernah berjumpadengannnya sebelum ini. Jangan terus memperkenalkanproduk anda.Praktikkan langkah pertama : Kenalimereka, tanyakan latar belakang, puji sekitaran rumahmereka, dan jadikan perkenalan yang mungkinberlangsung beberapa minit itu seperti anda telahkenal lama terhadap mereka. Tanya pendapat mereka samaada mereka pernah mendengar nama syarikat MLM andaatau produk keluaran syarikat MLM anda. Jika merekasudah mengenalinya, anda mulalah bertanyakan sama adamereka pernah menggunakan salah satu produk syarikatMLM itu. Jika belum, ini peluang anda. Jika merekapernah menggunakannya, perkenalkan produk lain.

Jika mereka mengatakan bahawa mereka menunggu pengedarlain daripada syarikat yang sama untuk memperkenalkanproduk yang anda tawarkan itu, katakan bahawa andahanya membantu pengedar itu memperkenalkan produksyarikat. Terpulanglah kepada mereka sama ada untukmembeli produk itu daripada pengedar tersebut ataudaripada anda. Jika mereka bersetuju, inilah peluanganda untuk menunjukkan bahawa anda lebih baik daripadapengedar yang lain. Jangan sekali-kali berhujah bahawa pengedar yang lain itu tidak bertanggungjawab.

Katakanlah bahawa daripada sesiapa pun pelanggan ituhendak membeli produk itu tidak penting. Yang pentingproduk syarikat itu haruslah produk syarikat MLM anda.Inilah kaedah diplomasi yang akan memberikan keyakinanpelanggan bahawa anda berfikiran terbuka dan mulalahmereka tertarik pada anda. Tidak mustahil jika andamemberikan servis kepada mereka, mereka akan menjadipelanggan tetap dan mungkin akan menjadi tajaan anda.Semasa anda, memperkenalkan produk anda ataumenawarkan peluang perniagaan ini kepada prospek anda,ingatilah 5 HURUF – S.E.B.A.B.

Setiap kali, anda memperkenalkan produk, terangkankelebihan produk dengan perkataan SEBAB. Begitu jugajika ingin mereka menjadi downline anda, terangkandengan SEBAB mengapa mereka MESTI mendaftarkan diridan menjalankan perniagaan ini. Banyak pengedar yangmenawarkan produk dengan berkata : “Belilah satu.Barang ini bagus.” Tanpa menerangkan SEBAB barang itubagus. Tekan suara anda semasa menyebut perkataanSEBAB itu bagi menunjukkan bahawa anda serius danseolah-olah sebagai suatu janji/jaminan yang pelanggananda tidak akan rugi membelinya.
Begitu juga jika anda mahu menaja mereka. BerikanSEBAB mengapa mereka perlu berada dalam organisasianda. Setelah anda selesai menerangkan perihal produkanda atau menerangkan kelebihan perniagaan MLM ini,sekali lagi anda perlu bermain dengan perkataan SEBABini sebagai penutup penyampaian anda. Misalnya:”Adakah apa-apa SEBAB puan tidak bersetuju dengankelebihan produk ini?”, “Adakah apa-apa SEBAB mengapaEncik tidak perlu memiliki salah satu daripada produksyarikat saya?”, “Adakah apa-apa SEBAB puan rasaperniagaan ini tidak menguntungkan?”, atau “Adakahapa-apa SEBAB mengapa Encik tidak dapat mendaftarsebagai ahli syarikat saya?” Jika penerangan andasebelumnya telah lengkap dan jelas, maka TIDAK ADAAPA-APA SEBAB yang menggagalkan anda daripada menjualwalau satu pun produk kepadanya ataupun gagal mengujasemangat mereka untuk menjadi downline anda.

Namun demikian, terdapat pelanggan/prospek yangmenolak produk/peluang perniagaan yang anda tawarkan.Jika ini terjadi, anda jangan kecewa.Kajilah sebabpenolakan mereka. Ada yang akan memberikan alasanbelum ada duit, produk itu tidak sesuai dengan citarasa mereka, alasan “Tunggu Dulu”, berdiam diri denganharapan anda cepat-cepat beredar, alasan produk andatidak bermutu, dan sebagainya.

Perlu disedari bahawa terdapat bakal pelanggan/prospekyang telah membina tembok “Tidak Mahu”. Jika andabertemu dengan mereka ini, and jangan membuang masa.Bermohonlah dengan cara baik untuk pergi. Ucapkanterima kasih kerana mereka sudi melapangkan masamendengar penerangan anda. Beredarlah dengan tekadbahawa anda akan menemui mereka sekali lagi denganstrategi yang lain pula. Kajilah sebab-sebab merekabegitu kuat mengatakan tidak mahu. Ingat, dalam banyakkes, bakal pelanggan yang kerap mengatakan “TidakMahu” itu merupakan aset bernilai kepada anda. Mereka”Tidak Mahu” kerana banyak sebab – mungkin mereka mahumenguji kesabaran dan ketahanan anda, mereka telah punmendapatkan gambaran salah tentang imej jualanlangsung, mereka belum mengenali anda sepenuhnya, danlain-lain. Anda perlu mencuba sekali lagi pada masaakan datang dengan strategi yang lain pula. Jika andaberhasil merobohkan tembok “Tidak Mahu” itu danmenukarkannya menjadi “Mahu”, maka mereka merupakanbakal tajaan yang akan komited dengan perniagaan ini.Jadi, jangan berputus asa dengan penolakan sebegini.

Anda mungkin pernah mendengar kalimat ini : Semuaorang adalah pemimpin. Anda adalah pemimpin diri andasendiri. Jika anda berkumpulan, anda menjadi kumpulananda. Dalam agama Islam, Rasulullah bersabda: Apabilaterdapat dua orang dalam perjalanan, maka wajiblahmereka melantik seorang sebagai ketua. Mahu atautidak, anda mesti memimpin. Pimpin downline andadengan mencontoh stail kepimpinan tokoh-tokoh jualanlangsung yang telah berjaya atau mengikut gayakepimpinan upline anda. Bukan semua orang dilahirkansebagai pemimpin tetapi ilmu kepemimpinan bolehdipelajari. Usah fikirkan bahawa anda tidak ada bakatmemimpin, maka anda tidak dapat memimpin. Anda perlubelajar memimpin. Pernahkah anda memimpin orang tuamelintasi jalan raya, atau menasihati seseorang supayajangan bertindak melulu, atau menasihati anak-anakanda supaya belajar rajin-rajin agar berjaya, ataumenasihati rakan anda supaya berhati-hati semasamemandu? Jika ya, bermakna anda sebenarnya boleh memimpin oranglain. Memimpin downline dalam MLM sama dengan memimpinorang lain dalam tindakan sehari-harian. Bak katausahawan MLM yang pernah saya temui : Memimpin adalahsemudah ABC.

Perniagaan MLM ini menghalalkan perbuatan tiru-meniru(mencontoh) sikap dan sifat pemimpin. Permulaan yangbaik kepada usahawan adalah meniru upline. Contohilahbagaimana upline anda telah berjaya menjadi pemimpindan memperoleh pendapatan yang agak baik. Anda berhak meniru sikap dan sifat sesiapa juga yangtelah berjaya dalam perniagaan ini. Anda boleh menirujadual bekerja orang lain yang telah berjaya. Andajuga boleh meniru bagaimana usahawan cemerlang berjayamenaja begitu banyak downline yang berkualiti. Andaboleh meniru apa-apa sahaja yang memberikan manfaatkepada anda mengikut jalan yang baik. Lakukanlah MLM (Mulakan Langkah MeN..) dengan 7M inisecara berperingkat-peringkat dan jangan terburu-buru.Lakukan secara konsistens.

Senaraikan nama-nama orang yang anda kenali bersertanombor telefon, dan alamat kediaman mereka. Hubungilahmereka dengan alasan untuk menziarahi mereka. Semasaberada di dalam rumah pelanggan anda, berbasa-basilahterlebih dahulu. Jangan terus kepada matlamat andauntuk menjual barangan. Perkenalkanlah produk andasetelah anda yakin bahawa pelanggan anda telah cukupselesa dengan kedatangan anda dan bersedia untukmendengar penerangan anda.
Jualan yang baik dan menguntungkan adalah denganmenjemput mereka ke rumah anda. Anda mungkin bolehmengadakan jamuan/kenduri doa selamat. Setelah selesaiacara jamuan dan setelah berbasa-basi, maka mulakanlahtujuan sebenar anda mengundang mereka. Dalam homeparty seperti ini, orang yang paling kedekutmengeluarkan wang untuk membeli barang pun akanmengeluarkan wang kerana berasa malu di hadapankhalayak ramai. Sentiasa bersedia dengan pen dan bukupesanan jualan setelah selesai memberikan penerangan produk.

Tanyakan soalan ini: “Berapa banyak Encik Saidonhendak?” sambil bersedia untuk mencatatkan pesananmereka. Jika produk yang ingin anda jual itu memerlukandemonstrasi, lakukan demonstrasi dengan tenang.Kebanyakan demonstrasi yang menunjukkan kelebihan dankeberkesanan barangan akan lebih mudah memberikankepercayaan pelanggan terhadap barangan itu. Jual diri anda terlebih dahulu sebelum anda menjualproduk anda. Misalnya, jika anda menjual makanantambahan seperti vitamin, tunjukkan bahawa anda memangsihat 100% dan tidak berpenyakit. Cipta suasana yangpelanggan memang sangat memerlukan produk anda itu.Misalnya, jika dinding rumah pelanggan anda comot olehcontengan anak-anaknya, perkenalkan produk anda yangdapat menghilangkan kesan contengan itu denganserta-merta. Tukar persepsi pelanggan anda agar membeli daripadaanda bagi produk yang sama yang ada di pasaraya.Misalnya, jika anda menjual produk syampu, tunjukkanbahawa syampu anda adalah lebih baik daripada syampuyang berlegar di pasaran terbuka. Buat persediaan mengenai produk yang akan anda jualbagi mengelakkan anda tergagap semasa membuatpenyampaian penerangan produk.Selalulah membawa sampelproduk. Jangan menjual dengan katalog sahaja.Kewangian bedak jualan anda tidak akan dapat dihidumelalui katalog. Sentiasa yakin bahawa produk anda yang berharga hanyabeberapa ringgit itu akan terjual kerana kereta yangberharga ribuan ringgit itu pun masih ada yang mahumembelinya.

Sentiasa bawa maklumat sokongan sepertitestimonial/surat akuan pelanggan yang berpuas hatiterhadap produk anda. Untuk mencari pelanggan, andaboleh membuat iklan dalam bentuk flyer (bukan suratlayang) atau poster. Flyer atau poster bersaiz A4 ituboleh anda masukkan ke dalam peti surat rumah dikawasan kediaman anda, diselitkan pada wiper kereta diruang letak kereta, atau anda memberikan komisyenkepada penjual surat khabar agar mereka menyisipkanflyer atau poster anda ke dalam surat khabar untukedaran hari itu. Jika mereka menghubungi anda,yakinlah bahawa mereka merupakan pelanggan yang memangberminat dengan produk anda. Buat iklan dalam surat khabar tanpa memaparkan namabarangan atau nama syarikat MLM anda tetapi memaparkanproduk yang menjadi keperluan pelanggan.

Ketika menjual, anda boleh juga menaja. Kebanyakanpengedar memperkenalkan produk, pelan pemasaran, dankelebihan berniaga secara jualan langsung. Jadi, andamelakukan 2 kerja pada sesuatu masa.Lazimnya, terdapat2 kategori pendengar, iaitu mereka yang tidak berminatberniaga dan mereka yang berminat berniaga.Bagikategori pertama, anda hanya boleh menjual produkanda, sementara bagi kategori kedua, anda menajamereka. Setiap pesanan produk, jangan masukkan kedalam senarai pesanan untuk anda, tetapi anda berikankepada pendengar yang serta-merta mahu menjadidownline anda. Ini adalah untuk memberi merekasemangat, iaitu sebaik-baik sahaja mereka mendaftarkandiri sebagai ahli/pengedar, mereka telah pun mempunyaipelanggan serta-merta. Anda mesti mahir dan berpengetahuan luas tentang pelanpemasaran syarikat MLM anda. Kalau mereka/prospekingin tahu akan berapa banyak wang yang bakaldiperoleh, anda mesti menerangkannya dengan pengiraanberpandukan pelan pemasaran.

Mulakan dengan pengiraanamaun yang kecil dahulu, perlahan-lahan andamenerangkan jumlah wang yang bakal diperoleh merekaapabila mereka mencapai pangkat-pangkattertentu.Semasa menerangkan pengiraan bonus, mulakandengan langkah memberikan contoh jualan yang mudahdicapai. Jangan berkata : “Kalau anda dapat menjualRM500 sehari …” kerana walaupun ada orang yang dapatmenjual lebih daripada RM500 sehari, tetapi masihbanyak (terutamanya yang belum biasa berniaga) yangtidak dapat menjual produk dalam kuantiti itu.Mulakanlah dengan amaun jualan kecil : “Katakan andadapat menjual RM50.00 sehari …” kerana jualan denganamaun kecil mungkin hanya melibatkan 2-3 produksahaja.Tujuannya adalah supaya bakal pengedar tidakmerasakan bahawa jualan langsung ini kerjanya adalahsukar.

Sama seperti menjual, semasa anda berada di rumah ataubertemu dengan prospek, jangan terus bercerita tentangperniagaan ini. Anda bertanyalah tentang keluarganya.Anda ceritakan juga tentang keluarga anda. Misalnya:”Masih ada 4 orang anak saya yang bersekolah. 2 disekolah rendah, 2 lagi di sekolah menengah. Tambangbas sekolah untuk mereka sahaja RM60.00 sebulan. Bukukerja perlu dibeli. Ada sahaja buku yang mahudibeli.Rumah saya belum habus bayar. Satu bulan RM450.Kereta RM500 sebulan. Habis gaji saya sebulan untukperbelanjaan. Untuk disimpan pun tidak cukup. Nasibbaiklah saya ada buat perniagaan sampingan. Dapat jugasaya menyimpan …”. Mereka akan tertarik kerana andamembuat perniagaan sampingan untuk membolehkan andamenabung. Tentu mereka akan bertanya tentang apakahjenis perniagaan yang anda jalankan. Nah, mulakanlahniat anda untuk menaja mereka dengan memberitahukanjenis perniagaan, jumlah bonus yang telah anda terimaselama ini (paling baik anda memfotostat semuabaucer/cek bonus yang anda terima untuk ditunjukkankepada mereka), latar belakang syarikat, senaraipengedar yang telah berjaya, pelan pemasaran syarikat,dan jenis barangan yang tersenarai dalam menu produksyarikat. Setelah anda selesai memberikan penerangandan mereka berminat untuk menjadi downline anda, andajangan terburu-buru meminta mereka mengisi borangkeahlian. Anda MESTI MEMASTIKAN SAMA ADA MEREKA SERIUS BERNIAGA ATAU TIDAK.

Kemukakan beberapa soalan yang akan memberi andakepastian sama ada mereka akan menjadi rakan kongsiperniagaan anda yang berbakat dan berdaya maju atausebaliknya.
(a) Sanggupkah awak menunggu sehingga 3 bulan sambilberusaha, barulah anda melihat hasil perniagaan andaseperti bonus RM1,000 sebulan?
(b) Mampukah awak mendapatkan paling kurang 5 orangrakan/saudara-mara anda yang benar-benar berminatberniaga?
(c) Adakah awak rela mengorbankan RM200.00 sebagaimodal asas perniagaan ini termasuk membayar yurankeahlian?
(d) Sanggupkah awak mengorbankan masa selesa awakselama 2-3 jam sehari untuk perniagaan ini?
(e) Sanggupkah awak menerima tunjuk ajar biarpundaripada rakan kongsi kami yang paling muda?
Jika mereka memberikan jawapan positif terhadap semuasoalan itu, yakinlah bahawa mereka akan menjadidownline anda yang bakal menyerlah.

Anda boleh menaja di mana-mana sahaja. Di kedaikopi/restoran, di pusat membeli-belah, di jalan, dikaki lima, atau di mana-mana sahaja. Tetapi, andahanya boleh menerangkan perihal perniagaan ini secararingkas sahaja dan berakhir dengan anda meminta alamatrumah dan nombor telefon mereka. Jangan memberikanpenerangan panjang lebar di tempat-tempat beginikerana banyak gangguan yang boleh menyebabkan prospekanda tidak tenang dan akan memberikan jawapan berupapenolakan.
Seperti menjual, anda juga mesti bersedia dari segifizikal dan mental sebelum anda pergi ke rumah prospekanda. Anda harus telah bersedia dan menjangkakansoalan-soalan yang bakal dikemukakan oleh mereka.Jawapan-jawapan pada soalan yang anda jangkakan ituharuslah positif yang menjurus pada akhirnya merekaberminat pada perniagaan ini. Bawalah sampel produk,testimonial tertentu, dan starter kit kosong. Andaboleh pergi berseorangan tetapi jika berpasanganadalah lebih baik. Bawalah isteri/suami anda, jikaada. Tujuannya adalah supaya terdapat 2 pengaruhan,iaitu anda mempengaruhi prospek sementara pasangananda mempengaruhi pasangan prospek. Dengan ini, andaakan mendapat downline pasangan ideal yangbersama-sama berminat dalam perniagaan ini. Ramaipengedar yang berjaya dalam perniagaan ini merupakanpasangan yang saling membantu.

Semasa menyampaikan penerangan, anda mesti MENEKANKANFAEDAH, FAEDAH, FAEDAH membeli produk dan menyertaiMLM. Padamasa ini, anda MESTI MENDAPATKAN JAWAPAN “YA”daripada prospek/prospek-prospek (jika menaja secaraberkumpulan) anda dengan mengemukakan soalan-soalanyang akan memberikan jawapan “Ya”. Misalnya: Mahukahanda mendapatkan pendapatan seperti anda bekerja 8 jamsehari sedangkan anda hanya bekerja selama 2 jamsahaja? Mahukah anda sendiri yang menentukan jumlahpendapatan yang akan anda peroleh? Mahukah anda bebasdaripada masalah kewangan selama-lamanya? Mahukah andamendapatkan keuntungan segera tanpa perlu menunggucukup bulan? Mahukah anda mempunyai wang yang lebihsupaya anda dapat melancong, membeli barangan idamananda selama ini? Mahukah anda menukarkan masa lapan ganda dengan wang?



Jawapan “Ya” berkali-kali tetapi logik akanmempengaruhi prospek anda berminat untuk berniaga.Andaboleh juga mengemukakan kenyataan yang akan membuatkanprospek berfikir mendalam dan akhirnya akan bersetujuuntuk menyertai anda dalam perniagaan ini. Misalnya:Harga barang semakin meningkat. Perbelanjaan sekolahanak-anak bertambah setiap hari. Bil-bil air, elektrikperlu dibayar setiap bulan. Tetapi, gaji tak naik-naikjuga. Cukup bulan, habis gaji. Simpanan tiada. Macammana kita dapat hidup begini selama-lamanya?Apa akanjadi kepada kita jika suatu hari nanti kita tidakmampu bekerja? Tidak ada insurans. Tidak adapendapatan sampingan. Apa akan jadi pada anak-anakkita? Sekolah mesti diteruskan tetapi di mana kita nakcari wang? Sekarang ini, kerajaan melaung-laungkanteknologi maklumat.Kita hanya mampu mendengar saja.Hendak beli komputer pun kita tak mampu. Nak belikomputer cara ansuran, kita akan tambah hutang pula. Hai, kalau begini buta ITlah anak-anak kita. Orangasing yang baru datang ke negara kita semalam telahkaya-raya. Mereka datang bukan saja bekerja buruhkontrak. Ada antara mereka berniaga. Orang India danPakistan jual kain. Kelmarin, mereka jalan kaki. Esokmereka tunggang motorsikal. Lusa, mereka pakai kereta.Tapi kita? Kita hanya mampu berangan-angan untuk kaya.Ambil nombor dengan harapan mengena. Orang asing ligatberniaga. Mereka kaya. Kita masih bergelut denganmasalah kewangan. Nampaknya, kita akan merempatlah dibumi sendiri.

Kenyataan-kenyataan ini akan menyebabkan prospek andaberfikir untuk mengubah masa depan mereka.
Jika anda mempunyai lebih daripada sebuah kumpulan,galakkan ketua kumpulan anda itu mengadakan mesyuaratmingguan mereka masing-masing. Anda harus hadirsebagai penceramah dan pembimbing yang akanmenunjukkan cara berkesan melakukan perniagaan ini.Jika anda mempunyai downline baru, anda harus ikutdownline anda dalam aktiviti menjual dan menajasehingga mereka mampu berdikari. Pada setiap bulan, anda harus mengumpulkan semuadownline anda dalam mesyuarat bulanan. Agendamesyuarat harus berkisar pada strategi menawanpasaran. Anda juga boleh menjemput penceramah jemputandaripada upline anda yang telah berjaya untukmenaikkan semangat downline anda. Apabila anda telahmempunyai kumpulan yang besar, kekerapan menjual andaperlu anda turunkan dan gantikannya dengan kekerapanmemimpin dan mengurus. Mengurus kumpulan sama denganmengurus anak-anak. Mereka tidak boleh dimarahi,dipaksa melakukan, dihina, dan sebagainya. Merekaharus dibelai. Pujian perlu dibuat apabila merekaberjaya melakukan jualan atau penajaan. Anda mestimendengar pendapat mereka biarpun mungkin anda tidakbersetuju.

Ringkasnya, hati mereka jangan dilukai sedikit pun.Kalau terluka, mereka akan mengambil tindakan sama adaenggan melakukannya lagi atau bertukar kepada syarikatMLM lain/upline lain dengan mematikan keahlian merekadi bawah organisasi mereka. Sebagai ketua organisasi, anda harus mengenalidownline anda paling kurang sampai ke generasi ke-4.Mintalah bantuan downline anda yang menjadi ketuakumpulan anda untuk memperkenalkan downline merekakepada anda. Tujuannya adalah supaya ikatan andadengan mereka walaupun hanya bertaraf “cicit” andatidak terputus. Ikatan yang kuat akan memperkuatorganisasi anda. Sebagai ketua kumpulan, anda MESTIPOSITIF walaupun downline anda telah mulai negatif.Jika mereka melihat anda masih tetap bersemangat,mereka akan bersemangat kembali.

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaanjualan langsung ini hampir sama dengan gambaranpiramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakilikerja anda sementara piramid terbalik mewakili hasilusaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapakpiramid menegak), banyak masa yang terpaksa andakorbankan, tetapi hasilnya amat sedikit.Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikitdemi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak,semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha andaadalah besar. Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjayadengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya andaakan kecewa dan terus enggan melakukan perniagaan ini.Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan.Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.

Berikut adalah beberapa rahsia kejayaanusahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
a. Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Daricelah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b. Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukanperniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerjaberdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilahtunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri andaberapakah hasil yang akan saya dapati denganmenolongnya. Tanyalah, berapakah hasil  yang akandownline saya peroleh kalau saya membantunya. Downlineanda berjaya, anda juga akan berjaya.
c. Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yangakan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
d. Buat perancangan anda dan mestilah anda komiteddengan perancangan anda itu.
e. Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonanbantuan daripada mereka walaupun generasi di bawahperlu anda penuhi.
f. Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Andatidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlahriwayat hidup anda. Dengan ini anda akanbermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
g. Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan ideakreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h. Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telahberjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidakberasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i. Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepadadownline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat,mengecapi kejayaan.
j. Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniagakerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika andapuas, wang akan datang bergolek.
k. Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat caraini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat,anda akan berjaya.
l. Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapasahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupunanda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belumberjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m. Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dariatas walaupun anda telah berjaya.
n. Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiahkepada diri anda apabila anda berjaya melakukansesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketikauntuk merehatkan otak anda.
o. Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mestimelakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada harianda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangatanda akan luntur.
p. Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yangzahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q. Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downlinemelakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelumdownline anda mencontohinya.
r. Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidakada dalam resipi kejayaan usahawan MLM. s. Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakanketegangan.
t. Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagaiibadah.
u. Jangan anggap perniagaan jualan langsung inisebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkanperniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v. Berikan kail kepada yang memerlukannya, janganberikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya,banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata keranawang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilahstarter-kit.
w. Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapandengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidakberhasrat menjadi downline anda, mereka mungkinmenjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x. Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanyayang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung samaada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripadateknologi maklumat.










IKLAN TENGAH