IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Thursday, August 18, 2022

5 TIPS MEMBINA BRANDING DIRI dalam Business Tupperware

 

5 TIPS MEMBINA BRANDING DIRI

 

Ramai peniaga terutamanya agen mmerasakan membina brand tak perlu sebab branding produk dah kuat. Contohnya brand Tupperware dah kukuh. Sehingga mereka terlepas pandang yang mana zaman sekarang dah berubah, pembeli dan bakal prospek agen mahu mendaftar keahlian dengan leader yang benar benar mampu relevan dan mempunyai ketrampilan yang bagus dipasaran. Oleh itu untuk kekal dalam pasaran, kita perlu mempunyai brand yang orang kenal. Bila sebut pasal Tupperware, prospek akan terbayang bayang muka kita dan keunikkan yang prospek suka.

 

Customer beli dengan kita adakalanya bukan sebab harga yang mereka setuju. Namun kini, customer membeli atas faktor emosi. Mereka mahu rasa selesa dan mahu berkongsi rezeki dengan kita. Kepuasan membeli juga adalah faktor prospek repeat order. Bayangkan, dengan layanan ucapan “terima kasih dan beli lagi” mampu menambat hati pembeli untuk menjadi pembeli setia.

 

Sebab itu brand sangat penting, Apabila sebut sahaja brand product orang kenal kita, kita hanya mahu target market atau bakal pembeli kita sahaja yang kenal. Tak perlu 1 Malaysia kenal. Kita tak setamak menagih populariti untuk dikenali 1 Malaysia. Kita mahu target sasaran kita sahaja.

 

Namun, membina brand memerlukan kos dan action yang tinggi dan konsisten. Nak masuk TV lah, buat billboard lagi, upah influencerlah dan macam macam lagi kita nak menumpang teduh kepada platform orang lain sehinggakan kita terlupa yang kita sendiri kini boleh membina branding diri sendiri. Pakcik sendiri tak pernah membayar orang lain, pakcik buat sahaja apa sahaja content tanpa ada perkataan “tapi” dan “nanti”. Apa yang terlintas di depan pakcik terus buat. Biar semua orang kenal dan paling mustahak. Pakcik akan selalu buat port mortem untuk melihat keberkesanan content yang dihasilkan. Apakah elok untuk diduplikasi atas stop buat content itu sebab tak berapa nak mantap.

 

Oleh sebab itu, pakcik cadangkan bebarapa TIPS untuk anda mulakan membina brand anda sendiri dengan content.

 

Ini adalah pengalaman pakcik sendiri dan pakcik share. Mana yang boleh follow, silakan

 

1-     Melihat apa kemampuan diri yang kita ada.

-         Sekiranya kita boleh memasak, buatlah content berkaitan dengan memasak. Tak perlu tunggu jadi chef baru nak buat content. Buat yang kita tahu sambil sambil tu belajar teroka content orang lain yang sama jenis dan duplikasi sahaja. Kenalpasti masalah dan kemahuan penonton / viewers kita supaya mereka akan boleh share dan merebak orang kenal kita. Sambil kita masak tu, gunakan produk Tupperware daan sebut selit selit secara tak langsung orang tahu kita berniaga Tupperware.

 

2-     Penggunaan kreativiti dalam penghasilkan content.

-         Membangunkan content bukan hanya ayat dan gambar. Orang zaman kini mahu melihat reaksi dan cara kita membuat penerangan. Rasa selesa terhadap apa yang kita sampaikan akan menyebabkan viewers akan jatuh cinta dan rasa kita adalah bahan rujukan untuk melihat apa informasi yang terbaru. Bila mereka start ketagih content kita, maka kita akan dikenali dengan cepat.

 

3-     Kumpulkan mereka disuatu tempat khas

-         Menghimpunkan prospek adalah rahsia untuk kekalkan hubungan dengan prospek seperti di wasap group dan telegram untuk saluran more info. Ini akan menyebabkan prospek akan lebih kenal dan keep in touch dengan kita. Peminat Tupperware akaan rasa dahagakan tips dan content dari kita.

 

4-     Rayuaan Like, Comment & Share.

-         Sebagai menyebarkan content branding kita untuk dikenali dengan lebih meluas, rayuan untuk meminta viewers LCS (Like Comment & Share) content kita adalah rahsia untuk kita dikenali. Sebagai content creator, kita perlu ada satu sifat mesra dan secara automatik, viewers akan bantu kita secara tanpa sedar dan support content kita. LCS adalah percuma dan mereka adalah agen untuk kita dipromosikan. Jadi, apalah salahnya jika kita selalu manis mulut untuk berterima kasih kepada mereka yang membantu kita. Elaklah menjadi sombong dan ego untuk merayu. Ia tak merugikan kita pun, malah menjadikan kita lebih qudus dalam menguasai audien.

 

5-     Konsisten dalam membuat content.

-         Mengikut pengalaman pakcik, konsisten dalam melakukan content adalah kunci kejayaan membina brand. Orang akan lihat dan terus lihat. Bila mereka “lagi lagi dia keluar”, bermakna kita semakin berjaya membina brand. Pakcik pada mulanya memang rasa janggal nak asyik buat dan main redah je, bila kita keep buat dan bank google banyak dengan content kita, kebarangkalian untuk content kita hidup di platform seperti google adalah amat cerah. Jadi, itulah sebab kita jangan menunggu menjadi Pro untuk buat content. Buat sahaja. Dan post mortem tentang keberkesanannya.

 

Untuk belajar lebih details & lanjut, pakcik harap anda boleh masuk channel Telegram pakcik untuk lebih banyak Tips. Jom click disini à channel telegram pakcik à

 

https://t.me/+SmoTbDTT6ylRtrpb







No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH