IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Selasa, 5 November 2019

Party Tupperware Kak Nor @ Khatijah Abdullah meriah !!

Salam..
Tahniah Kak Nor atau Khatijah Abdullah berjaya membuat party Tupperware dengan gemilangnya di Petaling Jaya..

Syabass kak nor.

Untuk pengetahuan semua, kak nor dah pun mencipta rekod mendapatkan sales hampir Rm5000 dalam masa 2 hari dan memang hebat. Siapa nak join kak nor boleh contact kak nor di talian
017-6574157


Terima kasih tuan rumah yang menyediakan lokasi party iaitu puan Shikin Ali. Tq so much atas juadah ya.. yang sedap sedap..
www.wasap.my/60176574157/Tupperware+Kak+nor









Isnin, 21 Oktober 2019

TIPS Macam mana buat sales beribu riban : TOP sales Tupperware di Malaysia

TIPS Malam Ini
🎖🎖🎖🎖🎖🎖
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Bagaimana Nak Dapat Sales Beribu Riban
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Ramai orang yang contact pakcik personal dan tanya soalan yang sama..

“Apa rahsia pakcik buat business secara PART TIME namun komisen macam orang buat FULL TIME”

- malah ada pulak tahu komisen pakcik berapa dan boleh bezakan dengan orang yang ada stokis.
- mereka tanya “macam mana pakcik TANPA STOKIS boleh ada sales sampai begitu banyak dan hanya buat secara PART TIME sahaja”
- apakah ada staff atau siapa sahaja dibelakang pakcik yang membuat kerja kerja ini semua..
.
SECARA JUJUR.. 🔰
- Pakcik memang hanya ada Diri pakcik dan TEAM PAKCIK sahaja yang kami gelar TEAM POWER. Pakcik belum ada pekerja. Semua ada batu gelama pakcik..
- time kerja hakiki.. all out.. balik kerja.. fokus dengan bisness.. 1-2 jam sehari pun dah cukup asalkan tahu nak buat apa.
- kami semua dibawah ADVANCED SALES yang mana mempunyai formula Champion sebanyak 10 kali TOP #1 di Malaysia
- Organisasi ASG sejak 2010, memang champion dan nombor 1 dengan sales terbanyak dan melahirkan leader yang luar biasa.
- Organisasi Leader Shireen Tan dan Chn’g lay ping mempunyai strategi yang diturunkan kepada pakcik melalui duplikasi dan pakcik adalah anak didik mereka yang juga mempunyai kemampuan yang sama seperti mereka
- pendek kata, mana tumpah nya kuah kalau tak ke nasi. Pakcik yakin, formula ini berkesan..

.
☂️
Untuk menjadi Champion..
Pakcik #SHARE 3 Tips yang mengubah kehidupan pakcik dari biasa biasa kepada luar biasa.
.
#1.🎖
SENTIASA BERINTERAKSI DALAM WHAT’s  APP group
- melalui pengamatan pakcik, mereka yang bertahan dalam business ini adalah mereka yang keep berinteraksi di dalam group yang pakcik buat.
- ini akan dapat memberikan semangat dan mengekalkan momentum kesungguhan berjuang untuk buat bisnes ini dan mengelakkan lompat dikatak lompat ke bisnes lain.
- bila kita tak berinteraksi, kita akan lost connection dan kita tak boleh mengharap UPLINE akan sentiasa bagi semangat kat kita, kita sendiri kena cari dan kuatkan diri kita.
- pakcik berpengalaman selama 10 tahun dan selama itu, pakcik lihat.. jika dia jenis yang sebulan sekali akan borak dalam group.. mereka akan pudar dan luntur semangat. Sudahnya akan down dan terus memahat lisan kat bisnes Tupperware mereka.
- kemudian mereka akan cari bisnes yang baru dan bermula dari ZERO untuk membina bisnes yang baru. Sudahnya, bisnes apa pun dia buat aan separuh jalan dan hanya berada diperingkat yang sama dan tahap yang sama sahaja. Sedangkan kalau dia bertahan, dia dah lama menuju ke puncak..

#2.🥇
BUAT KERJA GILA
- pakcik sendiri nampak, untuk nak melangkah lebih jauh.. kita kena jadi seperti orang yang gila..
- gila kejayaan dan bersengkang mata untuk membina rangkaian dan akhirnya kita akan dapat hasil dengan pengorbanan yang kita buat.
- pakcik sendiri memang gila dan excited dengan kerja yang pakcik buat. Setiap kerja pakcik happy dan buat gila gila.
- orang akan cakap pakcik Gile menari dan menyanyi dalam LIVE setiap hari dan itulah yang orang lain tak buat.
- malu!!.. perkataan itu dah lama padam salam diri pakcik..
- bukan pakcik tak tahu malu, namun.. malu biar pada tempatnya. Kalau tak miskin.. tak malu plak nak pinjam duit kat orang. Bila dah sengkek.. malu lah diri sendiri.. usaha malas, nak harap duit jatuh berkepok.. pakcik malu dengan kehidupan pakcik dan tak pernah cukup “never enough” dengan pencapaian pakcik.
- buat perubahan kecil setiap hari dan kita akan bertemu dengan kekuatan kita dan usir bayang bayang kejahatan yang berbisik tentang benda yang tak elok.. halau dan persetan suara syaitan itu..

#3. 🏆
JAUHKAN DIRI DARI ORANG NEGETIF
- kalau ada kawan kawan yang mempersenda niat anda nak berubah.. contohnya ada yang cakap “boleh ke kaya jual tupperware ini.. baik buat bisnes xxx” anggapkan manusia itu setan dan baca ayat qursi supaya dia terbakar dan jauh dari kita.
- pakcik semasa awal awal pakcik berniaga, manusia ini pakcik memang dah lari cepat cepat bila dapat bau dia menghampiri kita.
- orang begini akan membuatkan impian kita jadi semakin kabur kerana bimbang dia boleh jatuhkan semangat kita sedangkan kita sedang berusaha memasak kuat impian itu.
- kita hanya jadikan dia sebagai pembakr semangat dan berjanji akan buktikan yang kita “boleh” dan mampu.
- pakcik bukan putus saudara dengan dia. Hanya menjauhkan diri sahaja.. masa tengah gembira dan bersuka ria, kita boleh bersama sama, masa susah.. dia akan datang kat kita dan masa tu kita akan nampak.. orang yang tak nak berubah dan masih fikiran yang sama akan terus miskin dan kalah sedangkan kita yang gigih berusaha pasti akan beroleh kejayaan.
- pakcik memang berjaya, kejayaan tiada jalan pintas namun kejayaan ada FORMULA dan strategi yang dah pun terbukti digunakan oleh orang yang lebih makan garam.
- hanya ikut dan follow sahaja. Kita akan dapat hasil yang sama.
.

💪💪💪
Pakcik doakan agar tips ini akan memberi gambaran untuk kita sama sama Meletop dan semangat untuk berjuang.

Mohon sufilah SHARE untuk manfaat bersama.

Salam semangat,

Syamputra Razali
👍 Pakcik Tupperware

#tipsmalamini
#tupperwareteampower

Untuk yang nak join TEAM pakcik dan nak join GROUP Whats App pakcik untuk newbie dan orang lama juga..
Ayuh click sini ya.

🌀 www.wasap.my/60123993947/Tupperware+Class+Pakcik

❇️ www.wasap.my/60123993947/Tupperware+Class+Pakcik


🌈 www.wasap.my/60123993947/Tupperware+Class+Pakcik




Isnin, 23 September 2019

Bila isteri kuat membebel dan berleter ..

Assalam semu.. orang pompuan terutama isteri memang hobi nya cari pasal dan membebel.
Kekadang memang suami jugak yang buat hal

Ada isteri suka membebel?

Orang perempuan dan bebelan sukar dipisahkan. Hampir mustahil la nak cari perempuan tak suka bebel. Dah dia jenis sentiasa kemas, kau tu jenis bersepah.

Geng laki ni bukan pakcik tak tahu, kalau buka seluar bukan pandai nak sangkut elok-elok. Dibiar atas lantai. Bini juga tukang kutip. Memang cari penyakit la. Kena bebel pasti.

Bab tandas macam tu juga. Bukan pandai nak flush. 7 kali kencing baru sekali flush. Tu pun bila hancing dah bau satu rumah. Air dalam mangkuk tandas lebih pekat dari air oren. Nak jimat air katanya. Haha.

Bangun tidur tak payah cakap lah. Dah la lambat. Selimut sendiri memang bergulung atas katil. Kalau bini pergi kerja dulu, bini balik kerja, dia juga tukang kemas. Mau tak kena bebel.

Kain pelikat elok membulat atas lantai. Kalau bini tak ada, Subuh hari dia buka kain pelikat atas lantai, tengah malam karang sebelum tidur dia akan masuk dalam bulatan tu dan pakai semula. Haha, senang katanya.

Itu belum bab makan lagi. Makannya bersepah-sepah. Mulut bocor agaknya. Kalau dia makan depan tv malam-malam, pinggan dengan cawan berkulat kat depan tv. Tidak dimasuk dalam sinki, dibasuh jauh sekali. Bini bangun pagi esok, dia membebel lah.

Bini minta tolong sidai baju, perginya bermalas-malasan. Dah tu main letak aje kain bergumpal-gumpal atas penyidai. Tidak hampar dan sidai elok-elok. Kena bebel lagi.

Kalau bini kirim barang ke kedai, bukannya nak tulis list tu. Konon ingatan kuat. Bini suruh beli bawang besar, pergi beli bawang merah. Bini suruh beli ikan selar, pergi beli ikan bawal. Itu tahan lagi, bini kirim beli jintan, kau bawa pulang ayam jantan. Memang sah kena bebel lah.

Nak cerita setiap bebelan bini, sampai esok pagi tak habis lagi.

Ada isteri yang suka membebel?

Bersyukurlah. Sekurang-kurang ada insan ambil berat pasal kita.

Dia bebel pun nak bagi rumah kemas, bebel nak sedarkan kita supaya jangan 'cakduh', bebel peel buruk kita yang perlu diubah.

Eh, usahkan bini kita. Isteri Saidina Umar R.A pun membebel juga tahu tak. Tenang je Saidina Umar r.a menanganinya. Padahal samseng besar tu.

Jangan risau sangat kalau isteri kita suka membebel. Tapi risaulah kalau dia mula diam. Itu petanda masalah besar buat kita.

Ya, diam seorang wanita lebih menyeramkan dari dia pot pet pot pet.

Cuma satu benda sampai sekarang aku tak faham-faham dengan orang perempuan.

Kalau dia membebel kau menjawab, lagi teruk kau kena bebel. Kalau kau angguk-angguk sambil main henpon, lagi dia marah. Kalau kau diam buat muka 'selenge', lagi dia sakit hati. Lagi kuat kena bebel. Tak faham aku. Sungguh!

Agaknya kena berlakon kena sawan buat berbuih mulut baru mereka tak marah kot. Huhu.

Isteri suka membebel?

Rileks lah. Tenang-tenang aja pak. Hadapi dengan senyuman, itu lumrah orang perempuan.

Saat kita sendirian bila bini pulang pantang, kau pasti merindui bebelannya. Percayalah!

Bila lama lama.. kalau tak dengar bebel. Jadi rindu..






.

Ahad, 15 September 2019

Hadiah Tupperware Hari Malaysia 2019

Bila sebut Hari Malaysia, sejarah ya bermula dengan sambutan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. 

Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Yang pakcik tahu, pembentukan persekutuan baru itu dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Akhirnya bergabunglah semenanjung dan sabah dan sarawak.

Bersempena itu, pakcik nak bagi hadiah kepada kawan kawan pakcik yang dari SABAH dan Sarawak yang komen kat bawah ini. Yang penting dia orang sabah dan sarawak.

Syarat dapat VGift
1. Orang Sarawak @ Sabah
2. Comment dibawah daerah mana
3. Like & TAG 5 kawan kawan yang sarawak san sabah juga

.
Kemudian click link yang pakcik beri.
20 orang yang terawal sahaja ya.

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

www.wasap.my/60123993947/Claim+VGift+Pakcik+Tupperware+orang+Sabah+Sarawak

www.wasap.my/60123993947/Claim+VGift+Pakcik+Tupperware+orang+Sabah+Sarawak

www.wasap.my/60123993947/Claim+VGift+Pakcik+Tupperware+orang+Sabah+Sarawak

#tupperwaremalaysia
#pakciktupperware
#Tupperwareteampower
#sabah
#sarawak

#hariMalaysia

Sabtu, 14 September 2019

5 Rahsia Kejayaan dalam perniagaan

STRATEGI BISNES.

Rahsia Kewangan Orang-Orang Kaya di Dunia.

Rahsia kewangan orang-orang kaya yang boleh anda contohi dan amalkan bermula dari sekarang – Bila kita ditanya tentang siapa orang yang terkaya di dunia, majoriti kita menjawab dengan memberi senarai nama-nama orang dalam industri teknologi seperti Bill Gates dan diikuti dengan nama lain seperti Mark Zuckerberg, Warren Buffet, dan sebagainya.

Dari tamadun awal manusia, konsep “orang kaya” selalu dilabel kepada mereka yang memiliki harta yang dominan – lebih banyak berbanding orang-orang lain. Begitu juga di abad pertengahan, dimana pernah hidup orang yang terkaya di Eropah.

Jadi, apa yang membuatkan mereka mampu menjadi orang kaya? Rahsia kewangan apa yang mereka miliki dan amalkan seumur hidup mereka?

Ada 5 rahsia kewangan yang boleh anda contohi bermula dari sekarang supaya dapat mengikuti jejak orang-orang kaya di dunia.

5 rahsia kewangan yang boleh anda contohi bermula dari sekarang:

☑️1. Mampu Menguasai Informasi.

Informasi merupakan salah satu perkara yang sangat penting di hampir semua bidang. Contohnya di zaman peperangan, semua pihak berebut informasi, bahkan bersusah-payah melatih pasukan khas untuk mengumpulkan informasi.

Informasi menjadi elemen yang sangat penting pada hampir semua perkara termasuk politik, perniagaan, pelaburan, keamanan negara, dan sebagainya. Maka dari itu, cubalah untuk menguasai informasi yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang anda jalani.

Untuk membolehkan anda menguasai informasi tentu, anda harus mampu mengumpulkan informasi sebanyak mungkin, kemudian menyambung-nyambungkan satu dengan yang lain hingga dapat membuat satu kesimpulan hipotesis.

Dengan itu, anda boleh menjangkakan apa yang sedang dan akan terjadi, sehingga anda mampu mengubah keadaan menjadi seperti yang anda mahukan.

Dalam hal-hal perniagaan, contohnya, anda boleh mengeluarkan produk untuk kegunaan dalam jangka masa panjang serta memberi bermanfaat bagi pelanggan, sehingga anda dapat menstabilkan perniagaan anda dan memberi lebih keuntungan. Inilah rahsia kewangan orang terkaya yang paling penting yang mesti anda kuasai.

☑️2. Mampu Menguasai Angka.

Rahsia kewangan yang kedua berkaitan dengan angka, kerana kewangan tidak boleh lari dari angka & nombor.

Kuasailah angka maka anda mampu menguasai kewangan. Bahkan ada ilmu yang khas yang mengkaji tentang angka secara spesifik dalam hal berkaitan kewangan.

Orang-orang kaya sangat mahir soal perkiraan dan perhitungan, tidak hanya angka yang tertulis, tetapi juga perkiraan tentang untung-rugi terhadap setiap perkara di luar kepala.

Ramai yang gagal untuk menjadi berjaya dalam hal kewangan kerana tidak mampu melakukan perkiraan antara pengeluaran dan kemasukkan.

☑️3. Belajar dan Terus Belajar.

Belajar tidak hanya di institusi formal, sebaliknya, belajarlah di mana jua, dari apa-apa sahaja. Seperti Bill Gates atau Mark Zuckerberg, mereka tidak pernah lulus kuliah, namun mereka berjaya menjadi antara orang-orang terkaya di dunia pada masa ini.

Mereka terus belajar sambil mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Semakin banyak kegagalan, semakin banyak mereka belajar dan pengalaman juga makin bertambah.

Mereka terus belajar mengembangkan minat mereka, tidak hanya tertumpu pada satu perkara sahaja, tetapi banyak perkara secara berperingkat.

Teruslah belajar mendalami apa yang disukai dan diperlukan untuk mengembangkan minat, kerana dengan cara ini, anda mampu menjadi berjaya dalam hal kewangan, sekurang-kurangnya anda mencapai tahap kebebasan kewangan (financial freedom).

☑️4. Mencari Sumber Pendapatan Tambahan.

Jangan cepat puas dengan pendapatan saat ini. Manfaatkan peluang lain dan ciptakan sumber pendapatan tambahan.

Orang-orang kaya di dunia cenderung untuk mengembangkan perkara-perkara baru, samada berikhtiar untuk menciptakan sesuatu yang baru atau memanfaatkan perkara yang sudah ada, untuk dijadikan sebagai sumber penghasilan tambahan.

Seperti Facebook. Perusahaan tersebut mengembangkan sebuah media sosial yang menarik minat masyarakat seluruh dunia dan mengaut keuntungan dari pengiklanan.

Tidak sekadar memanfaatkan satu media sosial sahaja, Facebook juga mengambil alih Instagram, yang menjadi media sosial paling popular pada masa ini, untuk memperbesar sumber penghasilannya.

Begitu juga dengan perusahaan lain seperti Google yang memanfaatkan Youtube dan perkhidmatan atas talian (online service) yang lain, juga Microsoft dan Apple.

Jadi, amalkanlah rahsia mereka untuk menciptakan sumber pendapatan baru agar anda berjaya dan bebas dari segi kewangan.

☑️5. Rutin melabur.

Rahsia kewangan terbesar oleh orang-orang kaya adalah dengan melabur. Warren Buffet, contohnya, mampu menjadi begitu kaya kerana memiliki pemilikan saham di perusahaan-perusahaan besar sebagai seorang pelabur. Beliau pun menjadi salah seorang orang terkaya di dunia.

Menjadi pelabur memang tidak mudah, akan tetapi bila anda terbiasa dengan selok-belok pelaburan, anda boleh menjadi pelabur sepenuh masa yang berjaya.

Kegiatan pelaburan mampu membuatkan anda berjaya secara kewangan. Jadi, jika anda belum berlabur, mulalah melabur dari sekarang dan rutinlah peruntukkan pendapatan bulanan anda untuk dilaburkan kerana nilainya akan terus berkembang.

Itulah 5 rahsia orang-orang kaya dunia yang boleh anda contohi dari sekarang. Rahsia kewangan tersebut sebenarnya tidaklah susah apabila kita amal dengan kerap dan konsisten dari semasa ke semasa. Mari kita amalkan rahsia kewangan tersebut dari sekarang.










6 cara marketing terbaik di Malaysia

Salam semua

6 CARA MUDAH MEMASARKAN PRODUK UNTUK KAWAN2 YANG BARU MEMULAKAN PERNIAGAAN.

☑️1⃣. PROMOTE DI GROUP WHATSAPP.
Postkan bahan2 iklan contoh gambar atau copywritting di semua group yang kita ada. Kalau kita ada 5 group yang ada 100 orang dalam setiap group, anda dah ada 500 orang yang nampak apa anda cuba menjual. Takkan 1 pun tak ada yang membeli? Kalau bukan harini mungkin esok lusa. Dan mereka jugak akan bagitahu org sekeliling mereka bahawasanya anda dah mula berniaga produk ......

☑️2⃣. POST DI INSTAGRAM ANDA.
postkan produk anda di instagram anda. Post di WALL ataupun STORIES IG anda. Pastikan anda buat everyday supaya follower2 anda tahu apa yg anda sedang bisnes.

☑️3⃣. POSTKAN DI FACEBOOK.
Post setiap hari berkenaan produk anda di fb wall anda. Untuk nampak lebih meriah anda boleh share anda punya posting tu di setiap group yang anda likes. Disiplinkan diri untuk post berkenaan produk anda di 50 group setiap hari. Cuba anda bayangkan kalau 1 group ada 50k member. (50 group c 50k members = 2.5 juta orang nampak produk anda tanpa anda keluarkan apa2 cost marketing pun!

☑️4⃣. POSTKAN DI TWITTER.
Twitter adalah satu tempat yang sangat baik untuk viralkan produk yang kita jual. Mana tak ye twitterkan tmpt keyboard warrior! Hahah. So kalau anda pandai dalam buat ayat, buatlah satu ayat yang gempak untuk viralkan produk anda di twitter. Mungkin kali pertama tak menjadi, tapi anda tak tahu tweet mana satu yang akan pergi viral! Dont stop trying to tweet everyday.

☑️5⃣. PROMOTE DI TELEGRAM.
Anda boleh buat channel telegram yang anda masukkan semua produk anda di channel tersebut. So anda lebih mudah nak promote produk anda. Everyday anda just promote link telegram anda sahaja tak payah promote gambar sebab org akan tngok gambar produk anda di telegram.

☑️6⃣. GUNAKAN KUASA MULUT KE MULUT.
Ini adalah salah satu marketing yang terbaik, anda boleh promote dulu barang2 yang anda jual di kawan sekeliling anda, di family anda dan orang2 yang rapat dengan anda. Ia memudahkan pembelian kerana trust mereka kepada anda.

Semoga bermanfaat untuk anda semua..
... ARRUzi ...
http://wasap.my/60196144410







TIPS Jutawan Melayu di Malaysia

Assalam
Jom baca

49 NASIHAT SYED MOKHTAR AL-BUKHARY. KHAS BUAT PARA USAHAWAN & BAKAL USAHAWAN.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara.

Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Syed Mokhtar Al-Bukhary – Net worth: 2.9 billion USD (2015) Forbes

☑️1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

☑️2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

☑️3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

☑️4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

☑️5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

☑️6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

☑️7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

☑️8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

☑️9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

☑️10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?syed mokhtar al bukhary

☑️11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

☑️12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

☑️13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

☑️14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

☑️15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

☑️16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

☑️17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

☑️18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

☑️19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

☑️20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

☑️21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

☑️22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

☑️23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

☑️24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

☑️25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

☑️26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

☑️27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

☑️28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

☑️29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

☑️30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

☑️31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

☑️32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

☑️33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

☑️34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

☑️35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

☑️36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

☑️37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

☑️38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

☑️39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

☑️40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

☑️41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

☑️42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

☑️43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

☑️44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

☑️45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

☑️46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

☑️47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

☑️48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

☑️49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Semoga bermanfaat

IKLAN TENGAH