IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Tuesday, December 3, 2019

Berapa gaji anda yang suri rumah ?

Bila sebut tentang mak @ ibu, semua pasti akan teringatkan mak kita yang rata rata memilih untuk menjadi suri rumah sebagai pekerjaannya. Ye lah kan, kalau dah anak bertambah lebih 3 oranng, kos nak menghantar kepada rumah pengasuh dah mencecah kepada ratusan ringgit. Pakcik sendiri memang tak memahami sebab tak pernah ada pengalaman begitu, namun pakcik menyelami perasaan suri rumah diluar sana yang memang terpaksa berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa.

Memang orang kata suri rumah ini kerjanya mudah sangat , itulah yang masyarakat tak faham. Memang betul, surirumah ini hanya duduk di rumah dan ‘TIDAK BEKERJA’ secara rasminya dengan majikan. Bila tak kerja, tak dapat duit. Bila tak dapat duit, surirumah dianggap tidak menyumbang kepada ekonomi keluarga. Ramai suri rumah yang whats app pakcik dan mengatakan sebab mereka nak join bisnes Tupperware dengan pakcik sebab nak :

1. Bantu suami dan tambah pendapatan keluarga
2. Bantu beli keperluaan sekolah anak
3. Ada duit extra untuk aksesori diri sendiri macam bedak dan seangkatan dengan kosmetik kecantikkan juga pakaian baik luar dan dalam

Sebenarnya, pakcik dapat agak, mereka juga mahukan poket money dan extra duit yang suami beli. Rata rata memang tak cukup duit yang suami bagi. Paling menyedihkan, ada suami yang TAK BAGI LANGSUNG duit poket kat isteri. Semua pakai yang lama, suami anggap isteri tak perlu melaram dalam rumah. Keluar pun sekali sekala. Suami dah tak nampak isteri seperti ratu permaisuri sebelum dinikahi. Suami tak faham, isteri perlu berdandan untuk sajian kecantikan kepada suami juga.
Menurut tinjauan Salary dot com, seorang ibu surirumah sekurang-kurangnya memegang 10 peranan dalam sebuah keluarga. Banyakkan kerja suri rumah tu woiii.

Pakcik jenuh juga memikirkan peranan yang terlalu banyak dan antaranya peranan tersebut termasuklah seorang guru, pengasuh anak, pengurus, tukang masak, pencuci & pembersih rumah, pemandu, dan sebagainya. Semua ini memerlukan kemahiran yang berbeza dan sudah pasti ia bukannya mudah untuk dilakukan secara konsisten setiap hari. Oleh sebab itu, pakar berpendapat bahawa masa yang diluangkan beserta kemahiran yang mereka miliki ini sebenarnya melayakkan mereka menerima sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Bahkan, bergantung pada pelbagai lagi kerja-kerja extra yang mereka lakukan, ‘gaji’ seorang surirumah boleh mencecah USD 115,000 setahun , iaitu sekitar RM 30,000 sebulan. Itu tak lagi melunaskan nafkah kepada suami lagi. Ohhh itulah kerja suri rumah ni.

Mengikut laporan itu lagi, para ibu surirumah meluangkan sekurang-kurangnya 97 jam seminggu untuk melakukan pelbagai kerja – malah mereka sentiasa on call dan tak pernah mempunyai hari cuti walaupun sakit atau perlu menyelesaikan urusan tertentu. Kita boleh lihat sendiri situasi yang selalu berlaku, dalam keadaan terdesak ibu tetap membawa anak-anak kecil untuk membeli keperluan rumah, pergi check-up mengandung, atau menyelesaikan urusan tertentu di pejabat-pejabat awam. Walaupun nampak biasa, tapi hanya seorang ibu yang tahu rasa ‘macam baru balik berperang’ setiap kali sampai di rumah.

Walaupun ibu tengah sakit, anak-anak biasanya tetap mahukan ibu untuk layankan mereka, temankan mereka, dan buatkan macam-macam untuk mereka walaupun si ayah tengah relaks tengok TV dan minum kopi di depan. Selain itu, kerja yang dilakukan seorang surirumah juga sangat rapi dan sentiasa menepati citarasa setiap ahli keluarga dalam rumah. Bayangkan kalau kita upah orang lain untuk lipat baju, memasak, tuisyen, dan sebagainya. Tentu rasa ‘lain macam’ kan? Ini kerana cara mereka buat kerja tak sama dengan apa yang kita dah biasa.

Dalam hal memasak contohnya, ibu lebih tahu apa yang anaknya suka makan, apa yang nak diasingkan, bagaimana ia patut dihidangkan. Cuba kalau kita minta macam-macam masa order di warung, ada masa dia nak layan semua request macam tu? Begitu juga halnya dalam bab-bab lain seperti menguruskan rumah. Semuanya serba rapi dan sistematik untuk semua. Patutlah kalau ada apa-apa yang hilang, tanya saja dekat ibu. Mesti dia akan tahu!

Ternyata, memang banyak pekerjaan yang dilakukan oleh surirumah setiap hari. Malah, banyak masa yang telah dikorbankan termasuklah masa serta kehidupan sosial mereka sendiri. Semuanya semata-mata untuk berada di rumah dan menguruskan keperluan keluarga. Maka, para suami perlu cuba betulkan perspektif anda. Sebenarnya jika isteri anda seorang surirumah, anda telah menjimatkan wang beribu-ribu ringgit untuk mengupah orang lain melakukan SEMUA pekerjaan yang mereka lakukan sepanjang hari.

Sesuai dengan itu, elok sangatlah inisiatif kerajaan baru ini untuk mewujudkan KWSP sebagai tabung simpanan bagi surirumah. Ia bukan saja tanda penghargaan kepada ibu-ibu, sedikit sebanyak ia juga dapat meringankan beban sekiranya pasangan mereka ‘lupa’ menabung untuk ‘hari persaraan’ isteri tercinta. Kalau tak dapat bagi macam-macam sekarang, sekurang-kurangnya tetap ada simpanan di masa depan.

Jadi, moral of the story, kepada suami diluar sana, hargailah sumbangan suri rumah dengan memberi gaji kepada isteri. Kalau suami tak mampu nak beri, izinkanlah isteri buat bisness online dari rumah dan jana pendapatan dari rumah. Sepatutnya Suami kena menyedari tentang tanggungjawab isteri yang sangat berat dipikul dan suami perlu prihatin untuk menghargai isteri dengan memberi reward sebagai gaji kepada isteri. Namun begitu, isteri pun dalam ghairah dapat banyak income hasil niaga online, tanggungjawab sebagai isteri harus disempurnakan ya. Pesan berpesan , ingat mengingat.

Syamputra Razali
* mencari siti khatijah

P/s : Kepada suri rumah diluar sana yang ada perasaan dan keinginan nak ada duit poket sendiri. Hanya buat kerja dari rumah sahaja dan insyallah boleh jana pendapatan. Boleh hubungi pakcik ya. Training secara online di group whats app diberikan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH