IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Rabu, 30 Jun 2021

Tupperware Katalog Bulan Julai 2021 Pakcik Tupperware Excited untuk July 2021

  Salam semua

Bulan Jun sudah pun melaborkan tirainya dan menyingkap bulan Julai 2021 yang serba cabaran kerana PKP bersambung dan masih menyusur kegarisan penamat.

Pakcik masih menunggu dirumah dan hanya post barang melalui online sahaja dan pakcik memang dan meletopkan pakcik punya semangat dengan LIVE stream setiap malam Tupperware dan Pakcik yakin pakcik akan berjumpa dengan ramai orang bulan Julai 2021 yang ingin berniaga Tupperware Malaysia.

Produk Tupperware Brands yang pakcik sudah kendong sejak sekian lama kini melalui fasa getir namun, tika saat inilah rezeki yang ALLAH berikan adalah anugerah terindah dengan sales RM1 juta pada bulan julai dan bulan gabungan bulan Mei dan Jun mendapat lebih 1 juta juga walaupun pkp.

ramai orang whats app pakcik dan bertanya. Apa Rahsia pakcik sampai boleh buat ONLINE sahaja dalam business ini. Jawapannya adalah pakcik ada BIG WHY. Big Why yang membawa pakcik kepada keadaan sebegini. 

Bulan Julai ini pakcik ramalkan energy pakcik akan melonjak dengan begitu hebat. Pakcik begitu excited dengan katalog Tupperware Bulan July 2021 ini. memang setiap bulan katalog Tupperware memang best namun, pakcik yakin kali ini pakcik akan menjadi lebih bertenaga dengan program dari HQ iaitu Vtupp. Pakcik tak sabar nak buat Live.

Untuk semua team pakcik yang baru dan yang lama terutama Executive pakcik iaitu Yus dan Haiqal. pakcik ucapkan terima kasih banyak banyak. pakcik juga mengucapkan terima kasih kepada semua director yang menjayakan kejayaan kita bulan jun.

Pakcik memang sangat sangat teruja untuk buat KPI buat Live setiap hari. Pakcik melihat kepada anda yang nak menjadi ahli boleh beritahu kepada pakcik. Usah menunggu lagi yer. usah menunggu sesuatu perkara seperti "nak tunggu abis PKP" , "nak tunggu anak besar", nak tunggu bila lagi? pakcik nak bagitahu, pakcik memang tak menunggu orang. pakcik akan terus meroket tanpa menunggu orang nak follow, cuma pakcik bertanggungjawab untuk mengajak anda semua. anda delay, anda akan melepaskan peluang. bulan Jun memang pakcik akan membuat post mortem dan pakcik banyak ber"nanti". Pakcik akn beranikan diri. pakcik menyeru juga anda untuk memulakan sesuatu tanpa ber"nanti" alasan untuk menunggu akan menyebabkan anda akan ketinggalan bas. Time is Money. Masa tak menunggu kita taw.

jadi, pakcik akan start buat LIVE esok start walaupun sekejap.

jom cuci mata tengok katalog Julai Tupperware Bulan July 2021 di Malaysia.

www.wasap.my/60123993947/daftar+Ahli+Hari+Ini

www.wasap.my/60123993947/daftar+Ahli+Hari+Ini

www.wasap.my/60123993947/daftar+Ahli+Hari+Ini




Rabu, 28 April 2021

ANGAN ANGAN 1 JUTA MENJADI KENYATAAN PAKCIK TUPPERWARE JUAL TUPPERWARE MALAYSIA

 Setiap hari pakcik berangan.

Setiap bulan pakcik berangan
Setiap tahun pakcik berangan.

Memang orang yang berangan angan ibarat mat jenin. Hanya mengelamun dan duduk diatas pokok.

Namun, jika angan angan itu disendikan dengan Tindakan, ia akan jadi satu tangga tangga kejayaan.

Assalammualaikum, selamat pagi semua. salam sahur semua

Pagi ini izinkan pakcik mencoretkan kisah ini.

Pakcik sangat percaya, apa yang kita inginkan jika bersulam dengan usaha, pasti akan membuahkan hasil kejayaan.

Ibarat kita membenih debunga pohon, prosesnya adalah
1. Dapatkan benih
2. Gali tanah dan semai
3. Siram
4. Baja
5. Jaga

Sama juga seperti perniagaan. Proses yang sama
1. Dapatkan benih = pilih produk perniagaan
2. Gali tanah dan semai = cari platform berniaga
3. Siram = marketing
4. Baja = branding
5. Jaga = Consistent Action

Itu sahaja rahsianya. Jalan pintas memang ada, kalau kita gunakan Formula yang bertahun tahun dibina dan kita ambil dan gunakan, kita telah memendekkan masa itu "Mencuba" kerana kita sudah pun tahun apa yang dilakukan orang terdahulu yang berjaya.




Nak berjaya --> tanya orang yang telah berjaya
Dan sebaliknya..

Umpama kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak terpalit juga wangian ke rongga hidung kita.

Begitulah mengukir kejayaan Jualan 6 angka.

Pakcik Tupperware
 hanya berbekalkan semangat semata mata.
✅ hanya PART TIME
✅ lelaki (sorang - sorang)
✅ tiada stokis / studio
✅ rank ED - Executive Director
✅ gunakan 100% platform ONLINE

Pakcik bukan bersaing dengan orang lain. Pakcik bersaing untuk melihat pakcik yang dulu. Setiap hari 1% kemajuan perlu ada. Semalam adalah pengalaman yang membawa pakcik menjadi lebih matang dan dewasa. Kebijaksanaan dimiliki oleh semua. Yang membezakan kita adalah "Apakah kita benar benar mahu ?" Atau kita mahu tapi masih malu.

Jinakkanlah kejayaan kalian dengan ada matlamat yang jelas. Terus terang pakcik katakan, pakcik berniaga dan sungguh sungguh untuk "Hidup Sempurna" financial freedom, ada rumah dan ada keinginan nak rasa barangan dan makanan yang sempurna. Berjasa kepada mak ayah dan adik beradik serta pakcik berniaga nak bantu ramai orang yang mahu dibantu.

Kejayaan Jualan 1 juta ini bukan dari pakcik seorang. Kombinasi 3 penjuru diantara Team 
Puan Yunaizah Yunos
 dan 
Hyqal Mkh
 serta Team Pakcik sendiri mencetuskan angka yang begitu indah ini.

Pakcik dengan rendah diri ingin merakamkan penghargaan kepada Upline Leader yang menjadi inspirasi pakcik dan setiap hari tunjuk ajar pakcik iaitu 
Shireen Tan
 yang pakcik anggap sebagai kakak dalam perniagaan. Pakcik juga sangat berterima kasih kepada madam @lay ping yang menjadi ibu kepada anak cucu dalam team pakcik. Pakcik suka petik kata kata madam lay ping :

>>>" Di dlm business Tupperware kita mcm satu keluarga, apa kita tahu akan duplicate kpd semua, team work dan saling memberi motivasi. Tak kisah kita upline, downline atau sister line perlu saling memberi motivasi dan sokongan. Percaya dan Yakin pd diri sendiri, dan Usaha pasti impian akan menjadi kenyataan!💪💪💪<<<

Semoga muhibah kita semua berpanjangan.

Pakcik juga ingin berterima kasih kepada semua yang menjadi customer juga yang sudi menjadi ahli salam Team Pakcik ini.

Jom kita berjaya dengan produk 
Tupperware Brands Malaysia
 yang sudah menjejak ke tahun ke 56 usianya di Malaysia.

Salam kejayaan SEJUTA untuk semua.

Yang sayang selalu kalian,

Syamputra Razali
Tupperware Syamputra Razali
 









BENDA MUSTAHIL !! 1 JUTA TANPA STOKIS !!
Bermula dengan sekadar acah acah menjual Tupperware dikalangan rakan sekerja, kini Syamputra Razali atau lebih dikenali sebagai Pakcik Tupperware telahpun mencipta kejutan dalam perniagaan Tupperware di Malaysia kerana muncul individu pertama yang mencecah 7 angka jualan sebulan.
Kejayaan mendapat lebih Sejuta jualan dalam perniagaan jualan langsung produk Tupperware ini sangat mengejutkan bilamana didalam keadaan ekonomi negara mengalami kemelesetan akibat pendamik covid19. Walaupun kebanyakkan perniagaan sudahpun gulung tikar, namun, Syamputra Razali berjaya mencipta formula tersendiri untuk mendapat jualan hebat yang mana sukar dicapai oleh mana mana agen jualan biasa diseluruh Malaysia. tambahan pula, Syamputra hanya sebagai agen jualan Tupperware biasa dan tidak mempunyai stokis atau studio Tupperware sendiri. Perniagaannya hanyalah menggunakan telifon pintar semata mata.
Bekerja sebagai tenaga pengajar di IPMa Mara, walaupun hanya sekadar part time sahaja menjalankan perniagaan ini, Syamputra dapat membuktikan yang strategi perniagaan secara atas talian adalah salah satu cara untuk mendapat perhatian ramai walaupun cuma memperuntukan 1-2 jam sehari salam perniagaan ini selepas waktu bekerja.
Dengan hanya menggunakan media sosial fesbuk sahaja, syamputra mengatur langkah sehingga boleh mendapat lebih 7000 agen jualan diseluruh Malaysia.
Harapan beliau agar lebih ramai masyarakat diluar yang ingin menambah sumber pendapatan keluarga samaada seorang suri rumah mahupun pekerja sektor kerajaan dan swasta boleh menggunakan formula yang beliau gunakan dan mengecapi kejayaan yang sama.
Kepada pembaca yang ingin menghubungi Syamputra Razali bolehlah menghubungi ditalian 0123993947 ataupun terus untuk menekan link yang diberikan. www.wasap.my/60123993947/Sertai+Pakcik+Tupperware






Setelah bertahun tahun pakcik tak share komisen pakcik. Hari ini pakcik share kan angka untuk 1-23 April punya komisen.

Sebahagian dari sales pakcik datang dari orang kuat pakcik @Yunaizah dan pakcik paparkan jumlah ini bukan untuk mendabik dada malah tak ada niat nak bongkak.

Pakcik nak sampaikan dan nak buktikan sebagai seorang yang PART TIME dan paling penting LELAKI dan tidak mempunyai STOKIS Mahupun STUDIO mampu menghasilkan Sales RM1 juta dalam keadaan ekonomi yang tak tenteram akibat pendamik covid.

Pakcik nak semua orang tahu, sebuah kejayaan ini bukan hasil dari usaha pakcik sahaja, namun ia adalah dari Team, adalah dari UPLINE Organization, adalah dari Customer dan paling penting adalah dari dalam DIRI. Kalau kita mahu, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Tiada yang mustahil. Kita ACTION kepada apa yang kita nak.

Pakcik bertuah dibawah organisation yang hebat dan nombor #1 di Malaysia yang mana mentor pakcik iailah kak 
Shireen Tan
 yang selalu beri semangat dan pakcik hanya TIRU sahaja apa strategi dia dan follow dia sebab dia yang awal makan garam dari pakcik. Jadi, pakcik yakin. Formula dia pastinya berkesan sehingga berjaya bergelar CHAMPION sebanyak 10 tahun berturut turut.

Jika dulu pakcik agak ragu ragu dan rasa mustahil nak dapat Extra income dari Tupperware. Kini, pakcik dah buktikan semuanya. Apa lagi yang anda nak tengok ? Pakcik dah transperance tunjukkan. Pakcik tak nak sembunyi sembunyi.

Pakcik dengan rendah dirinya nak pelawa sesiapa sahaja yang nak GUIDE dari pakcik untuk sama sama jadi Dropship atau agen, boleh hubungi pakcik.

Pakcik juga berharap semua kawan kawan lama pakcik yang pernah berjuang dengan pakcik zaman dulu dulu agar kembali buat COME BACK !!

Kini, dunia semakin hebat dan mencabar. Anda selesa dengan apa yang anda dapat? Adakah anda tergamak melihat family anda terus susah tanpa memikirkan nak keluar dari belenggu kesusahan ini ?

Jika anda ada kesedaran nak membantu keluarga, pakcik sedia membantu anda.

Hubungi pakcik segera ya dengan click link ini --> www.wasap.my/60123993947/JOIN+Masuk+Ahli+Team+Pakcik

#TeamPakcik
#TP
#ASG 
























Isnin, 19 April 2021

Peluang Menjadi Ahli Tupperware berdaftar dengan Team Pakcik Tupperware April 2021 Tupperware Malaysia

  

 Assalammualaikum




apa khabar semua kawan kawan yang pakcik sayangi

Malam ini kita dah terawih dan kita sama sama memanjatkan kesyukuran untuk kita sekali lagi dapat berpuasa esok dibulan ramadhan untuk bulan 1000 pahala dan hidayah.4

bulan ini juga menyaksikan kita akan berdepan dengan pelbagai halangan walaupun masih dalam PKP. diharapkan kita tak putus semangat untuk menyambung perjuangan kita mencipta kejayaan 1 juta sales bulan April ini

Sebenarnya, Ramai orang membina Team namun TIDAK Berjaya.

 


Sudah recruit downline dan orang baru dan lepas daftar dia terus krik krik. Apa sudah jadi ?

Coretan ini Pakcik ceritakan hasil pengalaman Pakcik dalam bisness ini sudah 12 tahun menjadi agen jualan dalam Tupperware.

Sebagai permulaannya, Pakcik nak tanya. Kenapa perlu bina TEAM. Team ini sangat penting untuk kemandirian diri kita dan nak GROWTH lebih jauh. Kalau tak nak ada TEAM.. mungkin anda kata “Ok jer” cukup dengan Sales RM3000 sebulan dan dapat komisen RM100 dan rasa bangga dengan pencapaian itu.

Bagi Pakcik, kalau dah alang alang niaga , buat sampai UP To the limit. Kalau anda semua tak nak bina Team, anda adalah peniaga dan tidak akan berkembang kemana mana. Tahun ini 2020 masuk jadi ahli dan tahun 2030 masih lagi seorang sorang berniaga. 10 tahun taka da apa apa kemajuan. Anda perlu tukarkan mentality dengan GROWTH dan mencari duplikasi diri sendiri. Kita dahagakan mencari recruit dari sales. Kalau anda tak ada apa apa usaha mencari downline atau Team, anda masih seperti pekerja. Mentality seperti agen jualan. Anda perlu tukar kepada mentality USAHAWAN.

Konsep perniagaan memang bergantung kepada sales. Kita nak jual 1000 set kek Tupperware. Adakah mampu seorang akan menjual 1000 kek dalam sehari. Bayangkan kalua kita ada agen 1000 orang dalam team kita, pastinya akan dapat Berjaya jual 100 kek tu dengan setiap seorang satu set. Itulah pentingnya kenapa perlunya ada team. Pakcik memang focus kepada pembinaan team.

Bercerita tentang untung menjual Tupperware, setiap orang yang jual set Kek Tupperware raya, untung anda akan dapat 25%. Pakcik akan dapat 2% dari apa yang anda jual dibayar oleh HQ dan bayangkan kalau ada 1000 yang Pakcik share cara nak jual satu set kek. Semestinya Pakcik akan dapat banyak komisen. Ini konsep paling mudah.

 

KALAU kita nak laju berniaga, kita BOLEH niaga sorang sorang, Namun, ia mungkin SEMENTERA. Kalau kita nak pergi JAUH lebih MAJU dalam bisnes, kita kena ada Team yang akan sama sama bantu kita capai kejayaan itu secara konsisten.

 

Ini Pakcik bagi promo terbaik untuk korang semua.. jarang Pakcik buat promo yang sebegini kepada korang. Rebutlah peluang ini ya.

 

www.wasap.my/60123993947/Team+Pakcik

www.wasap.my/60123993947/Team+Pakcik


PELUANG KEEMASAN DATANG LAGI.

Kali ini untuk Projek "Bersamamu sahabatku" untuk anda yang memang dah tak ada duit (kering) tetapi keinginan nak berjaya yang betul betul serius.

Jangan risau. soal YURAN (Pakcik Belanja) Anggapkan bantuan pakcik ini menjadi titik tolak kepada kejayaan anda.

Nanti dah kaya raya, boleh lah kalau nak bayar balik yuran itu. kalau tak nak bayar pun pakcik dah HALAL kan jer. Harapan pakcik agar anda menghargai apa yang pakcik lakukan. itu aja.

Pakcik perlukan 10 orang sahaja untuk isi SLOT minggu ini. Pakcik buka peluang ini dengan seikhlas hati untuk bantu anda nak berjaya.

jom sama sama click sini yer


#PakcikBelanja






Selasa, 16 Mac 2021

Agen Tupperware Baru Perlu Baca : 3 Faktor Kejayaan Agen Jualan Tupperware oleh Pakcik Tupperware

 Assalam


Agen Tupperware Baru Perlu Baca : 3 Faktor Kejayaan Agen Jualan Tupperware oleh Pakcik Tupperware

Cerita panjang lebar ini adalah untuk anda yang baru nak memulakan business Tupperware.
Pakcik punya kesempatan nak menulis sedikit perkongsian yang pakcik lihat dan alamai serta pemerhatian pakcik kepada golongan yang berjaya dalam dunia ini dan juga sebaliknya. apakah faktor kejayaan mereka.

Sebelum pakcik terus menulis, pakcik mohon maaf diatas tulisan pakcik ini jika anda rasa tersinggung dan terasa kerana pakcik tidak bercerita tentang mana mana individu malah pakcik hanya melihat konteks diri pakcik sebagai agen jualan selama 11 tahun.

Baik, pakcik mulakan dengan 3 faktor kejayaan yang pakcik lihat seseorang boleh berjaya. pakcik juga melihat 3 faktor ini adalah faktor yang boleh diguna pakai kepada semua.

1. Tupperware Lover
- kecintaan yang hadir dengan ikhlas dan tulen akan membawa seseorang akan jatuh cinta dan setia bersama Tupperware. Tanpa alasan untuk beralih kepada produk lain malah abadi selamanya dengan produk ini. kecintaan itu akan membawa agen jualan atau usahawan tupperware akan senantiasa rasa sayang dan tak sabar untuk melihat koleksi terbaru. ia ibarat sebagai perhiasan diri yang terlalu berharga. apabila kecintaan itu lahir, maka perniagaan akan berlaku dengan begitu sempurna dan juga independent tanpa mengharap bantuan sesiapa. ia akan jadi seperti orang yang dahagakan ilmu untuk mendalami tentang Tupperware dan juga orang yang kehausan untuk berniaga dan menyebarkan manfaat. orang ini sudah menganggap Tupperware sebagai darah daging. sama seperti pakcik yang melihat Tupperware sebagai sumber pendapatan yang telah mengubah kehidupan pakcik kepada lebih sempurna.

2. Konsistensi / Istiqomah
- setiap dari kita dikurnakan sifat yang mana boleh berubah mengikut selang masa. pakcik sendiri  adakalanya berubah sikap dan ada masanya rasa malas yang sangat degil untuk ditidurkan. lalu kemalasan yang membalut badan dan jiwa menjadikan kita lupa bahawa ia sudah membunuh masa yang penting dalam proses mencapai kejayaan. kita semakin pelahan untuk mendaki puncak lantas kita akan cepat berkeadaan putus asa. sikap sambil lewa ini akan meranapkan impian. namun, jika kita pegang kepada sebuah impian, kita akan nampak bahawa kejayaan itu akan semakin dekat. begitulah pakcik melihat kejayaan itu semakin hampir dan konsistensi adalah ramuan kejayaan. apa yang kita buat harus secara berterusan dan kita akan menjadi pakar dalam apa yang kita lakukan.

3. Strategi dan inovasi
- ini adalah perkara paling penting dalam menjadi agen yang berjaya. strategi yang diguna pakai oleh orang yang berjaya adakalanya tidak boleh digunakan oleh orang lain kerana strategi itu ada formula tersendiri. sama seperti apa yang pakcik gunakan. menggunakan strategi Shireen Tan iaitu leader organisasi pakcik dan pakcik tak nampak keberkesanannya. namun, apabila kita menyuktik sedikit unsur inovasi kepada strategi itu mengikut konsep try and adjust, maka kita akan bertemu rentak dan akhirnya kita akan nampak jalan yang mudah dalam mengatur langkah. caranya adalah berguru dengan orang yang sudah nampak ia suksess dan berada dalam organisasi yang sudah berjaya. pakcik beruntung menjadi sebahagian keluarga organisasi advanced sales yang sudah 10 kali champion sebagai TOP organisation dan mendapat nasihat terus dari Top leader. pakcik sangat bertuah. jadi. apa yang pakcik buat adalah membuat sedikit pemurniaan kepada strategi yang telah ada. lalu ia kebabommm meletop !!

Inilah 3 intipati yang pakcik boleh nukilkan, jika ada kesilapan ejaan maafkan pakcik. dan pakcik doakan semua menjadi super leader yang hebat dalam perniagaan Tupperware yang mana pakcik yakin produk dan syarikat yang kukuh serta mempunyai permintaan yang baik.

untuk anda yang mahu sertai Team Pakcik, jom hubungi terus pakcik atau agen Team Pakcik diseluruh Malaysia.


Yang menulis dengan rasa,
Syamputra Razali
#PakcikTupperware

















IKLAN TENGAH