IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Khamis, 26 Disember 2019

Daftar keahlian Tupperware 2020 : peluang jana pemdapatan dengan Tupperware

APA lagi yang tak cukup?
.
Ramai orang NAK BERNIAGA

Cuma mereka ada bagi 3 perkara yang menghalang mereka dari berjaya.

1. TIADA MODAL

2. TAK PANDAI

3. TAK ADA SEMANGAT

Bagi membantu kawan kawan yang ada 3 perkara ini. Pakcik dengan rasa semangatnya, ingin beri OFFER terbaik   tahun 2019 dan sempena pembukaan tahun baru 2020

Kalau :
1. TIADA MODAL - pakcik pinjamkan modal, pakcik belikan dulu tupperware dan anda pergi cari order. Barang kat pakcik dan pakcik akan beli siap siap awal bulan supaya semua stok ada dan  mudah untuk anda. Tugas anda hanya perlu promosi dan cari order. Komisen yang dapat dari order itu adalah komisen anda. Paling mudah, segala kerja post dan angkat barang kat stokis, semua pakcik buat. Anda HANYA cari order dari rumah sahaja dan kemudian untung anda ambil. Mudah kan !!

2. TAK PANDAI - pakcik ajarkan dari A sehingga Z. Yang penting belajar baca buku manual dan kalau tak paham boleh tanya. Pakcik boleh ulang 2-3 kali ajar kalau tak faham sampai jelas dan elok dihadam. Benda boleh belajar, pakcik sedia share ilmu. Kalau anda nak belajar dari pakcik dan jual benda lain.. itu anda boleh fikir sendiri. Pakcik nak ajar anda sehingga berjaya dalam  bisnes Tupperware ini. Kalah anda dah sedia untuk di ajar dan boleh diajar, anda yang pakcik cari. Kalau dah rasa boleh berniaga sendiri lagi bagus. Pakcik sedia belajar dan mohon tunjuk ajar sebab pakcik sendiri hauskan ilmu. Yang penting tak malas dan jemu nak belajar. Ilmu tak pernah surut dan semakin banyak yang kita tahu, semakin besar usaha dan semakin besar peluang nak dapat untung dari lubuk rezeki ini.

3. TAK ADA SEMANGAT - pakcik akan siap siapkan apa sahaja hadiah yang berpatutan dengan usaha dan percapaian anda. Ingat.. kalau anda besar percapaian.. pakcik sendiri tak teragak agak nak reward kepada anda. Cuma kalau anda jenis lapar hadiah dan buat RM100 sales nak mintak itu ini, pakcik akan say Next !! Reward tu berpatutan dengan kerja anda. Pakcik akan bantu anda sehingga anda semangat. Hadiah bukan segala gala, galakan adalah reward juga. Poster dan guide juga adalah salah satu dari reward. Semua itu memberikan anda dalam track semangat.

.

3 perkara ini diharapkan dapat membantu anda semua yang masih ada lagi alasan untuk memulakan perniagaan Tupperware ini.

Pendek kata, nak seribu daya..
STOP untuk cipta 1 dalih, START action untuk maju dan cipta kejayaan

Pakcik beri peluang ini untuk anda click link dan daftar terus sebelum tahun baru.

www.wasap.my/60123993947/saya+Nak+Belajar+Niaga+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/saya+Nak+Belajar+Niaga+Tupperware

#jadiahlitupperware
#daftaronlinetupperware
#pakciktupperware





























Rabu, 18 Disember 2019

Kisah Pakcik Tupperware dengan anak muda makan nasi lauk telur sahaja

BERAPA CIK ?
- tanya anak muda berusia lingkungan 20-22 tahun kepada kakak kedai makan tu.

ABANG TU DAH BAYAR
- kedengaran suara kakak kedai makan itu bercakap dengan budak itu sambil muncung mulotnya menunjukkan kepada pakcik yang sedang cat walk jalan ke motor.

Lalu budak itu menoleh dan ibarat drama hindustan, dia juga menoleh dan merenung pakcik dan terus dia mengukirkan senyuman. Manis dan terpancar keikhlasan senyuman itu.

Pakcik dari jauh yang mana sedang berlalu mencari motor yang pakcik parking dibawah pokok.

Sebenarnya, masa pakcik sama sama makan, dia disebelah pakcik. Pakcik datang dulu dan kemudian dia menyusul.

Nasi yang dia ambil menimbul dan menggunung bak gunung. Kemudian dalam hati pakcik

Masyallah, banyaknya dia makan nasi. Pakcik pun lantas menyuap makanan yang pakcik ambil. Nasi seperti 1 senduk, ada ayam goreng, begedil, paru sambal, sayur kangkung, kentang dan tempe. Memang meriah pinggan pakcik penuh dengan lauk pauk dan sesuai dengan perut pakcik yang sedang lapar.

Memang pakcik bab makan nie memang pakcik ikut selera tekak nasi memang ambil segenggam. Tapi lauk 3-4 jenis selagi boleh ditaruk didalam pinggan. Kalau jenis yang berkuah macam asam pedas atau gulai patin pakcik memang akan ada extra mangkuk. Pakcik main ambil sahaja dan kemudian tak kisah lah dia nak kira berapa. Asalkan dapat memuaskan keinginan nafsu makan pakcik.

Sedang pakcik elok menguap makanan dengan begitu berselera. Budak yang mengambil
Nasi segunung banyak tu duduk diaebelah pakcik dan meletakkan pinggan yang penuh dengan nasi dan kuah kari. Diatas nasi ada satu bijik telok mata kerbau yang diletakkan kicap. Itu sahaja !

Memang terbayang dan terimbas 30 tahun lepas sewaktu kami adik beradik makan dirumah seminggu sebelum ayah dapat gaji, memang juadah itu yang pakcik telan. Kombinasi nasi + telor goreng + kicap adalah menu yang tak boleh ditolak. Pakcik suka juga jadikan minyak ikan sebagai kuah dan rasanya sedap sangat.

Mak pakcik hidangkan menu itu kepada 8 anaknya dan pakcik memang tak pernah terfikir pun nak merungut. Sebab pakcik masa tu rasa itulah menu yang terbaik mak boleh bagi sebab nak dapatkan nasi pun kena pinjam secupak dengan jiran.

Untung mak tak buat bubur nasi dan letak susu cair. Ada jugak telor, masa tu memang pakcik tak pernah terfikir nak cakap apa apa sebab asyik menanti tanggal 23 @ 24 haribulan sebab masa tu ayah dapat gaji dan akan pulang dengan seekor ayam untuk dimasak.

Masyallah, itulah detik paling indah sekali sebulan makan ayam goreng seketul tengah hari dan seketul malam. Bergaduh jugak kalau ada yang curi atau cubit ayam. Selalunya abang pakcik yang nakal sangat rembat ayam yang mak sorok dala lemari atau tong beras.

Ternganga kejap pakcik mengimbas saat lalu dan melihat budak ini yang sedang makan dengan air kosong. Rasa segan plak pakcik makan dengan lauk penuh sepinggan dan dia makan dengan telor. Pakcik dapat rasakan yang budak ini masih belajar dan dia tak cukup budget nak beli makanan.

Merenung dia, pakcik bayangkan diri pakcik suatu masa dahulu dan mak selalu cakap “syukur, dapat jugak kita makan nasi dengan telor macam ini” dan sebab kata kata mak itu, pakcik jarang membazirkan makanan. Abis semua nasi dan sayur tersimpan dalam perut sebab pakcik teringat susahnya nak dapatkan sebijik nasi itu.

Itu sebab lah pakcik niat nak belanja Rm2.00 nasi dia tu. dengan RM2.00 pakcik tak akan jatuh miskin pun malah pakcik pulak yang segan sebab tak bagi dia ayam salam pinggan pakcik tu. kalau kenal, dah lama pakcik suruh dia isikan ayam seketul Kat dalam pinggan dia. Itu first time jumpa.

Ekor mata budak masih memandang pakcik yang sedang start motor dan pakcik hanya menganggukkan kepada sambil dalam hati cakap “semoga berjaya”

Syukur, dalam poket ada RM10. RM8.00 untuk nasi pakcik dan RM2.00 untuk dia.

Pakcik yakin, reseki yang ada didalam poket pakcik ini adalah reseki dia.

Sekian

Syukuri nikmat yang kita ada,

Syamputra Razali
P/s siapakah nama adik itu ?






Sabtu, 14 Disember 2019

Pressure Cooker yang sangat berbaloi baloi harus mudahkan anda masak dirumah dengan cepat

Memang Berbaloi baloi
HANYA RM100, anda dah mampu memulakan impian nak masak juadah yang mudah dan cepat serta sedap dirumah

Daging empuk tanpa masukkan sudu besi
Isi ayam masak sampai dalam
Jimat gas dan juga masa penyediaan dari berejam rejam jadi sepantas kilat.

Pakcik dah cuba sendiri. Mudah sahaja penggunaannya dan memang berbaloi baloi..

Apa sahaja menjadi mudah dan sangat sangat senang.

Order sekarang !!
Click link kat bawah ya dengan HADIAH Special dari pakcik.

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

www.wasap.my/60123993947/beli+pressure+cooker+dan+extra+gift

www.wasap.my/60123993947/beli+pressure+cooker+dan+extra+gift

#pressurecooker
#tupperwaremalaysia











Selasa, 3 Disember 2019

Berapa gaji anda yang suri rumah ?

Bila sebut tentang mak @ ibu, semua pasti akan teringatkan mak kita yang rata rata memilih untuk menjadi suri rumah sebagai pekerjaannya. Ye lah kan, kalau dah anak bertambah lebih 3 oranng, kos nak menghantar kepada rumah pengasuh dah mencecah kepada ratusan ringgit. Pakcik sendiri memang tak memahami sebab tak pernah ada pengalaman begitu, namun pakcik menyelami perasaan suri rumah diluar sana yang memang terpaksa berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

Memang orang kata suri rumah ini kerjanya mudah sangat , itulah yang masyarakat tak faham. Memang betul, surirumah ini hanya duduk di rumah dan ‘TIDAK BEKERJA’ secara rasminya dengan majikan. Bila tak kerja, tak dapat duit. Bila tak dapat duit, surirumah dianggap tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga. Ramai suri rumah yang whats app pakcik dan mengatakan sebab mereka nak join bisnes Tupperware dengan pakcik sebab nak :

1. Bantu suami dan tambah pendapatan keluarga
2. Bantu beli keperluaan sekolah anak
3. Ada duit extra untuk aksesori diri sendiri macam bedak dan seangkatan dengan kosmetik kecantikkan juga pakaian baik luar dan dalam

Sebenarnya, pakcik dapat agak, mereka juga mahukan poket money dan extra duit yang suami beli. Rata rata memang tak cukup duit yang suami bagi. Paling menyedihkan, ada suami yang TAK BAGI LANGSUNG duit poket kat isteri. Semua pakai yang lama, suami anggap isteri tak perlu melaram dalam rumah. Keluar pun sekali sekala. Suami dah tak nampak isteri seperti ratu permaisuri sebelum dinikahi. Suami tak faham, isteri perlu berdandan untuk sajian kecantikan kepada suami juga.
Menurut tinjauan Salary dot com, seorang ibu surirumah sekurang-kurangnya memegang 10 peranan dalam sebuah keluarga. Banyakkan kerja suri rumah tu woiii.

Pakcik jenuh juga memikirkan peranan yang terlalu banyak dan antaranya peranan tersebut termasuklah seorang guru, pengasuh anak, pengurus, tukang masak, pencuci & pembersih rumah, pemandu, dan sebagainya. Semua ini memerlukan kemahiran yang berbeza dan sudah pasti ia bukannya mudah untuk dilakukan secara konsisten setiap hari. Oleh sebab itu, pakar berpendapat bahawa masa yang diluangkan beserta kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya melayakkan mereka menerima sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Bahkan, bergantung pada pelbagai lagi kerja-kerja extra yang mereka lakukan, ‘gaji’ seorang surirumah boleh mencecah USD 115,000 setahun , iaitu sekitar RM 30,000 sebulan. Itu tak lagi melunaskan nafkah kepada suami lagi. Ohhh itulah kerja suri rumah ni.

Mengikut laporan itu lagi, para ibu surirumah meluangkan sekurang-kurangnya 97 jam seminggu untuk melakukan pelbagai kerja – malah mereka sentiasa on call dan tak pernah mempunyai hari cuti walaupun sakit atau perlu menyelesaikan urusan tertentu. Kita boleh lihat sendiri situasi yang selalu berlaku, dalam keadaan terdesak ibu tetap membawa anak-anak kecil untuk membeli keperluan rumah, pergi check-up mengandung, atau menyelesaikan urusan tertentu di pejabat-pejabat awam. Walaupun nampak biasa, tapi hanya seorang ibu yang tahu rasa ‘macam baru balik berperang’ setiap kali sampai di rumah.

Walaupun ibu tengah sakit, anak-anak biasanya tetap mahukan ibu untuk layankan mereka, temankan mereka, dan buatkan macam-macam untuk mereka walaupun si ayah tengah relaks tengok TV dan minum kopi di depan. Selain itu, kerja yang dilakukan seorang surirumah juga sangat rapi dan sentiasa menepati citarasa setiap ahli keluarga dalam rumah. Bayangkan kalau kita upah orang lain untuk lipat baju, memasak, tuisyen, dan sebagainya. Tentu rasa ‘lain macam’ kan? Ini kerana cara mereka buat kerja tak sama dengan apa yang kita dah biasa.

Dalam hal memasak contohnya, ibu lebih tahu apa yang anaknya suka makan, apa yang nak diasingkan, bagaimana ia patut dihidangkan. Cuba kalau kita minta macam-macam masa order di warung, ada masa dia nak layan semua request macam tu? Begitu juga halnya dalam bab-bab lain seperti menguruskan rumah. Semuanya serba rapi dan sistematik untuk semua. Patutlah kalau ada apa-apa yang hilang, tanya saja dekat ibu. Mesti dia akan tahu!

Ternyata, memang banyak pekerjaan yang dilakukan oleh surirumah setiap hari. Malah, banyak masa yang telah dikorbankan termasuklah masa serta kehidupan sosial mereka sendiri. Semuanya semata-mata untuk berada di rumah dan menguruskan keperluan keluarga. Maka, para suami perlu cuba betulkan perspektif anda. Sebenarnya jika isteri anda seorang surirumah, anda telah menjimatkan wang beribu-ribu ringgit untuk mengupah orang lain melakukan SEMUA pekerjaan yang mereka lakukan sepanjang hari.

Sesuai dengan itu, elok sangatlah inisiatif kerajaan baru ini untuk mewujudkan KWSP sebagai tabung simpanan bagi surirumah. Ia bukan saja tanda penghargaan kepada ibu-ibu, sedikit sebanyak ia juga dapat meringankan beban sekiranya pasangan mereka ‘lupa’ menabung untuk ‘hari persaraan’ isteri tercinta. Kalau tak dapat bagi macam-macam sekarang, sekurang-kurangnya tetap ada simpanan di masa depan.

Jadi, moral of the story, kepada suami diluar sana, hargailah sumbangan suri rumah dengan memberi gaji kepada isteri. Kalau suami tak mampu nak beri, izinkanlah isteri buat bisness online dari rumah dan jana pendapatan dari rumah. Sepatutnya Suami kena menyedari tentang tanggungjawab isteri yang sangat berat dipikul dan suami perlu prihatin untuk menghargai isteri dengan memberi reward sebagai gaji kepada isteri. Namun begitu, isteri pun dalam ghairah dapat banyak income hasil niaga online, tanggungjawab sebagai isteri harus disempurnakan ya. Pesan berpesan , ingat mengingat.

Syamputra Razali
* mencari siti khatijah

P/s : Kepada suri rumah diluar sana yang ada perasaan dan keinginan nak ada duit poket sendiri. Hanya buat kerja dari rumah sahaja dan insyallah boleh jana pendapatan. Boleh hubungi pakcik ya. Training secara online di group whats app diberikan.

Isnin, 2 Disember 2019

Suri Rumah Jana Pendapatan dengan berniaga Tupperware hanya dirumah Pulau Pinang

2 HARI SALES RM7000.00

Memang SUPER POWER !!

Inilah SUPER POWER Queen Tupperware di #Penang @ #Pulaupinang
.
Dengan kehebatannya mendapat order dengan banyak dan memang seorang yang mempunyai aura positif. Naimah Hj Suhimi melakar kejayaan dengan membimbing ramai suri rumah sepertinya untuk berjaya.

Dengan kejayaan mendapat lebih RM30,000.00 Team Sales setiap bulan, Naimah merupakan suri rumah yang sangat berjaya kerana STRATEGI dan FORMULA yang digunakan.

Teknik yang digunakan memang meletop dan sangat sangat berkesan serta proven untuk menjana pendapatan lumayan setiap bulan.

Untuk anda yang inginkan bimbingan beliau. Jom sertai Team Shahna Team Power untuk orang di Utara : Penang, Kedah, Perlis dan juga Perak.

Boleh hubungi sekarang :

www.wasap.my/60174630687/daftar+keahlian+Shahna+TEAM+POWER

www.wasap.my/60174630687/daftar+keahlian+Shahna+TEAM+POWER

www.wasap.my/60174630687/daftar+keahlian+Shahna+TEAM+POWER

#shahnateampower
#naimahsuhimi











IKLAN TENGAH