apa khabar semua pembaca yang budiman
terima kasih kerana sudi baca buah fikir saya ini
selama 5 tahun iaitu bermula disember 2010, pelbagai dugaan dan cabaran yang saya tempoh
cabaran paling besar adalah bila mana saya berdepan dengan ke HAUSan motivasi nak niaga dan motivasi nak AKTIF dengan bersungguh sungguh
saya sebagai leader memanglah amat amat dilihat oleh downline saya dan saya juga dilihat sebagai contoh.. tapi saya tak menafikan saya juga kekadang rasa DOWN.. rasa MALAS.. rasa bosan dan serba tak kena.. tambah lagi saya demam dan tak berapa nak sihat..
itulah cabaran paling besar dan NAK TAK NAK.. saya kena hadapinya.. dan atasinya
saya tak boleh biarkan masa yang menentukan. rangkaian TEAM POWER pada bulan september telah menyumbang hampir SETENGAH JUTA sales dan pada waktu itu saya demam 3 minggu.. bayangkan kalau saya aktif dan cergas.. pastinya boleh capai SEJUTA..
jadinya.. bile merenung diluar jendela.. saya nampak perkara ini dan penyelesaian nyer..
harap dapat membantu anda semua yang sama masalah seperti saya dan rakan rakan..
ohh ya.. jika anda membaca dan nak tahu bisness apa yang saya jalankan..
saya menjalankan perniagaan Jualan Langsung produk Tupperware dan barangan lain contohnya... penapis air nano, nutrimetic dan barangan tupperware dalam katalog tupperware..
kumpulan yang saya bina dan sedang membesar rangkaiannyer adalah TEAM POWER yang mana modus operasinya adalah melalui perniagaan di laman sosial iaitu facebook dan instagram..
cara pemasaran menggunakan Online saya yakin dapat meluaskan empayar team power diseluruh Malaysia. saya yakin TEAM POWER akan menjadi legasi dan pencetus kepada perniagaan Tupperware secara ONLINE dan saya turut yakin.. strategi yang TEAM POWER gunakan adalah strategi yang berkesan dan sangat mampu memberikan pulangan pendapatan..
Ayuh,, sertai TEAM POWER dengan menghubungi saya 012-399 39 47 (Syamputra Razali) untuk pendaftaran keahlian dan bulan ini saya ada special GIFT untuk ahli baru yang mendaftar dibawah saya...
ohhh ya.. berbalik kepada point kita tadi..
5 Tips ini adalah
inilah 5 tips tersebut
1. fikirkan Matlamat asal niaga
Tips ini adalah paling berkesan bila mana kalau kita rasa down dan MALAS.. kita akan tengok dan imbau matlamat asal kita. Kenapa kita join bisness ini.. kenapa kita perlu bekerja keras untuk semua ini.. JAWAPANNYER adalah kita nak dapat DUIT.. dengan duit kita boleh hidup dengan sempurna.. kita dapat BANTU orang lain.. kita boleh bantu family.. kita boleh banyak SEDEKAH.. bile kita kembali kematlamat asal.. kita akan keluar dari ZON durjana itu dan lari dari zon selesa yang membuat kita malas tu.. kita akan rasa semangat bile kita nampak matlamat dan kejayaan itu didepan..
fikirkan sahaja.. apakah nasib dan risiko kalau kita malas.. sudah tentu kita akan dapat pendapatan yang kecik dan kita mahukan pendapatan dan kemajuan dalam bisness.. jadinya.. kita perlu ubah hidup kita dan focus pada matlamat..
2. berhubungan dengan rakan positif
Tips ini.. saya sudah buat.. dan nyata berkesan.. persekitaran kita memang ramai kawan.. ada yang postif dan ada yang negetif... kalau kita nak berjaya.. dekat lah ngan kawan yang ada nilai positif.. boleh berikan pendapat yang membina.. dan yang penting.. dia seorang yang mungkin sama bisness yang kita.. paling berkesan.. kalau ada upline.. mengadulah kat dia dan semestinya.. dia adalah orang paling positif.. mesti kita akan jaga kita.. kalau lah upline anda okays.. kalau dia pun ada macan tak ada.. ala ala suam je.. tak pe.. kita hubungi sapa sahaja kawan yang suke senyum dan bukan jenis yang asyik mengeluh je.. jauhkan diri dari kawan yang menyakitkan kepala "susah lah... tak boleh la".. ini ayat kawan negatif.. dan kawan yang positif akan cakap.. " u kena bangkit dan terus berjuang.." sebenarnya.. persekitaran kita juga perlu dijaga.. macam sekarang ini setiap hari saya ke gym.. bile tengok persekitaran badan semua sado sado.. saya pun telah PUSH diri saya untuk bersenam dan sihat.. cube kita suke duduk kat tempat yang ala ala banyak gejala.. macam merokok.. ala ala melepak dan buang masa.. for sure kita pun akan melepak dan buang masa.. ini psikologi..
3. inspirasi kejayaan orang lain
Melihat kejayaan orang lain melalui stalker fb dia akan membantu memulihkan jiwa kita.. saya sendiri stalker kawan kawan yang berjaya dan stalker downline yang rajin.. bile kita tengok dia rajin dan berjaya.. kita pun akan cakap " i pun boleh BERJAYA" .. dan kite akan rasa berjaya dan rasa semangat berkobar kobar.. inspirasi juga boleh kita dapat melalui bacaan kita.. dengan cara baca buku kisah kejayaan.. semua menaikkan semangat kita.. bile naik semangat.. inilah saya terus memulakan.. macam buat blog ini.. memang agak malas dan liat tapi bile ada semangat ini.. jangan berlengah ye.. terus sahaja BUAT !!
4. cabar diri untuk capai target
Cabar diri ini adalah paling yang berkesan jua.. kita duduk dan renungkan.. apa target kita.. tulis apa target kita dan kita tulis yang mudah dicapai dulu.. macam sales RM10k sebulan dan 10 ahli.. kita akan automatik akan kerja keras untuk capai dan kita akan janjikan.. kalau kita capai target.. kita akan celebrate diri dengan beli barang barang yang kita suke... contoh.. beli baju dan macam macam,... ada juga cara nak celebrate dengan makan makan.. bile kita ada target.. aktiviti kita akan berarah dan kita akan senang nak atur sebagai aktiviti.. hidup kita kan terpandu.. dan kita cabar diri ini dengan rasa penuh teruja.. kita kena dapat.. " saya BOLEH !!"
5. reward diri buat sesuatu yang disukai
Tips menghargai diri adalah tips yang saya lama dah buat.. saya rasa.. kita kena REWARD diri secara awal dan kita dah terhutang budi dengan diri kita.. contohnya.. sebelum kita nak niaga.. kita pergi makan besar dan kita akan rasa.. kita dah reward awal diri.. secara terus kita akan buat kerje tanpa ada rasa malas.. sebab kita akan rasa bersalah kalau kita tak buat betul betul.. dan motivasi akan lahir dengan adanya vission board yang mana kita akan letak reward yang kita bakal dapat.. contohnya.. kalau sales kita RM500k.. kita akan melancong ke luar negara.. semua akan menjadi satu suntikan semangat kepada kita..
baiklah.. semoga perkongsian saya ini membantu akan menjadi RAJIN dan bersemangat..
lama juga tak menaip dengan cukup banyak nie..
insyallah.. kita jumpa lagi..
saya nak berikan anda.. artikel cara nak semangat dari blog orang lain yer...
selamat membaca
ini misi saya mencari DIQ.. bulan ini.. saya nak carai 5 orang untuk bergelar director...
insyallah saya akan bertemu.. ini focus saya !!
saya tak akan senang duduk selagi tak dapat DIQ yang saya mahukan ini.. semoga TEAM POWER akan terus bertahan dan berkembang maju..
ini saya nak promo.. saya nak share strategi dengan anda di KKTMPJ dan ini saya dorong siapa sahaja untuk hadir.. seminar 3 jam yang berlangsung di PJ..
__________________________________________________________________________
Ubat kepada malas menurut Islam
Adakah anda merasa malas? Jika benar, cepat-cepatlah berusaha melawan sikap malas. Malas ialah attitude yang negatif wajib dihindari oleh semua orang Islam. Sesetengah kita mungkin tidak dapat melepaskan diri dari sikap ini. Ada yang diuji dengan tahap malas yang keterlaluan, ada yang diuji dengan tahap malas yang sedikit. Apa pun bentuk malas yang ada, hakikatnya malas bukan satu ajaran Islam. Malas menurut al-Quran adalah attitude orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.
Oleh itu, jika anda ada sikap malas, cepat-cepat buangkannya kerana ia sifat orang munafik. Orang yang munafik ialah orang yang cuba menipu Allah Taala. Tetapi, bagaimanakah cara hendak buangkan sikap malas? Saya cuba bawakan beberapa kaedah menghilangkan rasa malas menurut al-Quran dan al-Sunnah.
Pertama : Doa dan perbanyakkan doa
Gunalah senjata utama orang mukmin iaitu doa. Tokoh terkenal, Ibn Qayyim dalam karya beliau al-jawab al-kafi li man sa’ala an al-dawa’ al-shafi, menjelaskan ubat pertama dan kedua untuk mengubati jiwa mukmin ialah berdoa dan bersungguh-sungguh dalam doa.
Doa ialan ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]
Antara doa Nabi juga :
اللهم إني أسألك الثبات في الأمر، والعزيمة على الرشد
Maksudnya : “Ya Allah, aku memohon dariMu ketetapan dalam urusan kerja dan keazaman atas hidayat”.
Semuanya menunjukkan bahawa doa yang dapat menghalang sikap malas seseorang. Kalaulah Nabi boleh berdoa sebegini, inikan pula kita umatnya. Wajiblah kita mencontohi Rasulullah s.a.w. dalam semua sunnahnya.
Kedua : Lawanlah syaitan dan nafsu
Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Syaitan melatih nafsu manusia agar menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :
يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان
Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.
Hadis ini menunjukkan bagaimana kita perlu mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.
Ketiga : Carilah ilmu
Saya akhiri tulisan kali ini, dengan kaedah ketiga untuk menghapuskan sikap malas. Iaitu timbalah ilmu sebanyak mungkin. Dengan ilmulah seseorang itu menjadi orang yang rajin dan cergas dalam hidupnya. Sebagai contoh, ilmu tentang fadilat dan kelebihan ibadat, menyebabkan seseorang rajin beribadat dengan syarat adanya keyakinan yang kuat tentang apa yang dipelajari. Oleh itu, orang yang mempunyai ilmu berkenaan fadilat solat jemaah, sangat rajin mengerjakan solat jemaah. Orang yang mempunyai ilmu tentang kelebihan dan fadilat solat Duha, akan menjadi rajin dan cergas untuk melaksanakannya.
Sebab itu, Rasulullah s.a.w. bersabda :
أثقل الصلاة على المنافقين صلاة العشاء وصلاة الفجر، ولو يعلمون ما فيهما لأتوهما ولو حبواً
Maksudnya : “Solat paling berat bagi orang munafiqin ialah solat isyak dan subuh. Sekiranya mereka mengetahui apakah (ganjaran) yang ada pada kedua-duanya, nescaya mereka akan datang bersolat walaupun dalam keadaan merangkak”.
Lihat kepada kata-kata Nabi : “Sekiranya mereka mengetahui apakah ganjaran”, menunjukkan pentingnya ilmu tentang kelebihan dan fadilat sesuatu ibabdat, kerana ia membantu anda menjadi rajin dan cergas dalam melakukannya.
Akhirnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri adakah kita masih malas? Sekiranya masih bergelumang dengan malas, ayuhlah kita hilangkan sikap malas yang ada pada diri kita. Janganlah menjadi pengikut syaitan dan nafsu, tetapi jadilah pengikut iman dan akal.
______________________________________________________________________________
Anda seorang pemalas? Atau anda seorang bos yang kecewa dengan sikap pekerja-pekerja anda yang malas dan lembap dalam melaksanakan tindakan? Jangan marah-marah. Mungkin anda perlu melihat malas dalam horizon yang lebih luas.
Selain melihat malas lebih kepada masalah psikologi atau sikap individu, malas juga boleh dilihat dari sudut kesihatan. Seseorang itu mungkin malas kerana mempunyai penyakit yang bersimptom kemalasan atau melibatkan hormon.
Malas bukan sekadar keengganan untuk melakukan sesuatu aktiviti tetapi ia adalah koleksi sifat-sifat buruk merangkumi sikap gemar bertangguh, tidak menepati waktu, tidak pandai mengurus masa dan lemah untuk mengenal pasti apa yang perlu diutamakan.
Dalam konteks kesihatan pekerjaan, malas diistilahkan sebagai kurang produktiviti.
Subjektif
Malas juga bersifat subjektif kerana ia bergantung kepada perspektif individu. Misalnya, jika seorang itu boleh menghasilkan 10 bahan dalam seminggu sedangkan rakannya boleh menghasilkan 100 bahan dalam tempoh yang sama, dia mungkin dianggap malas.
Tetapi dia mungkin tidak dianggap malas oleh bosnya sekiranya bosnya sendiri hanya mampu menghasilkan 5 kerja dalam seminggu.
Punca Malas
Daripada konteks kesihatan, malas boleh berlaku dalam 2 keadaan iaitu malas yang merupakan simptom kepada sesuatu penyakit atau malas kerana kesan sampingan ubat-ubatan.
Kekurangan Hormon Tiroid
Memang terdapat beberapa penyakit yang boleh menjurus kepada sifat malas seperti penyakit hipotiroid yang disebabkan oleh kekurangan hormon tiroid.
Apabila hormon tiroid kurang dalam diri seseorang individu, maka ia biasanya akan memperlihatkan simptom malas seperti mentalnya lambat memproses maklumat, lesu, pergerakan turut menjadi lambat dan aktiviti metabolisme badan menjadi perlahan.
Hormon tiroid dikeluarkan oleh kelenjar tiroid yang terletak di bahagian leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Hormon tiroid berkurangan boleh jadi disebabkan oleh kekurangan pengambilan makanan beriodin seperti ikan.
Penyakit ini hanya boleh dikenal pasti doktor dengan membuat ujian darah. Rawatannya ialah dengan memberi ubat yang boleh meningkatkan kembali paras hormon tiroid dalam diri.
Kesan Ubat-ubatan
Selain daripada itu, kesan sampingan daripada pengambilan ubat juga boleh membawa kepada rasa malas. Kurang daripada 5% pengambil sejenis ubat darah tinggi atau hipertensi boleh mengalami kesan sampingan seperti kelembapan mental dan fizikal.
Faktor Sekeliling
Depresi atau stres juga boleh mendorong kepada rasa malas.
Contohnya, seseorang pekerja itu dilihat seperti malas tapi sebenarnya bukan malas. Dia mungkin tertekan ekoran beban kerja yang melampaui kemampuan dirinya atau beban kerja yang tidak seimbang antara pekerja-pekerja. Interaksi antara bos dan pekerja mungkin boleh memperbaiki keadaan.
Persekitaran turut mempengaruhi seseorang itu menjadi malas. Dari sudut psikologi, malas boleh jadi disebabkan oleh cara individu dibesarkan, pengaruh sekeliling dan kekurangan pengetahuan. Seorang itu menjadi pemalas mungkin juga kerana cara dia dibesarkan yang mana semua yang dikehendaki tersedia untuknya.
Seseorang itu juga mungkin menjadi malas kerana ia dipengaruhi oleh orang sekelilingnya yang suka bermalas-malasan.
Suka Bertangguh
Amalan bertangguh-tangguh atau melengah-lengahkan kerja juga menjadi penyakit masyarakat moden kerana tekanan hambatan masa.
Menurut sebuah majalah kesihatan, kajian terbaru mendapati 20 hingga 25% daripada manusia hari ini adalah seorang yang gemar bertangguh berbanding hanya 5% pada tahun 1978.
2 Kategori Malas
Terdapat 2 kategori malas, iaitu malas pada perkara tertentu dan malas pada melakukan banyak perkara.
Ada sesetengah orang itu kita lihat dia rajin di rumah tapi di pejabat dia malas dan begitu juga sebaliknya. Mengapa ini berlaku? Ia mungkin kerana minat terhadap aktiviti berkenaan kurang kerana kekurangan pendedahan atau pengetahuan.
Mengatasi Malas
Justeru, untuk mengatasi masalah malas ialah dengan mendapatkan pengetahuan secukupnya terhadap apa yang perlu dibuat.
Para bos misalnya perlu peka dengan kondisi pekerja. Mungkin mereka malas dan tidak produktif kerana mereka tidak tahu atau jelas tentang kerja yang perlu dilakukan. Interaksi yang wujud antara bos dan para pekerja mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti.
Memberikan motivasi juga merupakan salah satu cara untuk menyingkirkan sifat malas. Sebab itulah pengkaji-pengkaji dari Australia pernah menyifatkan malas yang ekstrem sebagai motivational deficiency disorder.
Motivasi boleh datang daripada dalam diri individu itu sendiri dan boleh diperoleh daripada dorongan motivasi orang lain. Motivasi bagi diri sendiri boleh diperoleh dengan menetapkan matlamat yang khusus.
Selain daripada itu, bagi keadaan tertentu dan tujuan yang baik, untuk menambah minat seseorang melakukan perkara itu boleh juga menerusi paksaan.
Adakalanya penyakit malas perlu diubati dengan paksaan. Bukankah dalam hidup kita ada perkara yang kita pada awalnya tidak berminat tetapi berubah minat apabila didorong atau dipaksa untuk melakukannya?
Seperti juga yang diajarkan dalam agama tentang hal solat. Islam mendidik umatnya agar menyuruh anak sembahyang pada umur 7 tahun. Jika pada umur 10 tahun, mereka tidak sembahyang, mereka perlu dipukul. Apabila mereka sudah biasa melakukannya, ia boleh mendatangkan minat dan mereka membesar menjadi seorang yang tidak malas untuk menunaikan solat.
jom komen disini
ReplyDelete