IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Friday, May 18, 2018

Amalam Pemakanan Bulan Puasa

Assalam..
kali ini abam share karangan Fikri Fiq dalam fb dia. masa kenal dia memang gemok ya rabbi.. skrg dah kurus hensome.. heheheh
ini dia karangan dia..

.
MENGAPA BADAN MAKIN BESAR MESKIPUN BERPUASA?

Sempena Ramadan ini, di samping kita meningkatkan amal ibadah, pasti terselit rasa untuk kelihatan kurus di pagi raya. Betul tak? Tapi... sayangnya. Kenapa menjelang raya, badan makin besar? Maka..berdasarkan pembacaan dan pengalaman, ingin saya kongsikan.

1. Tidur selepas SAHUR!

Ya Allah, tolonglah jangan tidur lepas sahur. Bayangkan, lepas kita makan kenyang, lepas tu tidur. Maka, makin gempal badan itu. Kalau boleh solat Subuh dulu, mengaji then agak2 selepas 1 atau 2 jam macam tu, jika nak tidur. Tidurlah. 

2. Makan banyak ketika MOREH!

Ni lagi satu. Lepas terawih, selalunya mesti ada moreh kan? Jadi, baki makanan berbuka yang tak habis seperti nasi lemak ayam, murtabak daging cheese lebih dan sebagainya pun kita makan dengan berselera. Lepas tu, tak ada aktiviti berat untuk bakar balik kalori makanan moreh tu. Maka, apa jadi? 

3. Tidur lepas MOREH!

Hahahaha..Sama juga macam kes sahur tadi. Lepas makan macam2, kita terus tidur! Haipp..No! A big no! Tahu tak, sebenarnya makanan dihadam selama 4 jam tau. Jadi, kalau rasa nak tidur awal tu, makan ala kadar pun dah cukup macam bubur, buah dll. 

4. Melantak ketika BERBUKA!

Yess.. inilah peranan nafsu dalam membuat kita membeli apa yang diingini di bazar. Nampak murtabak nak, nasi lemak sotong gergasi nak, kuih keria gula melaka nak, laksam nak,dan macam2 lagi. Hasilnya, kita membeli sejumlah makanan yang banyak. Bila dah kenyang, terus rasa malas nak solat terawih kan? Maghrib pun lewat2 je buat kan? Jangan macam tu ya. Kawal pengambilan makanan di waktu berbuka. Sebab nanti moreh pun nak makan sikit jugak kan? Bijak bahagikan pengambilan makanan serta kawal nafsu kita ok? 

5. Bijaklah MEMILIH makanan.

Saya tahu, taktala dikuasai nafsu, macam2 benda boleh berlaku kan? Tapi, kena ingat. Minda kita ada untuk berfikir dengan waras
 Contohnya masa membeli juadah. Seperti biasa, sifir yang mudah. Kurangkan makanan bergoreng, berminyak, manis dan lain2. Contohnya, tekak nak makan nasi ayam. Ada 2 jenis ayam yang digunakan. Ayam goreng dan ayam panggang. Mana yang lebih sihat? Waktu ni minda anda perlu bijak membuat pilihan. Semestinya ayam panggang kerana kurang minyak! 

6. SENAMAN setakat mampu.

Ha.. yang ni saya yakin. Tak semua orang mampu kan? Bahkan saya sendiri pun jarang buat. Cuma.. ada banyak cara untuk kita keluarkan peluh. Senaman tak semestinya di padang. Senaman secara baring pun ada tau. Alang2 dah petang tu, sebelum atau selepas ke bazar, apa salahnya buat. Tak lama lepas tu, dah berbuka. Kan seronok. Syoknya!

6. BERSAHURLAH untuk tenaga.

Ada hikmahnya mengapa dalam sahur ini ada berkat. Maka, bersahurlah walau sekadar sebiji kurma dan secawan air sekalipun. Sahur ni macam sarapan juga tau. Ada orang kata, kalau dia sahur perut cepat lapar. Hahahaha. Saya dulu macam tu jugak. Tapi bila saya biasakan diri dengan sahur, lama2 seronok menikmati Ramadan.

Sekian sahaja perkongsian saya. Jika rasa nak share atau tag kengkawan silakan. Tak perlu minta izin pun. Kita sama-sama sebarkan ilmu di bulan mulia ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun kepada sesiapa sahaja yang mungkin pernah terasa hati, terkecil hati atau sebagainya dengan saya. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari dosa. Giiiituh.
Semoga Ramadan kali ini lebih baik buat kita semua. Salam Ramadan. 😊










jom kita all out berniaga Tupperware
Minggu nie special gift kat stokis yer..



No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH