IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2025; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2025, Jualan Tupperware murah

Jumaat, 13 September 2019

Ulangtahun 10 tahun pakcik dan tupperware

Soalan Kepada Pakcik Hari Ini

Soalan :
“Pakcik.. Kalau kita buat bisnes, tapi bisnes yang kita buat tu rasa susah sangat. Adakah kita perlu tukar bisnes atau teruskan je untuk tempoh percubaan ataupun apa? “ Saya buntu.. - Kak Ros (Ampang)

Penjelasan pakcik
- Soalan ini pakcik sendiri pernah bertanya kepada diri pakcik suatu ketika dulu sewakyu hampir give up nak jual Tupperware. Ye lah, siapa nak yakin dengan lelaki jual tupperware? Siapa berani bank in duit dekat lelaki yang baru lagi dalam bisnes Tupperware.

Difikirkan customer pasti akan tergambar “scammer” pakcik sendiri tak heran soalan ini soalan faverote ramai orang. Ada yang bertanya pakcik soalan ni dan kesian pakcik lihat dia. Dah serabut sangat.

Sebenarnya, apakah sebab sesuatu perniagaan tak bertahan?

Kerana ramai org suka tukar bisnes dari tukar strategi.

Sebenarnya semua bisnes boleh dijual.. yg ada cuma penjual tak pandai menjual. Penjual tak UPTODATE trend menjual semasa dan terkini.

Mereka terus dengan alasan
- tak pandai lah
- dah tua la
- tak tahu lah

Sehingga alasan itu jadi titik hitam dihati mereka.  Pakcik sendiri melalui fasa fasa gelap apabila bergelumang dalam bisnes Tupperware ini. Tetapi utk keluar begitu sahaja dari bisnes ini pakcik melihat testimoni orang yang berjaya. Mereka bangkit dari kegagalan dan mencipta kejayaan.

Memang begitu adat berniaga. Pakcik pegang keyakinan pada jenama Tupperware itu sendiri yang betul betul kuat dan mengghnakan semua bakat dan kemahiran yang pakcik ada. Kalau skill itu pakcik lemah, pakcik asah dan korbankan masa riang ria untuk suburkan ilmu didada. Sehingga satu tahap pakcik seperti kelaparab ketagih ilmu.

Pakcik masih menjual produk yg sama dari 10 tahun dahulu. Syarikat nak pelbagaikan produk dan pakcik rasa inilah titik tolak bertahan dan syukur komisen pakcik tak pernah surut dan terus bertahan dan pakcik bangga dengan diri pakcik dan kawan kawan yang bertahan dalam bisnes Tupperware ini kerana bisnes ini dapat mengubah hidup mereka dan mereka menjadi lebih ceria dan gembira sebab punya pendapatan sampingan yang luar biasa.

Jadi, bagi pakcik, perbaiki strategi dan perkemaskan apa yg perlu. Percayalah... ilmu itu luas hingga saat anda mula belajar. Anda akan rasa bodoh nya diri sendiri melakukan bisnes lain dengan cara yg sama . Ibarat seperti katak melompat.

Jadilah seperti helang, terbang dan melenarkan sayap.

JOM ubah cara dan ubah minda !!

Yang pernah bodoh,

Syamputra Razali
*Nikmatnya 10 tahun bersama Tupperware


Kita mampu lakukan lebih apa yang kita mampu

BELAJAR TENTANG MINDA KITA
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Pakcik pertama kali melihat ice berg ini memang pakcik bagaikan tersedar tentang minda kita. Kita sebenarnya menggunakan 1/10 dari minda kita untuk berfikir. Kita tidak meneroka dan menggunakan sepenuhnya kuasa minda kita. Kita hanya follow secara separuh sedar sahaja.

Minda separa sedar selalu kita gunakan. Kepercayaan kita, kemahiran kita, pengalaman kita dan apa sahaja maklumat yang sudah kuat dan sebati dalam diri dan minda adalah separa digunakan bagaikan tidak perlukan arahan. Contohnya sambil berjalan tanpa berfikir kita boleh pulang kerumah. Itulah dia minda separa sedar ibarat iceberg (bongkah ais) – yang keras dan kukuh di bawahnya. Itulah yang kita tak teroka.

Minda sedar pula berperanan sebagai penapis dan tempat proses maklumat sebelum sesuatu perkara itu disimpan di dalam minda separa sedar.

Jom kita lihat diri kita sendiri sebagai contoh, aktiviti memberus gigi. Oleh kerana aktiviti ini telah diajar kepada kita sewaktu kecil lagi, maka ia sudah sebati di dalam diri. Dan apabila sesuatu aktiviti itu sudah kita ‘biasa’ atau mahir, ia sudah tersimpan di dalam minda separa sedar. Minda Sedar kita telah bekerja sewaktu ‘ilmu’ memberus gigi itu diajar kepada kita.

Ia bukan soal susah atau senang, tetapi adakah ia telah diserap masuk ke dalam minda separa sedar?. Jika ia sudah masuk, maka secara automatik akan menjadi sesuatu yang mudah.

Contoh lagi, Ecah seorang pembuat roti, kerja beliau seharian adalah mengadun, menguli dan membakar roti. Contoh lain Kak Deb pula seorang suri rumah yang baru sahaja mahu cuba-cuba membuat roti untuk anak-anaknya. Proses membuat roti adalah sama, ‘senang’ bagi Ecah tetapi ‘susah’ buat Kak Deb

Mengapa? Kerana di dalam minda separa sedar Ecah sudah tersimpan ‘proses membuat roti dari A-Z’, manakala Kak deb pula masih menggunakan minda sedarnya untuk proses dan menapis maklumat membuat roti.

Oklah, pakcik nak merumuskan..

Seperti proses membuat roti diatas, berniaga Tupperwarejuga adalah satu jenis gabungan kemahiran. Kemahiran yang merangkumi proses membuat jualan, analisis pasaran, seni-seni melayan pelanggan, merangka dan merancang keluar masuk untung rugi, menambah nilai dan lain-lain lagi.

Peniaga / agen jualan Tupperware yang baru perlu banyak menggunakan minda aktif atau minda sedar dengan menggali sebanyak mungkin ilmu dan mencuba kaedah-kaedah yang telah dipelajari itu.

Terlalu banyak input dan ilmu yang perlu diserap. Dan ilmu yang telah dipraktikkan akan lebih mudah diserap minda separa sedar. Pakcik ringkaskan ilmu dan kemahiran berniaga yang perlu dikuasai dahulu sebagai asas membina sebuah perniagaan.

☂️Ilmu dan kemahiran membuat jualan (sales)
☂️Seni-seni melayan kehendak dan pertanyaan pelanggan (customer service)
☂️Merancang untung rugi sesuatu projek (cash flow)
☂️Terpulang samada mahu ‘mencuba’ sendiri kemahiran yang ingin dipelajari atau bekerja dengan syarikat orang lain untuk membina mana-mana kemahiran diatas.

Baiklah, balik kepada minda separa sedar tadi. Antara perkara yang sangat penting untuk menjadikan sesuatu kemahiran itu terserap masuk ke dalam minda separa sedar adalah kita perlu jelas dengan apa yang dipelajari itu.

Semakin kita jelas dan biasa, maka ia akan semakin cepat terserap masuk ke dalam minda separa sedar. Pakcik ringkaskan, gunakan ketiga-tiga elemen ini apabila membuat sesuatu pekerjaan,

❤️Fikiran (untuk logical)
❤️Hati (untuk kepercayaan)
❤️Fizikal (untuk aktiviti)

Jadi, pakcik gunakan akal fikiran untuk berfikir yang logik akal, kemudian gunakan mata hati untuk raih kepercayaan dan pakcik gunakan fizikal untuk action atau tindakan.

Jom. Teroka apa yang kita tak
Mampu pada dasarnya tetapi kita sebenarnya lebih dari apa yang kita sangka

Selamat malam semua kawan kawan pakcik.

Salam sayang.

Syamputra Razali

** tidur dengan senyuman

Selasa, 10 September 2019

teknik menguasai Emosi paling mudah

Tony robbins (TR) beribu kali ulang ayat
"DONT TRUST YOUR FEELING. FEELING IS HALLUCINATIONS"

Hari ini pakcik nak share antara  7 point TR mengenai emosi. (Pakcik dah pendekkan ayat untuk mudah semua orang faham)

#1 - Informasi tanpa sebarang emosi tidak akan membuatkan kita bertindak.
#2 - Emosi yang bercelaru dan serabut pastinya menyekat tndakan kita.
#3 - setakat 'TAHU' takkan menyebabkan kita bertindak
#4 - Bila kita rasa tak best, tindakan kita juga akan tak best.
#5 - Nak rasa sayang? kita dulu kena beri kasih sayang
#6 - Jangan percaya pada rasa, sentiasa persoalkan apa yang kita rasa
#7 - Ikut rasa , binasa!

Apa perasaan anda bila baca semua nih? terlalu simple kan!

Terlalu simple sampai susah kita nak buat hehehehe

Sepanjang 4 hari bersama TR , emosi adalah kunci segala-galanya.

Sebab rasa Love , kita memaafkan
Sebab rasa Love, kita membenci
Sebab rasa Love, kita kasihan
Sebab rasa Love, kita marah.

Love pada anak, dia buat silap dan kita maafkan.
Love pada suami, perempuan lain kacau kita benci.
Love pada fakir miskin, tengok dia lapar kita kasihan.
Love pada kerja, tengok staff malas kita marah.

Semua berpunca dari LOVE.

TR share 1 pekara yang boleh buat kita ubah on the spot perasaaan kita dari marah,sedih, benci, kasihan kepada PEAK STATE which is love and energetic.

Bila berada dalam peak nih, semua yang kita plan, pasti mudah nak buat.

"MOTION CREATE EMOTION"

ye, sesimple ini . Hanya dengan pergerakan badan, perasaan dan emosi kita terus berubah.

Rasulullah SAW bersabda;
“Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.”
(hadis riwayat Muslim).

Terang-terang Rasullah dah beritahu kita akan hal ini.

Pakcik tupperware Ada Formula Luar Biasa Niaga Online

JAGA JAGA DENGAN PAKCIK TU..
————————
- Ada orang dok menyampaikan cerita orang tentang pakcik..
.
- Diorang suruh kita jaga jaga sebab katanya kalau pakcik pujuk rayu masuk ahli.. macam kena pukau.. terus nak sign up.. Pakcik tu bahaya..
.
- Kenapa lah korang takut ngan pakcik.. kalau korang nak masuk ahli.. alhamdulillah.. kalau sebaliknya.. pun alhamdulillah.. sebab beri peluang orang lain utk pakcik fokus dan spend time. almaklumlah.. pakcik akan fokus kat mereka yang betul betul fokus.. kalau dia masuk hari ini.. hangat hangat.. pastu ada hangat macam panasnya taik ayam.. pakcik akan cakap NEXT !! Pakcik nak spend time kat orang yang nak bantu diri dia.. dia mampu dan berani buat apa yang pakcik cadangkan.. tak lah susah sampai panjat gunung.. HOMEWORK pakcik dalam class belajar online.. simple je pun.. cuma pakcik dah tahu sebab apa ramai yang semangat tetibe dia DOWN dan terus pupus bagaikan pelangi selepas hujan.
.
Ini sebabnya..
1. Semangat Untuk di SUAP
- hampir 70% yang pakcik jumpa memang berkobar kobar dan akhirnya dia terus tak semangat bile dah hilang punca.. semua nak pakcik buat.. TOP up.. dan nak semua benda yang kena suap. Yang berjaya dan tahan lama dalam bisness ini memang jenis yang berdikari.. dia tahu apa yang dia patut buat. tak yah tunggu pakcik. pendek kat. dia anggap diri dia leader. orang macam ini senang kerja. sebab dia nampak dari mana punca nak buat duit tu..

2. Teguh sekejap.. esok dah lemau
- Lemau nie memangnya iman dalam niaga nie tak teguh. dia teguh sekejap.. pastu dah lemah longlai sebab dia penat bile strategi yang dia guna tak berjaya.. dia anggap sekali buat dah berjaya.. so, dia yang mula mula bersemangat tetibe bagaikan demam panas dan terus tak nak buat. pakcik juga pernah lemau dulu. tapi bile memikirkan ini sumber pendapatan pakcik.. pakcik memang stay dan terus kuat semangat.. always kuat semangat..

3. Arah tuju yang lurus dah bengkang bengkok sebab tak fokus
- Jenis orang macam ini sehari dia adalah lebih 25 jam.. orang lain ada 24 jam jer.. dia boleh jual macam macam.. tupperware dia jual.. koway dia jual.. huwaway dia jual.. kad touch n go utk highway pun dia jual.. semua jenis way way dia jual
. akhirnya dia mengeluh.. sebab yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.. pakcik dah meroket.. dia dah nangis dibucu katil sebab sana tak berjaya.. sini pun hambar.. padan muka !!

4. Dengar cakap orang
- jenis yang ini pulak suka dengar cakap orang.. “susah lah niaga tupperware sebab ramai dah jual”.. dia dengar dan terus dia pun tak nak buat. padahal yang cakap tu.. terus buat.. dia cakap nak saiko pesaing dia jer.. yang dengar cakap orang tu.. orang tu bagi nasi secupak ker?? yang kau dengar cakap orang tu.. kau miskin.. ada orang tolong ker.. so.. orang tu cakap.. tapi dia berjaya.. yang kau.. dengar orang cakap tak best.. kau down dan terus tak buat.. pakcik jugak yang untung.. sebab kata kata negetif memang pakcik persetan kan aja. dengar je orang cakap “negetif” pakcik terus nampak tanduk setan kat kepala orang tu. pakcik terus jauhkan diri..

5. Kuat Meroyan
- bab kuat meroyan nie memang tak boleh kemana manaz meroyan dan complain dah masak dengan perangai dia. semua salah dan semua benda tak betul. dia je betul..   pakcik pun tak kuasa nak melayan orang meroyan.. dia meroyan tak ada stok lah.. tak dapat jual lah.. so.. dalam dia meroyan tu.. pakcik akan cakap NEXT.. dan talk to my hand. malas nak layan orang kuat meroyan. mulot je bebel.. action tak ada..
.
Fuhhhh.. pakcik sedar atau tidak dah meroyan dah kat korang.. gigijnya korang baca..
.
So.. pakcik nak cakap. Cikgu pakcik tu nama dia shireen tan dan dia 9 kali dah dia champion di Malaysia TOP sales dan organisation.. dia pun orang biasa je.. bukan anak hartawan atau jutawan.. dia cakap macam ini “Ini business kita mahu untung.. u buat.. u akan untung.. u buat banyak.. u dapat banyak.. i lap u” macam tu lah dia ckp.. yang i lap u tu.. dia gurau gurau saja. mahu tak sayang.. sales pakcik dan #teampower je dah half million every month.. pakcik bukan ada stokis. pakcik buat pun part time.. tu la sebab nyer..
.
oklah.. pakcik pegang cakap dia.. u kena cari “NEW BLOOD” sebab itu patah akan tumbuh baru ooo.. jangan takder tumbuh baru.. nanti u yang susah ooo” lograt cina bukit nasihat anak melayu bujang. pakcik bangga dapat coching dari dia dab pakcik nak jugak share formula yang dia bagi kat pakcik. face to face lagi..
.
Hari ini walaupun cuti.. pakcik tak cuti taw. permulaan kalender ISLAM pakcik buka lembaran dengan kerja kuat.. Mahu hidup senang kena kerja KUAT ooo.
.
Terima Kasih sudi baca cerpen pakcik. Pakcik sangat menghargainya..
jom ke facebook pakcik - bit.ly/syamputra
.
012-3993947
🅿️🅰️🅺🅲🅸🅺 🆃🆄🅿️🅿️🅴🆁🆆🅰️🆁🅴

Daftar sekarang .. boleh Pm tepi pakcik

 www.wasap.my/60123993947/Dengan+Pakcik+Tupperware

 www.wasap.my/60123993947/Dengan+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Dengan+Pakcik+Tupperware
.
Jom Sertai Kami TEAM POWER
kami akan guide anda sehingga anda berjaya !!
hubungi #pakciktupperware
012-2993947
bit.ly/syamputra
.
🅿️🅰️🅺🅲🅸🅺 🆃🆄🅿️🅿️🅴🆁🆆🅰️🆁🅴
#ExtendAHand
#pakciktupperware
#tupperwaremalaysia
#syamputrarazali
#tupperwarebrandsmalaysia

Isnin, 9 September 2019

Kenapa Tupperware sangat sangat disukai orang ramai

Jom #SHARE untuk manfaat bersama

Ramai orang tahu Tupperware memang jenama yang dah menjadi satu sebutan manusia setiap hari.. apa sahaja bekas plastik dipanggil TUPPERWARE walaupun bekas plastik biasa.

Kebanyakkan orang dah menganggap Tupperware sebagai satu produk yang mana kualitinya tiada bandingan. Pakcik sering dengar emak emak marah anak anak sebab tercicirkan tupperware bekal yang dibawa ke sekolah. 

Ada juga peristiwa yang viral tentang pesakit di hospital yang mengamuk tupperwarenya hilang wal hal tupperware nya salah letak ditempat lain.

Penggunaan produk berbahan plastik ini bukan sebagai plastik makanan sahaja iaitu sebagai tempat makanan yang seringkali dihubungkan dengan berbagai masalah kesihatan yang menimpa manusia, seperti penyakit kanser dan gangguan reproduksi. 

Memang, tidak semua plastik menimbulkan kesan berbahaya bagi kesihatan tubuh. Oleh sebab itu, disinilah pentingnya untuk mengetahui mana produk plastik yang baik dan mana yang tidak.

Menurut The Green Guide, sebuah website dan majalah yang didedikasikan untuk greener living milik the National Geographic Society, produk plastik yang elok dan baik digunakan untuk pemakaian berulang adalah yang terbuat dari high-density polyethylene (HDPE atau plastik jenis 2), low-density polyethylene (LDPE atau plastik jenis 4) dan polipropilene (PP atau plastik jenis 5). Sebahagian besar produk Tupperware dibuat dari bahan LDPE dan PP (plastik jenis 4 dan 5). Bahan tersebut dianggap tidak berbahaya untuk digunakan sebagai bekas makanan dan dapat digunakan secara berulang ulang. Kesan cahaya dan kepanasan juga tidak memberikan kesan kepada tubuh badan. Jenuh jugak pakcik dengar ceramah kat kilang membuat Tupperware di Korea tahun 2013. Pakcik memang teruja bila boleh masuk kilang dan buat tour hampir 2 jam.

Banyak produk plastik yang dijual di pasar-pasar dan jenama yang lain, dengan jenis yang berbeza beza. Yang penting untuk Anda hindari adalah bekas plastik yang dibuat dari bahan polikarbonat (plastik jenis 7). Bekas plastik jenis 7 ini telah terbukti dapat melepaskan bahan kimia berbahaya– atau yang dikenal dengan hormone-disrupting chemical Bisphenol A (BPA)-ke dalam makanan setelah penggunaan berulang. Itulah puncanya..

Selain BPA, terdapat juga zat-zat kimia lain yang biasa ditemukan pada berbagai bekas plastik. Pakcik study sikit buku yang diberikan dan pakcik dapti plastik yang dibuat dari polietilen tereftalat (PET atau PETE, atau plastik jenis 1)-seperti pada botol minuman bersoda-tidak masalah jika digunakan hanya sekali pakai. Tetapi akan memberi kesan karsinogenik (bahaya) bila digunakan lebih dari sekali. Hal ini disebabkan oleh adanya pelepasan hormone-disrupting phthalates. Pening kan kalau baca. Pakcik pun pening.

Demikian pula dengan beberapa bekas plastik yang terbuat dari polivinil Klorida (PVC, atau plastik jenis 3). Bahan ini terbukti dapat melepaskan zat-zat kimia penyebab kanser. Selain itu, bekas plastik yang dibuat dari bahan polistirena (PS, atau plastik tipe 6, juga dikenal dengan nama Styrofoam), memiliki kesan yang sangat berbahaya bagi kesihatan. Kat Malaysia, memang dah diharamkan sebab kesan ia melekat pada makanan yang panas. 

Melalui baca pakcik, Styrene yang merupakan bahan dasar dari styrofoam dapat berinteraksi dengan kulit, mata, bahkan dapat menyebabkan gangguan pernafasan, depresi, efek kelelahan, gangguan ginjal, serta kerusakan sistem syaraf pusat. Pakcik rasa insaf terus bila baca dan taubat tak nak gunakan dah.

Betapa banyak bekas plastik di sekitar kita yang ternyata memiliki kesan berbahaya bagi kesihatan. Lebih parah, seringkali kita mengabaikan hal ini dengan berbagai alasan seperti ingin pakai sekali jer, modal tak ada, mahal dan sebenarnya kita punya pengetahuan kita tentang hal di atas sangat celek dan kesedaran tak ada. Lantas pakcik dulu dulu pun main guna je dan kini risau ada kesan tu sebab ia makan masa dengan badan kita. Oleh kerana itu, sudah saatnya kita lebih peduli terhadap kesihatan baik diri kita, anak-anak kita, orang tua dan semua orang yang kita sayangi. Sesuatu yang murah tidak selamanya baik. Biar berbaloi beli namun kita sihat. Memilih Tupperwarw adalah salah satu cara kita menjaga kesihatan aga dapat mencegah dari mengubati. 

Pakcik menyeru anda semua. Buat perubahan dan jom gunakan produk tupperware ye. Penat pakcik berleter..

Untuk yang nak beli atau nak jadi agen.. meh click dibawah ini untuk masuk ahli dan bantu orang lain untuk share manfaatnya..

👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

#ExtendAHand
#TupperwareMalaysia
#TupperwareTeamPower
#Pakciktupperware
#SyamputraRazali

#Tupperwareforlife

Tupperware Ampang : Peluang jadi ahli dan buat duit extra dengan tupperware

A.M.P.A.N.G
.
ORANG 🌈AMPANG .. ada di sini orang 🌈AMPANG
☂️
💥💥PENCARIAN DROPSHIP PAKCIK💥💥
.
❤️Barang Dah Ada
❤️Gambar Dah Ada
❤️Ayat Niaga Dah Ada
❤️Semua siap !!
.
Pakcik Tupperware buka peluang kepada 10 orang sahaja DROPSHIP yang betul betul serius nak berniaga Tupperware yang READY STOK dari pakcik.

👍Komisen hebat
👍Reward Best

💋Anda TAK perlu :
- Simpan stok ( sebab pakcik yang simpan stok)

💋Anda TAK perlu :
- Post stok ( sebab pakcik yang post stok)

💋Anda TAK perlu :
- Pening Kepala Cari Stok ( sebab pakcik dah ada READY stok)

Apa yang anda PERLU
1) Rajin 🐝
2) Konsisten🐝
3) Minda Positif🐝

Ada 3 perkara diatas, anda akan jadi Dropship Pakcik yang paling Letop !!
.
Berminat nak mendaffar.
💥 Training Percuma diberi
💥 Teknik niaga diajar
💥 Strategi cari sales diturunkan.

Apa lagi TUNGGU ?

Click di bawah ini sekarang 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
10 orang sahaja pakcik perlukan..

http://www.wasap.my/60123993947/DROPSHIP+Pakcik+Tupperware

http://www.wasap.my/60123993947/DROPSHIP+Pakcik+Tupperware

http://www.wasap.my/60123993947/DROPSHIP+Pakcik+Tupperware

#dropship
#agenjualan
#tupperwaremalaysia
#tupperwaremalaysia
#pakciktupperware

Tupperware Terengganu : Jom jadi ahli dengan Pakcik Tupperware

27 & 29 Sept 2019 ( Jumaat & Ahad )
SAVE THE DATE

❤️❤️ KUALA TERENGGANU❤️❤️
❤️❤️ KUALA TERENGGANU❤️❤️
❤️❤️ KUALA TERENGGANU❤️❤️

Temui pakcik di sana dengan #HADIAH Istimewa kepada anda. Ayuhhh..
Click dibawah untuk mendaftar sebagai ahli..

Pakcik akan #SHARE cara pakcii jana pendapatan dan sehingga 10 tahun pakcik masih kekal dengan berniaga Tupperware hanya dengan #ONLINE sahaja. Pakcik akan KONGSIkan Rahsianya.

#Rahsia
🌈 Mendapat lebih 7000 Downline diseluruh Malaysia
🌈 Mendapat Jualan setiap bulan RM500 ribu (Setengah JUTA)
🌈 Mendapat Keteta PERCUMA dari Tupperware
🌈 Melancong secara PERCUMA ke lebih 10 negara

.
#Daftar dulu, bayar masa jumpa dan bila dah dapat GAJI.

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware+terengganu

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware+terengganu

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware+terengganu

#ExtendAHand
#TupperwareMalaysia
#TupperwareTeamPower
#Pakciktupperware
#SyamputraRazali
#Tupperwareforlife
#terengganu
#kualaterengganu

Kenapa perlu pilih Business Tupperware sebagai perniagaan anda

Ramai yang bertanya pakcik. “KENAPA PILIH BISNES TUPPERWARE sebagai EXTRA INCOME Pakcik ? “
.
Jawapan pakcik :

✅ Pakcik mencari bisnes yang #MUDAH iaitu dalam erti kata tak perlu berhempas pulas nak buat promosi. Segalanya dah sedia. Promosi dari syarikat, kualiti check dari syarikat, promosi hebat dari syarikat, challenge dari syarikat dan paling pakcik yakin bisnes ini bagus kerana sudah bertahan selama 54 tahun. Sebut sahaja #TUPPERWARE. terkenal seantero dunia.

✅ Barang tak basi / expired / lapuk. Plastik yang pakcik jual
Ini bukan sekadar bekas plastik letak lauk dan makanan sahaja tetapi dah pelbagai jenis barangan isi rumah sudah dilebarkan. Semuanya dipercayai dan orang kata tanpa was was. Jenama dah diakui HEBAT. Malah, tak perlu risau kalau tak abis jual. Semakin lama di simpan semakin berharga sebab #limited edition. Pakcik yakin, bila barang yang tak basi.. kita akan mudah nak simpan dan kalau peram di bawah katil pun ibarat simpan emas dalam rumah. Semakin bernilai.

✅ Pelbagai insentif tersedia seperti komisen dan bonus jualan bertingkat tingkat. #Bonus leadership dan yang paling pakcik suka adalah #kereta #percuma dan juga #melancong percuma di negara yang menarik. Semua di tanggung oleh Tupperware. Ramai orang tak tahu betapa seronoknya pakcik melancong fengan Tupperware.

Inilah 3 sebab pakcik bertahan dalam bisnes ini. Bisnes yang bagi pakcik adalah lubuk rezeki. Sebab tu dah 10 tahun pakcik makan hasil dari pendapatan yang pakcik buat secara part time sahaja.

Jadi, kenapa masih mencari dan ragu ragu.. Tupperware adalah resepi untuk mendapat pendapatan dengan cara yang mudah.

Anda perlu ada strategi sahaja. Dapat strategi dan formula serta istiqamah.. anda akan kecapi betapa indahnya dunia dengan bisness ini.

Hubungi pakcik sekarang untuk daftar keahlian anda.. pakcik tunjukkan jalan.

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

www.wasap.my/60123993947/Join+ahli+Pakcik+Tupperware

#ExtendAHand
#TupperwareMalaysia
#TupperwareTeamPower
#Pakciktupperware
#SyamputraRazali
#Tupperwareforlife

MURAH nya daftar Ahli Tupperware

HANYA RM10 sahaja Daftar Ahli?

Biar Betul ...

YA
RM10 sahaja seminggu ANSURAN selama 8 bulan anda bayar ansuran, anda dah pun berjaya menjadi AHLI TUPPERWARE.

Pakcik Faham anda sesak juga nak bayar RM73.50 itu, sebab tu pakcik wujudkan ansuran seumpama KUTU yang mana bayaran selama 8 minggu sahaja untuk dapat Kit Beg keahlian dari pakcik.

Sepanjang anda bayar ansuran tu, pakcik yakin.. anda akan dapat jana pendapatan anda hasil CLASS NIAGA yang pakcik berikan dan anda pun dah pandai hal marketing dan plan pemasaran.

REBUTlah peluang ini sempena hari Malaysia dengan membayar RM10 sahaja kemudian membayar baki 63.50 secara ansuran.

Pakcik yakin, anda yang nak mengubah kehidupan anda akan daftar dan hanya yang kuat BERALASAN sahaja yang akan terus mencari jalan mudah untuk mendapat extra income.

Pakcik dulu pun rasa TAK MAMPU nak teruskan berniaga sebab “Susah nak cari customer dan kononnya perlukan modal yang besar”.. bila dah masuk dan tengok sendiri.. pakcik yakin, Tupperwarelah bisnes paling mudah yang boleh dapat income dan syukur.. sudah 10 tahun pakcik BERTAHAN kerana Tupperware dah beri pakcik punca pendapatan yang kedua yang boleh mengubah hidup pakcik.

Sebab itulah, sempena hari Malaysia ini.. kita tanamkan azam untuk mencuba bisnes yang kita tak tahu ia boleh atau sebaliknya. Dengan MENCUBA sahaja kita akan dapat tahu, apakah kita mampu atau tidak.

Kalau orang lain BOLEH? Kenapa kita nak memandang rendah kepada diri kita. ? Anda dah ada pakcik dan kawan kawan Tupperware Malaysia team power dan kita ada Akademi Team POWER untuk anda belajar dan gunakan STRATEGI kita untuk berjaya..

Ayuh !!

Buang sifat negetif yang ada dalam diri. STOP tukar tukar bisnes, hari ini berniaga lain.. esok berniaga lain. Tetapkan azam untuk meneroka dan fokus kepada jenama produk yang dah 54 tahun sudah di Malaysi.

Ramai sudah pun berjaya !!
Anda ?

Mulakan sekarang..
Click sahaja link ini untuk terus bertemu pakcik dan daftar sebagai ahli..

http://www.wasap.my/60123993947/Ansuran+RM10+jadi+ahli

http://www.wasap.my/60123993947/Ansuran+RM10+jadi+ahli

http://www.wasap.my/60123993947/Ansuran+RM10+jadi+ahli

#pakciktupperware
#ansurantupperware
#kututupperware
#tupperwareteampower
#syamputrarazali

IKLAN TENGAH