IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Sunday, June 2, 2019

Soalan lazim hari raya : cepu emas

Jika ditanya soalan ini, jawablah begini:

1. Soalan: Bila mahu berkahwin?

Jawapan: Bila sampai jodohnya makcik / pakcik. Kalau makcik / pakcik ada yang kenal, tolonglah saya.

2. Soalan: Bila nak dapat anak?

Jawapan: Susah nak jawab tu makcik. Saya dan suami / isteri tak pernah putus asa nak dapatkan zuriat. Doakan kami juga.

3. Soalan: Bila nak tambah anak?

Jawapan: Susah juga soalan yang ini. Ikut hati nak setiap tahun makcik / pakcik, namun itulah, rezeki tu Allah yang beri.

4. Soalan: Bila nak tukar kereta? Setiap tahun kereta sama ja.

Jawapan: Bila ada rezeki, kami tukarlah. Yang sekarang ni dah ok dah untuk kami sekeluarga.

5. Soalan: Bila nak datang rumah makcik?

Jawapan: Kalau makcik ajak, sekarang kami datang!

*****

Saya antara yang selalu kena nombor 2 dan 3. Dulu, 6 tahun juga nak dapat anak pertama. Walau beberapa kali isteri keguguran, termasuk kemalangan yang menyebabkan rahim isteri terbalik.

Namun perkara tersebut tak larat kami nak jawab setiap kali raya. Siap ada yang perli orang rumah “merancang beriya, jenis tak nak anak, orang kaya sibuk merancang.” Dan sebagainya.

Dan kami berdua layankan sahaja semua soalan dan perli tersebut.

Tahun lepas, pernah seorang kakak ini bertanya saya bila nak tambah anak. Saya pun jawab, “kalaulah semudah membeli ikan di pasar, saya nak setiap hari kak seorang anak keluar dari rahim isteri saya.”

Kemudian dia jawab balik, “awak tu yang malas nak buat anak, orang malas takkan Tuhan bagi.”

Saya jawab balik, “mehlah kak nak try malas ke tak.”

Jawapan saya itu akhirnya jadi bergaduh dan bermasam muka laki bini sampai ke hari ini. Dan walaupun ayat dia jahat, ayat dia kasar, namun kita tetap tak boleh jawab begitu. Kalau tak, kita sama sahaja dengan mereka.

*****

Anak saya dah masuk 7 tahun, tahun ini, kami terus berusaha nak tambah anak lagi walaupun di media sosial pun boleh tahan orang perli begitu begini. Namun saya dah boleh senyum dengan semua soalan di atas.

Kalau makcik pakcik yang bertanya, saya faham, mereka ini sebaya emak ayah saya. Boleh jadi selalu tak faham dan sekadar nak ajak bersembang sahaja. Memang ya, emak ayah kita pun selalu tanya soalan sama,

Dan kahwin?
Berapa orang anak?
1 je?
2 je?
Kenapa tak tambah?

Mereka tak terfikir pun hati anak-anak yang struggle ada masalah tentang nak dapatkan zuriat. Yang mereka tahu, sekadar nak bersembang. Tak ada niat pun nak sakitkan hati kita.

Jadi kami jawab sahajalah baik-baik. Lambat laun, mereka akan faham sendiri.

Kalau saya jawab dengan kasar, saya akan berhadapan dengan suasana tak ok sepanjang raya dan setiap raya. Ini sangat tak best.

Nak raya, kena aman. Dan ia bermula dari hati kita semua.

Kawan-kawan, kita hanya boleh kawal diri kita. Kita tak boleh kawal mulut makcik pakcik sepupu semua. Hari ini media sosial dan media perdana duk ajar kita ini bersikap kurang ajar dengan orang tua, dengan memberi cadangan jawapan seperti:

Bila nak mati?
Bila nak pergi?
Kau bila nak mampos?

Dan sebagainya. Namun semua itu bukanlah dari ajaran agama kita semua. Sebagai emak ayah, tolonglah tak sokong semua jawapan biadab tersebut.

Layan orang tua yang menjengkelkan dengan kemurahan hati, Allah akan balas kalian dengan sebaik-baik balasan.

Ya hati kita sakit. Namun kesakitan itu ada banyak pahalanya jika kita sabar dan balas dengan keramahan budi.

Saya suka ada makcik kecoh begitu, sekarang 13 tahun kahwin, mereka ini sudah semakin berumur, dan hari ini juga mereka rindukan sangat nak berjumpa anak-anak saudara mereka.

Kawan-kawan,

Makcik pakcik ini yang duk layan kita masa kita bayi, masa kita kecil dulu. Sama macam kita layan anak-anak saudara kita.

Mereka pernah jadi jantung hati kita. Kita didukungnya, dicium beriya. Apabila kita dah dewasa, mereka cuba bergurau, mereka cuba bersembang, cuma, kadang-kadang salah gayanya.

Namun sebagai anak ( walau anak saudara), layanlah semula baik-baik. Tak perlu biadap dan banyak-banyaklah bersabar.

Orang yang sabar semasa muda, boleh jadi dia juga dapat bersabar semasa tua. Semoga kita tak buat begitu kepada sesiapa pula nanti.

Ingat kawan, kalau kita balas seperti mereka buat kepada kita, kita sama sahaja dengan mereka. Balaslah dengan kebaikan.

Allah melihat, dan kita yang putuskan sama ada kita terima kasih sayang atau bencana.


Artikel diatas pakcik copy dari fb khairul hakimin.











No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH