Karipap dan Tauhu sumbat indon adalah kueh yang berteman roti canai.. di kala jam tak cecah 7 pagi.. abam singgah kat kedai mamak tepi jalan sebelah caltex di PJ nie. memang penuh orang makan sini. katanya memang hot sport. ada yang bawak anak sekolah dan ramai jugak yang sarapan nasi lemak dan roti canai kat sini. pendek kata.. meja pasti akan berkongsi 2-3 orang yg tak kenal dalam satu masa dan orang silih berganti macam nak cepat ke tempat kerja.
.
sebelah abam nie ada seorang pakcik dalam lingkungan umur 60an. pakai topi security.. mendengar dia bercerita.. abam jadi pilu jugak sebab mengenangkan ayah abam dulu pun pengawal dan masa usia dia 60 tahun pun dia masih bekerja. Bayangkan kudrat dia pun dah goyang dan kena bangun pagi dan berjaga malam. itulah pengorbanan ayah dengan tujuan kelangsungan hidup anak anak dan keluarga. mujur ada anak anak yang kemudian menyara ayah balik dan tepat pada masanya ayah ada anak ramai. jadi.. sekarang dia buat collection pelaburan je dari anak anak yang ikhlas nak bagi. dia ada pencen dari sumber anak anak.
.
Abam dapat bayangkan kalau abam tua nanti.. dah la abam tak ada anak.. jodoh tak sampai sampai sebab tayar kete pancit dalam perjalanan nak bertemu.. itu lah sampai sekarang membujang. kalau abam masih tak ada financial yang kukuh.. gasak abam.. sapa nak sara abam nanti. takkan nak g umah orang tua. anak sedara boleh ke harap?.. memang abam kena ada duit yang banyak utk bayar orang bela abam sampai sisa usia terakhir.. abam redha tak berjodoh.. nak buat macam mana.. tak melekat lekat.. dan abam hidup sorang sorang aja. bayangkan kalau abam dah 60an nanti. dengan duit tak ada dan sapa nak bagi makan.. OMG.. subhanallah.. pastinya abam akan terkapai kapai nanti.. mintak jauh.
.
moral of the story.. masa tengah kuat mencanak tenaga nie.. masih kuat bekerja.. abam nak teruskan usaha mencari jodoh dan mencari duit sebanyak mungkin untuk bekalan hari tua abam. seriau plak nak kerja masa umur dah 60 tahun. lutut pun dah longgar.. nunggu masa nak di talkin je rasanya.. abam nak freedom dari segi financial dan nak tenang utk bertemu pencipta jika di takdirkan ajal diusia tua nanti. abam nak relax dan nak fokus dalam persiapan kesana. start dah kena start dah.. skrg pun dah rasa tua dah. entah esok lusa dah “masuk dalam”.. ajal tak kira usia.. bersiaplah duhai syam
.
abam dengan ini dapat semangat nak kerja kuat lagi dan nak bantu ramai orang utk freedom financial dia. tak nak ada hutang sana sini. buat bisness fokus pada 1-2 bisness sahaja dan cipta kekayaan diusia muda ini. kira muda lah masih 30an.. Jom lah sama sama niga Tupperware..
.
Kalau abam pun boleh jual.. takkan korang tak boleh. alasan apa lagi nak bagi. semuanya sebab malas !! korang nak membuta je pepagi sampai petang baru bangun. kalau duit masuk masa tidur tak per.. ini.. tidur pun tak tenang.. kalau rajin berusaha.. apa pun boleh berjaya.. ini pesanan pedas utk diri sendiri jugak taw.. biar nanti tidur dalam iman.. dan kita dapat beri sumbangan kat mak ayah dan family member dengan bekalan duit yang kita ada utk buat kenduri arwah nanti. orang kata.. bekerja macam hidup 1000 tahun dan beribat macam akhir hidup esok hari.. jom kerja..
.
#sarapanpagi
#muhasabahdiri
#renungdiri
No comments:
Post a Comment