Pages

Isnin, 18 Mac 2019

Ubah Hidup yang terbiasa menjadi luar biasa : Motivasi pakcik kepada diri sendiri


13/3/2019
UBAH dan Kini waktunya pakcik perlu berubah

Semalam, semalaman pakcik stalker facebook  dan dia Berjaya dengan hanya membuat aktiviti rutin yang bagus iaitu membaca. Pakcik rasa terpukul sebab pakcik MALAS untuk membaca apatah lagi nak spend time untuk menambah ilmu ini.. OMG sangat. Pakcik perlu ubah. Setiap hari pakcik perlu menulis paling kurang 1 muka surat kertas dan pakcik akan cuba istiqomah dalam buat aktiviti membaca ini. Pakcik akan UPGRADE hidup pakcik kearah yang lebih baik. Pakcik nak maju setapak lagi dan pakcik nak jadi seperti penulis lain yang menterjemah idea yang ada dalam kepala ke layar online yang lebih terbuka. Adakalanya memang kita tak Nampak potensi ini, melalui membaca.. pakcik maklum akan kelebihan diri pakcik dari gaya Bahasa dan kosa kata yang meluas dan pakcik perlu buat penulisan setiap hari.

Pakcik akan cuba untuk menjalankan 5M ini iaitu Membaca, Mendengar, Melihat, Menulis dan Mencinta. Kenapa mencinta part terakhir tu ?. apabila kita dah buat rutin kita.. lama kelamaan ia akan jadi habit yang kita akan sendiri akan buat contohnya kita basuh tangan sebelum makan, kita pakai tali pinggang keledar sebelum drive dan macam macam lagi yang tanpa kita sedar kita akan buat dan kita tak akan rasa selesa kalua sehari kita tak buat benda tu.

Jadi, doakan pakcik agar Berjaya untuk menghabitkan diri untuk menulis sehingga menjadi penulis yang hebat dan menghasilkan bahan penulisan yang elok elok dan memberi manfaat kepada semua.

Salam Perubahan untuk semua,

Syamputra Razali
#pakciktupperware
Kita UBAH yang terbiasa menjadi Luas Biasa




Tiada ulasan:

Catat Ulasan