Ini bacaa. Pakcik kat fb nora adila
Memang pakcik stalker fb dia dan banyak benda pakcik belajar. Tq sis
.
Ini dia punya tips
Stress adalah perkara biasa. Kita cuma perlu bijak menguruskan stress supaya tidak menjadi beban dalam hidup kita. Ini ada 10 tips menghilangkan stress.
1. Melukis dan mewarna
Ekspresikan emosi di dalam lukisan dan warna. Lukislah perasaan anda di atas canvas dan lihatah hasilnya nanti.
2. Urutan pada telinga
Mengurut pada telinga adalah cara melegakan stress yang baik. Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang. Caranya dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kawasan pada belakang telinga.
3. Telefon ibu anda
Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan. Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.
4. Menghidu epal
Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan. Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan
5. Beri ganjaran pada diri sendiri
Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda. Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk. Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.
Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru.
6. Lihat keindahan alam
Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda. Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda. Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.
Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat. Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.
Bercutilah jika ada bajet, tidak perlu mahal-mahal.
7. Letupkan belon
Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa. Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon. Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang. Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.
8. Letakkan pokok di atas meja anda
Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis. Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda. Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.
9. Makan makanan yang dapat menghilangkan tekanan
Mungkin ada dia antara anda yang tidak tahu kewujudan makanan yang dapat menghilangkan tekanan.
Cuba ambil asparagus, avokado, telur, ikan salmon, susu, badam, buah oren, bayam, labu, mangga, dark chocolate dan oatmeal. Kebanyakan makanan ini memberikan anda vitamin yang berguna dan protein, omega-3, vitamin C, B2 dan E dan boleh memberikan kesan yang menenangkan.
10. Solat
Semua orang tahu, solat itu menenangkan. Tapi berapa ramai yang betul-betul solat kalau dalam keadaan stress?
Kalau sampai pejabat di pagi hari, cuba solat dhuha dahulu. Selesai solat dhuha, baru sambung buat kerja. Jadikan ia satu kebiasaan.
Jika waktu malam, cuba amalkan solat tahajjud tatkala semua orang sedang tidur. Berkomunikasilah dengan Allah, curahkan apa yang ada dalam hati anda.
Boleh cuba semua tips di atas ya?
Kalau stress jangan fokus pada stress. Tapi fokus kepada apa perkara yang boleh buat kita gembira ok? Silakan SHARE supaya lebih ramai yang dapat manfaat 😊
No comments:
Post a Comment