
Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah
Pages
- Home
- Katalog Tupperware TERKINI 2025
- Kejayaan
- Trip Melancong
- Hubungi Saya
- Komisen Pakcik
- Katalog Lama
- Cerita Pakcik
- Promo Terkini 2025
- Manfaat Jadi Ahli Tupperware
- Contest Hari Ini
- Cara Jadi Ahli Tupperware
- Leaflet 2025
- SPECIAL PAKCIK PROMO 2025
- Daftar Jadi Ahli
- Class Training Online
- Aktiviti Pakcik
- SENTUHAN STUDIO RAYA 2025 – DESTINASI PHOTOSHOOT RAYA TERBAIK DI PJCC!
- Siapa Pakcik
IKLAN
IKLAN TEXT
sudikan click untuk kekayaan saya
Team Power

Team Power Tupperware

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah
Jumaat, 25 Januari 2019
MOTIVASI PAGI : Semangat Berjuang !!
Saban hari kita masukkan dalam diri kita rancangan TV berunsur hiburan, lawak, drama, K Pop, games, media sosial, gosip membawang dan sebagainya kemudian apa yang keluar dari semua itu? Kita juga jadi pelawak dan tak habis habis bercerita tentang artis, hiburan, gosip bercerita tentang orang lain dan hal ehwal semasa.
Kalau kita lihat mereka yang luar biasa dan berjaya dalam dunia merupakan penyumbang kepada khalayak yang besar. Lagi besar output sumbangan mereka lagilah berjaya kedudukan mereka itu. Bill Gates yang menyumbang komputer, Jack Ma yang menyumbang platform shopping online Alibaba, Mark Zuckerberg pengasas Facebook semuanya merupakan manusia yang luar biasa malah Nabi SAW yang menyampaikan dakwah Islam jauh lebih luarbiasa dengan pengisian yang membawa kepada kejayaan akhirat.
Dari sudut yang lain pula kita masukkan yang buruk dalam diri, asap rokok, dadah, arak, gam dan sebagainya. Memasukkan yang buruk dalam diri pastinya akan membawa keburukan dalam diri. Lambat lain akan menjejaskan kesihatan tubuh badan dan kemudaratan. Itu dari sudut fizikal yang kelihatan, dari sudut rohani pula makan dari makanan yang haram mahupun dari sumber yang haram iaitu duit yang diterima dari rasuah, penipuan, pencurian juga akan membawa kekotoran kepada elemen kerohanian dalam diri.
Jom kita pergi lebih dalam lagi. Kalau kita menyumbang lagu maka kita mungkin akan dapat menghiburkan orang lain namun hukumnya makruh tapi kalau kita menyumbang zikrullah, bacaan Al Quran dan doa maka saya yakin sumbangan itu lebih berharga. Beribu-ribu sel-sel zikrullah berterbangan di udara yang kita sumbangan saban hari pasti sedikit sebanyak membawa kebersihan kerohanian dalam udara yang bakal disedut oleh orang lain. InshaAllah ia akan membawa kebaikan bukan hanya kepada orang lain tapi kepada diri kita sendiri dalam bentuk ganjaran dari Allah Taala kelak. InshaAllah. Jom kita lontarkan banyak-banyak zikir, bacaan ayat Al Quran dan doa ke udara supaya secara kerohaniannya ia bercampur dengan udara lantas membawa kebaikan kepada orang lain yang menghirup udara tersebut. Lagipun hanya dengan berzikir hati akan tenang. Itu ganjaran pasti yang Allah akan kurniakan kepada ahli zikir. Oleh itu daripada menyanyi berzikirlah kerana itu lebih baik. Berzikir akan membersihkan hati. Hati yang bersih akan menyebabkan mata hati menjadi terang lantas memudahkan ilmu yang baik untuk masuk bertandang dan berkembang.
Dari segi rohaninya kebaikan dan sumbangan yang kita buat akan membawa kepada ganjaran yang jauh lebih banyak dari itu. Sumbangan ilmu membawa kepada ilmu yang lebih banyak, sumbangan duit membawa kepada duit yang lebih banyak sumbangan masa dan tenaga mungkin tak bawa masa dan tenaga yang lebih banyak tapi InshaAllah ia membawa kepada ganjaran pahala yang lebih banyak. InshaAllah.
Ini bermakna dalam memasukkan input ada ilham tambahan yang Allah kurniakan kepada mereka yang menyampai dan mengeluarkan output tersebut baik dari segi kata-kata dan penulisan. Dalam hal ini kita ada kelebihan kerana senjata kita orang mukmin ialah doa. Kita boleh berdoa dan meminta input itu dan ini dari Allah. Minta kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan sebagainya. InshaAllah Dia akan memakbulkan dan memberi apa sahaja yang diminta hambaNya itu.
Hati yang kotor dan tertutup tidak akan dapat menerima ilmu. Yelah manakan ilmu yang bersih sifatnya dapat duduk dalam hati yang kotor dan penuh dengan kuman dan najis?
Khamis, 24 Januari 2019
TIPS Pakcik : Sebab Sebab Gagal Dalam Perniagaan Tupperware
pakcik nak share Tips sikit.. tips ini negatif sikit tapi kalau kita ambil dari sudut positif akan nampak aura yang baik.
TIPS ini adalah mengetahui 5 SEBAB KENAPA ORANG GAGAL NIAGA TUPPERWARE
meh lah pakcik cerita tanpa sebarang sorok sorok yer.. jangan nangis dan terasa plak..
Sebabnya adalah
1. BERALASAN
- hendak 1000 daya.. tak nak 1 alasan.. tak perlu 1000 dalih dah.. cukup dengan 1 alasan akan menjatuhkan seseorang. pakcik pegang prinsip ini dan buat pedoman. apa apa pun kena pandang sudut positif dan kita perlu berani melawan syaitan yang berbisik dalam kepala kita "Susah lah nak niaga Tupperware nie.. ramai orang jual murah murah".. pakcik memang selalu dengar alasan ini.. bile pakcik tanya.. berapa ramai yang jual murah tu ?? 10 orang ? 100 orang atau 1000 orang niaga murah ?.. dan semua kenal ke mereka ini?.. kenapa mereka boleh jatuhkan semangat kita. bagi pakcik.. biar je dia jual murah.. ada aja reseki kita nak jual dengan harga yang ada untung. bukan harga yang amal jariah atau harga sedekah.. bile kita start beralasan.. syaitan akan menguasai kita dan akhirnya.. kita akan tenggelam dan sendu dan akhirnya LEFT GROUP.. esok niaga benda lain plak.. sampai dia penat beratus ratus benda dia niaga.. last last 1 pun tak jalan.. inilah sebab paling utama.. alasan tu boleh.. tapi jangan sampai menjatuhkan semangat sendiri.. setiap masalah tu bagus untuk kita.. kalau alasan tak ada stok ... boleh try mintak kat stokis yang ada stok.. kena pantas bertindak dan boleh beli ngan upline untuk tolong.. banyak nje penyelesaiannya... kalau dah bagi banyak alasan.. pakcik akan jawab.. OK.. NEXT !!.. kuasa dah nak pujuk orang yang bagi alasan.. nanti pakcik yang akan tersampuk hantu alasan tu
2. TAK ADA MATLAMAT YANG JELAS
- ini satu lah pekara. nak bisness tapi tak tahu.. "aku buat bisness ini untuk apa?'.. ikut je orang.. bile tanya.. nak cari side income.. berapa banyak nak cari ?.. untuk siapa.. semua ini matlamat yang tak jelas menyebabkan kita tenggelam dengan angan angan.. esok dah lupa.. matlamat. PASANG matlamat yang jelas.. contohnya.. nak bantu keluarga beli belanja dapor RM300 sebulan.. kemudian kita tahu tanggungjawab kita nak RM300 sebulan.. bermaknanyer kena jual RM10000 sebulan sales.. dan kita perlu bahagikan RM2500 seminggu dan kalau ada downline lagi senang.. strategi akan keluar kalau kita ada matlamat yang jelas dan kita akan terdorong nak capai target kita. tengok orang berjaya dan nak follow.. bile datang masalah dan dugaan akan terus LEFT GROUP sebab rasa bisness ini tak sesuai.. pakcik kalau ikutkan tak minat nak niaga Tupperware nie.. jujur pakcik cakap.. tapi pakcik nampak.. demand dan pemintaan yang tinggi tupperware ini dan pakcik nampak matlamat pakcik tak akan tercapai kalau tak jual tupperware. produk ini paling senang nak jual.. dan jenama yang diakui terbaik.. apa lagi ??.. jaul barang bukan ikut apa yang kita suka.. tetapi ikut apa permintaan pasaran yang orang suka. bukan kita jual ikut kita minat.. dan akhirnya minat kita kat produk itu jadi sayang sebab produk ini bantu kita sempurnakan hidup kita..
3. MALU TAPI MAHU
- benda ini memang terjadi kat pakcik.. pakcik pernah dulu tak ngaku pakcik jual tupperware sebab malu diejek oleh kawan lelaki kat opis pakcik. lama lama pakcik terfikir.. orang yang gelak tu.. buat aku DOWN dan aku tak dapat income.. kemudian siapa lagi malu kalau tak ada duit. biar niaga benda yang orang ejek asal HALAL dan buktikan.. dengan niaga Tipperware atau bekas plastik ini dapat bantu kita dapat pendapatan. sejak pakcik menghantukkan kepala kat dinding baru pakcik sedar., kalau pakcik malu.. pakcik akan berada ditahap yang sama.. jadi.. pakcik pun telah membuka minda pakcik dan pakcik hilangkan rasa malu yang menebal untuk terus meletop.. alhamdulillah.. kini , pakcik tak malu lagi.. pakcik sayang tupperware dan rasa BANGGA dengan tupperware..
oklah u olz.. dah masanya kita ubah hidup kita dan terus menongkah kehadapan..
apa lagi.. join pakcik sekarang !!
PakCikTupperware: DAFTAR MEMBERSHIP TUPPERWARE UNTUK ANDA YANG NAK CARI SIDE INCOME
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Pakcik buka peluang DAFTAR KEAHLIAN untuk hari ini SAHAJA dengan special GIFT
.
Apa yang anda dapat ??
🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱
1. Kad diskaun 25% diskaun semua item dalam katalog
2. Kit beg yang ada 3 item Tupperware
3. Peluang berada dalam Group circle untuk belajar strategi berniaga dan coaching direct dengan pakcik @ syamputra razali
.
Tunggu apa lagi ?
.
www.wasap.my/60123993947/Join+Pakcik+Tupperware+berbaloi+baloi
www.wasap.my/60123993947/Join+Pakcik+Tupperware+berbaloi+baloi
www.wasap.my/60123993947/Join+Pakcik+Tupperware+berbaloi+baloi
#tupperwaremalaysia
#pakciktupperware
#syamputrarazali
#tupperwarebrandsmalaysia
#ExtendAHand