Alkisahnya, semalam pakcik pergi ke sebuah restoran jepun yang berada dipinggir ibu kota untuk meraikan hari kelahiran asisten pakcik yang lama dialah yang merakam, edit dan juga memberikan idea dalam penghasilan content. cuma dia tak mahu dikenali dan duduk dibelakang tabir sahaja.
pakcik bawa dia makan kat tempat tu yang menawarkan juadah makanan jepun dari sushi sehingga makanan yang pelik pelik dari jenis. memang pendek kata berada kat Osaka gitu. jangan risau, restoran ini dah ada persijilan HALAL walaupun pakcik tengok semua yang datang memang bukan orang kita. yakin halal dan juga restoran ini dah kali ke 6-7 kali pakcik datang.
bila parking sahaja, tengok kereta yang parking memang terinspirasi. lambo, ferari dan pendek kata semua yang mewah mewah laksana kereta jutawan. dalam hati berkata "örang kuat usaha, itulah habuannya". lalu pakcik masuklah dalam restoran yang ada 2 tingkat tu. memang sambutannya memang gah la dan menyantuni pelanggan dia. pakcik asalnya nak pakai selipar jepun je, sebab tak nak memalukan orang yang diraikan, pakai lah kasut, nampaklah sikit kaliber bukan pergi pasar.
masuk je, kami diberikan tempat dan pantas aja pakcik memilih sendiri tempat kat tepi jendela. memang ada pemandangan dan sunyi sikit. duduk sahaja terus datang pelayan dari bangla atau nepal yang tak pandai berbahasa melayu. teruslah pakcik sepiking. terkeluarlah selanga omputih yang omputeh pun kagum. "Give me this and this and this". kalau orang dengar pakcik sepiking memang orang pasti akan menoleh. pekat dan tyak perasan orang melayu yang cakap.
macam dah tak makan sebulan mengorder, almaklumlah, restoran ni memang order buffet. makan selagi mampu dan kita pesan aja melalui pelayan yang ada pegang Ipad.
selang seminit dua, datanglah makan berduyun duyun sampai penuh meja pakcik. walhal makan berdua je. dengan shushi, scalep, ikan salmon, dan aneka lagi makanannya. ohh ya, aiskrim pun pakcik dah bedal awal awal.
dengan doa makan, pakcik memulakan penglahapan pakcik yang macam tak makan sebulan, namun, pakcik menjaga etika, makan tak gelojoh. nampak macam relax makan, tapi abis makanan atas meja pakcik bantai. memang air yang pakcik ada, tak sentuh lagi sebab nanti kenyang air, pakcik terus membalun scalep yang merinding rasanya.
kemudian, pakcik pun memanggil pelayan order dengan gaya ala ala orang kaya, kali ini pelayan bangsa cina. memang nampak mesra dan pakcik pun cakap kat dia "ÿang sebelah tu makan apa ya", dia pun cakap XV$#%^&&*^. pakcik pun cakap "nak itu". memang nampak seorang lelaki tua berseluar pendek dan agak selekeh je berseorangan makan dan dia santai bagaikan dia berada dikedai kopi". memang nampak biasa datang dan mungkin dia hari hari datang. selalunya kalau orang tua pakai seluar pendek dan berselipar ini memang tauke besar.
pakcik hanya memerhati menu yang dia makan dengan ekor mata. tak nak lah pakcik memandang. rimas plak dia nanti. juadah yang dia makan semua pakcik makan juga. memang betul, yang dia pilih adalah yang paling sedap, daging wahyu.. daging yang ala ala mahal tu pun pakcik makan. masyallah, sedap tidak terperi.
kalau nak makan tempat gini, makan yang mahal dan berkuali aja. kalau shushi tu, makan 1-2 sudah, ia mengenyangkan. pakcik pun follow dia makan dan dia order 1-2 kali sahaja dan dia balik. macam makan alas perut aja. meman sah !!, kaya raya cina ni.
pakcik pun ada cubaan nak menapaw, tapi sebab line tak clear, pakcik batalkan hasrat pakcik tu. sebab pelayan kedai terlalu ramai. nanti kantoi tyapaw nanti, mana nak letak muka. jadi, pakcik kasi perabis lah.
order yang ke 3, datang dia punya budak kasher bagi macam slip untuk pembayaran. slip just tulis berapa orang makan. kat situ dia tulis "1- adult, 1 senior citizen". woww. nampak sangat dia tengok pakcik orang tua yang tak makan banyak dan raut wajah pakcik ibarat seorang ayah membawa anaknya makan.
dia memang silap, pakcik lah sebenarnya raksasa yang membalum 5 pinggan ikan salmon yang sangat sedap, kalau beli 5 slice pun kat AEON dah RM20 harganya, pakcik dah makan hampir 50 slice. itu aja pakcik makan cicak kicap dan wasabi.
Pakcik rasa restoran ini akan abis stock ikan salmon dan scalep pakcik makan hampir 50 keping. memang tong makanan perut pakcik ni. walaupun makan banyak, pakcik makan perlahan dan tak nampak gelojoh. sambil sambil ketawa orang kaya pakcik menyuap makan. sedap tak sedap dah 7 kali order.
udang dan sotong goreng tepung memang pakcik order aja dan itu dibelasah oleh si hyqal yang pakcik bawak tu. dia pun asyik keluar sebab katanya dah kenyang. dia keluar dan angin angin kat luar dan berasap sikit. 3 kali dia ulang keluar masuk, pakcik masih makan. jangan risau taw, pakcik makan yang rebus dan tak ada kolestrol goreng goreng taw. pakcik makan yang mahal aja. hahahaha
setelah berajam pakcik duduk dan kerusi dah nak terbakar sebab haba bontot pakcik, akhirnya pakcik akur masa dah melewati nak tutup kedai. berejam jugak pakcik kat dalam dan menjamah juadah. menjamah jer. hahahaha
pakcik pun bangun lah sambil memegang tas tangan ala ala macam dato dati berjalan penuh gaya gitu ke kaunter bayaran.
masa membayar, tetibe kat screen harga tu tertera 2 harga. harga dewasa dan harga warga emas. "makk aii, separuh harga warga emas" lkata dalam hati pakci. pakcik terus mem bayar dan berlalu pergi ke kereta birthday boy dan kelihatan tinggal 2-3 kereta sahaja yang tinggal. dengan keriangan pakcik pun pulang.
ulasan kepada cerita pakcik ini. Muka pakcik ni ada nampak macam Waga Emas ker? bagus jugak kan nampak tua. harga dapat murah walaupun makan macam remaja bernafsu kuat berselera. Pakcik bersyukur.
sekian cerita pakcik semalam. Assalam.
kalau faham, sila komen !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan