Sebuah Kejayaan Semestinya Ada Tiangnya
Sempena Ulangtahun ke 10 pakcik bergelar director. Pakcik nak recognize seorang insan yang cukup istimewa bagi pakcik.
Dia bukan sebangsa dan seagama dengan pakcik
Dia bukan sedara mara pakcik
Dia bukan kawan sekolah pakcik
Dia bukan siapa siapa dalam hidup pakcik
Dia hanya memberi 1 PELUANG sahaja 10 tahun lepas bila mana dia bertanya "Betul kah u yang buat ini sales?" Semasa dalam asembly yang mana dia terkejut sales yang pakcik buat dalam bulan ke2 pakcik didaftarkan ahli oleh kakak pakcik mencecah RM5k
Masa itu renungan mata dia tepat kejantung pakcik dan dia berkata " i tengok u boleh jadi shinning star"
Dengan kata kata itu sahaja, pakcik mengorak langkah kesana ke sini untuk mencuba berniaga
Langit tak selalu cerah,
Pakcik menggunanha hanya platform online untuk berniaga dan ketika itu pakcik membantah kata kata dia supaya jangan jual ONLINE sebab pakcik tak ada pilihan. Pakcik kerja fulltime dan tak ada masa nak buat party mahupun roadshow. Pakcik terpaksa buat online sehingga ramai yang busuk hati melihat pakcik naik mendadak dan menang award sana sini.
Akhirnya, musuh musuh pesaing pakcik berjaya juga menangkap pakcik dengan sabotaj pakcik dengan menyamar menjadi customer. Dengan harga pakcik bagi extra diskaun RM3.00 pakcik ditangkap kerana memberikan harga bawah harga ahli dan diberikan hukuman terminate keahlian.
Siapa tak nangis
Siapa tak sedih
Gaji dan komisen disekat dan semua rangkaian pakcik hilang begitu sahaja.
Ketika itu, datanglah seorang bidadari yang bantu pakcik dalam diam. Dia dan suaminya jumpa pakcik face to face dan cakap "saya harap u akan selamat" di sebuah restoran di sunway piramid.
Sebak pakcik masa tu tak tertahan.
Suaminya Mr Ung berkata " u macam naik kareta, bila di traffic light semua pernah langgar itu lampu merah, tapi nasib u tara baik itu hari, u kena saman. Orang lain pernah buat juga. Cuma nasib mereka baik sedikit. U sikit tidak baik sahaja. Jangan risau, bayar saman dan kembali bawa kereta"
Pakcik ingat kata kata dia.
Kemudian pakcik diberikan surat amaran dan diberikan 1 pilihan untuk TUTUP blog pakcik yang kononnya mengelirukan public sebab bila dia google, blog itu menduduki tangga pertama dalam kata caria tupperware malaysia. Pakcik diminta untuk close dan delete jika mahu keahlian diberikan semua. Itulah saman yang pakcik perlu bayar selain komisen selama 3 bulan tidak diberikan. Paling menyedihkan, kereta HONDA CITY yang pakcik menang terus disqualified. Terduduk dengan hukuman itu
Pakcik akur dan pakcik kembali mendapat ID pakcik dan meneruskan perjuangan. Pakcik masuk kembali car challenge dan kali ini pakcik masuk untuk dapatkan honda civic pula. Memeranjatkan HQ hanya beei masa bulan 10 bulan tetapi 3 bulan sahaja untuk melengkapkan 1.3mill sales.
Memang Allah sayangkan hambanya yang kuat berusaha. Allah perkenankan doa dan usaha pakcik untuk tunjukkan tiada yang mistahil akan berlaku.
Dalam masa 3 bulan selepas hukuman. Sales pakcik berjumpa 1.4mill dan pakcik berjaya mendapat Honda CIVIC dan lelaki pertama dalam Malaysia mendapatnya dan memenangi Rainbow AWARD dalam Tupperware.
Pakcik nak buktikan yang lelaki juga boleh dan pakcik nak beritahu, pakcik sangat sangat terhutang budi pada Team Pakcik yang Power Power semuanya saat itu.
Sebab itu pakcik tak pernah engkar apa sahaja yang leader pakcik cakap. Sebab pakcik yakin, dia lebih makan garam. Cuma kita senantiasa bertindak dengan berhormati apa yang leader kita cakap.
Tq kak shireen tan sebab banyak bantu pakcik. Dan tanpa sokongan dia, pakcik tak boleh jadi TOP Leader dalam ASG Group. Pakcik hargai semua bantuan Kak shireen serta seluruh keluarga stokis, wanie, louis, cansandra sehingga adek adek tukang angkt stok yang baik hati.
Sesungguhnya pakcik nak ucapkan TQ so Much. Pakcik sayangkan kak shireen ❤️❤️
#TeamPakcik
No comments:
Post a Comment