IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Thursday, April 18, 2019

Tips Posting Iklan di media sosial yang berkesan dalam sales

Assalammualaikum dan salam jumaat.








.
Ramai sekali pakcik lihat antara kita main sedap je nak post iklan. Waktu nya adakalanya tak berapa kena dengan iklan tu. 
.
Cuba lihat iklan McD dan KFC diputarkan di TV jam berapa?. Mereka akan muncul waktu tertenti sahaja iaitu ketika orang sedang lapar dan kajian menunjukkan waktu “dinner time” sekitar 7.30 -9.00 mlm. Waktu itu kehidupan kita akan dihantui dengan iklan yang sedap seolah olah akan terus call dan buat penghantaran kerumah. Ini bermakna, iklan itu sangat sesuai masa dan menyentuh emosi pembeli. Jadi, pakcik nak kongsikan waktu waktu nya kita boleh iklankan post niaga Tupperware untuk dapat sasaran.

Ini pakcik SHARE apa yang pakcik buat setiap hari. 5 waktu untuk post iklan yang sesuai.
.

#1 : Jam 7-9 pagi
- pembuka hari ini adalah lebih bersifat post “Awareness”. Biasanya bersifat menerangkan produk sahaja. Jarang dapat jualan namun posting ini memberi makna. Apabila semakin ramai yang tahu tentang produk, ia memudahkan posting iklan selepas itu. Post iklan pagi pagi ini lebih santai dan pakcik suka untuk buat perkongsian video agar prospek yang sedang OTW ke tempat kerja akan terus pasang video dan dengar pakcik membebel dalam kesesakan lalu lintas yang mereka harungi.


#2 : 12tghari -2 ptg
- waktu ini anda perlu ada posting bersifat “rasional dan relevent”. Ayat copy writting lebih bersifat hard sell dan kalau boleh elakkan posting berbentuk story telling kerana kemungkinan prospek tak kuasa nak baca masa masa yang urgent untuk mereka makan. Masa ini posting katalog dan gambar gambar cantik serta Video tentang cara penggunaan Tupperware akan menjadi satu hiburan kepada mereka. Tak perlu lama lama, video cerita “WOW” tupperware yang kita nak jual tu sehingga mereka akan rasa perlu beli dan tak berfikir panjang untuk menekan butang LINK whats app seterusnya terus interaksi dan enggagement berlaku. Jualan akan berlaku bila ada CTA yang urgency.

#3 : 5-7 ptg
- waktu ini mood paling best adalah balik rumah dan mood nak berehat dan mood lepas dari kesengsaraan nak kerja. Inilah masanya untuk kita buat sesuatu posting yang lebih kepada “tawaran jualan special”. Dalam posting ini pakcik sarankan anda buat pakej jualan contohnya “combo hamper” dan juga buat sesuatu yang menguntungkan prospek. Kalau ada sedikit kerajinan boleh start buat Story telling yang bersifat “success story”. Tak kira buat kisah diri sendiri atau tentang orang lain. Asalkan ia memberi inspirasi kepada prospek. Dieelakkan juga u olz nak start membawang dan meroyan tak tentu pasal. Petang inilah mereka akan tercabar diri dan terbakar bila tengok testimoni yang anda fokus. Kalau boleh biarlah terdiri dari downline u olz yang ada sedikit kejayaan. Contoh, sis A ini dapat 2 RITA dan start pergi stokis. Itu akan memberikan cabaran pada mereka.

#4 : 9-10 mlm
- waktu santai selepas perut dah kenyang dan kebanyakkan prospek bersidai depan TV menonton drama #NUR2 , anda masuk jarum membuat posting yang ringan namun memberi impak tinggi. KUIZ dan contest boleh juga buat dan pakcik selalu suka buat LIVE waktu ini dan get close dengan team pakcik melalui class online. Masa ini adalah waktu paling sesuai untuk mereka tambah ilmu sebelum mereka tidur. Posting yang berbentuk happy happy akan buatkan prospek rasa tak stress. Namun, anda perlu berikan input berguna tentang strategi dan teknik yang ringkas namun berkesan. Jangan sesekali buat ceramah berejam. Buat yang sweet sahaja dan bagi homework.

#5- 11 mlm -1 pagi
- waktu ini adalah sangat sesuai strategi burung hantu dan kelawar dikeluarkan. Posting untuk mencari agen jualan sangat sesuai diwaktu ini kerana kebanyakkan prospek waktu ini sedang menggunakan encik google untuk menyelam mencari peluang menambah pendapatan dan ini peluang anda nak masuk jarum. Pakcik selalu buat offer untuk join dan perjelaskan apa yang kita boleh bantu mereka. Bila mereka nampak apa yang boleh kita bantu. Ibarat manifesto, undian pasti akan kepada kita dan seterusnya malam itu juga prospek akan hubungi dan masuk jadi RITA kita. Mereka membuak buak semangat bila kita bagi profile kita yang buat kita akan masuk dalam mimpi mereka. Best kan.
.
Semoga perkongsian pakcik ini akan memanfaat siapa sahaja yang membaca sehingga titisan terakhir ini. Mohon juga untuk #SHARE untuk manfaat orang lain ya.
.
Salam jumaat yang berkat
.
Syamputra Razali
#Pakciktupperware

~ masa adalah harta 

No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH