IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Wednesday, August 24, 2022

RENUNGAN PAGI : Malang Tidak Pernah Berbau, namun Dapat Di Hidu : Bila Pakcik Tupperware Menulis


RENUNGAN PAGI : Malang Tidak Pernah Berbau, namun Dapat Di Hidu

Assalammualaikum.
mulai pagi ini, pakcik secara konsisten akan menulis pengalaman hidup pakcik sepanjang hayat dikandung badan. Kemungkinan kisah yang pakcik cerita ini adalah kisah sebenar pakcik dan kisah yang pakcik tengok dari media sosial untuk diulas dan dikupas.

apa apa pun pakcik berlapang dada untuk menerima pendapat yang lain dan teguran dalam penulisan pakcik. al-maklumlah, dah berusia ini, pakcik dah start menulis dan semoga penulisan ini bermanfaat.

sewaktu naik moto tadi, mulut pakcik asyik melihat dan mengenangkan tempat kemalangan motor semalam akibat dilanggar kereta. di tempat itu, pakcik jadi trauma andai kata ia terjadi kepada kita.

memang benar, malang tidak berbau, namun bagi pakcik. ia dapat sesekali di hidu.

contohnya.

kita boleh elakkan kemalangan jalanraya andai kita fokus memandu dan elakkan main telefon semasa memandu. tambah lagi waktu hujan dengan andaian, kita cekap dan tak apa apa yang berlaku.

begitulah kita dalam melakukan apa sahaja.






"TUTUR KATA PERLU DIJAGA,
TINDAK LANGKAH BERWASAPADA
BUAT KEBAIKAN BERPADA PADA"


adapun inilah yang pakcik nak sampaikan.

1. Tutur kata perlu jaga
- orang selalu cakap, banyak cakap akan banyak salah. benda nie memang betul. setiap kata yang kita lontarkan akan mungkin memberikan kebaikan, namun lebih banyak memberikan emosi yang boleh menyentap orang lain. dalam kita menjatuhkan hukum pendapat kita, berjaga jaga la dengan perkataan.
- zaman nabi dulu pun dah ada kisah seorang anak yang hanya berdengus "arghhh" dan terus memberikan emosi sedih dan meruntun pilu seorang ibu dan akhirnya anak itu tak boleh mengucap dikalanya nyawanya dihujung tanduk dan selepas ibu memaafkannya baru ia tenang kealam sana.
- itulah kisah kita dalam pertuturan kita. meskipun kata kata itu dia anggap biasa. bagi sesetengah orang ia adalah sensitif. contohnya, kita dalam mesyuarat dengan lantang berkata itu ini, dan dalam pada yang sama kita akan dipandang "poyo" ibarat kita terlalu banyak compalint tanpa saranan.
- jadi, jagalah tutur kata kerana orang kata "terlajak perahu boleh diundur, telajak kata, badan binasa"

2. Tindak langkah perlu waspada.
- adakalanya kita tak pasti tindakan kita itu akan memberikan impak ataupun kebaikan. namun, adakalanya gurauan akan membuatkan kita rasa disenangi.
- pakcik sendiri senantiasa berwaspada dengan gerak langkah. nak buat sesuatu kepada fikir 2-3 kali. sebagai contoh kalau kita nak tepok kepala kawan sebab kononnya bergurau, kalau pakcik yang kena, memang sampai bila bila pakcik tak boleh terima gurauan berkaitan kepala, sebab bagi pakcik kepala adalah kemuliaan. kalau orang main kepala kita ibarat ia mencabar kita menyentuh mahkota tertinggi maruah kita.
- jadi, bila kita nak bertindak walaupun dengan senyum juga perlu berhati hati. nak menyentuh sesiapa pun perlu kena pada masa dan emosi keadaan. andai kata kawan kita sedang kesedihan. tidak mengapa kita pegang bahu dan usap belakang bahu agar minta dia bersabar. ia akan memberikan sentuahan ketenangan.
- andai kata tindakan dan sentuhan kita itu tidak kena dengan norma masyarakat kita. contohnya kita bergurau memegang perut atau menolak kepala kawan kita atas tiket gurauan, ia adalah tak manis dan tak berapa sopan. jadi, jaga tindakan ya.

3. Buat kebaikan berpada pada.
- ini yang menjadi satu perkara yang perlu diawasi. ada orang kata, bantulah dan buat lah kebaikan untuk pahala. sebagai contoh. kita memberikan bantuan kepada peminta derma walhal, anak kita kesekolah, kasut pun dah koyak dan lusuh. demi nak membantu dan nak pahala berlipat ganda, kita keluarkan duit kita untuk membuat kebaikan. anak kat rumah kebulur tak terjaga. inilah yang pepatah melayu selalu katakan. "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan". jelas sangat bahawa, kita kena utamakan keluarga dan insan tersayang dulu.
- berbuat baik juga perlulah berpada, janganlah terlalu baik macam berkepit seperti belangkas. kalau BFF, perlu ada batas dan ruang waktu. orang kata. terlalu baik ni akan jadi musuh. ittulah dalam persahabatan juga perlu berhati hati untuk terus bercerita rahsia dan apa sahaja. sebab esok lusa kita tak tahu apa yang berlaku. harap tak adalah kawan yang tikam belakang atas keterdesakan. kekadang juga banyak drama memaparkan sikap cemburu dan iri hati dalam diam seorang sahabat.
- jadi, berpada pada lah. seperti pepatah "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali.

baikalah korang, pakcik nak masuk class dah nie.

semoga bermanfaat ya


ikhlas,
Pakcik Gaming

Pakcik Tupperware








Monday, August 22, 2022

BLACK MONDAY / MONDAY BLUES atau MALAS - uLASAN pAKCIK & Katalog Tupperware

 BLACK MONDAY / MONDAY BLUES atau MALAS.

Demikianlah emosi kebanyakkan kita yang akan rasa malas nak bangun pagi selepas 2 hari bercuti.
Keliatan bangun pagi ini adalah normal kerana kita dah terlalu sedap untuk qadakkan tidur kota sabtu dah ahad sehingga matahari atas kepala baru nak bangun.
Pakcik pada muda muda juga begitu. Sabtu dan ahad lah masa nak bangun lewat dan extend tidur.
Cuma untuk yang kerja makan gaji, amalan black monday ini sebenarnya akan mendidik jiwa bekerja kita kearah Malas. Kita akan start
1. Bijak mencari alasan nak EL
2. Memikirkan klinik mana nak beli MC
3. Hadir lewat kononnya ada hal emergency
4. Melayan nafsu mata sampai boleh tertidur di pejabat
5. Bad mood kononnya semangat bekerja tak sampai

Sebenarnya, kita yang menentukan mood kita. Lawan emosi malas itu.
Jadi, pakcik nak share tips macam mana nak lawan mood yang malas tadi kepada lebih energy san semangat
Begini yang pakcik buat.
1. Celik mata sahaja, fikirkan yang indah benda yang seronok di pejabat
2. Pura pura semangat untuk lepas dari cengkaman katil dan sampai ke bilik air. Lepas kena air. Terus hilang ngantok.
3. Mengenangkan syukurnya dapat kerja dan dapat gaji setiap bulan bagi yang makan gaji. Fikirkan keberkatan dan juga fikirkan misi kehidupan kita. Big Why orang kata. Auto segar !!
4. Jinakkan hati untuk kata “kalau aku tak rebut, orang lain dapat hak aku” untuk yang niaga sendiri
5. Fikirkan tentang keluarga dan masa depan sendiri. Bercakap dengan diri apakah mahu membelain kemalasan dan seterusnga menjadi orang yang masih tak berubah. Jadi motivator dalam diri dengan melihat kejayaan orang lain.
Jadi, bila kita bangun pagi.
Kawal pemikiran kita. Kita kena kuasai diri sendiri dengan “inner talk” yang baik.
Selamat mencuba






𝐅𝐋𝐘𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟐
Ahli Tupperware layak dapat 25% 𝙡𝙚𝙨𝙨 lagi daripada harga yang tertera di katalog kecuali item harga nett.
Yang belum jadi ahli boleh register untuk jadi ahli. Ahli boleh terus beli dengan harga ahli. Jika nak membeli tanpa jadi ahli Tupperware pun boleh.
















Katalog terbaharu Tupperware Brands.
Promosi Bulan Ogos 2022.
==================================
Pelbagai tawaran hebat dengan produk yang cantik dan menarik di dalam katalog Ogos ini.
Ingin melihat offer-offer Ogos?
Klik link bi bawah untuk masuk ke kedai online Tupperware Brands











































IKLAN TENGAH