Lantikan baginda SAW dengan penurunan 5 ayat Al-Quran dari surah Al-Iqra melalui Malaikat Jibrail
Beberapa Notes yang jarang dilihat :
1. Malaikat Jibril dilantik menjadi guru khas Nabi walaupun Nabi adalah semulia-mulia makhluk.
2. Ilmu dari Allah, Jibril adalah perantaraan yang mengajarkan ilmu khusus ini kepada Nabi sedangkan jika dikehendaki Allah, Nabi boleh menerima wahyu atau diajar langsung dari Allah SWT.
3. Ada beberapa tanda-tanda wahyu nak datang, sama ada dalam bentuk ilham, bunyi deringan dan pelbagai lagi.
Kata Dr. Najaa, ada juga beberapa guru-guru sesat dalam list dia yang mengaku menerima ilham dan bisikan dari Allah. Hal ini sangat perlu diragukan kerana
1. Keadaan hati seseorang itu tidak sama dengan Nabi sebab hati Nabi bukan seperti hati manusia biasa, ianya telah dibersihkan seperti yang diceritakan dalam Al-Quran
2. Sekiranya mana-mana manusia itu terasa seperti menerima ilham atau bunyi deringan atau wahyu, perlu terlebih dahulu di refer dan di confirmkan dengan Orang Agama untuk kepastian.
3. Sebagai manusia, hati kita sentiasa akan di belai iblis dan di buai-buaikan rasa seronok dan betul dalam membuat sesuatu pekara.
4. Hatta orang - orang alim sendiri pun takut sekiranya perkara berupa ilham atau bisikan ini datang. Di takuti iblis. Sebab tu Dr Najaa kata orang yang paling kuat diduga pastinya adalah orang yang kuat ilmu amalnya. Lagi Alim, lagi besarlah general jin pangkat bintang 18 datang dekat dengan dia hehehhehe.
5. Guru ni ada yang khusus ada yang biasa.
6. Kak kay ni kategori guru biasa yang dapat ilmu dunia dan di sampaikan semula. Guru khusus ni adalah orang agama yang mendalami ilmu agama.
7. Antara kritiria guru agama adalah yang belajar agama hehehehehe, yang ni nantilah kak kay eloborate, panjang kemain Dr Najaa cerita nih.
Guru ada banyak kategori dan mengikut bidang.
Tapi guru agama, itulah paling utama kerana mengajar ilmu akhirat ni yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti. Ilmu dunia ni selamat kat dunia je lah hehehehe.
3 ciri guru agama yang baik :
1. Apabila kita melihat guru itu, akan menambah ingatan kita pada Allah.
2. Apabila dia berkata-kata, ilmu kita bertambah.
3. Apabila melihat perbuatannya, sentiasa mengingatkan kita untuk tambah saham akhirat.
Salam Nuzul Quran di bulan Ramadan,
Doakan pakcik hari ni agar dapat sampaikan secebis ilmu di blog ini.. semoga bermanfaat ya
No comments:
Post a Comment