.
Masih terniang lagi ungkapan ini dari mulot seorang cikgu yang dah pun berhenti dari profesyennya kerana dah Berjaya dengan bisness MLM nyer iaitu “Hai Hai - X”.
Ketika itu dia belanja pakcik kat kedai mamak area taman medan dan bawa bini dia sekali yang juga cikgu yang dah berhenti pun.. pakcik mengangguk sebab Nampak aura yang dasyat dan pakcik memang percaya sebab dia datang dengan kereta besar.. dan memang betul, gaji cikgu tak lah sebesar profesyen lain. Memang pakcik dah berangan angan nak jadi macam dia. Pakcik dibuai oleh kata kata dia lagi..
“Berapa cikgu dapat sebulan kerja cikgu sekarang”.. soalan dia.. bertanya tepat setepek kat muka pakcik..
“RM2500.” Jawapan pakcik seolah olah mendedahkan rahsia poket sendiri. memang ketika itu, gaji pakcik sekitar itu dan memang ngam ngam untuk seorang yang bujang. Kira mewah lah kan.. Sebab masa tu pakcik dah bagi gaji mak ayah pakcik secara bulanan RM900. Jadi balance tu lah pakcik enjoy makan minum. Namun, masih boleh survive sebab pakcik hanya duduk rumah warden FREE dan makan semulot jer.. kira lepas lah RM1600. Namun, masa tu hutang kad kredit dah semakin tertunggak. Yer la.. duit nak isi minyak kereta Myvi dan juga sewa bulan tu.. last last Duit gaji.. ngam ngam jer untuk 30 hari.. memang orang kata.. cukup cukup makan dan cukup bulan bernafas kembali sebab dapat gaji. Menunggu lah gaji tu 25 hb.
Memang pakcik terpegun dengan bekas cikgu tu cakap “gaji cikgu RM2500 tu sebulan.. tapi saya dapat sehari RM2500”— Wahhhh lagi la membara nak join bisness bekas cikgu tu sampai dia laki bini berhenti kerja.. memang kaya raya sungguh.
.
Pakcik dah kelabu mata dah.. pakcik jadi menyesal jadi cikgu.. gaji ciput dan kerja banyak. Kerja membosankan. Hidup biasa biasa.. (semua jadi negative tentang perguruan) .. lalu brader tu mengeluarkan borang keahlian jadi ahli HAI HAI X tu.. dan pakcik ambil dan isikan..
Tiba tiba..
Masa pakcik isi form dan nak ke bahagian penyudah nak sign.. dia bercakap satu benda yang menyebabkan pakcik tersedar dari pukau dan saka dia.
“APALAH SANGAT JADI CIKGU INI.. TAK AKAN KAYA!!”
Pakcik terpukul bukan sebab pakcik tak nak berubah.. sebab BAHASA yang dia gunakan menjatuhkan profesyen pakcik. Seolah olah menghina kerja pakcik yang memberi pakcik pendapatan dan memberi mak ayah dan keluarga pakcik makan dan pakcik tak akan menjadi KACANG LUPAKAN KULIT. Pakcik syukur, dengan GAJI cikgu inilah pakcik meneruskan hidup. Takkan pakcik nak ANGGUK dan hina profesyen yang menjadi CITA CITA MAK pakcik yang mana nak anaknya menjadi cikgu.
BUKAN KEKAYAAN semata mata yang pakcik cari, tetapi pakcik nak hidup yang memberi manfaat kepada orang lain. Hidup mana tak nak KAYA.. namun, takkan nak mengejar kekayaan sampai mengHINA profesyen perguruan. Pakcik TAK SETUJU. Tanpa GURU / CIKGU kita tak akan dapat mengenal ejaan dan tulis serta baca. Cikgu yang menjadi ibu bapa kita masa kat sekolah dan juga dimana sahaja. Cikgu lah yang memberi pakcik ilmu dan menyedarkan pakcik masa kat sekolah dulu.
Dan kini, pakcik menjadi seorang CIKGU dan pakcik nak jadi cikgu yang terbaik untuk didik anak bangsa pakcik supaya jadi insan yang berguna.
ENDING STORY, Pakcik cari alasan nak bergegas balik sebab masih hormat dia dan pakcik tak jadi nak join dia. Selang setahun, pakcik tanya adek dia yang rekemen pakcik bisness tu. “DIA dah kerja lain dan tak buat bisnes tu lagi”. Bisnes yang dia join memang menawarkan bulan dan bintang serta kemewahan. Kereta besar dan untung besar. Namun, cukup untuk sebulan dua sahaja. Nak bertahan memang bukan bisnes yang PROVEN.
Syukur bisnes part time pakcik dah 54 tahun diMalaysia. Bisness yang punya jenama dan bertahan didunia sudah lebih 76 tahun dan kini, jenama TUPPERWARE mempunyai STRONG BRAND dan sangat sangat dipercayai tanpa was was.
Sedar sedar dah 10 tahun pakcik buat bisnes ini secara PART TIME dan masih menjadi CIKGU di KKTM Petaling Jaya. Pakcik sayangkan profesyen ini biarpun gaji niaga 5 kali ganda lebih dari gaji hakiki, pakcik tetap saying dengan pekerjaan ini dan menjadi darah daging kepada kehidupan pakcik.
Sempena hari guru ini, pakcik nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seluruh guru diMalaysia. Anda adalah dian yang menerangi insan lain dan kita adalah JUARA untuk pembinaan tamadun bangsa dan agama. HIDUP CIKGU !!
Siapa nak tahu apa yang pakcik buat dengan kerja part time.. boleh click disini 👇👇👇👇👇👇
http://www.wasap.my/60123993947/Cikgu+Pakcik+Tupperware
#cikgu
#selamathariguru
#pakcikcikgu
P/s gambar masa pakcik diberikan anugerah pendidik terbilang mara. TQ #mara
No comments:
Post a Comment