IKLAN

IKLAN TEXT

sudikan click untuk kekayaan saya

Team Power

Team Power
Team Power Tupperware
TUPPERWARE TEAM POWER

Jom sertai TEAM POWER untuk JANA PENDAPATAN dengan Business Tupperware. Buat Duit Tanpa Modal. Salah satu cara Bisnes Internet Paling Mudah Saya sedia membantu from zero to hero !! Call & Whats app 012-3993947 (Syamputra Razali) FB : Syamputra Razali Pakcik Tupperware Tupperware Malaysia; Syamputra Razali Tupperware; 2024; Nano Nature Water Filtration System; Tupperware Malaysia Katalog; Tupperware Catalogue;Tupperware Malaysia; Tupperware Katalog 2024

Friday, May 3, 2019

Tips untuk buat duit dengan mudah dengan Tupperware

5 #tips pagi sabtu untuk mereka yang nak berjaya dalam bisnes Tupperware
.
Memang dah beribu orang pakcik daftarkan keahlian mereka dan memang pakcik dah dapat baca yang mana adalah intan dan yang mana permata. 
.
Melalui pemerhatian pakcik, pakcik dah tahu gerak geri yang macam mana seseorang itu boleh pergi jauh
.
Pakcik bukan nujum, namun.. inilah dikatakan pengalaman. Pakcik cakap dan tulis berdasarkan pengalaman sendiri selama 10 tahun dalam bisnes yang pakcik sayang ini.
.
Jadi, pakcik kongsikan untuk kita sama sama ambil inspirasi dan iktibar. Sikit sikit pedas tu jangan plak terasa. Kalau terasa pakcik minta maaf. Jika anda dah tahu formula ini.. sebar sebarkan..
.
Pakcik mulakan ya..

5 tips (jenis) orang yang #berjaya dalam bisness Tupperware
.
#1. PERGI STOKIS SENDIRI
- melalui pengalaman pakcik, orang yang pergi stokis dan angkut tupperware dia akan lebih panjang hayat bisness nyer berbanding yang order dan minta tolong post. Team pakcik yang pergi sendiri akan dapat feel sendiri pengalaman membuat order, bayar, check barang, dan angkut. Selain dari dia dapat tengok barang secara LIVE dan dia akan tertengok juga jerung jerung yang datang memborong Tupperware. Pakcik sendiri alami proses ini sebab tu pakcik sangat sangat percaya.. orang yang boleh pergi stokis, dia pasti boleh pergi jauh..
- dengan pergi ke stokis sendiri, memang banyak perkara akan kita dapat belajar, cara nak daftar ahli dan paling best, aura kejayaan itu dapat kita rasai.. jom ke stokis, jadikan rumah kedua.
- bila kita rajin kestokis. Kecintaan kita dengan Tupperware akan menjadi jadi ibarat orang bercinta dan saling jatuh cinta.. bila dah jatuh cinta.. makanakan senang prosess nak niaga tu. Sebab semuanya dilakukan dengan gembira.

#2. ADA IMPIAN BESAR
- memang agak klise kan pasal impian sebab semua yang join tupperware memang ada impian. Memasang niat yang betul dan jelas akan membawa kita kepada kejayaan yang realistik.
- ramai orang berniaga nak dapat pendapatan.. tetapi tidak ramai yang pasang impian untuk menggunakan pendapatan itu untuk orang lain seperti mak ayah dan keluarga. Niat dia berniaga memang nak duit. Namun detail kan lagi duit itu untuk apa? Contohnya, bulan ini dapat komisen nak belikan baju sekolah anda. Itulah niat dan impian yang kecil tetapi besar impak. Bukan impian besar nak beli rumah macam istana. Besarkan impian itu adalah terangkan impian itu.
- pakcik masih ingat lagi impian pakcik nak beli rumah buruk depan umah pakcik sebab senang mak ayah nak menziarah rumah tu. Pakcik pasang angan angan untuk beli rumah itu walaupun ia sekadar umah kecil sahaja. Namun, impian pakcik sangat besar bagi pakcik yang ketika itu masih menyewa..

#3. TEACHERABLE (BOLEH AJAR)
- “makan diajar”.. itulah yang pakcik nak sampaikan. Ia bukan tak pandai atau boxxx, tetapi dia jenis yang tak boleh menerima apa yang kita nak sampaikan. Contohnya, pakcik dah cakap “tolong jangan lelong tupperware kat fesbuk”.. dan dia buat juga.. pakcik tak heran bila dia dapat untuk banyak tetapi tetibe dapat ditangkap HQ dan kena terminate. Sebab itu menyalahi etika agen jualan.
- adakalanya pakcik tak larang untuk kita menjadi kreatif, namun.. elakkan sehingga memakan diri dan akhirnya.. diri sendiri yang terbakar.
- pakcik sendiri belajar dengan siapa sahaja yang pakcik jumpa distokis dan bertanya. Rendahkan ego seperti kita tak tahu apa ap dan belajar darinya. Biar kita merendah dan merunduk tetapi kita berisi.
- dapatkan guru dan belajar dan pakcik dah rela dan sudi 200% nak bantu anda semua dalam group dan ambillah petua yang pakcik berikan walaupun pakcik punya idea agak tua. Tua tua pun 700k sebulan. Ko hado? Heheheh
- belajarlah sesuatu dengan datang majlis ilmu yang ada. Rajin rajinkan lah diri dengan tengok youtube belajar dari pakar perniagaan. Kalau itu semua anda buat. Laluan kejayaan ibarat selangkah didepan anda.

#4. RASIONAL 
- sebenarnya nak cakap seseorang tu boleh bagi alasan tetapi bukan asyik beri alasan. Antara alasan lazin yang pakcik terima adalah : 1) anak kecik 2) tak ada modal 3) tak pandai bercakap 4) tak ada kawan 5) malu
- orang rasional akan mencuba sebab matlamat dia didepan muka. Kalau dia tak buat dan asyik menagis pertolongan. Memang dia akan sangkut kat tahap yang sama. Contoh pertolongan adalah seperti 1) tolonglah carikan downline 2) tolonglah top up sales 3) tolonglah saya ajar online.
- pakcik sendiri merangkak tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Dan pakcik mencari guru untuk belajar sebab pakcik tahu, cara nak short cut untuk berjaya adalah rahsia dari guru yang dah makan garam..
- jadi, stop bagi alasan.. kita berniaga tupperware bukan untuk siapa siapa.. untuk diri kita dan untuk kesenangan keluarga kita.

#5. CEPAT KOYAK
- hati seperti kaca, dan jiwa seperti kertas.. apabila jatug akan pecah dan apabila digugat dengan angin kencang akan terkoyak. Begitulah perumpaan. Kekentalan jiwa dan pertahanan untuk berdaya tahan longgar dan mudah rapuh.
- paling tragis, tengok orang lain berjaya.. akan membawang pasal kehebatan orang itu.. “dia boleh lah berjaya.. dia pandai bercakap dan bangak modal” walhal, dia sikit pun tak pandang tentang kelebihan yang dia ada. Asyik merungut apa yang dia tak ada. Sehingga nikmat yang dia ada.. ditarik dan jadilah seperti tin kosong yang bunyi lebih tapi habuk pun tak ada
- kita kena melihat apa yang kita boleh dan teruskan untuk buat. Bukan menunggu “nantilah bila pandai”. Sebab tak akan pandai sampai bila bila kalau tak mulakan sekarang.
- pakcik sendiri pernah koyak rabak nak niaga Tupperware ini. Namun, bile pakcik fikir.. apakah dengan meniaga benda lain.. aku boleh dapat apa yang aku nak.. pakcik menjadi kuat. Pakcik tak mungkin senang digoyah untuk beralih berniaga benda lain sebab pakcik dah tahu macam mana nak mendapatkan duit dilubuk emas ini.
- konsepnya mudah. “Kalau bukan aku yang amek duit dalam lubuk emas ini.. dah pasti ada orang lain yang ambil duit dari lubuk emas ini”
.
Fuhhh
Berpeloh juga menulis tentang tips pagi ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan dikongsi (share) dan disebar luas untuk kejayaan semua.

Jom powerkan diri,
Syamputra Razali
#pakciktupperware

#tipspakcik



No comments:

Post a Comment

IKLAN TENGAH