Al Kisahnya.. pakcik bersahur kat kedai nasi lemak mali’s corner kat danau kota.
.
Memang hampir 10 orang peminta sedekah lalu dan pakcik memang ada dalam poket RM100 duit helai dan ada 2-3 hinggit dalam poket pakcik ini.. yang datang pulak silih berganti.. jadi, yang dapat 3 orang yang pertama aja la..
Tiba tiba ada seorang mamat berwajah kudus datang ke mena pakcik dan masa tu pakcik belajar belajar isap shisha. Dia nak intro produk dia.. dan pakcik angkat tangan tanda “tak apa”.. dia pun pergi ke meja sebelah sebelah yang mana ustaz muda berserban ala ala imam muda dan dahi masing masing hitam..
.
Kalau pakcik salah.. pakcik minta maaf ya..
.
Pakcik terdengar ustaz tu macam interview mamat jual nie dengan 2-3 soalan dan pakat gelak beramai ramai.. budak tu masih menunduk dan ucap terima kasih walaupun sesen pun dia tak dapat.
Dia pun berlalu dari meja tu dan pergi kearah yang lain.. seperti menyeberang jalan.
Pakcik betul betul tak tahu nak buat apa. Nak bagi duit RM100 nie. Minyak kete tak isi lagi dan touch n go dah macam tak top up lagi. Pakcik meraba dalam poket dan ada seperti beberapa helai duit dan syiling. Ntah mana datang duit tu.. pakcik pun tak tahu berapa hinggit..
.
Pakcik tak nak lihat berapa jumlahnya.. pakcik selok dalam poket dan genggam seperti ada 3 helai duit dan duit syiling dalam 12-13 terdiri dari seposen- duaposen.. arrgghhh bagi je la..
Pakcik terus berdiri dan menuju ke budak tu.. laju la plak budak nie jalan. Pakcik terlupa plak nak pakai kasut. Redahlah jalan dengan kaki ayam dan melaung memanggil dia..
“Dek.. dek..”
Budak tu menoleh dan tercegat kat jalan..
Pakcik terus bukak genggaman pakcik ketangan dia tanpa lihat pun nilai ng ada kat tangan tu.. sebab pakcik niat. Duit salam poket ini dia punya.. sebab pakcik tak sampai hati tengok dia diperbodohkan dengan geng geng ala ala ustaz berdahi hitam tu.
.
Budak tu memandang pakcik dengan mata dia berkaca..
Pakcik cakap kat dia “pakcik tak ada duit kecil.. pakcik minta maaf yer.. ini aja yang pakcik ada” dia pun menerima segenggam syiling yang bunyi kecing kecing ditelapak tangannya..
Wajahnya memandang pakcik dan dia tersenyum lalu dia bercakap “terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..” seolah olah dia baru dapat duit dari pakcik sorang je.
.
Pakcik terfikir.. kalau dia tak ada duit dan berlun berbuka atau tak bersahur.. alangkah baik kalau pakcik belanja dia makan sahur.. bila pakcik dah duduk.. pakcik pandang ke arah jalan yang dia lalu.. dia dah tak ada..
Seram lah plak.. dengan sapa tadi pakcik jumpa.. meremang bulu roma pakcik. Masih terbayang.. anak mata dia yang betul betul muka budak baik yang macam tak ada dosa. Pakaian dia biasa je dan jual ubat apa ntah..
Pakcik nyesal plak tak tanya dia “dah sahur ke belum..” boleh pakcik belanja makan nasi lemak sepinggan.
Pakcik teringat plak masa pakcik belajar dulu di UPM. Masa pakcik ke cafe.. masa tu pakcik memang tak ada duit.. tapi pakcik tak tahu nak cakap macam mana kat abang kantin.. masa tu.. abg tu terus cakap “ hari ini kau amek yer makanan.. abg belanja kau sorang.. jangan cerita plak kat kawan kawan.. sampai sekarang pakcik ingat muka abg kantin yang gemok tu”..
Sama juga kisah kat sekolah rendah dulu masa darjah 3, masa nak balik.. cikgu panggil.. dan cikgu cakap “ nahh, ini cikgu bagi duit beli baju raya yer.. kirim salam kat mak ya”.. pakcik terima duit yang ada dalam sampul ampaw dan balik bagi kat mak kat umah.. mak cakap “ya Allah.. mulia sungguh cikgu tu nak”..
Mungkin duit yang pakcik bagi itu tak seberapa.. namun, pakcik dah berjaya didik sedikit jiwa pakcik untuk terima dalam poket pakcik nie bukan semua duit pakcik.. ada juga hak orang lain yang perlu diberikan. Dan setiap yang kita beri.. jangan pernah berkira dengan apa yang kita buat.
.
Pakcik story ini bukan nak tunjuk pakcik baik.. tapi pakcik rasa sebak bila pakcik tak dapat bantu adek tu sebab tak ada bawak cash dan pakcik pun ralat tak belanja makan dia. Hanya mampu bagi syiling dan duit kertas yang ada dalam poket.
Soal dia nak tipu atau dia memang nak duit orang.. itu bukan urusan kita. Sebab dia dah berusaha untuk MENJUAL.. dan bukan dia minta dengan menadah tangan sahaja.
Pakcik doakan budak lelaki tu akan berjaya dan menjadi orang yang boleh memberi manfaat bila dah berjaya kelak.
Oklah korang.. esok ada urusan kat opis pakcik yang tergendala. Boss dah mintak dah kerja tak siap lagi. Masih relax isap shisha kat KL nie..
Doakan pakcik dapat memberi sebanyak yang boleh kepada orang yang memerlukan..
.
Selamat bersahur
Pakcik Syamputra Razali
#salamsahur
No comments:
Post a Comment