IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Friday, May 10, 2019

Dari Miskin Menjadi Lebih Sempurna : Kehidupan pakcik berubah 360 darjah selepas buat bisnes Tupperware

Dulu dulu.. 
pakcik kalau pergi ke bazar ramadhan.. mesti akan bawak duit ngam ngam macam RM5-10 sahaja. Sebab kena kawal hawa nafsu membuak buak sebab nak berjimat untuk simpanan hari esok.

Kekadang.. memang makan angin je kat bazar dan last last beli nasi lemak seringgit dan air yang paling murah. Selalunya pakcik pergi masa orang nak tutup.. orang lelong air dan jugak kueh mueh..

Kekadang..
Pakcik tahan hawa nafsu nak makan yang sedap sedap dan bagi alasan.. “jangan membazir”.. walhal, pakcik sebenarnya mencatu duit dan berkira kira nak makan. Makan yang murah dan banyak.

Kekadang pakcik sendiri menipu diri sendiri supaya tak nak makan macam melantak banyak banyak dengan juadah kat pasar.. tengok yang sedap terpaksa ajar minda cakap.. “sabar.. membazir beli banyak banyak” walhal.. tak beli apa apa pun..
.
Buka puasa FREE memang dinanti nanti, pantang ada makan FREE.. terus pakcik melesup ada dikawasan kejadiaan walaupun sekadar bubur lambuk FREE ala ala gelandangan.
.
Semua ini bila dalam poket ada sejumlah wang sahaja. Wang gaji setiap bulan untuk tampung perbelanjaan selama sebulan. Kais bulan makan bulan. Mana nak menyimpan dan nak enjoy. Hidup dalam drama cerekarama (dulu dulu) memang tunjuk yang indah. Hari haru makan best kat restoran mewah dan pakai baju cantik dan kereta besar. Realitinya tak semua macam tu. 
.
Pakcik sesungguhnya bersyukur bila mana pakcik dibukakan hijab untuk berniaga. Walaupun pakcik makan gaji. Ada sedikit ruang kecil untuk pakcik manfaatkan untuk berniaga secara part time dan memang orang kata.. siapa yang berusaha.. tengok lah hasilnya.

Walaupun pakcik sekadar PART TIME, pakcik all out gunakan segala pelaburan bukan duit yang ada. Pakcik laburkan peloh dan kudrat untuk masak dalam perniagaan ini dan akhirnya pakcik berjumpa formula yang pakcik yakin.. ia boleh mengubah kehidupan pakcik.
.
Niaga Tupperware.. bila pakcik cakap kat orang yang baru pakcik kenal.. memang mereka pandang atas bawah.. hakikatnya.. niaga Tupperware ini memang untuk wanita sahaja. Minda rakyat Malaysia masih tak bomeh menerima lelaki jual Tupperware.

Tak apa lah.. pakcik jadi lelaki pertama yang mengubah persepsi “lelaki pun bukan calang calang”..  pakcik nak satu Malaysia tahu.. perniagaan bukan milik satu satu jantina. (Sambil cekak pinggang ala ala mak enon)
.
Berbalik kepada cerita bazar tadi. Alhamdulillah.. pakcik dah boleh melampiaskan apa sahaja yang pakcik nak makan. Nampak karipap harga RM2.00 sebiji. Pakcik sorang je beli. Orang lain masih beli karipap 5 kupang. Pakcik yakin, pakcik dah penat kerja dan melabur.. tekak harus direward. “Belilah semahunya apa yang kau nak syam”- bisikan syaitan menghasut pakcik.

Hahahahha
Tidak lah bermakna pakcik boros.. point pakcik adalah.. “bila kita ada lebih kemampuan.. kita akan ada lebih pilihan” nak beli barang makan boleh beli yang berkualiti dan berkhasiat. Tak beli yang reject atau yang lelong lagi. Memang orang kata “ukur baju dibadan Sendiri”.. kalau baju tak muat. Pergilah fitting baju ikut badan. Bayar lebih sikit.. 
.
Harap sampai apa yang pakcik nak sampaikan. Bukan pakcik tunjuk gambar dibawah nie nak melantakdarah makanan ini.. pakcik nak tunjuk.. pakcik dah berjaya beli karipap RM2.00 sebiji. Hahahah
.
Ingat
“Kejayaan bukan ditangan orang lain.. tangan kita yang menentukan”
.
Selamat berbuka awal bagi yang datang bulan bintang mentari 
.

Yang benar,

Pakcikmu
Syamputra Razali
#pakciktupperware

#kisahpakcik






No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH