IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Rabu, 13 April 2016

Tupperware Online Malaysia : Gerak Gempur Pencarian Ahli Team Power Baru

Assalam..
seharian saya nak menulis blog di handset saya dan saya send untuk publish
2 kali saya mengarang dengan panjang lebar dan akhirnya hilang begitu sahaja..
begitulah keperitan yang saya alami bilamana karangan saya tetibe hilang sebelum sempat publish..
begitulah diandaikan juga peritnya kehilangan ahli dalam rangkaian tupperware.. dah sampai level 5 star.. namun, dia memilih untuk meniaga barang lain.. dan saya perlu akur.. dan muhasabah diri sendiri dan mencari solusi agar yang lain tidak mengikuti jejaknya..

ye lah.. sayangkan kalau dah sampai 5 star.. terus menjunam.. banyak betul faktor yang saya boleh katakan.. namun.. itu hak masing masing.. saya rasa senang hati bile mana kita dah buat yang terbaik untuk dia dan dia sahaja yang boleh menggerakkan diri dia..

itulah yang berlaku dalam business tupperware ini.. keluar masuk dalam business adat dan kita tak boleh hidup selesa dan mengharap downline kita kekal lama dalam business.. kita kena sentiasa bersedia dan sentiasa mencari pelapis dan juga orang baru bagi tujuan menggantikannya.. inilah multi level yang merupakan konsep dalam perniagaan Tupperware di Malaysia..

jadi.. itu bukan sebab untuk saya PATAH SEMANGAT dan malah ia menjadi titik tolak dan cabaran untuk saya terus bangkit dan menanam tunas baru untuk terus subur dan mekar dalam jambangan rangkaian saya. memang tak sangka dah 7 tahun saya dalam business ini sejak 2010 dan saya boleh katakan.. Tupperware memang dah UBAH kehidupan saya yang benar benar keterdesakkan hidup yang mana seumpama saya menanti gaji bulanan pada setiap 23-25 haribulan.. dan sejak bebarapa tahun ini.. saya boleh katakan.. saya tak ada lagi penantian untuk gaji masuk. bukan saya nak berlagak.. tapi memang Tupperware banyak membantu kewangan saya..

- saya dah tak mengira dan mencongak nak makan apa.. dan saya boleh raward diri dengan makan apa sahaja yang saya suke.. dan saya tak membazir taw.. makan sampai licin..

- saya boleh memberikan mak ayah dan keluarga saya lebih sikit duit dapor dan tak berkira kira untuk sesak apabila memberi..

- saya tak perlu takut nak berjalan jalan kerana jimat minyak dan tol.. malah saya boleh bantu menghantar kawan kemana mana dengan ikhlas dengan kereta saya

- saya dah boleh beli rumah dan doakan saya untuk rumah kedua dan ketiga yang saya beli cash secara serentak.. Allah saya yang tahu saya gembira bukan kepalang..

- saya dah boleh beri duit sumbangan kepada sesiapa sahaja yang minta asalkan releven untuk diberikan.. contohnya sumbangan jogaton ke.. sumbangan ibu tunggal ker..

- saya dah tak bergaduh dah nak bercuti sana sini dan tak perlu berejam jam mencari hotel yang paling murah. saya sewa sahaja hotel yang berpatutan untuk didiami

Itulah berkat usaha dan pengorbanan yang saya lakukan 7 tahun lepas.. meniaga dan memperkenalkan diri dengan seluruh kudrat dan akhirnya saya boleh katakan syukur dengan reseki yang Allah beri ini..

jadi.. inilah yang saya katakan... misi saya nak mencari rakan orang untuk saya share rahsia saya untuk menjana pendapatan sampingan..

 ini poster untuk cabaran 5 hari bulan lepas.. tak sangka memang menggalakkan dan lebih 15 orang dapat hadiah OT polkadot ini.. alhamdulillah.. dan view dalam pages lebih 166k dan ini pecah rekod..

 inilah misi kayuhan untuk mendapatkan sales bagi misi mencapai team sales yang kita harapkan.. syukur.. TEAM POWER masih berada dalam carta sales yang hebat !!

inilah poster mencari keahlian baru yang saya buat.. saya nak tonjolkan icon yang menjadi trademark saya untuk semua poster dan saya harapkan ia akan meletopsss...




inilah cover fb yang menjadi cover untuk pages DIVA tupperware yang saya perkenalkan semasa mengajar business online kepada peserta kursus online di PJ

 kali ini saya nak buat kelainan sikit dengan nak tembak siapa yang tak ada recruit dalam bulan ini.. diwajibkan mesti ada 5 orang setiap orang.. sesi kaunseling akan dibuat untuk mereka yang tak ada recruit pertengahan bulan ini..

 inilah peluang recruit bulan ini .. dapat modular mate yang cukup cantik dan juga dalam hadiah extra bile signup email dalam web tupperware.. boleh call saya kalau tak tahu..
 inilah logo DIVA tupperware yang saya akan popularkan juga.. semestinya akan meletoppp lepas ini..

inilah poster untuk 9 april.. event yang cukup memberi pengalaman berharga kepada saya.. dan bestnyer ada faizal tahir.. harus liputan khas dengan faizal...
 

 ini party bulan lepas... saya buat untuk kak nor dan insyallah kak nor akan belajar membuat sendiri dan dapat recruit ramai downline..

 saya suke dengan poster ini yang sangat memberi semangat kat saya..
anda suke tak??

inilah icon karikator yang saya maksudkan.. dibuatkan untuk saya oleh aman shah dan ini sangat sangat cantek.. pink lagi..




dua poster ini yang saya buat untuk bulan januari dan insyallah saya akan buat untuk bulan feb , mac dan april sekali gus.. dan kali ini.. management saya akan lebih tersusun dengan mengepos hadiah untuk achievers...

baiklah.. saya nak share sikit tips niaga.. saya share kepada anda dari blog lain taw.. share ilmu kan baik utk semua..

inilah
TIPS KEKAL SEMANGAT BERNIAGA..
sudi sudikan baca yer

Kita sebagai manusia sering kehilangan tumpuan dalam mencapai matlamat yang diimpikan. Selalunya semangat kita akan pudar dari masa ke semasa. Kita akan semakin lemah dalam melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan demi mencapai impian kita.
Jangan risau disini ada 8 tips bagi meningkatkan motivasi diri anda agar kalau tak semua sekurang-kurangnya separuh impian anda akan teracapai jika mengamalkannya. Insya Allah

1.Gambaran Impian.
Maksud gambaran impian ini adalah anda nyatakan impian anda dalam bentuk gambar dan letakkan ia ditempat yang paling mudah untuk dilihat setiap hari. Contohnya di atas meja kerja anda atau lekatkan di pintu rumah anda.
Teknik ini amat berkesan dan ianya bakal merangsang minda anda untuk mencapai impian. Ianya dapat membantu anda untuk mencapai keinginan anda.

2. Tulis Impian Anda
Bagi memastikan yang impian anda tercapai dan anda berada dilandasan yang betul dalam mencapainya, Semua impian anda haruslah ditulis dalam sebuah buku atau kertas dan dibaca setiap hari bagi mengingatkan diri anda apa yang harus anda lakukankan pada hari tersebut yang berkaitan dengan impian anda.
Sebaiknya tulis impian anda itu setiap hari apa bila bangun dari tidur. Cara ini akan mengingatkan anda target yang ingin dicapai dan apa yang harus dilakukan bagi mencapainya.

3. Berikan Pujian Pada Diri Anda
Jika anda telah berjaya mencapai target atau berjaya melakukan sesuatu yang berkaitan dengan target anda pada hari tersebut, maka berilah pujian pada diri anda kerana anda berjaya dan berada dilandasan yang sepatutnya walaupun impian anda masih lagi belum tercapai.
Cara ini akan membuatkan anda lebih bersemangat meneruskan usaha bagi mencapai impian anda. Manusia selalunya suka dan bangga apabila dipuji. Jadi pujilah diri anda. Jangan tunggu orang lain memuji anda sebaliknya anda pujilah diri anda sendiri. Anda pasti akan merasai sesuatu yang sangat luar biasa datang dari dalam diri anda

4. Kisah Kejayaan Orang Lain
Menbaca atau mengenali orang yang telah berjaya adalah satu cara untuk membangkitkan semangat yang ada dalam diri kita bagi mencapai impian kita. Bacalah buku-buku tentang orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.

5. Fokus
Bagi memastikan yang impian anda tercapai, anda harus fokus dalam melakukan tugasan-tugasan yang terarah pada impian anda. Berikan tumpuan yang lebih pada tugasan -tugasan yang berkaitan dengan impian anda. Tanpa fokus dalam melakukan sesuatu, anda akan gagal dalam merialisasikan impian anda.

6. Tetapkan Hala Tujuan Sendiri
Dalam mencapai impian atau matlamat, anda harus ada hala tuju yang ingin dicapai. Jangan ikut cara ornag lain tapi jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk anda melakukan yang terbaik buat diri anda. Jangan membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya, takut ianya bakal merosakkan diri anda sendiri. Sebab mereka telah lama mengecapi kejayaan, anda baru nak mencapai kejayaan. Jadi membandingkan diri anda dengan mereka yang telah berjaya akan membuatkan anda hilang motivasi.
Jadi disini saya sarankan pada anda, tetapkan hala tuju anda sendiri dan buat dengan mengikut kemampuan yang anda ada. Jangan melampaui kebolehan anda. Hanya anda saja yang kenal diri anda dan anda saja yang tahu kemampuan anda. Buat mengukut kemampuan dan tenang dalam melakukannya. jangan stress.

7. Lupakan Masa Silam Anda
Jika anda mempunyai masa silam yang suram atau masa silam yang mengecewakan, anda harus lupakan masa silam anda itu. Ianya akan merosakkan motivasi anda dalam mencapai matlamat atau impian anda. Anda harus sedar yang masa silam anda tidak boleh diubah, iannya akan kekal menjadi kenangan yang pahit buat anda. Jadi, lupakan saja masa silam yang suram itu. Anda harus melangkah dan terus melangkah bagi merubah hidup anda menjadi yang lebih baik dari masa silam anda.

8. Kekal Positif
Dalam mencapai impian anda, anda harus kekal positif terhadap apa yang anda lakukann. Berfikiran positif dalam segala hal akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan-tugasan yang berkaitan dengan matlamat dan impian anda.
Segalanya terletak ditangan anda. Andalah penentu hidup anda. Jika anda berfikir gagal maka gagallah anda tapi jika anda memikirkan yang anda boleh berjaya, Insya Allah anda pasti akan berjaya. Bertindak dan berubahlah dari sekarang, masih belum terlambat untuk anda melakukan perubahan dalam hidup anda bagi mencapai impian anda. Saya berdoa semoga anda berjaya dengan apa yang anda impikan.




semoga semua yang membaca blog ini.. berjaya..
wassalam..

Isnin, 11 April 2016

New branding Syamputra Razali - Tupperware Malaysia Online

Assalam
Hari kedua menulis sehingga 30 april. Menulis ini sebenarnya seronok.
Hari ini hari lahir art. Memang art ini sangat sporting sebab kami berempat bersama suami art dan hyqal pergi ke vietnam. Art memang seorang yang sangat smart. Tiket dia tempah dan semua urusan dia buat.

Kami merempet kat sana. Best jugak naik moto tapi sana memang mencabar sebagai penunggang moto.

Ohh ya. Ini baru sampai dari UIA. Jadi juri pantun di uia antara mahallah..
Memang seronok kalau mengadili..
Memang seronok kalau kita buat benda yang kita minat. Sanggup berejam ke gombak..

Oklah
Bercerita tentang aktiviti kerje hari ini. Kena sabar dengan apa dugaan dalam kerje. Yg penting.. Saya dpt dah nak beli umah kedua dan ketiga.. Doakan yer
Setel bayar balance. Cuma nak urusan peguam sahaja nak setelkan hal ini..
Kat kolej memang membakar kesabaran aku.. Tetibe dari saya tukar aku pulak. Tapi elok lah kita berbaik sahaja dan positif. Menang atau kalah.. Semestinya kita nie kena ingat.. Kita nie "makan gaji".. Jadi.. Ikutkan je apa boss nak.
Ada gotong royong di masjid. Singgah tanda sokongan..

Inilah poster yang meletops saya rasa.🚘boleh gunakan carikatot yang mana dibuat oleh aman shah. Tq amanzz 

Saya pulak dok tukar warna baju kira ubahzzz situasi
Itulah kekadang kena ikut kehendak pasaran.. Jom!!
Ini pulak seruan recruit 5 orang... Kalau tak kenal tembak..

Ok tak karikator ini.. 
Memang lepas nie pakai gambar ini sahaja 

Ahad, 10 April 2016

Recognition Tupperware : Pecah rekod di Parking - Basement 3 - Sauna Recognition

Assalam semua
Hari ini sebelum melelapkan mata. Ahad yang santai dan tenang.. Pagi pagi dah start kemas umah. Alihkan almari yang diserang anai anak.. Yg best .. Semua buku dan almari habis ranap di makan anai anai.. Tapi tupperware dalam tu.. Anai anai tak der plak nak gigit.
.
Ohh ya
Dah lama sungguh tak menotakan sesuatu.. Al maklumlah. Sibuk yang tak penah surut. Dan sebenarnya hari ini belasah makan tak ingat dunia. Makan steam boat yg exclusive sampai berejam. Lepas tu pergi gym berjoging. Harap esok dapat slim sekilo
Ini makanan dan sempat mengecop flyers.. 

.
Ohh ya
Sebut pasal flyers memang stragel mendesignnyer.. Esok nak g vietnam.. Malam sampai pagi buat. Akhirnya jadi jugak..
Tq mimie omar. Tokan buat flyers kat kedai.. 
Inilah mimie..
.
Yang lebih best.. 9 april 2016, team power dalam 60 orang. Join lah recognition tupperware di wisma mca dan syukur.. Ada jugak yang kena lucky draw..
Inilah syhma- 2 kali dapat lucky draw. Meletop kan.. 

Ini geng team power masa kat luar dewan. Memang kat sini semua berkenal kenalan dan kami macam big family. Menyatukan kawan kawan dari seluruh pelusuk negara..
.
Ramai jugak team power in stage dan mereka pakai baju merah seragam.. Tu lah dia.. Merah menyala katanya..
.
Kami dtg pepagi dah ada. Kak nor, qila dan mimie memang dtg awal awal pagi. Memang baik mereka tolong wrapping hadiah..
Ini art.. Banyak kali on stage dengan  recognition macam macam dan bawak downline sekali..
Ini jun dari jelawat kelantan.. Naik flight dan sama sama ngan kami. Dia dan nufy naik flight dan memang gigih..
.
Ini nufy yang betul betul serius dalam berniaga. Memang gaya pun nampak dah berjaya kan..✈️ dari kota bahru juga
.
Ini pun dari kelantan. Aktif dan pantas merebut peluang. Dah 5 star director dan 3 kali pergi star boot camp. Namanyer nurul nadiah.. Bakal aed ...
.
Inilah yunaizah. Director dari negeri 9 yang mempunyai rangkaian di sabah yang hebat. Walupun dah sarat mengandung. Yus datang jugak memberi support kepada kwan kawan. Memang gigih..
.
Ini plak ida dari melaka yang gigih melayakkan diri jadi director dan dia selayakkan berjaya dengan usaha gigihnya
.
Last sekali
Nak cerita tentang artis jemputan pada hari itu.. Faizal tahir..
Dia memang baik dan awesome
Dapatlah jumpa faizal di belakang stage dan sempatlah membuat video viral ..
Jom dengarkan ya..
Kemeriahan bagaikan jubilee. Jom ke jubile bulan ogos nanti..
Ikon utk saya guna dalam semua poster saya..
Jom click sini utk video

" ASSALAMMUALAIKUM... "Jom berduet bersama #faizaltahir  .. Ikuti kesahnya dengan like pages saya Syamputra Razali TP. ---> https://www.facebook.com/180680798648276/videos/984237448292603/.    


Ahad, 6 Mac 2016

Tips berjaya temuduga : jom tambah ilmu..

Salam semua
Tips ini sangat sangat bagus..

Hari ini sibuk sebab kenduri adek perempuan saya..
Syukur semua dah selesai..

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH: 
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH: 
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH: 
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH: 
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH: 
“I tend to put things to the very last minute.”

PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH: 
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH: 
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: 
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”



Ini adalah tips yang sangat berguna..


Fusion Master Tupperware : Pengisar yang Luar Biasa HEBAT

Assalammualaikum,
Apa khabar pengunjung blog saya.. Tahun baru lebih semangat dengan update blog secara kerap. Sebelum saya berleter panjang.. Saya nak promote sikit tentang promosi ini..

Fusion master yang sangat sangat gempak dan berguna untuk kita..

Inilah demo di stokis aman suria. Thanks farah dan kak sahliah

Meriah kan mereka..

Inilah cara pasang dan penggunaannyer. Sangat mudah

Nah itu lah harganya.. Tapi harga tu belum tolak diskaun lagi..


Oklah. Saya nak minta kita dpt inspirasi dengan naca artikel ini.. Jom

Terlajak puteh nampak. Saya juga antara yang tak ketinggalan melihat rancangan ini. Mahu juga terkinja-kinja menonton kekayaan tiga insan yang sentiasa menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Mereka ini tidaklah setaraf dengan beberapa ikon kesayangan negara seperti Siti Nurhaliza, Tony Fernandez, Tan Sri Mokhtar, Emma Maembong, Shaheizy Sam mahupun Dato M Daud Kilau, tetapi semua gerak geri dan kata-kata yang keluar dari mulut mereka ini jadi satu alat pemasaran yang luar biasa. 

Moh kita ambil pendekatan positif melihat titik persamaan antara ke tiga-tiga taikun kosmetik negara ini. Antaranya ialah:

1. Jatuh. Mereka pernah jatuh dengan sangat teruk. Tetapi bangkit dengan semangat luar biasa. Lihat satu demi satu, Datuk Alif pernah dihina kerana hanya mempunyai sijil SPM dan berniaga di pasar malam. Keanehan manusia ini dari awal sememangnya ditentang habis-habisan di media sosial. 

Dengar suara sahaja “terlajaaak larrrrissss” memang buat kita terus nak tukar channel. Tetapi gimik suara dan pendekatan iklan luar biasa beliau akhirnya membawa duit ke poketnya sendiri. Ada sahaja gimik iklan yang tak masuk akal. Kalau dari Bangi nak ke KL tu hangin sungguh ada papan-papan billboard tulis Wajah Kosmetik Yang Dipercayai. Kau gila nak letak muka lelaki dengan alat-alat solek jadi aksesori dalam gambar tu? Tapi Datuk Alif buat. Dan dia berani terus buat dan berjaya!

Bagi Puan Rita Sosilawati pula, kisah kematian ibunya yang cukup tragis dan menggemparkan negara. Sebut sahaja tentang ibu beliau, pasti semua ingat. Dan kita pula tak pernah terfikir bagaimana wanita ini mahu kembali bangkit untuk meneruskan legasi ibunya dengan wajah ibunya yang sering kali muncul di sebalik produk-produk tersebut. 

Orang kata, yang melemahkan kita itulah yang akan menguatkan kita. Akhirnya Puan Rita bangkit dan kini mempunyai rangkaian kosmetik antara yang paling kukuh di Malaysia. 

Sekali pasang tv keluar pula wajah wanita ini. Dulu saya sendiri pernah kata, dah kenapa stesen tv3 ini dah kena beli dengan perempuan ini ke macammana. Sekejap sekejap keluar, Qu Puteh Qu Puteh. Bagi lelaki kacak yang tak pernah putih seumur hidup seperti saya ini, ini satu pertandingan antara hidup dengan mati. Menyampah nengoknya. Itu dululah. 

Kini, saya lihat strategi mempasakkan perkataan itu dalam kepala rakyat Malaysia(walau ejaannya pun tak betul) tetap berjaya. Anak saya sendiri pun pandai sebut Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih! Hebat Dato Seri Dr. Vida. Beliau ini juga mempunyai kisah tragis yang sangat besar dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dunia akibat dari kebakaran rumahnya sendiri. 

Dato Seri Dr. Vida kembali bangkit dan membangunkan produknya dengan membawa semangat anak-anaknya untuk terus berjaya dan membantu anak-anak yang lain.

2. Bersama. Jika kalian lihat Instagram ke tiga-tiga taikun ini, kalian akan perasan satu perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran kita sendiri. Logiknya mereka ini adalah pesaing di dalam industry yang sama. Tetapi, mereka kerap kali berjumpa dan bermesyuarat. Setiap kali ke tiga-tiga ini bergambar dan gambarnya dipampang di dalam insta masing-masing, saya terus terfikir strategi perniagaan bangsa cina yang sangat hebat. Antaranya ialah:

Mereka akan berbincang produk mana sesuai dengan syarikat mana. 
Mereka akan membuat keputusan syarikat mana dengan gimik pemasaran yang bagaimana.
Mereka akan membahagikan produk laris dengan kesesuaian pemilik syarikat mana.

Kau orang nampak tak? Mereka tidak bersaing, malah mereka saling menguat antara satu sama lain. 

Ini yang sedang dibuat oleh sebuah syarikat penerbitan Indie (bukan Hindi) dan saya sangat suka cara mereka. Mereka bangkit bersama. Bantu kawan-kawan lain dan berjaya bersama-sama.

Dalam industry hari ini, memang sudah tak boleh untuk bergerak sendiri. Dengan mudah kalian akan tumbang jika ada pesaing yang sama hebat dengan kalian. Maka cara paling baik ialah dengan bersama.

3. Kreatif dan Bina Pengaruh. Mereka sentiasa menunjuk kekayaan dan kekuasaan. Ini yang orang melayu pantang. Takut kena curi, takut orang kata riak, takut mata syaitonirojim. Waima Dato Seri Dr Vida yang mempunyai beberapa koleksi mahkota juga kalian tegur baik punya. Ya salah satu kegemaran rakyat Malaysia ialah menegur-negur perbuatan orang lain. Anak jiran kampung sebelah yang kau tak kenal pun kau boleh cerita kisah dia dari lahir sampailah dia kahwin. 

Ok, kita sambung. Mereka bertiga ini (pada fikiran saya) tidak menunjuk-nunjuk pada zahirnya. Tetapi kekuasaan mereka pada media sangat kuat. Maka, segala apa yang diceritakan akan jadi bahan untuk ditunjuk dan dikongsi kepada semua.

Kadang-kadang post itu hanya untuk memberitahu yang mereka sangat sukakan sesuatu pada masa lalu, dan kini sudah pun mendapatinya (rujuk kepada post Dato Aliff dengan kereta Rolls Royce). Sama juga dengan kita, nak sangat makan kat kedai kak leha dangdut, jadi hari tu kawan kita belanja dan kita pun selfie gitu. Lebih kurang sahaja sebenarnya Cuma mood kau orang tak sebanyak orang yang memang kaya dengan cas-cas positif di kepala.

Untuk kuat dalam arus media, kau kena kreatif. Kau kena pastikan orang sentiasa positif dengan apa yang kau ‘tunjuk’. Lihat akaun sosial media mereka bertiga ini, semuanya ada tag line dengan ‘background’ kemewahan mereka. Semua itu adalah strategi pemasaran untuk mendapatkan pengaruh. Jika kalian perasan, ada produk mereka yang sama, ada juga yang memang niche. Dan yang niche itulah kekuatan mereka masing-masing.

Ingat kawan-kawan, pengaruh dibina dengan kuasa, harta dan kata-kata. Zaman ini mudah sahaja, kalian ada kepakaran dan buat dengan betul-betul, kalian akan (atau pasti) akan berpengaruh dengan sayap yang cukup lebar. Saya pernah bersembang dengan salah seorang jurujual mereka, sama ada benar atau tidak, katanya salah seorang dari tiga taikun ini jualannya pada setiap jam ialah sebanyak RM1,200. Setiap jam Bro! Kau kali dengan 24 jam, dapat RM28,000 sehari. Kali lagi dengan 30 hari, jualan sebulan ialah RM864,000 woi.

Gunakanlah media sosial untuk meraih kebaikan, bukan dengan membuka aib dan berkata tidak baik. Stay positif kawan!

Kawan-kawan, bab riak takbur bagai itu bukan hal kita pun. Mereka dapat apa yang mereka inginkan. Kita pun takat dapat sebut kau riak kau riak kau riak! Itu sahaja, kau sebut kau riak tu ada dapat mahkota? Ada dapat rolls Royce? ada? Ada boleh taja TRW? Sudah-sudahlah jadi penunggang agama. Cewah. 

Nak hidup dan jadi orang hebat kena harungi satu perjalanan susah, kalau tengok kaki pun tak nampak kerana perut membesar bagai juara tak adalah susah benar hidup kita tu. Kena harungi satu fasa kehidupan yang ala-ala baru nak bernafas semula dek kerana kegagalan itu ini. Gitu. Kau faham ke tak faham ni sebenarnya? Ha Barulah dapat hidup senang. Bak kata Imam Ghazali, Untuk dapat sesuatu yang kau suka, kena sabar dengan apa yang kau benci.

Yang kau suka itu kesenangan.
Yang kau benci itu kesusahan.

Yang buat kau senang hari ini ialah perjalanan susah kau masa lalu. Mereka ini Tuhan uji dengan ujian paling berat untuk mereka terima. Tuhan juga hanya uji mereka yang sesuai sahaja dengan ujian-ujiannya. Tak semua dapat ujian macam tu kawan, jadi reda dan berusahalah untuk kita juga berjaya.

Tak semestinya kita kena berjaya macam depa, kalau kita pun sama je habis takkan nak tukar Bapa Brownies Kebangsaan cakap, Qu Brown Qu Brown Barulah Brownies. Tak, semua tu tak semestinya sama.

Kawan-kawan, 

Ada orang memang berjaya dengan jadi cikgu. Walau tak dapat rumah besar, dia dapat 10,000 anak murid yang sentiasa panggil dia cikgu sampai dia mati.
Ada orang memang berjaya jadi doktor, walau dia tak kaya raya, tapi dia punya saham akhirat merawat pesakit pasti sebesar-besar gunung yang melimpah-limpah kebaikannya.
Ada orang memang berjaya jadi penulis, mungkin dia juga tak kaya raya macam depa. Tapi penulisan dia buat jiwa kaya, buat orang terkesan dan mahu jadi baik. Cewah. Ha ha ha. Nak jugak.

Masa saya kecil dulu saya selalu tanya emak, apa yang emak nak dari aye (saya)? Emak saya kata, tanya diri sendiri nak jadi apa, emak nak awak jadi baik. Itu sahaja. 

Bukan susah nak jadi baik. Kaya miskin senang susah semua boleh jadi baik. Kita pun boleh jadi baik. Nak jadi baik mula dengan hati, kemudian otak, kemudian perlakuan dan perkataan. Senang woi. Ha, yang duk kata riak riak takbur takbur sesuka hati ni tanya balik dalam hati masing-masing, “aku ni baik sangat ka sampai Tuhan beri aku seketul hati yang  senangnya tuduh orang begitu begini, yang lancar sahaja cakap itu ini dan yang mudahnya bersangka-sangka”

Ada eloknya kita belajar melihat mereka berjaya daripada kita hanya berjaya cakap-cakap mahu kaya. 




Kehidupan dan rutin seorang penjual Tupperware

Assalam..
Pagi pagi ini saya nak share pengalaman saya dan jugak pengalaman orang..

Ini saya sedang ada perhimpunan pelajar dan saya amek masa nak berblog kat sini.

Saya start ngan tips dari sophia boo.πŸ’Ÿ saya suke cara sophia buat training..
Inilah buah fikirnya..

=========================
Tips "Leadership"

Hari ini saya ingin berkongsi tips leadership melalui pengalaman dan pemerhatian saya selama 20 tahun berkerja dengan syarikat-syarikat dari peringkat enterprise sehingga ke peringkat multi-national atau syarikat antarabangsa. Tips ini boleh di guna oleh sesiapa yang mengetuai sekumpulan ahli di organisasi anda. 

Sebagai seorang Leader (Ketua), anda tentu mempunyai sekumpulan ahli yang di jaga oleh anda. Ahli-ahli dalam kumpulan anda mempunyai pelbagai jenis orang. Contoh, orang yang rajin, orang yang cerdik, orang yang hebat, orang yang malas, orang yang pendiam, orang yang pemalu, orang yang pandai cakap tetapi tak pandai buat, orang yang pandai buat tapi pendiam, orang yang cakap tak serupa bikin dan banyak lagi.

Tips yang saya ingin kongsikan hari ini adalah tips berkenaan dengan orang yang rajin, cerdik dan hebat dalam kumpulan anda. Sudah tentu kita sebagai seorang Leader, kita pasti fokus pada orang yang rajin, cerdik dan hebat sebab mereka memberi manfaat pada kumpulan dan organisasi kita kerana mereka ini lah yang menjayakan kita. Sudah tentu kita dapat mengenali siapa mereka yang rajin, cerdik dan hebat dengan senang melalui kejayaan yang mereka pernah bawa pada kumpulan kita dan juga idea-idea yang mereka kongsi membawa keputusan yang memanfaatkan organisasi kita. 

Jikalau sesuatu hari, ahli-ahli ini, tiba-tiba berubah dan keputusan mereka merosot, motivasi dan semangat mereka pun hilang. Tahu kah anda mengapa? Jawapan saya melalui pengalaman 20 tahun saya adalah "Leader". Ahli-ahli ini berubah disebabkan "Leader" mereka. Jika Leader berubah, ahli juga akan berubah. Leader merupakan seorang model pada ahli-ahli mereka. Ahli-ahli akan respond mengikut aksi dan perangai seseorang Leader. Jika anda seorang Leader, tepuk dada tanya selera. Adakah anda seorang Leader yang menunjuk perangai positif dan menggunakan kata-kata yang positif dengan ahli anda? Dan tips yang paling penting di sini bukan sahaja positif, tips yang saya ingin tekankan disini adalah POSITIF SECARA IKHLAS. 

Tips yang saya kongsikan di sini adalah melalui pengalaman saya sendiri.

Sekian, Terima Kasih. 
Sophia Boo

===========================

Ohhh ya..
Semalam saya seronok sangat meraikan diri dengan MAKAN...



Selepas makan tak hingat.. Memang kekenyanganlah jawabnyer.

Sebenarnya, saya celebrate kejayaan beli rumah sehingga 2 bijik rumah. Saya seronok teramat sangat dan bersyukur dengan duit komisen tupperware dan saya semakin semangat untuk bekerja dan dapat tambah pendapatan sampingan.


Dan semoga loan rumah saya ini lulus dan saya berjaya masuk dan menginap dirumah itu..

Saya sangat teruja nak renovate rumah baru.. Mujur ada tupperware


Ini saya buat promosi utk orang yang daftar ahli. Inilah hadiahnya..
Sangat menarik ya..

Minggu ini jugak saya dah packing kan hadiah utk mereka. Semoga mereka bersemangat waja untuk terus mencupta kejayaan. 

Minggu ini pun nak work out all out nak berjoging agar boleh turun sikit lemak kt perot ini. Azam saya memang tinggi. 110kg menjadi sasaran.

Oklah yer. Saya sambung lagi lepas ini..

Sempat jumpa 5 star director saya : shafida .. Sempena ulang tahun kelahirannya..


Ok u olz
Tq sebab sudi baca..

IKLAN TENGAH