IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Wednesday, December 18, 2019

Kisah Pakcik Tupperware dengan anak muda makan nasi lauk telur sahaja

BERAPA CIK ?
- tanya anak muda berusia lingkungan 20-22 tahun kepada kakak kedai makan tu.

ABANG TU DAH BAYAR
- kedengaran suara kakak kedai makan itu bercakap dengan budak itu sambil muncung mulotnya menunjukkan kepada pakcik yang sedang cat walk jalan ke motor.

Lalu budak itu menoleh dan ibarat drama hindustan, dia juga menoleh dan merenung pakcik dan terus dia mengukirkan senyuman. Manis dan terpancar keikhlasan senyuman itu.

Pakcik dari jauh yang mana sedang berlalu mencari motor yang pakcik parking dibawah pokok.

Sebenarnya, masa pakcik sama sama makan, dia disebelah pakcik. Pakcik datang dulu dan kemudian dia menyusul.

Nasi yang dia ambil menimbul dan menggunung bak gunung. Kemudian dalam hati pakcik

Masyallah, banyaknya dia makan nasi. Pakcik pun lantas menyuap makanan yang pakcik ambil. Nasi seperti 1 senduk, ada ayam goreng, begedil, paru sambal, sayur kangkung, kentang dan tempe. Memang meriah pinggan pakcik penuh dengan lauk pauk dan sesuai dengan perut pakcik yang sedang lapar.

Memang pakcik bab makan nie memang pakcik ikut selera tekak nasi memang ambil segenggam. Tapi lauk 3-4 jenis selagi boleh ditaruk didalam pinggan. Kalau jenis yang berkuah macam asam pedas atau gulai patin pakcik memang akan ada extra mangkuk. Pakcik main ambil sahaja dan kemudian tak kisah lah dia nak kira berapa. Asalkan dapat memuaskan keinginan nafsu makan pakcik.

Sedang pakcik elok menguap makanan dengan begitu berselera. Budak yang mengambil
Nasi segunung banyak tu duduk diaebelah pakcik dan meletakkan pinggan yang penuh dengan nasi dan kuah kari. Diatas nasi ada satu bijik telok mata kerbau yang diletakkan kicap. Itu sahaja !

Memang terbayang dan terimbas 30 tahun lepas sewaktu kami adik beradik makan dirumah seminggu sebelum ayah dapat gaji, memang juadah itu yang pakcik telan. Kombinasi nasi + telor goreng + kicap adalah menu yang tak boleh ditolak. Pakcik suka juga jadikan minyak ikan sebagai kuah dan rasanya sedap sangat.

Mak pakcik hidangkan menu itu kepada 8 anaknya dan pakcik memang tak pernah terfikir pun nak merungut. Sebab pakcik masa tu rasa itulah menu yang terbaik mak boleh bagi sebab nak dapatkan nasi pun kena pinjam secupak dengan jiran.

Untung mak tak buat bubur nasi dan letak susu cair. Ada jugak telor, masa tu memang pakcik tak pernah terfikir nak cakap apa apa sebab asyik menanti tanggal 23 @ 24 haribulan sebab masa tu ayah dapat gaji dan akan pulang dengan seekor ayam untuk dimasak.

Masyallah, itulah detik paling indah sekali sebulan makan ayam goreng seketul tengah hari dan seketul malam. Bergaduh jugak kalau ada yang curi atau cubit ayam. Selalunya abang pakcik yang nakal sangat rembat ayam yang mak sorok dala lemari atau tong beras.

Ternganga kejap pakcik mengimbas saat lalu dan melihat budak ini yang sedang makan dengan air kosong. Rasa segan plak pakcik makan dengan lauk penuh sepinggan dan dia makan dengan telor. Pakcik dapat rasakan yang budak ini masih belajar dan dia tak cukup budget nak beli makanan.

Merenung dia, pakcik bayangkan diri pakcik suatu masa dahulu dan mak selalu cakap “syukur, dapat jugak kita makan nasi dengan telor macam ini” dan sebab kata kata mak itu, pakcik jarang membazirkan makanan. Abis semua nasi dan sayur tersimpan dalam perut sebab pakcik teringat susahnya nak dapatkan sebijik nasi itu.

Itu sebab lah pakcik niat nak belanja Rm2.00 nasi dia tu. dengan RM2.00 pakcik tak akan jatuh miskin pun malah pakcik pulak yang segan sebab tak bagi dia ayam salam pinggan pakcik tu. kalau kenal, dah lama pakcik suruh dia isikan ayam seketul Kat dalam pinggan dia. Itu first time jumpa.

Ekor mata budak masih memandang pakcik yang sedang start motor dan pakcik hanya menganggukkan kepada sambil dalam hati cakap “semoga berjaya”

Syukur, dalam poket ada RM10. RM8.00 untuk nasi pakcik dan RM2.00 untuk dia.

Pakcik yakin, reseki yang ada didalam poket pakcik ini adalah reseki dia.

Sekian

Syukuri nikmat yang kita ada,

Syamputra Razali
P/s siapakah nama adik itu ?






No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH