IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Ahad, 5 Jun 2016

Tupperware Malaysia Online : Selamat Berpuasa : special promotion ramadhan 2016

Salam
Syukur alhamdulillah,
Selesai pun mengemas umah dan sangat sangat seronok dapat memborong item paling hot..  Iaitu water dispenser warna pink siap tapak..
.
.
Meletop tak?
Alang alang beli.. Dapatlah 30 set. Esok insyallah nak beli lagik.. Harus meletopss
.
.. Terima kasih art atau bunga april sebab tolong mengemas semua tupperware nie. Sampai berpeloh peloh..

jom tengok video la..


Terima kasih new nora, ampang sebab sudi layan abang macam downline sendiri. Memang baik kak zah dan lin serta zul. Awesome. Kalau semua stokis macam new nora kan best !!
.
Inilah kisahnye.. Anak sedaraku tolong kemas umah. Hehehhe seronok bile bebudak nie dtg..

Hari menyambut ramadhan.. Ayah masak rendang kerang, mak masak rendang daging dan lina masak rendang ayam. Super sedap. Rasa macam raya sangat. Wangi sampai umah abg yang kt depan umah..


Pagi pagi buta lagi dah ada orang ketuk pintu umah..
"Knock knock !! "- ketukkan mak kejutkan aku dari mengadap whats app dan tengok promote water dispenser..
--- aku pun pergi bukak pintu dan mak menolak pintu seolah olah tak sabar nak masuk..
Bile dah bukak pintu.. Aku baru nak cakap "aaerrrrr"
Mak terus cakap .. Meh makan.. Mak baru baik pasar tani nie.. 
Seperti biasa .. Ahad memang hari dating mak dan ayah.. Pergi pasar saja saja cuci mata..
--- aku pun terus cakap "iyer lah"
Pastu.. Mak terus menghulur bungkusan. Aku pun dalam hati "alhamdulillah.. Nasi lemak !!"
Rupa rupanya.. "Nahh.. Cube.. Mak beli kat pasar tani" cakap mak.. Masih berdiri kat pintu dan tak masuk umah aku sebab bersepah dengan tupperware..
-- aku pun capai dan terus pakai.. Aku pun cakap "cantik.." Pastu mak pun cakap.. "Warna pink je ada.. Boleh ker?
-- aku pun cakap "memang kiter suke yang pink pun".. Hahahaha anak dara sangat kan..
-- aku pun terus cakap hset dan terus follow mak balik umah yang terletak depan umah aku. 
-- memang best kalau dapat duduk depan umah mak. Kalau dpt duduk sebelah umah.. Aku pecahkan dinding umah.. Supaya boleh bergabung..

Moral of the story
--> mak sentiasa ingat kat anak dia.. Walaupun dah tua bangka anak dia dan ada duit sendiri. Walaupun baju rm5 .. Baju ini tak setanding dengan baju RM500 yang aku beli sebab pemberiaan mak yang sangat berharga..

--> so, u olz? Last belikan baju mak u olz bile? Dia suke atau tidak belakang kira.. Asalkan bagi. Sebab kita bagi itu adalah nikmat ingatan tulus ikhlas dari anaknya..

#mohonterasa
#hariminggu


Cantek kan baju nie..


Ini kek event semalam. Birthday dek ina.. 2 hari buat event..

Hari ini bertandang ke umah kak nor di ukay perdana.. Sedap giler...

Turut dtg eddy dan buck. Memang meriah juadah. Paling best nasi dan bantal raja junior. Memang sumpah sedap !!! Siap bersumpah plak..

Pastu kak nor bagi ole ole JUG air junior.. Best sangat.. Nak nangis downline bagi hadiah kat upline. Sangat menghargai..

Sedapkan.. Sangat sangat.. Sedap.. 


Set yang menjadi kegilaan ramai .. Waduhhh memang siapa jadi AED akn dapat hadiah ini. Sebelum syawal.. 
Susun kat umah plak. Esok ada lagi nak order.. Nak serbu eco botol plak.. Nantikan 100 set!! Tunggu..

Eco transperence.. Cantek kan

Esok terpaksa beli item ininsebab dah tempah. Insyallah. Akan dijual dan ada peminatnyer..


Inilah bunga april. Memang anda orang kuat abg yang baik hati. Kami sama sama g vietnam dan best giler..

Nak berjodoh plak ngan downline yang bari daftar. Elok plak jumpa dia. Memang borong banyak wooo

Inilah jug yang abg dpt dari kak nor kayangan atau anugerah ilahi..

ini ada video lagi.. untuk leaflet bulan june 2016



Terpaksa ku lepaskan steam it purple ku.. Syukur ada pembeli 20 set..

Ini poster paling senang nak buat melalui teknik tiruvasi..

Apa lagi.. Jom lah join buat bisness dengan team power..
Mudah je..

Ini jumpa aed saya NIZAM yang penuh dengan idea. Sangat sangat berilham dan dia smart !!


MEMANG SAYA BERLAGAK
-----------------------------
Saya bukan nak puji barang saya JUAL
.
Memang bagus !!
- kalau sebelum ini TONG air saya guna ala ala rm50-60 tu beli kat chow kit. Nampak cantik dan besar tapi pakai 2 kali, paip dia dah longgar. Pastu beli lagi yang lain.. Tong air tu plak meleleh jer. Abis rosak karpet beli kat pakistan utk raya. Bile meleleh, berlengas dan semut datang..
.
Siapa nak kemas??? Saya nak cuci lelehan tadi tu.. Tak kuasa kan??
.
Pastu pernah sekali, saya beli tong air lagi (kali ke-3) dan nak amek air tu.. Saya terpaksa letak atas tin biskut plak supaya tinggi dan senang amek air. Pastu malapetaka apa terjadi, masa budak mana ntah amek air.. Boleh plak jatuh semua kat lantai.. Kena plak kaki anak orang tu.. Pastu abis bocor semua tong tuz skrg jadi pasu bunga je kat tepi jamban kat kampung.
.
Oleh kerana keluar warna hijau dulu beserta stand bawah dia.. Saya terus beli dan bagi kat mak.. Mak punya lah menjerit ala ala menang lotri.. Ye lah. Dia ingat mahal sangat.. Itu 2 tahun lepas. Saya pun wish la nak dpt yang pink. Hari ini, impian jadi kenyataan.. Keluar oink dan tapak bawah pun kuar.
.
Saya cakap u olz, saya memang nak borong 50 biji benda ini. Korang jangan jelass taw dan bukan nak belagak ada banyak duit. Tapi aku menyimpan nak dekat 10 bulan sebab menunggu nak beli hot item ini. Jadi korang nak tengok je ker.. Korang jangan asyik bagi alasan tak der duit je.. Memang dimakbulkan lah..
.
Bile barang dah abis.. Mula lah meroyan sampai mencarut carut. Dosa je..
.
So, kalau korang tak dapat set ini , saya ucapkan  "PADAN MUKA".. 👍👍👍 Kalau nak beli ngan i.. Harga katlog tambah sekali harga terlajak laris..
- tak silap harganya lepas tolak diskaun RM150 jer.. Nanti nak kira.. Memang la nampak mahal.. Tapi yang tong pecah tu. Aku dah 4 biji beli. Dah nak dekat rm250 lebur macam tu je. 👅👅
.
Beli yang ini puas hati.. 💑.  Kalau meleleh jugak air.. Ko humban kan kat muka aku ini.. Memang gerenti puas hati..
.
Oklah, berleter macam mak nenek plak..
What app utk order 2 biji terus --> 012-3993947
(Abg tong air)


Inilah poster untuk 1 jun 2016.. Harus siapa beli rm160 .. Syukur ada ramai yang dpt misteri gift..



Mudahnya Berniaga! 
-----------------------
Segalanya di hujung jari..,tp ofcoz dgn cara yg betul, dgn strategi yang betul

TEAM POWER mempunyai kepakaran dalam pemasaran Tupperware secara Online. Cawangan Team Power berada diseluruh Malaysia dan rata - rata setia negeri mempunya wakil yang HEBAT !!

Kenapa perlu sertai TEAM POWER
1. Perkongsian ilmu yang luar kotak
2. Semangat TEAM WORK yang kuat
3. Motivasi yang tak putus sesama family Team Power

Sgt bertuah dan berbangga menjadi TEAM POWER kerana segalanya dibimbing.. dan diberikan sentuhan semangat yang luar biasa.

Jom bersama Kami di TEAM POWER utk mengejar IMPIAN anda dan MeREALISAIkannya !!

Kpd yg berhajat nak buat/cari side income secara santai2/part time - kalau Full time lagi bagus !! 
... Boleh pm tepi..atau 
Whatsapp Syamputra Razali 0123993947
Whatsapp Syamputra Razali 0123993947
Whatsapp Syamputra Razali 0123993947

~~~~~~~~~~~~~

TEAM POWER
Peneraju Perniagaan Online Terulung Di Malaysia
'Every single step will be guided'




_*ULANGKAJI BAB PUASA*_

*Niat Puasa* - 

"Sahaja aku berpuasa,
 pada esok hari 
kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan
 pada tahun ini
 kerana Allah Taala"

*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Dengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk 
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa* :-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)
2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh
3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa
4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)
5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)
2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)
3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak
2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas
3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi Puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan Pula Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran
2. Orang Musafir
3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah
4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga
5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu


# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Mendidik Kita Menjadi Insan yg lebih *BERTAQWA*
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih *BAIK* Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Jariah..
In Sya Allah.. .
😀😀😀

* bukak posa dgn buah kurma + minum ayaq suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

*** Ambil peluang utk berhenti merokok.


Sempat juga menziarah.. Encik ahmad tarmizi di ppum, semoga cepat sembuh

Jom join ahli bersama TEAM POWER


Jom la ketahui fadhilat berpuasa yer

KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )
"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.

KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia ini.

ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka

FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN
Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
  1. Solat sunat Tarawih
  2. Solat-solat sunat yang lain
  3. Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
  4. Memberikan hidangan berbuka puasa
  5. Banyakkan membaca tahlil
  6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
  8. Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
  9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.


----------------------------------------------------------------------------
sempat jugak saya nam share tentang tips ini..
sudi sudikan membaca yer


salam semua..
saya dengan bangganya.. saya persembahkan..
logo yang menjadi cover fb saya//

inilah dia cover yang saya buat ala ala wajah baru..


hari ini poster orang mengandung aku buat untuk menggalakkan downline recruite dan menggalakkan kita semua mencari orang.. dan ajak dia join.

sekarang.. semakin ramai orang yang nak mencari pendapatan dan ramai yang nak jalan mudah untuk kaya dan berjaya.. mereka langsung tak nak berniaga dan nak duit tu jatuh tanpa buat apa apa.. pendapatan pasif lah kata mereka.. 

kalau tak berusaha.. bisness apa pun sama je.. kita kena berusaha pada permulaam dan dan berjuang selagi ada nadi dijasad kita..

memang ada yang kaya raya dengan duduk sahaja.. tetapi kita mampu ke jadi macam tu.//. baik mereka suruh family members mereka.. mereka pun bertarung dan sungguh sungguh bertempur dengan masa dan tenaga nak berjaya.

saya yakin dengan bisness tupperware ini yang saya fikir ia sangat kena dengan minat dan semangat saya sebagai seorang yang memiliki dunia merketing..


syukur.. poster saya yang menarik orang utk masuk dalam whats app mendapat sambutan luar jangkaan.. insyallah minggu ini start untuk mula toturial...
jom join..


saya bersyukur kerana ramainya orang masuk berduyun ke blog saya ini dan dari merata rata datangnya.. inilah dikatakan usaha tangga kejayaan..


saya pernah guna poster ini.. cantek juga..
semoga semua warga TEAM POWER success.. insyallah..



ini antara motivasi yang saya boleh kongsikan..

5 cara atasi MASALAH ME RECRUIT new Consultant

1. Nak jelaskan kehebatan menjadi ahli
 inilah masalah yang saya rasa sangat leceh.. bile orang yang nak jadi ahli banyak bertanya.. tentang apa kelebihan nak jadi ahli. apa yang kita dapat bile jadi ahli Tupperware.. dan macam macam lagi.. tapi saya  melayan mereka dengan cukup bagus dan menggunakan ayat ayat yang  mengeluarkan aura yang positif.. memang akhirnya kini.. tak perlu saya  nak bagi tahu apa kehebatan.. mereka terus kata nak jadi ahli.. nak nak bayar macam mana.. paling best,.. ada yang terus bayar dalam account dan terus bagi tahu.. memang mengujakan.. apakah mereka sudah explore sebelum ini dan memilih TEAM POWER sebagai team mereka.. dan saya cukup bersemangat sebab kini.. setiap hari ada sahaja orang msg nak menjadi ahli.. dan bulan lepas sahaja saya menerima lebih 45 orang jadi ahli baru under saya dan total organization lebih 120 orang.. bulan lepas dimenangi oleh Hyqal yang sangat rajin menyergah orang di kenduri kendara..
hyqal nie juru gambar kahwen,.. dan sangat expert bab me recruit..
untuk ke tips seterusnya.. click dibawah ini... untuk ke TIPS 2 - 5..

Selasa, 31 Mei 2016

TEAM POWER PECAH REKOD : SALES TUPPERWARE MALAYSIA MENUJU 1 JUTA

Assalam..
selamat pagi..
1 Jun 2016, hari penuh bersejarah.. hari lahir adek bungso saya.. dek ina.. dan hari yang menampakkan komisen dan team sales yang paling tinggi sepanjang saya join Tupperware ini..
syukur saya dah cecah RM20k sebulan !!

paling best !!!
KITA BERJAYA !! Syabas kepada semua warga TEAM POWER yang menyumbang kepada angka ini. ANDA memang awesome !!.. rekod baru TEAM POWER !!.. Tahniah dan jom kita semakin hampir dengan RM1 juta.. Terima kasih kepada anda.. anda memang awesome !!
.
 inilah angka yang lama diidamkan.. dan akhirnya berjaya juga capai.. meskipun tak ada stokis dan semua downline merata seluruh Malaysia.. namun itu bukan penghalang untuk berjaya

promo untuk bulan Jun 2016 ini sangat menarik dengan gift special dari saya sendiri.. memang sangat sangat best !!




 ini tiruvasi yang saya lakukan,.. tak ada keje.. jadi macam nie la jawabnyer..


sempena hari lahir ina.. adek bungsu saya..

PROJECT DUIT RAYA !!
-------------------------------
Rezeki bulan puasa.. BERIBADAT dan BERNIAGA seiring..
Inilah masanya kita sama sama menaiktarafkan kehidupan kita disatu aras yang lebih baik.
.
DUIT RAYA - boleh bagi anak anak LEBIH sikit supaya mereka heppy
DUIT RAYA - boleh bagi mak ayah LEBIH sikit spaya raya tahun ini lebih meriah.. rendang boleh masak lebih sikit
DUIT RAYA - boleh bagi duit raya LEBIH sikit kat anak buah dan budak budak mintak duit raya.. sebelum ini.. bagi RM1, sekarang boleh bagi RM5.00
DUIT RAYA - boleh sedekah lebih sikit kat tabung moreh surau dekat umah dan boleh tong tong duit untuk buat majlis buka puasa

--> Paling senang didunia nak niaga.. (Product dah diakui berkualiti)
--> Daftar pun senang - secara ONLINE..





 BERITA TERGEMPAR : Saya bakal di CIUM
===================================
Saya Syamputra Razali TP ingin memberikan harga super special GIFT bernilai RM16 (Barang hanya di whats app- tak leh tayang).
.
ANda pasti rasa nak cium saya sebab dapat special gift yang limited dan awesome..
.
Special offer ini sempena hari lahir Zalina Razali.. pada hari ini 1/6/16
.
JOM whats app saya untuk keterangan lanjut !! 012-3993947
---> inilah ayat yang saya guna.. insyallah.. kita berusaha.. ada yang akan buka mata dan hati..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
baiklah.. ayuh.. saya paparan motivasi untuk semangat berniaga..
JOM tempah hamper dengan saya...
ini party secara ONLINE.. jom sertai TEAM POWER..

 TIPS SYAMPUTRA RAZALI : Istiqamah Berniaga Jawapan Kejayaan Dalam Tupperware

salam semua..

tahun ini adalah tahun ke 7 dan tak sampai lagi usia saya menjelang usia ke7
saya merasakan masa bukan jawapan dan penentu kepada kejayaan tetapi
cara dan istiqamah kita dalam mencari jalan untuk berniaga itu adalah jawapnnya..

saya sedar banyak perkara yang saya lalui dalam menjadikan diri saya seorang SED diakhir tahun 2016 ini.. saya yakin juga seorang lelaki akan boleh bersaing dengan wanita jika ada keinginan yang mendalam..

bagi saya.. sepanjang pengalaman saya dalam bisness ini.. beberapa perkara yang perlu kita tahu dan kita jaga..

TIPS untuk BERJAYA dalam bisness TUPPERWARE

1 HUBUNGAN - dengan ALLAH. ibubapa.. adik beradik. downline dan upline...kawan kawan.. sesiapa sahaja

perkara paling penting adalah menjaga hubungan kepada Allah.. permintaan dan apa yang kita minta adalah pemberiaannyer.. disamping itu mak ayah perlu juga dipelihara ibarat harta paling bermakna.. sebab doa mereka yang memaknulkan hidup kita jadi sempurna dan hebat luar biasa.. dan hubungan anda kita dengan upline dan downline.. saya faham ramai yang adalah perselisihan paham dengan upline juga downline.. anggapkan salah faham dan buat sahaja macam biasa.. soal hati harus diketepikan.. semua orang buat silap dan maafkan dia dan insyallah dia pun akan maafkan kita.. apa pun kita haruslah berfikir dengan lebih waras dalam menimbulkan isu yang tak memberi apa apa makna..



2. KEWIBAWAAN - Integrity kepada perkara yang betul - walaupun tak ada orang nampak

perkara yang dikatakan integrity ini adalah kepercayaan kita melakukan sesuatu tanpa menunggu orang tengok. masa orang tak tengok pun kita melakukan perkara yang benar dan kita kena tahu.. kalau kita buat benda yang tak elok.. lambat laun jadi seperti monyet yang melompat dari dahan ke dahan.. akan jatuh juga.. hentikan perkara yang tak elok dan start melakukan perkara yang baik dan lurus.. ia akan menyebabkan mata mata orang akan memandang anda hebat tanpa sebarang kontroversi yang mencacatkan.. insyallah.. parut dimuka tak akan hilang tapi ia boleh diminimakan dengan makan berry gen


3. TEKAD dan ISTIQAMAH - bersungguh sungguh melakukan kerja dan mencari downlinbe serta sales walaupun rank sudah ED

perkara pokok dalam bisness adalah consistency dalam berniaga.. sangat menjadi keutamaan bila berniaga kita harus sentiasa mengekalkan  stamina dalam berniaga dan sentiasa memotivasi diri sendiri. ini akan menyebabkan kita akan sentiasa bersemangat dalam melakukan kerja.. insyallah.. recruite dan sales akan masuk berduyun duyun duyun.. dan saya sendiri.. walaupun dah rank ED.. still rasa macam baru masuk dan macam baru nak jadi director.. bersungguh sungguh nak membina empayar team power..


4. PANDANG POSITIF - apa sahaja perbuatan dan perlakuan serta apa yang kita fikir perlu suci dan poditif

perkara yang perlu diamalkan selalu adalah berfikiran postif.. melihat sesuatu dari sudut positif memang agak mencabar tetapi mulakan sedikit demi sedikit dan anda akan berjaya.. contohnya.. anda akan marah kalau stok habis.. dan kalau anda positif anda akan rasa " ohh hebat sungguh tupperware.. stok selalu tak ada.. laris dan ramai orang nak.. demand tinggi" ini menyebabkan kita akan atur strategi nak dapatkan modal dan stok awal...




5. SYUKUR DAN LUAR BIASA - senantiasa rasa rendah diri dan bertindak dilingkungan luar kotak dalam action yang dilakukan

perkara yang anda perlu rasa adalah.. rasa bersyukur kepada apa yang anda dapat dan anda perlu rasa kesyukuran ini kepada siapa sahaja yang berada disekeliling anda.. rai8kan mereka dan jangan lupa raikan diri sendiri.. dan bile anda rasa bersyukur.. anda adalah seorang yang menghargai.. namun.. jangan bersyukur dan bergoyang kaki.. anda perlu ada target untuk melangkah lebih jauh setiap hari dan mempunya daya peningkatan yang hebat.. baru lah anda akan... maju..




fuuhhhh.. lega juga dan taip Tips ini.. dah lama juga saya tak tulis tips.. ini.. semoga menjadi tips dan bantuan kepada anda.. terima kasih kerana sudi membaca...

salam sayang untuk semua..


Jom daftar ahli bersama kami..
.
bit.ly/BorangKeahlianTupperware
bit.ly/BorangKeahlianTupperware
bit.ly/BorangKeahlianTupperware

TUPPERWARE TEAM POWER pecah Rekod lagi Bulan Mei 2016 : Tahniah kepada seluruh warga TEAM POWER

Salam semua
Secara ADVANCEDnyer.. saya rendah rendah hatinya.. mengucapkan setinggi tinggi Terima kasih kepada seluruh Keluarga TEAM POWER diatas kejayaan kita dalam pecah REKOD bulan ini dengan amount TEAM SALES yang diluar jangkaan. saya sangat sangat teruja dengan usaha gigih anda semua.. dan bulan ini juga, kita bakal mengucapkan tahniah kepada ramai sekali Director yang lahir untuk berjuang selama 1-2 bulan bagi mendapatkan title DIRECTOR.
.
Saya juga ingin berTERIMA KASIH kepada semua customer yang membeli dengan agen jualan TEAM POWER yang mana tanpa sokongan anda.. TEAM POWER tidak akan dapat meletops sebegini..
.
HARAPAN saya agar.. kita semua warga TEAM POWER akan terus bersemangat dan melangkah kehadapan dan memandang kejayaan.. Setiap kegigihan dan strategi usaha yang betul.. pasti beroleh kejayaan..
.
Untuk anda yang ingin mendaftar.. saya buka peluang anda.. untuk menghubungi saya ataupun seluruh warga TEAM POWER yang nama mereka ada perkataan (TP).. sebagai contoh Syamputra Razali TP. Semoga TEAM POWER terus mencipta kejayaan dan dapat mencapai misi "Membantu Yang Ingin Dibantu"
.
 Jom tambah ilmu dengan baca artikel dari irfan khairi ini yer..


Satu perkembangan menarik di Malaysia apabila setiap tahun, lahir ramai usahawan berpendapatan tinggi tanpa mengira usia. Kisah kejayaan mereka banyak dipaparkan di media-media tempatan.
Contohnya….
“Menjadi jutawan Internet pada usia 25 tahun.”
“Usahawan kosmetik mencapai status jutawan pada usia 21 tahun.”
irfan khairi
“Pengusaha butik fesyen wanita catat jualan RM 430,000 sebulan.”
Banyak lagi kisah kejayaan seperti di atas menjadi topik bualan di kalangan pemilik bisnes.
Di sebalik kisah tersebut, ramai juga yang gagal. Lambakan testimoni kejayaan yang dipaparkan media menyebabkan ramai membuat kesimpulan menceburi perniagaan ialah satu jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Hakikatnya, di sebalik kejayaan seorang usahawan, terdapat 100 lagi kisah kegagalan ‘disembunyikan.’
Kali ini, kami senaraikan 8 faktor utama pemilik bisnes di Malaysia tewas awal di dalam perniagaan. Faktor-faktor ini bukan mahu menakut-nakutkan pemilik bisnes, tetapi ia sesuai dijadikan panduan supaya risiko kegagalan awal dapat diminimakan.

#1 – Semangat palsu

Banyak pemain baru menceburi bidang perniagaan atas semangat untuk memiliki simbol mewah semata-mata. Motivasi mereka terletak pada kejayaan memiliki simbol-simbol tersebut. Apabila mereka berusaha bertahun-tahun dan masih gagal memiliki simbol tersebut, mereka cepat putus asa.
Pemilik bisnes seperti ini meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan bisnes mereka. Salah satu contoh tingkah laku mereka ialah, mereka menghabiskan sebahagian besar duit keuntungan syarikat untuk membeli simbol-simbol mewah supaya kelihatan kaya dari sudut luaran. Pada masa yang sama, kantung syarikat mereka miskin.

#2 – Tidak cukup ilmu bisnes

Ilmu bisnes yang betul bakal mempengaruhi cara membuat keputusan dan mengurus sesuatu bisnes. Terjun tanpa ilmu ibarat memperjudikan nasib. Banyak pemain baru lebih ghairah melaburkan modal puluhan ribu untuk memulakan bisnes daripada menghabiskan RM 100 untuk membeli buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar industri.
Dengan ilmu, risiko untuk duit hangus dapat diminimakan. Banyak kisah tragis yang berlaku akibat jahil bisnes seperti….
“Seorang guru kerugian duit pinjaman peribadi sebanyak RM 70,000 apabila butik pengantin yang dibuka tidak mendapat sambutan.”
“Seramai 50 peniaga mendakwa kerugian RM1.5 juta selepas ditipu sebuah syarikat yang menawarkan skim francais kedai serbaneka sejak setahun lalu.”
Di dalam dunia bisnes, ada golongan tertentu suka mengambil kesempatan terhadap golongan yang baru berjinak-jinak di dalam bisnes. Semakin kurang ilmu orang tersebut, semakin mudah untuk diperdayakan mereka.

#3 – Gelojoh membuat keputusan

Gelojoh di dalam membuat keputusan menyebabkan banyak tindakan awal yang tidak mengikut logik bisnes dilakukan. Pemilik bisnes seperti ini lazimnya membuat keputusan atas dasar ‘sangkaan yang baik-baik sahaja’. Lazimnya, keputusan ini di bawah pengaruh emosi ‘over-excited’.
tidak berani
Sebagai contoh, Puan Kasidah (bukan nama sebenar) yang tidak pernah ada pengalaman berniaga menghabiskan RM 30,000 untuk membeli stok sebanyak 3000 helai tudung. Jika dilihat daripada pengalaman, Puan Kasidah tidak pernah menjual hatta 100 helai sekalipun. Jangkaan Puan Kasidah, semua 3000 helai tudung itu akan laku keras.
Tindakan ini lazimnya didorong apabila melihat ada pemilik bisnes lain berjaya menjual jumlah yang sama dengan mudah. Kesilapan di sini ialah, Puan Kasidah hanya lihat hasil akhir. Beliau tidak melihat proses awal yang dilalui oleh pemilik bisnes tersebut. Perlu juga lihat faktor-faktor lain seperti pengalaman, lokasi, jumlah bajet pemasaran, tenaga kerja dan lain-lain. Proses meniru orang berjaya tidak hanya berdasarkan hasil akhir mereka, sebaliknya bermula dari proses awal.

#4 – Memulakan bisnes dengan duit pinjaman

Menggunakan kemudahan pinjaman bank untuk memulakan bisnes akan meletakkan pemilik di dalam situasi tertekan. Fokus mereka bukan lagi untuk mengembangkan bisnes, sebaliknya membayar hutang.
Ini menyebabkan wujud satu lagi ‘cabang tekanan’ yang tidak perlu pemilik bisnes tanggung pada peringkat awal. Duit pinjaman lazimnya digunakan untuk mengembangkan bisnes yang sudah stabil, bukan untuk memulakan bisnes.

#5 – Menyamakan wang bisnes dengan wang peribadi

Tidak tahu membezakan wang bisnes dan wang peribadi menyebabkan bisnes lebih mudah pancit awal.  Tindakan ini ibarat ‘mencuri’ wang syarikat sendiri.
Apabila tiba saat jualan merudum dan syarikat memerlukan bajet tambahan untuk pemasaran, duit syarikat tidak cukup. Wang yang ‘dicuri’ itu pula sudah habis dibelanjakan atas keperluan dan kehendak peribadi.
Teringat pesanan Pengasas Empayar Syed Bistro, Tuan Syed Kadir apabila ditemubual oleh Tim Majalah Niaga tempoh hari, “Jika untung RM 1000, guna RM 100 sahaja. Bakinya simpan dan sampai masa laburkan balik untuk kembangkan bisnes. Ini cara jika mahu berniaga lama berpuluh-puluh tahun sampai jadi legasi.”

#6 – Jangkaan palsu

Peringkat awal memulakan bisnes, sebahagian pemilik mengalami situasi ‘beginner’s luck’ iaitu jualan produk laku di luar jangkaan. Contohnya, sasaran awal jualan sebanyak RM 4000 meningkat drastik kepada RM 10,000 sebulan.
Ini adalah situasi biasa berlaku apabila menjual sesuatu produk yang menjadi ‘trend’. Walaupun dengan menggunakan satu saluran pemasaran dengan bajet yang minima, ia mampu menghasilkan jualan yang jauh melebihi sasaran awal.
Banyak pemilik bisnes yang mengalami situasi ini menjangkakan fenomena ‘jualan lebat’ ini akan berterusan hingga ke bulan-bulan seterusnya sehingga banyak duit dihabiskan kepada produk semata-mata.
Apabila graf ‘trend’ produk itu mula menurun, dan tiba masanya syarikat perlu menambah produk baru atau mengembangkan saluran pemasaran, duit di dalam kantung syarikat tidak mencukupi. Produk lama pula masih banyak yang belum dijual. Permintaan semakin lama semakin menurun. Lama kelamaan bisnes terpaksa ditutup.

#7 – Tidak berani mengambil staf

mindvalley hq
Sebahagian bisnes kecil dan sederhana tidak berani mengambil staf atas 2 sebab:
i. Isu kepercayaan.
Apabila bisnes sudah berjalan lancar, mereka tidak berani menyerahkan sebahagian tugas mereka kepada staf kerana takut berlaku kes pecah amanah dan ‘rahsia-rahsia keuntungan mereka terdedah’.
Tindakan ini tiada kaitan dengan kepentingan bisnes. Jika diperhatikan, bisnes yang berkembang baik pada hari ini mempunyai ratusan malah ribuan staf yang bekerja membangunkan syarikat. Syarikat seperti ini juga tidak merahsiakan perolehan syarikat kepada semua warga kerja. Tidak mungkin bisnes itu boleh bertukar menjadi empayar gergasi jika di dalam pejabatnya itu hanya ada pemilik bisnes dan tukang sapu sahaja bertugas.
Pemilik bisnes yang berjaya pada hari ini mereka tidak takut menghadapi isu-isu pengkhianatan di dalam bisnes. Mereka faham sistem delegasi kerja yang mantap amat penting untuk bisnes berkembang. Oleh itu, mereka belajar bagaimana  mahu mengurus kepercayaan sesama rakan kongsi dan staf supaya kes-kes negatif dapat diurus dengan baik.
ii. Isu kos.
Tidak dinafikan mengambil staf melibatkan kos yang tinggi. Bayaran KWSP dan Socso juga perlu diambil kira. Tidak hairan sebahagian pemilik bisnes yang sudah berjaya pada hari ini sanggup memperuntukkan gaji bulanan lebih kecil daripada gaji staf pada peringkat awal memulakan bisnes. Mereka sanggup mengikat perut supaya mereka dapat membayar tenaga mahir.
Dengan ini, mereka dapat fokus untuk mengembangkan bisnes daripada masih membuat kerja-kerja teknikal. Banyak bisnes bungkus awal disebabkan terlalu berkira untuk mengambil tenaga pakar yang terbaik di pasaran. Pada masa yang sama, tidak pula mereka berkira jika duit itu digunakan untuk memenuhi kehendak peribadi seperti membayar wang pendahuluan kereta mewah, membeli gajet-gajet terkini dan lain-lain yang tiada kaitan dengan kepentingan dan survival bisnes.

#8 – Tidak membuat perancangan spesifik

Bisnes tanpa perancangan ibarat sampan tanpa pendayung. Sebagai contoh, Encik Sirul (bukan nama sebenar) mula berjinak-jinak dengan menjadi pemborong baju kanak-kanak. Encik Sirul mensasarkan jualan tahun pertama sebanyak 200,000 helai. Namun, tiada perancangan spesifik yang dibuat oleh ahli pasukan En Sirul. Angka 200,000 itu tidak akan datang dengan keajaiban.
Salah satu contoh perancangan yang tidak dibuat ialah, En Sirul tidak membuat saringan awal seperti pecahan jualan setiap wakil negeri atau daerah yang perlu dicapai dalam masa setahun. Pecahan-pecahan jualan lebih kecil juga tidak dilakukan seperti sasaran jualan setiap bulan, setiap hari atau setiap jam. Malah, berapa wakil jualan yang perlu dilantik untuk mencapai sasaran jualan juga tidak dianalisa.
Ini salah satu sebab sebahagian pemilik bisnes tempatan masih terkial-kial walaupun sudah lama berniaga. Semua analisa kekuatan tenaga kerja dan angka-angka sasaran hanya bermain-main di dalam kepala. Ia tidak dikaji, ditapis dan direalisasikan terlebih dahulu di atas kertas.

Ilmu Bisnes – Senjata Ampuh Elak Gagal

Salah satu cara ampuh untuk meminimakan risiko kegagalan di kalangan pemilik bisnes ialah dengan berguru. Ilmu bisnes yang betul akan memandu setiap pemilik bisnes supaya tidak membuat kesilapan-kesilapan besar.
Ini adalah maklumat yang kami perolehi daripada blog HidupRingkas.com.
“Data daripada kajian yang dijalankan terhadap para usahawan kecil dan sederhana di Australia menunjukkan 70% daripada usahawan yang mempunyai mentor berjaya mengharungi perniagaan mereka melepasi tempoh 5 tahun.”
Data ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu dan mentor bagi memastikan sesuatu bisnes itu bertahan lama. Secara asasnya, terdapat 3 cara menuntut ilmu bisnes.
i. Bekerja di dalam industri.
Bekerja untuk belajar, bukan sekadar mahu menerima gaji. Sebagai contoh, jika anda mempunyai keinginan untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak, cara mudah untuk anda memahami permainan bisnes ini ialah dengan cara bekerja dengan pemilik pusat penjagaan kanak-kanak yang sudah berjaya dan mampu bertahan lama di dalam industri.
staf bekerja
Bekerja bertahun-tahun tidak mengapa, asalkan anda dapat belajar, faham dan kuasai apa ‘resepi’ sebuah perniagaan pusat penjagaan kanak-kanak yang berjaya.
ii. Buku.
Baca buku-buku bisnes yang ditulis oleh pakar industri. Buku-buku ini boleh didapati di kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya dan lain-lain. Buku-buku ini sesuai dibaca kerana ia ditulis oleh pakar yang bergelumang sendiri di dalam bisnes, bukan ditulis berdasarkan kajian tanpa praktis atau teori semata-mata.
iii. Memilih guru bisnes.
Walaupun tidak berpeluang bekerja dengan mereka, anda boleh hadir mana-mana majlis ilmu yang mengumpulkan pemain-pemain di dalam industri. Di sini anda boleh menawarkan diri untuk menjadi anak murid kepada pengusaha bisnes yang sudah berjaya. Pilih guru yang sudah menempa kejayaan bisnes di pasaran terbuka. Banyak ilmu bisnes tulen yang anda boleh kutip dan hadam daripada mereka.
Ketiga-tiga cara ini mampu mengubah anda daripada seorang yang jahil kepada celik bisnes. Mudah mudahan dengan ilmu yang ada, kes-kes pilu di dalam dunia bisnes semakin berkurang.

meh lah saya melaram bergambar dengan HONDA CIVIC saya nie.. syukur dapat FREE..
nak tahu caranya..
JOm call saya untuk daftar ahli..
0123993947





Tahniah sekali lagi...
Assalammualaikum..

Syamputra Razali TP
Pengasas TP


IKLAN TENGAH