IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Friday, September 13, 2019

Kita mampu lakukan lebih apa yang kita mampu

BELAJAR TENTANG MINDA KITA
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Pakcik pertama kali melihat ice berg ini memang pakcik bagaikan tersedar tentang minda kita. Kita sebenarnya menggunakan 1/10 dari minda kita untuk berfikir. Kita tidak meneroka dan menggunakan sepenuhnya kuasa minda kita. Kita hanya follow secara separuh sedar sahaja.

Minda separa sedar selalu kita gunakan. Kepercayaan kita, kemahiran kita, pengalaman kita dan apa sahaja maklumat yang sudah kuat dan sebati dalam diri dan minda adalah separa digunakan bagaikan tidak perlukan arahan. Contohnya sambil berjalan tanpa berfikir kita boleh pulang kerumah. Itulah dia minda separa sedar ibarat iceberg (bongkah ais) – yang keras dan kukuh di bawahnya. Itulah yang kita tak teroka.

Minda sedar pula berperanan sebagai penapis dan tempat proses maklumat sebelum sesuatu perkara itu disimpan di dalam minda separa sedar.

Jom kita lihat diri kita sendiri sebagai contoh, aktiviti memberus gigi. Oleh kerana aktiviti ini telah diajar kepada kita sewaktu kecil lagi, maka ia sudah sebati di dalam diri. Dan apabila sesuatu aktiviti itu sudah kita ‘biasa’ atau mahir, ia sudah tersimpan di dalam minda separa sedar. Minda Sedar kita telah bekerja sewaktu ‘ilmu’ memberus gigi itu diajar kepada kita.

Ia bukan soal susah atau senang, tetapi adakah ia telah diserap masuk ke dalam minda separa sedar?. Jika ia sudah masuk, maka secara automatik akan menjadi sesuatu yang mudah.

Contoh lagi, Ecah seorang pembuat roti, kerja beliau seharian adalah mengadun, menguli dan membakar roti. Contoh lain Kak Deb pula seorang suri rumah yang baru sahaja mahu cuba-cuba membuat roti untuk anak-anaknya. Proses membuat roti adalah sama, ‘senang’ bagi Ecah tetapi ‘susah’ buat Kak Deb

Mengapa? Kerana di dalam minda separa sedar Ecah sudah tersimpan ‘proses membuat roti dari A-Z’, manakala Kak deb pula masih menggunakan minda sedarnya untuk proses dan menapis maklumat membuat roti.

Oklah, pakcik nak merumuskan..

Seperti proses membuat roti diatas, berniaga Tupperwarejuga adalah satu jenis gabungan kemahiran. Kemahiran yang merangkumi proses membuat jualan, analisis pasaran, seni-seni melayan pelanggan, merangka dan merancang keluar masuk untung rugi, menambah nilai dan lain-lain lagi.

Peniaga / agen jualan Tupperware yang baru perlu banyak menggunakan minda aktif atau minda sedar dengan menggali sebanyak mungkin ilmu dan mencuba kaedah-kaedah yang telah dipelajari itu.

Terlalu banyak input dan ilmu yang perlu diserap. Dan ilmu yang telah dipraktikkan akan lebih mudah diserap minda separa sedar. Pakcik ringkaskan ilmu dan kemahiran berniaga yang perlu dikuasai dahulu sebagai asas membina sebuah perniagaan.

☂️Ilmu dan kemahiran membuat jualan (sales)
☂️Seni-seni melayan kehendak dan pertanyaan pelanggan (customer service)
☂️Merancang untung rugi sesuatu projek (cash flow)
☂️Terpulang samada mahu ‘mencuba’ sendiri kemahiran yang ingin dipelajari atau bekerja dengan syarikat orang lain untuk membina mana-mana kemahiran diatas.

Baiklah, balik kepada minda separa sedar tadi. Antara perkara yang sangat penting untuk menjadikan sesuatu kemahiran itu terserap masuk ke dalam minda separa sedar adalah kita perlu jelas dengan apa yang dipelajari itu.

Semakin kita jelas dan biasa, maka ia akan semakin cepat terserap masuk ke dalam minda separa sedar. Pakcik ringkaskan, gunakan ketiga-tiga elemen ini apabila membuat sesuatu pekerjaan,

❤️Fikiran (untuk logical)
❤️Hati (untuk kepercayaan)
❤️Fizikal (untuk aktiviti)

Jadi, pakcik gunakan akal fikiran untuk berfikir yang logik akal, kemudian gunakan mata hati untuk raih kepercayaan dan pakcik gunakan fizikal untuk action atau tindakan.

Jom. Teroka apa yang kita tak
Mampu pada dasarnya tetapi kita sebenarnya lebih dari apa yang kita sangka

Selamat malam semua kawan kawan pakcik.

Salam sayang.

Syamputra Razali

** tidur dengan senyuman

No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH